You are on page 1of 2

Menganalisis Data Kajian Kualitatif Analisa kajian kualitatif melibatkan bertujuan untuk menterjemahkan dan/atau memahami gambaran keseluruhan

dengan menggunakan data untuk menghuraikan fenomena dan apa yang dimaksudkan dengan perkara tersebut. Kedua-dua analisis kualitatif dan kuantitatif melibatkan melabel dan mengekod semua data supaya persamaan dan perbezaan dapat dikenal pasti. Maklum balas walaupun daripada temu bual yang tidak berstruktur, boleh dimasukkan ke dalam komputer untuk dikod, dihitung dan dianalisa. Walaubagaimanapun penyelidik kualitatif tidak mempunyai sistem untuk pra-pengekodan, oleh itu, satu kaedah untuk mengenal pasti dan melabel atau mengekod data perlu dibentuk yang diperkatakan oleh setiap penyelidik iaitu analisis kandungan. Analisa kandungan boleh digunakan apabila data kualitatif telah dikumpul melalui: 1. Temu bual 2. Kumpulan berfokus 3. Pemerhatian 4. Analisa dokumentari Analisa kandungan adalah ... satu prosedur untuk pengkategorian lisan atau data tingkah laku, untuk tujuan pengklasifikasian, ringkasan dan penjadualan. Kandungan boleh dianalisa pada dua tahap: 1. Tahap asas atau tersurat: kandungan deskriptif mengenai sesuatu data 2. Tahap tinggi atau tersirat: interpretasi analisis yang lebih mendalam yang melibatkan tindak balas serta apa yang dimaksudkan atau ditujukan. Analisis kandungan melibatkan mengekod dan mengklasifikasi data, juga dirujuk sebagai mengkategori dan mengindeks, dan tujuan analisis kandungan adalah untuk memahami data yang telah dikumpul serta mengenal pasti maklumat penting, ciri-ciri atau dapatan. Analisis kandungan, satu bentuk analisa maklumat kedua, digunakan untuk menganalisa teks, termasuk temu bual, transkrip, surat khabar, buku, manuskrip dan laman sesawang bagi menentukan kekerapan perkataan yang spesifik atau idea. Keputusan analisis kandungan membenarkan penyelidik untuk mengenal pasti, juga

menyukat, idea yang spesifik, konsep-konsep dan corak perkaitan mereka, dan bentuk-bentuk idea yang muncul dalam sesuatu kumpulan yang spesisfik atau satu jangka masa. (Pandangan yang telah diberikan akan dikumpul dan dianalisis menerusi kaedah analisis isi kandungan(content analysis). Ini dilakukan dengan mengkategori secara tema. Setelah ditentukan tema, frasa bagi tema tersebut ditakrifkan dan dikira bilangan kekerapannya.)