You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA 02500 MATA AYER, PERLIS.

Minit Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2014


Tarikh Jam Mula Tempat Pengerusi : 24 Disember 2013 ( Selasa ) : 9.00 Pagi : Bilik Mesyuarat SKGN : Pn. Noorizah binti Shuid Guru Besar

Kehadiran : 1. Pn. Noorizah binti. Shuid (Guru Besar) 2. En. Mohd Nadzari bin Baharom (Penolong Kanan Pentadbiran) 3. En. Chatri a/l Sing (Penolong Kanan KoKurikulum) 4. Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman 5. Pn. Athiyah binti Shuid 6. Pn. Jamalulhaslina binti Fuad 7. Pn. Juniza binti Hashim 8. En. Muhammad Ridzuan bin Hj Ismail 9. En. Rohisyam bin Abidin 10. Pn. Salihah binti AbdKadir 11. En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe 12. Pn. Azizah binti Hasan 13. Pn. Fauziah binti Musa 14. Pn. Hasnah binti Wahab 15. Pn. Hasniyanti binti Mohd. Hanafiah 16. En. Isa bin Mat 17. En. Mohammad Sofi bin Hassan 18. Pn. Norliza binti Kadir 19. Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzli 20. En. Ramlee bin Hussain 21. Pn. Sharizah binti Abdullah 22. Pn. Siti @ Lebar binti Rejab 23. Cik Suraiza binti Abdullah 24. Pn. Suriany binti Idris 25. Pn. Wan Hayazi binti Wan Abdullah 26. En. Yusrizal bin Yusoff 27. Pn. Ruzaini binti Ismail 28. Pn Maslina binti Kamaluddin 29. Pn. Hisnawati binti Che Ishak

Tidak Hadir Bersebab : 1. Pn. Sharifah Ajar binti Syed Endut (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 2. Pn Hartina binti Rosdi 3. Pn. Noormila Fairus binti Bahari 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. 1.2. Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru serta guru-guru baru ke mesyuarat kali pertama bagi sesi persekolahan 2014. Peringatan bagi sesi persekolahan 2014, pengajaran dan pembelajaran akan bermula pada hari pertama. Semua guru kelas perlu memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk menerima kehadiran murid. Guru perlu memastikan murid mendapat 1 kerusi,1 meja dan set buku teks. Makluman pendaftaran tahun 1 pada 28/1/2013 dan pendaftaran prasekolah pada1/1/2014. Semua guru diminta merujuk pada brochure yang berkenaan.

1.3. 1.4.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL 4 TAHUN 2013 2.1. Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh Pn. Norliza Bt. Kadir dan disokong oleh Pn Sharizah Bt. Abdullah.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit

4.0 PENILAIAN DAN RUMUSAN 2013 4.1. Sekolah menunjukkan peningkatan.SKPM (82.78%) versi 2010. 4.2. Penilaian kendiri sekolah mengikut skor dan justifikasi SKPM yang sebenar. 4.3. Pada UPSR 2013, SKGN berada tempat ke 6 mengikut susunan pencapaian GPS. Walaubagaimanapun pencapaian kecemerlangan menurun dari 17 orang kepada 8 orang. MAKLUMAN

5.0 PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN 2014 5.1. Mengingatkan kepada guru-guru bahawa pada hari pertama pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa 5.2 Jadual PdP sesi 2014 telah lampirankan dalam fail mesyuarat, terdiri daripada Jadual Kelas, Jadual Individu Guru.Jadual telah disusun dengan mempertimbangkan beberapa kreteria: 5.2.1 Pend. Moral Tahun 1A,2A dan 3A telah dicantum serta kumpulkan selari dengan masa waktu PdP Pend. Agama Islam untuk kelas yang berkenaan. 5.2.1 Pend. Moral Tahun 4A,6A dan 6C telah dicantum serta kumpulkan selari dengan masa waktu PdP Pend. Agama Islam untuk kelas yang berkenaan. 5.2.3 Waktu mata pelajaran teras tahun 6 telah diselarikan antara kedua-dua kelas. Hal demikian bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan kelas ganti dan program khas yang melibatkan calon UPSR 2014. Tindakan :SEMUA GURU, GURU KELAS 6.0 ETIKA KERJA GURU 6.1 Guru perlu melaksanakan tugas mengikut Perintah Am, Surat Ikhtisas dan Pekeliling Surat Siaran. 6.2 Antara nilai etika Kementerian Pendidikan Malaysia:

Niat yang betul. Perlakuan yang baik. Penggerak ke arah kebaikan. Memperkotakan apa yang dikatakan. Berdisiplin dan beradab.
MAKLUMAN

7.0 DASAR KPM 7.1 Visi KPM Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera" 7.2 Misi KPM Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" 7.3 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.

7.4 Para guru harus mengetahui dan memahami dasar semasa KPM, Berikut adalah Dasar KPM: 7.4.1 7.4.2 7.4.3 7.4.4 7.4.5 7.4.6 7.4.7 7.4.8 7.4.9 7.4.10 7.4.11 7.4.12 Kurikulum Standard Sekolah Rendah MBMMBI Literasi dan Numerasi 1M 1S SBT Baiah SKPM Standard Guru Malaysia NKRA Prasekolah PBS PIBKS 1BESTARI NET MAKLUMAN 8.0 PROGRAM KPM 8.1 Semua jawatankuasa peringkat sekolah perlu memahami, menterjemah dan seterusnya melaksanakan program KPM berkaitan dengan dasar-dasar yang sedia ada dengan penuh komitmen. MAKLUMAN 9.0 NKRA 9.1 Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan:
1. Sub-NKRA Prasekolah 2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi 3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi 4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah 9.2 Bagi sub NKRA Prasekolah dan Linus, Guru dan jawatankuasa yang terlibat perlu memahami dan melaksanakan program yang digariskan oleh KPM dan dokumen yang berkaitan mestilah lengkap. Tindakan : GURU PRASEKOLAH PENYELARAS LINUS

10.0AGIHAN TUGAS GURU 10.1 Agihan tugas telah dibuat berdasarkan pengetahuan yang luas dalam aspek berkaitan, kebolehan, komitmen dan pengalaman. Hal ini diberi pertimbangan yang wajar agar sekolah dapat berfungi dengan berkesan. 10.2 Atas dasar keterbukaan, sebarang cadangan perubahan masih boleh dikemukakan kepada GPK Pentadbiran sebelum 2 Januari 2014 .

10.3 Semua guru boleh memuat turun bidang tugas masing-masing di web sekolah. Tindakan :PK PENTADBIRAN,SU PENTADBIRAN 11.0ANGGARAN PERBELANJAAN 2014 11.1 Anggaran perbelanjaan berdasarkan peruntukan Kumpulan Wang Kerajaan yang jumlahnya berdasarkan bilangan enrolmen pada 31 Oktober 2013. Walaubagaimanapun peruntukan tambahan dan pemulangan wang berkenaan adalah tertakluk kepada arahan Perbendaharaan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. 11.1 Berdasarkan anggaran agihan perbelanjaan yang telah dibentangkan dalam mesyuarat yang terdahulu, semua Ketua Panitia diminta untuk mengisi nota minta bagi tujuan perbelanjaan peruntukan tersebut. Tindakan :KETUA PANITIA 12.0TAKLIMAT GURU BESAR 12.1 Memaklumkan guru yang bertukar iaitu Pn Nasihah bt Abdullah, Pn Norieza bt Seron, Encik Rosli b. Hasan dan Pn Hayati bt. Yahaya. 12.2 Setiap guru perlu melaksanakan tugas dengan telus dan penuh integriti berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedia ada. 12.3 Sebarang penerimaan serahan bahan atau peralatan daripada pihak sekolah perlu mengisi borang serahan di pejabat. 12.4 Dicadangankan untuk menyewa mesin fotostat yang akan diletakkan di satu bilik khas untuk fotostat bahan pengajaran dan kosnya ditanggung oleh setiap guru yang menggunakannya. 12.5 Penggunaan mesin fotostat sekolah hanya atas urusan rasmi seperti soalan peperiksaan, surat pemakluman kepada ibu bapa hal yang berkaitan dengan persekolahan dan urusan perkhidmatan dan perjawatan. 12.6 Dana UPSR sepatutnya boleh digunakan bagi tujuan perkembangan akademik pelajar termasuk kos cetakan soalan peperiksaan dan digunakan pada tahun semasa. 12.7 Uniform sekolah adalah seperti yang digariskan dalam pekeliling berkaitan dan pemakaian kasut warna hitam adalah hasil persetujuan dalam mesyuarat agung PIBG. Walaubagaimanapun sekiranya ada pelajar atau ibubapa yang enggan membenarkan anak jagaan mereka memakai kasut berwarna hitam, pihak sekolah tidak boleh memaksa atau mengambil tindakan ke atas pelajar tersebut

12.8 Borang untuk meninggalkan pejabat / sekolah ketika waktu bertugas perlu diisi lebih awal dan diserah secara bersemuka kepada Guru Besar atau kepada mana-mana Guru Penolong Kanan ketika ketiadaan Gutu Besar. MAKLUMAN 13.0TAKLIMAT GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 13.1 Guru Tahap Bahasa Arab perlu mengisi secara online Kajian Pelaksanaan Modul Elektif. Tindakan: MUHAMMAD SOFI BIN HASSAN 13.2 SPLG kemaskini sebelum 31.12.2013. Proses pengesahan bagi KKL (kehadiran kursus luar) akan dijalankan sebelum 28 Februari 2014. 13.3 Pemakluman semula daripada KPM, bahawa SKPM versi 2003 akan terus dijadikan instrumen penilaian dalam NKRA bagi mengukur pencapaian sekolahsekolah sehingga tahun 2015. 13.4 Semua guru perlu bertindak mengikut diskripsi kreteria standard yang digariskan dalam SKPM agar kerja buat guru menepati kehendak standard ditetapkan agar hasil akhir dapat memberi pencapaian sebenar. 13.4 Semua guru perlu mengetahui dan memahami kreteria yang terdapat dalam SKPM. 13.5 Setiap data yang dikemukakan ke pihak KPM/JNJK perlu ada eviden dan setiap eviden perlu difailkan. Tindakan: SEMUA SETIAUSAHA UNIT 13.6 Peraturan perkhidmatan tidak membolehkan baki pendapatan (gaji bersih) dalam Penyata Gaji kurang daripada 40% daripada jumlah gaji kasar. Pegawai yang tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. MAKLUMAN

14.0HAL-HAL LAIN 14.1 Encik Ramlee minta penjelasan tentang penggunaan duit dana UPSR. 14.1.1 Tuan Guru Besar menjelaskan bahawa wang Dana UPSR sepatutnya boleh digunakan bagi tujuan membantu pihak sekolah dalam program pembangunan akademik pelajar seperti cetakan soalan peperiksan dan sepatutnya tidak memerlukan kertas kerja untuk membolehkan penggunaan wang tersebut.

14.2 Pn Jamalulhaslina memaklumkan tentang perbezaan uniform pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan, vest hanya dibekalkan kepada pengawas sekolah sahaja. 14.3 Pn. Norliza memohon papan putih untuk diletakkan di Bilik Disiplin. Tindakan : TUAN GURU BESAR 14.4 Guru Besar mengingatkan para guru tentang pematuhan terhadap pakaian rasmi di majlis rasmi.

Mesyuarat ditangguhkan: 11.22 Pagi Disediakan oleh: Minit ini dicatat oleh:

..................................................... (WAN HAYAZI BT. WAN ABDULLAH) Penolong SetiausahaPentadbiran, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.

................................................ (WAN HAYAZI BT. WAN ABDULLAH) Penolong Setiausaha Pentadbiran.

LAMPIRAN PMP5

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA


LAPORAN MAKLUM BALAS STATUS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT
TAJUK MESYUARAT : MESYUARAT GURU KALI PERTAMA TAHUN BIL RUJUKAN MINIT / MS PERKARA TINDAKAN TARIKH: 24 DISEMBER 2013 STATUS PERLAKSANAAN CATATAN

Disediakan oleh: