You are on page 1of 1

Tumbuhan melindungi diri daripada musuh. Tumbuhan tidak boleh bergerak atau melarikan diri daripada musuh.

Oleh itu, tumbuhan melindungi diri secara semulajadi melalui ciri-ciri yang berbeza. Ciri-ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri. 1. Berduri tajam pada batang, daun atau bunga. Contonya nanas, semalu, kaktus, pokok bunga ros dan durian 2. Berbulu halus pada batang, daun atau buahnya. Bulu-bulu ini memberikan rasa gatal. Contohnya lalang, tebu, buluh dan kacang bendi 3. Beracun dan boleh menyebabkan kematian jika dimakan. Contohnya, buah pongpong, bunga cempaka kuning, cendawan 4. Bergetah dan akan menyebabkan kulit yang bersentuhan dengannya berasa melekit, gatal dan beracun. Contohnya pokok betik, pokok getah, pokok keladi, buah nangka dan pokok pisang. 5. Berbau busuk. Contohnya pokok tembakau, pokok bunga tahi ayam, dan bunga pakma 6. Bergerak balas terhadap sentuhan. Contohnya pokok semalu yang daunnya menguncup apabila disentuh 7. Buah berkulit tebal dan keras. Contohnya buah kelapa dan buah getah. Penyesuaian tumbuhan. Tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas atau penyesuaian untuk bermandiri di habitatnya. Ciri-ciri khas atau penyesuaian untuk kemandirian tumbuhan. 1. Kawasan kering

I. Daun-daun yang sangat kecil untuk mengurangkan kehilangan air. Contohnya kaktus mempunyai daun berbentuk jarum II. Akar yang panjang untuk menyerap air yang berada jauh ke tanah. Contohnya sesetengah kaktus III. Akar yang pendek tetapi menular dengan meluas dan hampir dengan permukaan tanah untuk mengumpul air hujan sebanyak mungkin. Contohnya kebanyakan kaktus IV. Bahagian-bahagian tebal seperti batang akar dan daun untuk menyimpan air. Contohnya tumbuhan batu, menyimpan air di dalam daunnya. Pokok baobab dan kaktus menyimpan air di dalam batangnya. V. Meluruhkan daun-daun semasa musim kemarau untuk mengurangkan kehilangan air. Contohnya pokok baobab 2. Kawasan angin kencang 1) Daun-daun tidak mudah patah ketika angin kencang. Contohnya pokok kelapa atau pokok kurma mempunyai daun yang terbelah-belah atau daun berpelepah 2) Batang yang kuat & melentur menjadikannya tidak mudah patah ketika angin kencang. Contohnya pokok kelapa dan pokok buluh. 3) Akar yang kuat & tidak mudah tercabut. Contohnya pokok hujan-hujan yang mempunyai akar banir untuk menyokongnya dan pokok bakau yang mempunyai akar jangkang yang banyak untuk menyokongnya.

UNIT 4: PENGUKURAN Panjang - Ialah jarak antara dua titik - Lebar dan tinggi ialah dua contoh panjang. - Boleh diukur menggunakan dua cara iaitu: o Alat bukan piawai sebagai unit rujukan seperti anggota badan, buku, mancis dan penyedut minuman. o Alat berunit piawai iaitu milimeter, sentimeter dan meter Alat bukan piawai - jengkal daripada hujung ibu jari ke hujung jari kelengkeng yang diluaskan pembukaan jari - hasta daripada siku ke hujung jari hantu - depa daripada hujung jari hantu ke hujung jari hantu sebelah tangan lagi satu - kaki membahagikan ukuran kepada 12 inci, dan ukuran asalnya berdasarkan kepada panjang kaki - mengukur panjang meja menggunakan pensel, straw dan apa-apa alat lain Alat berunit piawai - pembaris, pita pengukur. - Unit piawai untuk panjang dalam sistem matrik ialah milimeter(mm), sentimeter (cm), meter (m) dan kilometer (km) - Jarak yang pendek diukur menggunakan milimeter (mm) dan yang panjang diukur menggunakan unit meter (m) atau kilometer (km) 1 kilometer (km) 1 meter (m) 1 sentimeter (cm) = = = 1000 meter (m) 100 sentimeter (cm) 10 milimeter (mm)

You might also like