You are on page 1of 12

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN

KEPENTINGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA PENGERTIAN SEJARAH Sejarah merupakan fakta yang tepat dan benar. Fakta sejarah merujuk kepada, peristiwa, tempat, tokoh, dan tarikh sesuatu peristiwa. Fakta sejarah hendaklah benar, iaitu dapat dibuktikan kesahihannya dan tidak direkacipta. Fakta sejarah juga hendaklah tepat, iaitu tidak ditokok tambah. Fakta-fakta sejarah perlu dapat dipertanggungjawabkan. Contoh-contoh peristiwa yang tepat dan benar ialah pengaistiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 2001(Lee Sin Lian, Aleeya Atiqah Ammar,2009: 3) Menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1989, sejarah bermaksud asal usul, salasilah atau peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau. Herodotus yang digelar Bapa Sejarah Moden pula memperkatakan bahawa sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. (Lee Sin Lian, Aleeya Atiqah Ammar,2009: 2) Abdul Rahim Abdul Rashid (1989) menyatakan perkataan sejarah berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud mengkaji, menyiasat dan melakukan penyelidikan terhadap peristiwa zaman silam. Masudi, sejarawan Islam pada kurun ke sepuluh, menyatakan sejarah adalah catatan yang di dalamnya terhimpun tentang keseluruhan ilmu pengetahuan manusia dan merupakan sains yang paling mulia. (Ismail Said, 2010:1) Ibnu khaldun menjelaskan, sejarah merupakan catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia dan tamadun manusia. Sejarah mengandungi catatan masyarakat manusia atau peradaban dunia, perubahan-perubahan yang telah berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu, revolusi dan pemberontakan sesuatu golongan manusia terhadap manusia lainnya sehingga menyebabkan terbentuknya sesebuah kerajaan dan negara. (Ismail Said, 2010:1) SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA MALAYSIA Sejarah telah menunjukkan bahawa selama ratusan tahun tanah air kita ini telah dijajah oleh penjajah iaitu kuasa asing yang bemula dengan penjajahan Portugis di Melaka tahun 1511, diikuti Belanda pada tahun 1641 dan seterusnya British sejak 1786 dan berakhir pada 31 Ogos 1957 (Zulhilmi Paidi, Rohani Ab. Ghani, 2003:1) bersamaan tarikh kemerdekaan dan kembalinya tampuk pemerintahan kepada rakyat negara ini. Sejarah menjelaskan bahawa negara Malaysia berkembang selaras dengan perkembangan ekonomi. Perkembangan ekonomi telah membawa kepada pelbagai perubahan di negara ini. Perkembangan dan kemajuan ekonomi yang pesat telah membawa kepada perkembangan negara. Perkembangan yang pesat dalam kemudahan asas seperti sistem perhubungan dan pengangkutan merupakan perubahan yang diusahakan oleh British untuk memudahkan mereka memunggah hasil bumi di Tanah Melayu. Pembinaan sistem perhubungan seperti jalan keretapi telah membawa buruh dari luar ke negara ini. Ini menyebabkan kepadatan penduduk di kawasan tertentu terutama di kawasan bandar. Akibat pertambahan penduduk
1

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN


terutama di kawasan bandar, kerajaan British telah berusaha mewujudkan kemudahan kesihatan yang lebih sempurna. Untuk memenuhi keperluan tenaga buruh, buruh-buruh diambil dari luar negara untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah. Keadaan ini menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di negara kita. Kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu juga membawa perubahan kepada sosioekonomi dan budaya di negara kita. Namun dasar pecah perintah British telah menyebabkan pembangunan yang tidak stabil antara kawasan bandar dan luar bandar, seterusnya mewujudkan jurang perbezaan ekonomi antara kelompok etnik dan menimbulkan pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi mereka. Orang Melayu lebih banyak bersawah, pekebun kecil dan nelayan serta kerja-kerja di kampong. Banci tahun 1931 menunjukkan 71.4 peratus nelayan terdiri daripada orang Melayu manakala 52.2 peratus petani adalah orang Melayu. Kaum Cina terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, kewangan dan perniagaan. Pada tahun 1931 didapati 90.3 peratus pelombong dan 69 peratus kegiatan perdagangan dan kewangan dikuasai oleh orang Cina. Kebanyakan mereka tinggal di Bandar atau pinggir Bandar terutama di George Town, Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan Johor bahru. Manakala orang India lebih ramai menjadi buruh ladang dan kerja raya. (Mohd. Isa Othman, 2002:183). Keadaan ini berlarutan sehingga selepas Negara mencapai kemerdekaan pada Tahun 1957. Ketidakseimbangan pembangunan ini telah menimbulkan stereotaip dan prejudis, prasangka atau ketidakpuasan hati antara kumpulan etnik yang berbeza sehingga akhirnya mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969 yang tidak menguntungkan mana-mana pihak malah mengorbankan nyawa dan harta benda. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB merupakan suatu rangka jangka panjang yang merangkumi 20 tahun. Ia melibatkan lima Rancangan Malaysia dan bermula semasa Rancangan Malaysia Kedua. DEB bermatlamat untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Antara strategi DEB untuk membasmi kemiskinan ialah memajukan keadaan hidup kumpulan berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar. Kerajaan juga meluaskan peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Selain itu kerajaan juga menggalakkaan penglibatan dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan berproduktiviti tinggi serta memperbaiki produktiviti masyarakat miskin. DEB juga bermatlamat untuk menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi. Antara strategi DEB dalam proses menyusun semula masyarakat ialah meningkatkan pemilikan masyarakat dalam sektor swasta, membentuk masyarakat perdagangan dalam kalangan bumiputera,
2

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN


memajukan kawasan-kawasan mundur yang mempunyai potensi tinggi dan meluaskan peluang-peluang pendidikan sama ada di dalam atau di luar negara. DEB telah berjaya mencapai matlamatnya dengan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), peningkatan pendapatan per kapita rakyatnya, peningkatan peratusan dalam pemilikan saham bumiputera, peningkatan peratusan kadar pertumbuhan ekonomi, pengurangan kadar peratusan kemiskinan isi rumah dan mengurangkan kadar peratusan kemiskinan di luar bandar. KEPENTINGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA SEBAGAI PENCETUS SEMANGAT PATRIOTISME. Semangat patriotisme merupakan intipati keutuhan negara dan kesejahteraan rakyatnya. Menanam semangat patriotisme adalah menjadi sebahagian daripada aspek pendidikan menyeluruh dan bersepadu. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru, semangat patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Semangat patriotisme mesti ditanam di jiwa rakyat negara ini kerana semangat itulah yang mengikat rakyat Malaysia sebagai satu bangsa tanpa mengira keturunan dan kaum atas dasar cintakan tanah air. Bagi memastikan semangat patriotisme ini ditanam di hati rakyat negara ini, rakyat perlu mempelajari sejarah negara, perjuangan dan susah payah membangunkannya. Bangsa yang tidak mengenali sejarah hanya hidup untuk mencari makan atau bersikap materialistik seperti imigran-imigran yang dibawa oleh British ke negara ini sebagai buruh paksa suatu masa dahulu Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah bersama-sama mengambil sikap yang serius mengenai soal taat setia dan cinta yang tidak berbelah bagi kepada negara. Sesuatu bangsa akan menjadi mulia dan dianggap berdaulat sekiranya merdeka. Justeru itulah kemerdekaan negara ini perlu diisi dengan pelbagai pembangunan supaya Malaysia menjadi negara yang berdaulat dan bermartabat. Sebagai anak merdeka, kita perlu sentiasa sedar bahawa ini ialah negara kita, dan kitalah yang akan menentukan apa yang terbaik untuk kita. Golongan bukan Melayu khususnya mesti diperjelaskan bahawa mengkaji sejarah negara ini tidak boleh dipisahkan daripada melibatkan sejarah orang Melayu. Sejarah negara adalah sejarah Melayu yang bersifat kebangsaan dan meliputi semua kaum. Ini sama dengan perjuangan kemerdekaan yang digerakkan oleh nasionalis Melayu tetapi ia adalah perjuangan kebangsaan untuk semua kaum. Sejarah negara ini tidak boleh dipisahkan daripada tiga perkara iaitu orang Melayu, institusi Raja-raja Melayu dan agama Islam. Kalau kembali kepada sejarah, sudah tentu tidak wujud prasangka antara kaum di negara ini kerana sejarah telah menggariskan hak masing-masing tanpa berkorban apa-apa atau mengambil apa-apa daripada orang lain. Apabila mereka tahu sejarah asal usul masing-masing, tidak timbul lagi sekian banyak tuntutan yang tidak masuk akal. Kegagalan mengenal sejarah yang berkaitan dengan negara sendiri akan melunturkan kecintaan kepada tanah air.
3

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN

Orang-orang Melayu pula perlu benar-benar memahami dan sedar bagaimana negara Malaysia ini yang dahulunya bernama Tanah Melayu, berada di rantau Melayu, kini telah menjadi Malaysia iaitu sebuah negara di rantau Melayu yang warganegaranya masyarakat majmuk yang terdiri dari etnik Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Orang Melayu perlu tahu dan faham sejarah bagaimana orang bukan Melayu mendapat hak sebagai warganegara. Jika orang Melayu tidak faham dan tidak sedar, tidak mustahil suatu hari nanti etnik Melayu akan menjadi etnik minoriti di tanah air sendiri. Sekarang ini, di mana-mana pelusuk negara ini kita dapat lihat pelbagai etnik bukan Melayu, bukan Cina, bukan India, bukan juga bumiputera Sabah dan Sarawak, tetapi mereka adalah etnik dan bangsa lain yang dahulunya sangat asing bagi kita dan hanya dapat dilihat di kaca televisyen sahaja. Tidak mustahil mereka ini akan mendapat hak kewarganegaraan. Mahukah kita rakyat Malaysia melepaskan negara ini kepada mereka. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga perlu memahami susur galur atau rentetan sejarah pembentukan Malaysia. Kemajuan dan kemakmuran negara pada masa ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa pengorbanan dan darah pejuang-pejuang bangsa zaman dahulu. Selama 446 Tanah Melayu dijajah sejak penaklukan Portugis ke atas Melaka pada 24 Ogos 1511. Ini bukanlah satu tempoh masa yang singkat dan stigma penjajahan sebenarnya telah agak sebati dengan jiwa rakyat baik dulu mahupun sekarang.( Mila:2008 ) Setiap tahun kita meraikan kemerdekaan negara. Namun dalam kalangan kita rakyat Malaysia sekiranya ditanya tentang maksud kemerdekaan pasti ramai yang tercengang-cengang dan kelu lidah seribu bahasa. Hanya sebahagian daripada kita sahaja yang boleh menjawab pengertian kemerdekaan dengan penuh semangat dan patriotisme. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak tertentu terutama ibu bapa, para pendidik dan para pemimpin untuk menyemaikan semangat patriotisme di jiwa rakyat Malaysia. Ini sudah tentu melalui pengetahuan tentang sejarah penubuhan Malaysia, kemerdekaan dan sistem pemerintahan Malaysia. Kemerdekaan bermaksud kebebasan, kedaulatan dan keharmonian yang dikecapi oleh rakyat dan negara. Kita bebas dan berdaulat dari segi pemerintahan dan pentadbiran negara. Sebagai rakyat Malaysia kita menjalani kehidupan dengan harmoni, dalam keadaan aman damai dan alam sekitar yang indah dan nyaman. Tanpa semangat patriotisme yang tinggi tidak mungkin kita mampu memberikan pengertian kemerdekaan yang jelas dan tepat. Hakikatnya banyak sumber rujukan yang kita boleh perolehi dengan mudah. Sumber yang paling mudah adalah di internet. Namun begitu dalam melayari internet kita perlu berhati-hati kerana artikel-artikel yang kita perolehi dan baca di internet bukan
4

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN


semuanya benar. Terdapat banyak fakta-fakta palsu kerana apa yang dipaparkan melalui internet tiada tapisan. Selain dari itu kita juga boleh membaca dari buku-buku sejarah Malaysia, Perlembagaan Malaysia, buku-buku kenegaraan dan banyak lagi. Namun apa yang penting ialah sikap dan amalan kita perlulah positif untuk mendapatkan sumber-sumber ini. Sekiranya kita berpeluang, kita juga boleh menghadiri kursus atau seminar kenegaraan seperti Kursus Bina Negara yang dianjurkan oleh Jabatan Biro Tatanegara. Kita mesti mengenali tanah air, bangsa dan kerajaan Malaysia terlebih dahulu sebelum dapat mewujudkan semangat patriotisme dalam diri kita. Menerusi semangat patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani serta memiliki kekuatan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan negara. Kesimpulannya, bak kata pepatah Melayu, "Tak kenal maka tak cinta". Kita mesti mengenali tanah air, bangsa dan Kerajaan Malaysia terlebih dahulu sebelum dapat mewujudkan semangat patriotisme dalam diri kita. Apabila kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah dan kedaulatan negara, barulah semangat patriotisme itu akan muncul secara semulajadi dalam diri kita seterusnya bersamasama membangun negara. KEPENTINGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA SEBAGAI PENCETUS PEMBENTUKAN JATI DIRI. Golongan muda perlu kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara. Penyatuan etnik yang kini tergugat akibat kerakusan segelintir pihak yang mabuk kuasa untuk kepentingan diri sendiri mencemar persefahaman dan keamanan yang dipertahankan selama ini. Kita perlu sedar, terdapat tanda-tanda yang kita masih menghadapi masalah dalam membina persefahaman dan permuafakatan antara kaum dan agama. Bahkan dalam beberapa segi, jurang pemisah antara kaum dan agama mula menjarak dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ada pendapat mengatakan bahawa perpaduan yang wujud masih bersifat lahiriah atau kulit-kulitan berasaskan toleransi, bukannya perpaduan yang mendalam dan hakiki berasaskan prinsip saling menghormati dan menghargai kepelbagaian. (Abdul Rahman Embung,2006:18) Rakyat negara ini tidak seharusnya leka dan berasa selesa dengan situasi yang masih stabil. Kelekaan menyebabkan penyesalan yang tidak berpenghujung apabila kita sudah terlambat untuk mempertahankan kedamaian dan keharmonian seperti yang berlaku di sesetengah negara. Rukun Negara telah digubal oleh Majlis Perundangan Negara dan diperkenalkan pada 31 Ogos 1970. Ia dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk
5

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN


membentuk jati diri rakyat Malaysia. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip yang bertunjangkan semangat Perlembagaan diharap dapat membentuk jati diri rakyat Malaysia sebagai satu Bangsa Malaysia. Ramai kalangan rakyat Malaysia yang lancar menyebut lima prinsip Rukun Negara tetapi tercengang dan gagal bila diminta menerangkan maksudnya. Lima Prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut: 1. Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini bermaksud rakyat negara ini ialah manusia yang beragama dan mempunyai sistem kepercayaan. Islam merupakan agama Persekutuan. Agama lain turut diberi kebebasan untuk diamalkan. Melalui kehidupan beragama, rakyat akan menjadi manusia berakhlak mulia, jujur, berakomodatif dan bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum. 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Yang di-Pertuan Agong ialah lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Rakyat mestilah taat setia kepada baginda dan negara. Kedudukan raja-raja telah termaktub dalam perlembagaan. Kesetiaan kepada raja ialah lambang perpaduan seluruh rakyat. 3. Keluhuran Perlembagaan. Rakyat harus menghormati dan mematuhi Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Perlembagaan melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan negara. Seseorang rakyat tidak boleh menyoal kesetiaan rakyat yang lain berdasarkan keturunan kaum. 4. Kedaulatan undang-undang. Keadilan dalam masyarakat dijamin oleh undangundang. Setiap rakyat tidak kira kaum atau agama adalah sama rata di sisi undangundang. Rakyat mesti menghormati dan mematuhi undang-undang negara. 5. Kesopanan dan Kesusilaan. Rakyat negara ini hendaklah mempunyai akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia akan wujud sifat-sifat positif yang lain seperti saling menghormati antara satu sama lain, jujur, amanah, taat, bekerjasama dan berakomodatif. Pengalaman nilai-nilai positif ini akan mewujudkan semangat kekitaan. Natijah daripadanya akan membawa kepada suasana harmoni dan seterusnya keamanan negara akan berkekalan. (Shamsul Amri Baharuddin, 2008; 122). Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata perpatah Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. KEPENTINGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA SEBAGAI PENCETUS ASAS PERPADUAN. Orang cerdik pandai selalu berkata, sejarah adalah guru terbaik untuk mendidik
6

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN


manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk membina masa depan. Akibat tidak memahami sejarah, ada sesetengah pihak menafikan banyak perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kewujudan Perlembagaan Persekutuan itu satu sejarah besar negara ini. Malah kerana tidak menghayati sejarah juga membuatkan sesetengah pihak menganggap sesuatu isu yang melibatkan kaum terkeluar daripada kerangka sejarahnya. Mereka tidak melihat sejarah sebagai asas untuk memberi dan menerima dalam sesuatu perkara. Maka asas perpaduan di negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah memahami, menghayati dan memanfaatkan sejarah Sejarah sesebuah negara merupakan akar tunjang sesuatu bangsa. Kerana itu pengetahuan tentang sejarah negara ini sememangnya kunci perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara ini. Kita lihat contohnya peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan tragedi rusuhan kaum yang merupakan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia pada waktu itu. Peristiwa ini adalah titik hitam dalam sejarah perkembangan negara Malaysia yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda dan sangat penting untuk dijadikan iktibar agar tidak berulang lagi. Dalam Pra-pilihanraya 1969 parti-parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Ia adalah rentetan dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Pada pilihanraya umum 1969 tersebut Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNOMCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, apabila sekumpulan orang Melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas.
7

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengisytiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, MAGERAN telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung. Sebahagian orang Melayu mempersalahkan Tunku Abdul Rahman kerana gagal membendung ancaman rusuhan perkauman tersebut. Di antara tokoh yang lantang menghentam Tunku ialah Tun Dr Mahathir menerusi buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma"). Buku tersebut pernah diharamkan.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei ) Sepanjang tempoh darurat, MAGERAN telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar trajedi tersebut tidak berulang. Di antara tindakan yang diambil ialah membentuk satuRukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat pada perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP. KEPENTINGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA DALAM PEMBINAAN NEGARA. Proses pembinaan Negara Malaysia secara keseluruhannya mengambil masa yang panjang. Pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui dengan penuh kesulitan oleh pemimpin dan generasi terdahulu. Bukan sahaja kesulitan dalam mencapai kemerdekaan dan merebut kembali hak yang dirampas oleh penjajah, malah selepas merdeka Malaysia perlu membina dan menyusun semula hak yang ditinggalkan oleh penjajah serta mengagih secara adil antara kumpulan kaum yang terbina akibat dasar pecah dan perintah British. Sejarah perkembangan negara boleh dijadikan pedoman dan dalam masa yang sama memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang kesan daripada peristiwa yang sudah berlaku. Sejarah memberi banyak pengajaran yang berkait rapat dengan jatuh bangun sesuatu bangsa dan negara. Sejarah terbukti mampu membentuk jati diri bangsa dan negara. Sikap dan semangat patriotisme juga dapat disemai dan disuburkan dalam jiwa anak bangsa. Tanpa pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah, kita mungkin akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang telah berlaku di masa lalu. Negara sedang menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Untuk mencapai tahap negara maju, elemen patriotisme dan nilai murni adalah sangat mustahak ditekankan kerana negara yang maju dan bertamadun akan dianggap tidak lengkap dan
8

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN


sempurna jika kemajuan material tidak dapat diseimbangkan dengan keutuhan akal budi dan semangat cintakan negara. Sejarah memaparkan susur galur peristiwa pembentukan negara dan bangsa. Ianya akan memberi kesedaran kepada seluruh warganegara bahawa keutuhan akal budi, nilai murni dan semangat nasionalisme serta patriotisme perlu dipertahan dan disuburkan. Sejarah juga mampu menyuburkan perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum pada waktu sebelum, semasa dan selepas merdeka. Sejarah telah membangkitkan semangat kebersamaan di kalangan setiap warganegara. Sikap toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain dalam sebuah negara majmuk dapat dipupuk melalui pendedahan pengetahuan tentang sejarah perkembangan negara. Pendedahan tentang pengetahuan sejarah melalui mata pelajaran sejarah di sekolah atau melalui media massa dapat menyedarkan generasi kini dan masa hadapan tentang bagaimana pahit dan getirnya generasi terdahulu menuntut kemerdekaan. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pemimpin negara ini mengahadapi berbagai kesulitan dan halangan pula dalam pembentukan Malaysia. Halangan-halangan tersebut antara lain ialah penentangan di Brunei yang diketuai oleh A.M.Azahari yang bercadang untuk menubuhkan Kerajaan Kalimantan Utara yang akan terdiri daripada Brunei, Sabah dan Sarawak. Indonesia pula menganggap bahawa pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan atau neokolonisme British. Penentangan ini akhirnya meliputi konfrontasi ketenteraan sehingga tenteratenterav Indonesia telah dikerah untuk menceroboh masuk ke dalam negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Sementara itu Filipana pula menentang pembentukan Malaysia kerana Filipina masih menganggap bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Kesultanan Sulu. Pada tahun 1962 Filipina telah membuat tuntutan supaya Sabah dikembalikan semula kepadanya.(:Haji Tajuddin bin Hj Hussein:294) Namun begitu pihak British beranggapan bahawa tuntutan tersebut tidak berasas dan tidak perlu di layan. Filipina tetap meneruskan juga tuntutannya terhadap Kerajaan Malaysia. Jika kita semua sebagai rakyat Malaysia tidak peka dengan perkara ini, kita tidak tahu bagaimana agaknya nasib Sabah di masa hadapan. Melalui sejarah juga kita akan sedar betapa daifnya kehidupan masa lampau sebelum merdeka ketika negara dijajah berbanding kehidupan di era merdeka masa kini. Pengetahuan ini dapat memberi kesedaran kepada warganegara tentang kepentingan mengekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum. Kedangkalan pengetahuan sejarah akan menyebabkan kita mengulangi kesilapan lampau. Justeru itu, sangat perlu kita mengimbas sejarah dan menjadikannya sebagai panduan dan iktibar agar kesilapan tidak berulang lagi. Sejarah perkembangan negara telah dijadikan asas kepada perancangan dan perkembangan negara pada masa sekarang dan akan datang. Peristiwa 13 Mei 1969
9

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN


yang berpunca dari sikap perkauman menyedarkan kita tentang kepentingan merancang agenda ke arah keharmonian perhubungan kaum di negara ini. Tanpa perpaduan dan keharmonian antara kaum, tidak mungkin kita dapat membangunkan negara ke arah negara maju yang kita impikan. Dasar pecah dan perintah oleh Inggeris telah mengujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi dan perbezaan taraf ekonomi yang sangat ketara antara kaum. Perbezaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan kaum yang berbeza. Perasaan tidak puas hati jika tidak dileraikan pastinya menimbulkan kesan yang buruk. Dasar pecah dan perintah Inggeris juga telah memisahkan penempatan dan sistem persekolahan antara kaum. Ini menyebabkan kesukaran untuk saling berkenalan dan memahami perbezaan budaya pelbagai kaum. Ibarat pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta.. Bila tidak kenal dan tidak pula memahami pastinya menimbulkan sikap prejudis dan buruk sangka antara kaum yang berbeza. Sikap prejudis menyukarkan kerjasama ke arah pembinaan negara maju yang aman dan makmur. Kerajaan Malaysia kini bermatlamat untuk membina Negara Bangsa dengan memperkenalkan gagasan Satu Malaysia dengan motonya Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Konsep ini merujuk kepada masyarakat majmuk di negara ini yang hidup saling berkongsi wawasan, matlamat, impian tanpa mengira fahaman agama, ideologi politik, status ekonomi maupun sosial, kepelbagaian budaya dan sebagainya dalam mewujudkan keharmonian negara secara berterusan. Gagasan Satu Malaysia perlu dihayati oleh rakyat Malaysia serta memahami maksud yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. Kita tidak seharusnya alpa dan berasa selesa dengan situasi yang masih stabil. Janganlah kita mencuba untuk mencemarkan persefahaman dan keamanan yang dipertahankan selama ini. Terdapat enam unsur utama dalam gagasan Satu Malaysia iaitu Budaya Kecemerlangan, Budaya Ketabahan, Budaya Rendah Hati, Budaya Penerimaan, Budaya Kesetiaan dan Budaya Meritokrasi. Setiap rakyat Malaysia perlu membudayakan diri dengan nilai kecemerlangan di dalam setiap perkara di mana sahaja sama ada dalam institusi keluarga, institusi masyarakat, institusi pendidikan maupun di bidang pekerjaan. Sekiranya kita mengamalkan budaya kecemerlangan, pasti segalanya akan berkembang selari dengan amalan kecemerlangan itu. Kita juga perlu menyedari bahawa kehidupan ini ada pasang dan surutnya. Ada waktunya kita perlu menghadapi dugaan, rintangan dan kesukaran. Seseorang perlu menanam nilai ketabahan agar berupaya menghadapi kesukaran-kesukaran serta halangan-halangan dalam menuju ke arah kecemerlangan. Kita lihat betapa sukarnya
10

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN


pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menuntut kemerdekaan. Selepas rakyat berbilang bangsa bekerjasama dan akhirnya negara mencapai kemerdekaan, tercetus pula peristiwa 13 Mei 1969 akibat kealpaan yang membawa kepada penggantungan perlembagaan Persekutuan dan perintah darurat. Namun berkat ketabahan pemimpin-pemimpin kita terdahulu, hasilnya kini kita dapat hidup bersama-sama, berbilang bangsa dengan aman dan makmur. Selain budaya kecemerlangan dan ketabahan, kita juga perlu mengamalkan nilai rendah hati. Islam juga menganjurkan umatnya mengamalkan nilai rendah hati atau tawadduk. Dalam kehidupan seharian, jangan hendaknya kita bersikap menunjuknunjuk kelebihan kita dan memandang rendah kepada orang lain. Contohnya, sebagai masyarakat Cina yang memang bijak dalam urusan perniagaan, janganlah menghina orang Melayu yang berniaga secara kecil-kecilan. Sebagai orang Melayu pula, walaupun kita tahu Negara Malaysia ini dahulunya adalah Tanah Melayu, tanah milik orang Melayu, janganlah kita memandang rendah kepada bangsa lain dan menafikan hak mereka sebagai warganegara, kerana sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia berjaya mencapai kemerdekaan selepas ketiga-itiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India bergabung dan bekerjasama menuntut kemerdekaan. Nilai seterusnya yang perlu dihayati ialah nilai atau sikap penerimaan. Ramai orang berfikir bahawa menerima adalah sama maksud dengan toleransi. Sebenarnya keduadua perkataan ini mempunyai makna yang hampir sama tetapi tetap mempunyai perbezaan yang jelas. Toleransi merujuk kepada sikap bekerjasama atau berlebihkurang atau lebih mudah kita katakan sebagai menerima dengan bersyarat. Ada waktunya kita hulur dan ada waktunya kita sekat dan tarik balik. Toleransi membabitkan perasaan dan ada waktunya bersetuju dengan berat hati. Ada waktunya kita merasa terbeban kerana terpaksa memberi. Ini berbeza dengan sikap menerima. Menerima bermaksud menerima secara keseluruhan tanpa berbelah bagi. Jika ingin membantu, bantulah semua yang perlukan bantuan tanpa mengira kaum dan agama. Bantulah dengan ikhlas tanpa prejudis. Namun begitu bukan bermakna kita melupakan nilai agama. Sama-samalah kita mencari persamaan nilai agar perbezaan tidak menjadi halangan ke arah penerimaan sebenar. Penerimaan tanpa syarat yang disertakan dengan keikhlasan akan menjamin keharmonian. Unsur kelima yang ingin diterapkan dalam gagasan Satu Malaysia ialah nilai kesetiaan. Kita semua sedia maklum bahawa kesetiaan bermaksud jujur, setia dan berpegang teguh kepada sesuatu. Salah satu prinsip Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada raja dan negara. Ini bermakna sebagai rakyat Malaysia kita mesti setia kepada raja dan negara. Kedudukan raja-raja telah termaktub dalam perlembagaan. Kesetiaan kepada raja ialah lambang perpaduan seluruh rakyat. Kesetiaan kepada negara akan berdiri teguh di jiwa rakyat dengan berdiri teguhnya nilai jati diri. Rakyat yang mempunyai jati diri yang teguh akan setia mempertahankan negara ini dan tidak akan melakukan sesuatu yang akan menggugat keharmonian kehidupan dan kestabilan ekonomi serta politik.
11

PSS3103 PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA LIWEN

Unsur terakhir dalam gagasan Satu Malaysia ialah prinsip meritokrasi. Meritokrasi bermaksud keistimewaan kecemerlangan. Boleh juga disebut sebagai tingkat kecemerlangan. Ramai orang mencapai prestasi cemerlang tetapi meritnya berbezabeza, ada tahap tertentu. Meritokrasi bukan sahaja satu prinsip yang mulia, tetapi merupakan satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kecemerlangan sebenar. Amalan pengiktirafan atau penghargaan penilaian melalui meritokrasi akan menjana peningkatan mutu hasil pengeluaran dan pencapaian. Semua pihak akan berusaha untuk menghasilkan yang terbaik. Semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tertentu. Hasil pengeluaran yang sentiasa dijaga mutunya, akan meningkatkan kepuasan pengguna dan imej negara. PENUTUP Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu mempelajari sejarah perkembangan negara agar kita mempunyai pengetahuan dan memahami betapa sukarnya pemimpin terdahulu membina negara ini. Di samping itu, pengetahuan tentang sejarah perkembangan negara juga menyedarkan kita betapa pemimpin-pemimpin kita bertungkus-lumus meneruskan perjuangan ke arah kestabilan ekonomi dan politik negara ini. Kita juga dapat melihat betapa pentingnya pengetahuan sejarah perkembangan negara dalam pembinaan negara. Kita tidak akan bertanya apa yang negara dapat berikan kepada kita, tetapi kita akan berusaha keras agar kita dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembinaan dan pembangunan negara seiring dengan hasrat kerajaan.

12