You are on page 1of 1

Resepi Cendol: Cendol Sagu 1 Peket Sagu 1 Peket gula melaka atau boleh gantikan gula kabung 1 -2 tin

susu cair (macam cap Carnation tu) Sedikit kismis (Ikut Suka) Sedikit kacang atau gajus yang dipanggang (Ikut Suka) Sedikit pewarna yang dibenarkan (Warna ikut suka) Air untuk mengukus sagu dan gula merah Sedikit kiub ais Cara-cara MembuatResepi Cendol: Cendol Sagu 1. Pertama bilas sagu. Kemudian kukus sagu dengan air. Biarkan seketika. 2. Masakkan 1 peket gula merah bersama sedikit air. anggaran 2 cawan air. 3. Pehatikan sagu yang dikukus, bila kebanyakan mata sagu dah tiada, masukkan kacang, gajus dan kismis ke dalam sagu yang sedang dikukus. 4. Kacau hingga sebati dan tutup api. dan biarkan sagu sejuk. Cara Menghidang (Ikut Suka) 1. Bila dah sejuk bolehlah letakkan sedikit kiub ais dalam cawan, 2. Masukkan 2-3 sudu sagu, sedikit susu cair dan sedikit gula melaka 3. Sedia dinikmati bersama keluarga.