You are on page 1of 1

Kegiatan manusia telah memberi kesan terhadap alam sekitar. Antara kesan terhadap alam sekitar ialah jerebu.

Pada bulan Julai 2013, seluruh kawasan di Malaysia telah dilanda fenomena jerebu. Antara kawasan yang dilanda jerebu ialah Tanjong Malim. Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemarkan kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Index jerebu di Tanjong Malim adalah antara 175 hingga 179 iaitu tidak sihat. Jerebu yang berlaku berpunca daripada kesan kebakaran hutan di Sumatera,Indonesia. Antara punca lain yang menyebabkan fenomena jerebu berlaku adalah kebakaran terbuka. Selain itu, asap perindustrian dan kereta juga merupakan punca fenomena jerebu. Jerebu telah memberi banyak kesan kepada alam sekitar. Antara kesan tersebut ialah menghadkan jarak penglihatan. Jarak penglihatan terhalang oleh asap tebal yang menyebabkan jerebu. Antara kesan lain ialah menjejaskan aktiviti harian. Contohnya, penutupan sekolah kerana bahaya kepada pelajar dan warga sekolah. Keadaan darurat, semua aktiviti di luar rumah terpaksa dihentikan. Selain itu, hujan asid juga merupakan salah satu kesan jerebu terhadap alam sekitar. Oleh kerana udara dipenuhi gas-gas beracun, apabila hujan akan membentuk hujan asid yang bahaya kepada hidupan. Sumber air juga akan tercemar. Tanah menjadi berasid, hasil pertanian juga terjejas. Terdapat pelbagai penyakit yang disebabkan oleh fenomena jerebu. Antara penyakit tersebut ialah penyakit berkaitan paru-paru seperti radang paru-paru dan asma. Selain itu, batuk dan sesak nafas juga membahayakan kesihatan. Kulit menjadi gatal-gatal (exzema) kerana terdedah kepada udara yang tercemar. Perkara ini amat berbahaya kerana menjejaskan kesihatan seseorang individu. Oleh itu, langkah-langkah bagi mengatasi jerebu perlu dilakukan. Antara langkah tersebut ialah penguatkuasaan undang-undang. Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini. Selain itu, memakai topeng muka muka juga dapat mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan sebagainya. Jerebu merupakan satu fenomena yang bahaya. Banyak kesan dan akibat berlaku daripada jerebu. Penyakit seperti sesak nafas mudah didapati daripada fenomena jerebu. Kanak-kanak juga mudah dijangkiti penyakit semasa berlakunya jerebu. Antara cadangan untuk mengatasi jerebu ialah menguatkuasakan undang-undang seperti kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi. Kesan daripada cadangan tersebut ialah dapat mengurangkan pencemaran udara serta jerebu yang melanda.