You are on page 1of 1

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4 Ini merupakan dokumen garis panduan kurikulum untuk semua sekolah di bawah Kementerian

n Pelajaran Malaysia yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). This is the document for all the Malaysia governing school to have a guideline of curricula for all levels of schooling which provided by Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Peringkat: Sekolah Rendah Bidang: P.Teknik & Vokasional Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup dan Rekacipta Dokumen: Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4 Anda Boleh Rujuk di : http://sekolah.edu.my/kurikulum Sukatan Pelajaran, HSP dan juga buku teks telah dihasilkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit untuk memenuhi matlamat dan objektif KPM. Namun begitu kita (yang terlibat secara lansung dengan Kemahiran Hidup) perlu sedar apa sudah berlaku pada KHSR.??? Secara peribadi di atas pengalaman, saya senaraikan 3 katogeri yang berlaku pada KHSR di sesetengah sekolah buat masa ini. 1. Diajar tetapi tidak menghabiskan sukatan pelajaran 2. Tidak diajar semasa di tahun 6 3. Diajar tanpa menjalankan kerja amali Mengapa ini boleh berlaku.??? Dari pengamatan, ini disebabkan pelbagai masalah atau kekangan . Antara yang dapat saya paparkan ialah; 1. Tiada guru yang berpengalaman atau mahir (guru khsr bertukar setiap tahun) 2. Sekolah tiada bengkel 3. Lebih tumpukan kepada subjek untuk UPSR 4. . dan banyak lagi.. Apakah kesan terhadap situasi ini???? Mungkin cikgu-cikgu mempunyai pendapat masing-masing. Bagi saya, terlintas difikiran mengapa KPM telah arahkan waktu pembelajaran KHB di sekolah menengah telah dikurangkan dari 4 waktu menjadi 3..?? Rakan-rakan ramai yang mengeluh tidak cukup masa untuk menjalankan P&P, kerana kita ditambahkan lagi dengan kerja kursus untuk PBS. Sebenarnya, masalah itu tidak akan timbul seandainya KHSR dijalankan dengan sepenuhnya. Sepatutnya Guru-guru di sekolah menengah tidak perlu lagi memberi penjelasan yang panjang terhadap sesuatu tajuk. Ini kerana tajuk-tajuk di Sekolah Rendah adalah berkait rapat atau sesetenganya sama dengan KHB sekolah menengah. Setiap tahun, Panitia KHB bermesyuarat untuk KECEMERLANGAN PMR, pelbagai perkara kita bincang dan membuat pelbagai program Mungkin kita terlepas pandang tentang apa yang saya bincangkan!!!! Jadi siapa yang perlu berubah..??? Tepuk dada tanya selera Sekadar berfikir

http://kemahiran.wordpress.com/2009/04/06/kemahiran-hidup-sekolah-rendah-khsr/ Affrick Jinggo

You might also like