You are on page 1of 1

TUTORIAL MINGGU 7

Falsafah pendidikan kebangsaan mempunyai beberapa kategori atau aspek yang penting termasuklah pembentukan, analisis dan implikasi terhadap sistem pendidikan Negara. Dalam pada itu, ideologi kebangsaan termasuklah Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dirujuk. Seperti yang kita sedia maklum, Negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Justeru itu, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan kita sendiri. Setelah menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideology negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Secara ringkasnya (FPK) menggariskan segala istilah, pemikiran, dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan negara di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entity keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Idea untuk menggubal FPK telah wujud atau tercetus pada tahun 1979 lagi apabila penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Selain itu, laporan itu juga mengemukakan peri pentingnya kita mempunyai kemanusian. Rukunegara Malaysia telah ditubuhkan atau diisytiharkan pada hari kemerdekaan negara iaitu 31 Ogos 1957. Rukunegara kita sebenarnya diilhamkan dari sebahagiannya daripada Pancasila negara Indonesia. Tahukah anda bahawa Rukunegara Malaysia juga dikenali sebagai facto Malaysian pledge of allegiance. Terdapat 5 prinsip yang telah membentuk rukunegara Malaysia yang menjadi pegangan rakyat Malaysia sehingga sekarang. suatu falsafah pendidikan yang mementingkan pembangunan