You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN

1.1 Definisi Pengurusan Istilah pengurusan mempunyai berbagai-bagai takrif. Seperti bidang-bidang pengajian dan pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk ditakrifkan bagi membolehkan ia diterima secara umum.

Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan penugasan kerja kepada orang lain supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut.

Pengurusan secara fitrahnya melibatkan perhubungan pengurus dengan pekerja bawahannya atau subordinat. Dalam hal ini, Stoner mentakrifkan pengurusan ialah satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha-usaha ahli organisasi dan penggunaan sumber-sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan.

1.2 Definisi Bilik Darjah Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.

Secara amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

1.3 Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Bilik darjah adalah merupakan tempat yang sangat penting bagi guru dan pelajar. Tempat ini bukan sahaja menjadi bumbung kepada murid, kerusi untuk duduk dan meja untuk menulis, malahan menjadi tunggak proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang murid berada di sekolah.

Richards (1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut Alberto dan Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber

pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.

Menurut Lee Shok Mee (1995) pula, pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran

Manakala, Lemlech (1988) mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif (Sanford J., Emmer E. dan Clemments B.). Pengurusan bilik darjah juga merupakan suatu

proses yang akan memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhannya, daripada pandangan tokoh-tokoh di atas, dapatlah dihuraikan bahawa pengurusan bilik darjah mambawa maksud suatu proses dalam 3

mengelola bilik darjah yang kondusif dalam memaksimumkan penglibatan serta konsentrasi yang menyeluruh dalam kalangan pelajar semasa proses pengajaran dana pembelajaran dijalankan. Dalam usaha merancang, mengelola, mengawal, membuat refleksi dan membina hubungan dengan murid, guur juga perlu mempunyai pengetahuan tentang keperluan murid-muridnya. Pengetahuan ini akan membantu guru menyediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai serta dapat memotivasi dan menarik minat muridnya supaya melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.