You are on page 1of 14

JENIS PENILAIAN BAHASA

NIK SHANIAMIZAH BINTI NIK SHAFIE SITI NUR AIN BINTI HASHIM

Penilaian Merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. 3 jenis aktiviti penilaian; (i) Penilaian mengesan penguasaan (ii) Penilaian mengesan kemajuan (iii)Penilaian mengesan pencapaian

JENIS

HURAIAN

Penilaian Mengesan Penguasaan

Jenis

Penilaian ini dijalankan ketika guru berada di dalam bilik darjah. Tujuannya untuk mengesan kelemahan & penguasaan murid aktiviti penilaian dalam sesuatu kemahiran yang diajarkan supaya kelemahan itu dapat diperbetulkan dengan serta merta. Penilaian ini dilakukan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik telah selesai diajar. Bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang kemahiran yang telah dipelajari seterusnya menentukan murid yang memerlukan aktiviti pengayaan & pemulihan.

Penilaian Mengesan Kemajuan

Penilaian Mengesan Pencapaian

Penilaian ini dijalankan selepas guru mengajar beberapa topik pelajaran,biasanya dalam tempoh 1 penggal. Tujuan penilaian ini adalah untuk mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik bagi menentukan kedudukan murid dalam kumpulan masing-

AKTIVITI-AKTIVITI PENILAIAN BAHASA

UJIAN FORMATIF

UJIAN SUMATIF

Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas. Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

UJIAN FORMATIF

Ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan pembelajaran. Merupakan bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa panjang (selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun). Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid.

UJIAN SUMATIF

Jadual banding beza antara ujian Formatif dan Ujian Sumatif

UJIAN KEFASIHAN
Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

UJIAN KEMAJUAN Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

UJIAN BAKAT
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

UJIAN PENCAPAIAN
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

Rujukan

Rujukan

http://sehijauemerald.blogspot.com/2011/09/interaksi-5jenis-penilaian-bahasa.html
http://tautan-ilmu.blogspot.com/2011/09/jenis-penilaianbahasa.html Tuan Jah Tuan Yusof et al.2012. Penaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd