You are on page 1of 2

Untuk memperkatakan sistem kerajaan sesebuah negara, corak pemerintahan yang diamalkan menjadi perkara pokok untuk dibincangkan.

Perbezaan ideologi antara Kapatalis, Sosialis Komunis dan Demokrasi mendapat tempat untuk menentukan corak pemerintahan sesebuah negara. Dalam banyak negara, sesuatu ideologi itu banyak bergantung kepada sistem pemerintahan sesebuah kerajaan. Pemikir Politik seperti Plato dan Aristotle telah membahagikan pemerintahan berdasarkan cirri sama ada peraturan yang diperkenalkan oleh pemerintah dipatuhi oleh rakyat atau tidak. Bagi Plato, pemerintahan yang ideal ialah pemerintahan yang diuruskan oleh raja. Aristotle pula berpendapat bahwa pemerintahan terbahagi kepada tiga iaitu, monarki(raja), aristokrasi (bangsawan) dan Kerajaan campuran. Menurut D.G.A Van Poeljie(1953:1) Pemerintahan adalah bagaimana sesebuah negara itu disusun dan dipimpin dengan sebaik-baiknya. Bermaksud, pemerintahan perlulah bertindak dengan apa cara sekalipun untuk memajukan negara atau kawasan di bawah naungannya. Dalam hubungan pemerintahan beraja ini, Raja atau Maharaja disebut sebagai ketua negara. Beliau akam meminpin sebahagian besar tugas-tugas kerajaan. Hal ini dapat di dilihat di beberapa buah negara yang mengamalkan pemerintahan beraja ini, contohnya Britain, Jepun dan China. Namun perlu diperjelaskan di sini bahawa, tugas dan tanggungjawab sesebuah Raja atau Queens(Britain) mungkin berbeza mengikut acuan negara masing-masing 2.0 Definasi Kerajaan Harold Laski menjelaskan bahawa kerajaan merupakan satu institusi yang terdapat dalam sesebuah negara yang mengamalkan

pemerintahan secara. Beliau juga berpendapat bahawa negara juga mempunyai kuasa untuk menggunakan paksaan supaya arahanarahannya di patuhi Bagi R.M. Maclver pula mendefinasikan kerajaan sebagai suatu pertubuhan pusat yang mengekalkan satu sistem peraturan ke atas masyarakat (2003:326) Bagi A Appadorai pula mendefinasikan kerajaan sebagai sebagai satu agensi atau jentera yang merumus, mengenal dan melaksanakan kehendak-kehendak negara Menurut beliau semua badan yang terlibat dalam urusan tersebut seperti Dewan Perundangan , eksekutif dan badan kehakiman adalah ditakrifkan sebagai kerajaan (2003:326) Peranan utama kerajaan ialah cuba memperbaiki dan meninggikan lagi taraf hidup rakyat. Perbezaan jurang ekonomi dikalangan masyarakat menjadi intipati sesebuah kerajaan. Kerajaan juga perlu bertindak sebagai perubah kepada berbagai bidang seperti perindustrian, ekonomi, sosial dan politik.