You are on page 1of 3

HAFIZAH BINTI HASNAWI (721222085872)

PPG 2012 SN1

Syukur Alhamdullilah kehadrat Ilahi kerana dianugerahkan kesempatan menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN, ENCIK RASID BIN CHIK . Tugasan ini perlu dihantar pada 16 Mac 2013. Setinggi penghargaan di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pensyarah kami dengan penerangan yang jitu bersama

contoh- contoh yang sangat berkesan. Untuk tugasan ini memerlukan saya menyediakan perlaksanaan amali secara berkumpulan berempat. Perlaksanaan tugasan amali yang dijalankan ialah melaksanakan amali di Makmal Fizik, IPG Kampus Dato Razali Ismail pada 16 Februari 2013. Fizik amali yang pertama dilaksanakan ialah daya dan gerakan. Fizik amali kedua ialah haba. Fizik amali ketiga ialah statik. Fizik amali keempat ialah elektrik dan fizik amali terakhir ialah optik. Selesai melaksanakan tugasan secara amali berkumpulan tugasan seterusnya kami semua perlu menyediakan laporan amali secara individu. Tugasan pertama yang diambil perhatian ialah mencari maklumat tentang amali yang dilaksanakan berdasarkan tajuk melalui pembacaan buku-buku fizik SPM ,STPM dan sumber internet untuk mencari maklumat tentang perbincangan dan kesimpulan amali. Syukur tugasan ini dapat dijalankan dengan sempurna berbekalkan sumber yang diperolehi daripada pusat sumber di perpustakaan awam Kerteh. Maklumat yang diperolehi saya masukkan sebagai sumber isi tugasan ini. Kekuatan dalam mencari sumber bahan yang dikehendaki, sumber boleh dilayari menggunakan penggunaan internet alat komunikasi canggih masa kini. Penggunaan email dan Skype diantara ahli kumpulan memudahkan lagi cara kami mengumpul dan
Refleksi Individu ( Hafizah Hasnawi)

HAFIZAH BINTI HASNAWI (721222085872)

PPG 2012 SN1

bertukar-tukar nota semasa melaksanakan proses membuat kerja kursus yang diberikan. Proses kerja yang dilakukan secara kolaborasi ini dapat menjalinkan ukhwah dan semangat kerjasama diantara kami. Sepanjang melaksanakan tugasan yang diberi secara tidak langsung menambah lagi ilmu pengetahuan tentang fizik dalam kehidupan seharian .Selain itu sebagai pendidik ia memantapkan lagi kefahaman saya tentang tajuk amali yang diberi Antara kelemahan yang terdapat dalam tugasan yang diberi ialah kekangan masa untuk menyiapkan laporan individu yang diberikan. Kesibukan tugas seharian kadang-kadang membataskan perjalanan proses menyiapkan kerja kursus pendek ini. Selain kesukaran menentukan kesahihan jawapan yang dikehendaki.Namun dengan semangat dan usaha yang berterusan masalah ini akhirnya dapat diatasi. Alhamdullilah. Akhir sekali, tugasan ini amat penting dalam menyiapkan dan menyempurnakan lagi diri saya selaku seorang pendidik. Sekali lagi saya ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi subjek WAJ 3105, Encik Rasid Bin Chik dan rakan-rakan

dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan sekursus yang banyak membantu dan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa kerjasama yang jitu daripada rakan sekursus tentunya proses perjalanan menyiapkan tugasan ini akan menjadi sukar dan membebankan. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Sekian,Wassalam.

Refleksi Individu ( Hafizah Hasnawi)

HAFIZAH BINTI HASNAWI (721222085872)

PPG 2012 SN1

Refleksi Individu ( Hafizah Hasnawi)