You are on page 1of 4

Pelaksanaan program PDK boleh dilaksanakan dalam tiga kaedah iaitu:

1. PDK di Pusat (Centre Based)


- Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4 jam sehari
- OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan

2. PDK di Rumah (Home Based)


- Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana
kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan
- Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan. Bertugas 4 jam
sehari
- Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak hadir ke
PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan

3. PDK di Pusat dan di Rumah (Kombinasi)


- Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4 jam sehari
- Dalam seminggu, satu hari selama 4 jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk
melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

A. Pendaftaran dan Kad Kenal Diri


Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistik bagi maksud perancangan
perkhidmatan/program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi
awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang
Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-
pihak yang berkenaan.

B. Bantuan Alat Tiruan/Otortik


Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan (assistive
Devices) seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain perlatan yang tidak
mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan
meneruskan aktiviti kehidupan harian.

C. Geran Pelancaran
Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai
modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri/perniagaan
kecil/pertanian.

D. Elaun Pekerja Cacat


Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung
kepada ahli keluarga atau orang lain, sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi
keperluan asas kehidupan dan sebagai perangsang.insentif bagi menggalakkan OKU untuk
terus bekerja.

E. Bengkel Terlindung
Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam/sektor atau
menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg.
Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.
F. Latihan Kemahiran Vokasional
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - Kursus peringkat persijilan dan
mendapat pengiktirafan MLVK ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur 18 - 40 tahun,
berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus
ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat
alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian letrik, elektronik, bengkel roti dan kek,
fotografi dan kelas memandu.

G. Kemasukan Ke Insitusi Pemulihan (Taman Sinar Harapan)


Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap
sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Dan juga memberi
perlindungan dan jagaan kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti
dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik
tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan dan rekreasi dan aktiviti luar.

H. Pemulihan Dalam Komuniti i(PDK)


PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan
dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani
pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus,
perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra 3M, kreativiti, sukan dan
rekreasi.

Tujuan Pelaksanaan Program PDK


• Meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap
maksimum
• Memberikan kesedaran kepada msyarakat setempat bahawa
golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan
• Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan
orang kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat
dalam pemulihan
• Membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga,
golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam
merencanakan program untuk golongan kurang upaya
• Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa
• Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk
OKU di peringkat komuniti
• Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan
OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat
• Menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan
dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber
yang ada
• Membolehkan integrasi sosial bagi golongan OKU yang
mengurangkan sekatan fizikal, sosial, kebuadayaan dan psikologi
yang wujud antara ahli masyarakat dan golongan OKU
• Menggalakkan penggunaan kaedah teknik pemulihan yang berkesan
yang diterima masyarakat, sesuai dengan keadaan tempatan dan
kemampuan
HAH INI CABARAN UNTUK PEKERJA/ GURU BARU PDK...:

1. APAKAH YANG BOLEH ANDA BUAT UNTUK MEMARTABATKAN KERJA INI

2.. APAKAH SUMBANGAN ANDA UNTUK PDK?

3. APAKAH TINDAKAN ANDA UNTUK MEMPERBAHARUI YANG KURANG BAIK


KEPADA YANG LAGI BAIK DAN MEJADI CEMERLANG?

4. BOLEHKAH ANDA MENGHARUMKAN NAMA PDK?

5. BOLEHKAH ANDA MENCARI SUMBANGAN UNTUK PDK?

6. DAPATKAH ANDA MEWUJUDKAN JAWATAN BARU UNTUK PDK?

7. DAPATKAH ANDA MEWUJUDKAN KERJA BARU UNTUK PELATIH PDK YANG TELAH
DEWASA...

perancangan akan datang demi memantapkan PDK


ini adalah cadangan yang boleh dibuat oleh JKM demi menaikkan nama pdk:

1. mewujudkan bangunan sendiri pdk


2. mewujudkan kenderaan khas buat pdk. lebih baik bagi setiap pdk ada kenderaan masing-
masing
3. mewujudkan jawatan tetap buat penyelia dan petugas pdk dan bukan bertsraf sukarela
ataupun kontrak
4. dari segi pengajaran pemulihan perlulah disediakan sukatan pelajaran yang perlu diikuti
oleh semua petugas pdk
5. petugas yang bermasalah dan mengingkari arahan penyelia ataupun JKM perlulah diambil
tindakan disiplin
5. penyelia dan petugas perlulah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
pemulihan dengan ditaja
6. setiap pdk perlulah ada pakar dalam bidang fisioterapi, speech terapi , pemulihan cara kerja
dan sebagainya
7. apa sahaja peralatan yang ada di sekolah pendidikan khas perlulah ada di pdk.
8. pakaian pelatih pdk perlulah ditukar daripada berwarna biru kepada berwarna putih dan
seluar/kain biru tua sama seperti sekolah .
9. PDK perlulah ditempat di sekolah dan bukannya menyewa rumah orang.
10. penyelia PDK perlulah diberi pelepasan untuk tidak mengajar pelatih tetapi yang perlu
mengajar dan membuat pemulihan ialah petugas pdk
11. semasa pemilihan petugas pdk, perlulah dibuat ujian personaliti, menulis satu perenggan
dengan tangan, ujian IQ, memastikan ada kenderaan sekurang-kurangnya motosikal untuk
membuat lawatan ke rumah. Ini untuk memastikan pemilihan petugas yang berkualiti dan
bukan tangkap muat sahaja.
12. petugas yang tidak berwibawa dan tiada komitmen perlulah diambil tindakan disiplin.
13. PDK perlulah dirombak struktur pengurusan
14. PDK juga perlulah diubah persepsi minda daripada terlalu bergantung kepada komuniti
dan diserahkan semula kepada yang haknya
15. Ibu bapa yang bermasalah pihak JKM perlulah memberi amaran keras. Ini adalah kerana
PDK adalah tempat pemulihan dan bukannya kantung untuk mendapatkan sumber bantuan
kewangan daripada elaun anak OKU mereka.
16. Ibu bapa yang tidak menghantar / pelatih yang tidak hadir ke PDK melebihi 3 hari
perlulah diberi amaran darida JKM melainkan ada surat bertulis ataupun surat daripada
doktor.

1 malaysia

Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di


dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal
sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman
web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka
bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya
menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan
takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa
hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian
untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang,
dihormati, persahabatan dan saling memahami.

You might also like