You are on page 1of 35

LITAR-LITAR

PENGGUNA
1

LITAR PENGGUNA

Definasi Litar pengguna ialah litar yang dimiliki oleh pengguna atau pelanggan yang mana sebarang kerosakkan litar / alat itu perlu dibaiki oleh pengguna itu atas tanggungannya sendiri.
2

Keperluan Kawalan Pengguna


Pada amnya, bahaya elektrik boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: (a). Bahaya Arus Lebih - Boleh menyebabkan kerosakkan alat, kabel dan kebakaran.

(b). Bahaya Arus Bocor ke Bumi Boleh menyebabkan kejutan dan kebakaran.
(c ).Bahaya Kejutan elektrik Boleh menyebabkan kejutan dan maut ( semasa membaiki, menyelenggara atau membuat tambahan litar).
3

Kawalan Pengguna ( sambungan )


Bagi mengatasai bahaya-bahaya tersebut, setiap pemasangan pengguna mestilah mengadakan kawalan yang mencukupi dan mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan: 1. Pengasingan dan pemencilan. 2. Perlindungan kebocoran arus ke bumi. 3. Perlindungan arus lebih.
4

Kawalan Pengguna ( Sambungan )


1. Pemencilan dan penyuisan.

Pemencilan ialah pemotong pemasangan dan kelengkapan bekalan elektrik.

litar atau elektrik dari

Ia merupakan suis berangkai (suis utama) atau pemutus litar berangkai. Tugas utamanya ialah untuk mengasingkan litar yang rosak atau yang hendak dibaiki dengan litar yang elok bagi tujuan keselamatan.

Pemencil mestilah dipasang disetiap permulaan pemasangan bagi memastikan kesemua bekalan di pemasangan itu dapat diputuskan apabila berlakunya bahaya.
5

Kawalan Pengguna ( Sambungan )


2. Perlindung arus bocor ke bumi. Arus bocor ke bumi amat bahaya dan boleh menyebabkan kejutan elektrik jika tersentuh. Peranti yang digunakan untuk mengelakkan bahaya ini ialah - Pemutus litar bocor ke bumi (PLBB). Peranti tersebut akan memutuskan bekalan elektrik ke pemasangan secara automatik apabila berlakunya arus bocor ke bumi.
6

Kawalan Pengguna ( Sambungan )


3. Perlindung Arus Lebih.

Arus lebih mungkin berlaku akibat Litar pintas atau pertambahan beban berlebihan.
Arus lebih boleh menyebabkan kerosakkan alat dan penebatan kabel ( panas ). Peranti yang digunakan untuk melindungi arus lebih ialah Fius ( akan melebur apabila arus berlebihan mengalir melaluinya ) atau Pemutus Litar (putuskan litar secara automatik jika arus lebih mengalir melaluinya ).
7

Jujukan Kawalan Pengguna


1 FIUS PERKHIDMATAN 3 SUIS UTAMA LITAR AKHIR 5 METER KWJ 2 PEMUTUS LITAR 4

RAJAH : LITAR SKEMATIK JUJUKAN KAWALAN PENGGUNA


8

Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )


BEKALAN MASUK METER KWJ PLBB

FIUS PERKHIDMATAN

SUIS UTAMA

PFA / KFA (LITAR AKHIR)

RAJAH: GAMBARAJAH PENDAWAIAN JUJUKAN KAWALAN


9

Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )


1. Fius Perkhidmatan.

Fius perkhidmatan berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. Kadaran 60A untuk rumah kediaman dan 80A & 100A untuk rumah banglo / kilang perusahaan.
10

Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )


4 Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBB). Berfungsi sebagai alat pelindungan kebocoran arus. Pengasing litar.

11

Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )


2. Meter Kilowatt Jam. Berfungsi untuk mengukur jumlah tenaga elektrik yang digunakan oleh pengguna. bagi menetapkan kadar bayaran tarif.

12

Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )


3. Suis Utama. Berfungsi sebagai pengasing / penyuisan litar. Perlindungan arus lebihan ( fius ).

13

Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )


5. Kotak Fius Agihan Sebagai pengagih litar akhir. Pelindungan arus lebihan ( fius ).

14

Litar Akhir
Litar akhir ialah litar yang disambungkan di antara kotak fius agihan (KFA) dengan satu atau lebih poin lampu, soket alur keluar atau poin-poin lain tanpa perantaraan mana-mana papan agihan lagi. ( Litar / sambungan terakhir bagi pemasangan pengguna ). Setiap litar akhir mempunyai alat-alat kawalan tersendiri seperti fius, pemutus litar miniatur dan pemencilan.

Contoh Litar Akhir ialah litar akhir Lampu / kipas, soket, pemanas air, pemasak, penyaman udara, motor dan loceng.
15

Litar Akhir ( Sambungan )


Litar akhir boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan permintaan arus setiap kelengkapan atau poinnya: (a). Litar akhir pada kadaran arus kurang 15A (b). Litar akhir pada kadaran arus lebih 15 A. (c). Litar akhir pada kadaran arus lebih 15 A
tetapi tertumpu kepada soket keluaran 13 Amp.

(d). Litar akhir Pemasak dan Pemanas Air (e). Litar akhir Lampu Nyahcas. (f). Litar akhir Motor.

16

Litar Akhir ( Sambungan )


Bagi memudahkan penerangan tentang litar akhir, litar-litar tersebut di bahagikan kepada dua kumpulan litar akhir sahaja, iaitu:
1.
2.

Litar akhir Pada kadaran arus kurang 15A


Litar akhir Pada kadaran arus lebih 15A.

17

Litar Akhir ( Sambungan ) 1. Litar akhir Pada kadaran arus kurang 15A. Contoh litar akhir ini ialah:
i. ii. iii. iv. v. Jam elektrik Loceng elektrik Pencukur elektrik Litar Lampu dan Litar Kipas Soket 2A, 5A, 10A 13A (kurang drpd 15A).

18

Litar Akhir ( Sambungan )


2. Litar akhir Pada kadaran arus lebih 15A.

Contoh Litar akhir ini ialah:


i. ii. iii. iv. v. Soket Alur Keluar 15 A Alat Penyaman Udara ( 15A / 20A ) Alat Pemanas Air ( 15A / 20A ) Alat Pemasak ( 20A/30A/45A ) Motor ( 15A/20A )

19

1.

Litar Akhir - Lampu

Litar akhir lampu termasuklah litar lampu pijar, lampu Nyahcas dan kipas siling / kipas dinding. Litar akhir lampu Nyahcas boleh dipasang bersama-sama dengan lampu pijar dengan syarat permintaan arus setiap lampu itu dikira berasingan. Kadaran maksima litar akhir lampu biasanya 5A.

Litar akhir lampu biasanya berakhir di terminal ros siling atau di pemegang lampu.
20

2.

Litar Akhir - Soket Alur Keluar

Terdapat beberapa jenis soket alur keluar yang biasa digunakan di dalam pendawaian, iaitu: (a).Soket alur keluar BS 1363.
Soket Alur Keluar 13 A dan biasanya digunakan di rumah kediaman.

(b).Soket alur keluar BS 196.


Soket yang berkadaran 5A, 15A & 30A dan biasanya digunakan di industri / makmal.

(c).Soket alur keluar BS 4343.


Soket yang berkadaran 16A, 32A & 63A dan digunakan untuk industri dalam litar jejari sahaja (satu fasa atau tiga fasa ). 21

Soket Alur Keluar ( sambungan )


Litar akhir bagi soket alur keluar disambung dengan dua cara, iaitu: (i). Litar Jejari boleh

( BS 196, BS 1363 & BS 4343 )

(ii). Litar Gelang ( BS 196 & BS 1363 sahaja ) Litar ini juga boleh dipasang bersama-sama dengan Sulur / Taji.

22

Soket Alur Keluar ( sambungan )


(i). Litar Jejari. Litar jejari ialah sambungan soket disambung secara jejari atau selari. yang

Bilangan soket yang dipasang bergantung kepada kadaran arus yang dibekalkan dan jenis soket yang digunakan.

PFA

S/K

S/K
23

Soket Alur Keluar ( sambungan )


(ii). Litar Gelang. Litar dimana soket disambungkan dalam bentuk gelang ( sambungan bermula dan berakhir pada tempat yang sama di dalam PFA ).

S/K PFA

S/K

24

Soket Alur Keluar ( sambungan )


Sulur ( Taji ).

Sulur / taji ialah cabang kabel yang keluar dari litar jejari atau gelang untuk sambungan tambahan ke soket alur keluar atau peralatan tetap. Sulur ini boleh disambung dari;
i. Punca soket alur keluar atau ii. Kotak sambungan atau iii. Peti Fius Agihan.

Terdapat dua jenis sulur, iaitu: (a). Sulur Berfius. (b). Sulur Tidak Berfius
25

Soket Alur Keluar ( sambungan )


(a). Sulur Tidak Berfius.

Sulur tidak berfius bererti sulur yang tidak mempunyai fius tambahan bagi melindunginya.
Jumlah sulur tidak berfius tidak boleh melebihi daripada jumlah soket keluaran dan alat pegun dalam litar itu. Sulur tidak berfius hanya boleh dipasang;
i. 1 soket alur keluar atau Ii. 1 soket kembar atau Iii. 1 alat pegun ( kelengkapan tetap ).
26

Soket Alur Keluar ( sambungan )


(b). Sulur Berfius. Jumlah sulur berfius yang boleh disambung tidak dihadkan. Sambungan sulur ini dibuat melalui kotak / peti berfius. Kadaran fius tidak boleh melebihi kadaran arus kabel dan jika ada persamaan ianya tidak lebih 13A.

27

3.

Litar Akhir Alat Pemasak.

Litar ini membekalkan suis kawalan atau unit kawalan pemasak sama ada yang dilengkapkan dengan soket alur keluar atau tidak. Alat pemasak mudahalih mestilah disambung dengan menggunakan kord atau kabel mudah lentur ke soket alur keluar, melainkan alat pemasak yang lebih dari 4kW. Alat pemasak yang lebih dari 4kW boleh disambung dengan menggunakan litar akhir sendiri.
28

Litar Akhir Alat Pemasak ( sambungan )


IEE Berkaitan Alat Pemasak:
1. Litar pemasak yang melebihi 15A tetapi tidak melebihi 50A boleh membekalkan dua atau lebih peralatan pemasak jika dipasang dalam bilik yang sama. Jika dua atau lebih pekakas memasak ( hob & oven ) dipasang dalam bilik yang sama jaraknya hendaklah berada dalam 2 meter. Setiap alat pemasak pegun mestilah dikawal oleh suis yang terpisah daripada alat tersebut dalam jarak tidak lebih 2 meter.
29

2.

3.

4.

Litar Akhir Alat Pemanas

Alat Pemanas yang digunakan hanya boleh disambungkan kepada bekalan AU sahaja iaitu ke dandang elektrod pemanas itu. Alat pemanas yang berkuasa besar hendaklah dikawal oleh panel kawalannya sendiri yang dapat memutuskan bekalan secara serentak (fasa hidup dan neutral ).

30

Litar Akhir Pemanas ( sambungan )


IEE Berkaitan Alat Pemanas:
1.
2. 3. 4. 5.

Bekalan alat pemanas hendaklah dikawal oleh suis berangkai yang boleh memutuskan bekalan serentak. Alat pemanas hendaklah dipasang alat kawalan automatik pengelak kenaikan suhu. Alat pemanas yang mempunyai dandang hendaklah mempunyai sambungan bumi yang baik. Jika pemanas bersentuhan terus dengan air, hendaklah dibuat dari logam agar pembumiannya terjamin. Bekalan hendaklah terus tanpa soket dan mudah dikawal.
31

5.

Litar Akhir Alat Penyaman Udara

Bekalan bagi litar akhir bagi penyaman udara yang berkadaran kuasa tidak melebihi 1.2 kW, motor itu boleh disambung ke Litar Akhir dengan menggunakan soket alur keluar 15A. Bagi motor yang berkuasa antara 1.3kW 1.9kW litar akhirnya hendaklah dipasang terus ke litar akhir 30A bersama-sama dengan pemencil, pemula dan pelindung tanpa voltan yang dipasang berhampiran.

32

Litar Akhir Alat Pegun ( Tetap )


Peralatan yang tidak mudah di pindah-pindahkan sesuka hati atau alat yang dipasang kukuh seperti diskru pada lantai. ( Tetap ) Litar akhir alat pegun yang berkadar lebih daripada 3 kW tidak boleh disambungkan terus ke soket alur keluar, litar akhir yang berasingan perlu diagihkan untuk beban tersebut. Contoh alat pegun Pemanas tangki air, unit pendingin udara pusat, mesin pengering, pam air dll.

33

Istilah-istilah berkaitan
1.
2.

Unit PenggunaPapan Agihan -

Papan agihan yang mempunyai suis pemencilan dua kutub.


Papan untuk sambungan beberapa litar akhir.

3.
4.

Papan Suis

Tempat pemasangan suis-suis utama dan suis tambahan.


Susunan pelindungan arus lebih dalam sesebuah litar yang mempunyai kendalian mengikut hieraki dari segi kadaran arus yang dilindungi dan masa berkendali.
34

Pembeza Layan-

Istilah-istilah berkaitan ( sambungan )


5. 6. 7. 8. Pemutus litar Arus bocor Peranti yang memutuskan litar apabila arus yang mengalir melebihi kadarannya Arus yang mengalir ke bumi apabila ke Bumi berlaku kebocoran arus pada pengalir Arus yang berlebihan dalam litar itu disebabkan oleh pertambahan beban. Peralatan yang tidak mudah di pindah-pindahkan sesuka hati atau dipasang kukuh seperti diskru pada lantai.

Arus Beban LebihPeralatan Tetap ( Alat Pegun )

35