You are on page 1of 10

Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR Mengikut Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah, rancangan dan pelaksanaan KBSR sepatutnya berlandaskan

kepada ideologi yang memberikan pendidikan secara menyeluruh supaya murid-murid mendapat perkembangan yang seimbang dalam bidang intelek, rohani, sosial, dan jasmani. Melalui program KBSR, muridmurid akan dapat membaca, menulis dan mengira, memperolehi ilmu pengetahuan yang cukup, sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka, memupuk akhlak yang mulia, mengamalkan nilai- nilai yang murni serta memelihara tubuh badan yang sihat. Melalui program KBSR juga, segala minat dan bakat yang ada pada murid-murid dapat dipupuk dan dikembangkan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. 1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah. 1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup. 1988 - Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi. 1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. 1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.

Antaranya termasuklah: 1. Isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. 2. Dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid. 3. Guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. 4. Ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. 5. Ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah. Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan

Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran. Ciri-ciri bilik darjah KBSR 1. Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan 2. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri 3. Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar 4. Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar). Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif). Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Pembentukan dan Pelaksanaan KSSR Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dan telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan seterusnya digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu merupakan satu bentuk perubahan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni sepertimana yang dituntut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006. Aspek-aspek Transformasi KSSR Faktor kepelbagaian murid merupakan pencetus kepada pengubahsuaian kurikulum dilaksanakan secara berpusat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara aspek transformasi KSSR adalah : 1. Komunikasi Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat

mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat kondunsif. Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid.

Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai

perkembangan organisasi pembelajaran. 2. Kerohanian, Sikap Dan Nilai Aspek ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat. Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

3. Kemanusiaan Aspek ini menekankan tentang penguasaan ilmu dan amalan tentang nilai kemasyarakatan dan alam flora dan fauna setempat, negara dan global supaya murid dapat dilatih untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil lagi supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar pada masa akan datang. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru ini bagi memastikan setiap individu menerima pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur, kecerdasan emosi dan perkembangan fizikal murid itu sendiri. Nilai kemanusiaan yang sebati dengan jiwa seseorang individu juga haruslah disemai supaya segala ilmu yang telah dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seorang murid sama ada tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang pelajar ataupun seorang warga masyarakat. 4. Keterampilan Diri Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah seperti yang telah termaktub dalam aktiviti sekolah. Penglibatan murid yang aktif dalam bepersatuan dan unit beruniform dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih matang dan meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat menjadi sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. Kaliber inilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin. Inilah juga yang dikatakan sebagai membina keterampilan diri yang berkesan. Seorang pemimpin haruslah sentiasa menonjolkan kebaikan dan melakukan perkara yang baik pada setiap masa. Ini kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap orang yang dipimpin. Pemimpin terunggul yang wajar dicontohi segala cara pelaksanaan dan juga kehidupannya adalah Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. baginda

menunjukkan ciri yang terbaik dari segala aspek. Tiada cacat cela dalam segala

urusan kepimpinan, ketegasan, kelembutan dan ketabahan baginda amat sempurna. Bagindalah contoh utama yang diikuti oleh setiap sahabat. Baik Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan Saidina Umar semuanya mengikuti dan mencontohi gaya kepimpinan Rasulullah. Memimpin untuk dipimpin dan dipimpin untuk memimpin. Jika diambil kata-kata sebegini, semestinya tiada pertelingkahan yang berlaku. Sememangnya memimpin dan juga dipimpin mempunyai kaitan antara satu sama lain. Apabila seseorang pemimpin itu mempunyai keterampilan diri yang baik, sudah pasti dirinya akan dihormati. Bahkan dirinya akan menjadi contoh serta ikutan untuk generasi yang akan datang. Pemimpin itu juga haruslah sentiasa memotivasikan dirinya menjadi lebih baik dengan mempamerkan tingkah laku yang baik dan secara tidak langsung, orang di bawah tampuk kepimpinannya juga akan sentiasa bermotivasi menjadi lebih baik. 5. Fizikal Dan Etestika Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai tahap daya kreativiti yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka. Kreativiti merupakan sesuatu proses tetapi bukanlah dilihat daripada penghasilannya. Oleh itu, setiap hasil karya yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan tahap perkembangan fizikal dan nilai etestika murid itu sendiri yang meliputi perkembangan jasmani dan kesejahteraan diri. Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi penekanan kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat melahirkan minda yang cerdas, badan cergas, otak cerdas . Kecergasan tubuh badan juga amat penting kerana ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan luas serta jauh. Selain itu, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi juga amat penting dalam proses berlakunya transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Apabila badan murid cergas dan sihat, otak dan pemikiran mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif dan berinovasi berbanding sekiranya badan kita lemah dan tidak bermaya. Sekiranya otak mereka menjadi lebih kreatif, secara tidak langsung kita juga akan dapat mengasah bakat yang sedia ada mahupun tersimpan dalam diri

murid melalui pelbagai aktiviti yang diceburi oleh mereka sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah. 6. Literasi Sains Dan Teknologi Pengetahuan dan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan dan kemahiran matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi yang wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para murid mengenai ilmuilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar. Secara lebih spesifik, PISA (Programme literasi for sains International adalah Student

Assesment) 2006

menyatakan

bahawa

kemampuan

menggunakan pengetahuan sains untuk mengidentifikasikan permasalahan dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia. Teknologi pula dapat diertikan sebagai kemampuan untuk menerapkan pengetahuan sains dalam rangka membuat perubahan alam untuk memudahkan aktiviti manusia. Dengan berkembangnya sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat, maka peranan pendidikan diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains dan teknologi. Berdasarkan hal tersebut, (Poedjiadi, 1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan teknologi adalah kemampuan menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep sains, menenal teknologi serta kesannya, mampu mempergunakan produk teknologi dan memeliharanya, kreatif dalam menghasilkan produk teknologi yang sederhana dan mampu mengambil keputusan berdasarkan nilai.

Perbezaan Antara KBSR dan KSSR KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)