You are on page 1of 28

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

1.0 1.1

PENDAHULUAN PENGENALAN Sebagai pengenalan, laporan ini mewakili " Projek 1 : Penyelidikan dan Kajian

Analisis Tapak " sebagai memenuhi sebahagian daripada sukatan pelajaran CP 301 Planning Studio III. Laporan ini terdiri daripada analisis penggunaan tanah pelbagai sektor dalam perancangan, misalnya, penggunaan tanah secara keseluruhan, pertanian, perumahan, perkedaian, perindustrian, kemudahan awam dan

infrastruktur, jalan raya. Penyediaan laporan ini telah dilaksanakan oleh pelajar pelajar semester ketiga program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Secara umumnya, laporan ini menggariskan keseluruhan dapatan kajian selaras dengan keperluan objektif, kaedah kajian, skop kajian dengan menggunakan teknik kajian analitikal yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, laporan ini adalah meliputi semua aspek keadaan fizikal dan sosial dan juga corak dan aliran pembangunan gunatanah. Proses penyediaan laporan ini perlu selari dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan juga rujukan tambahan dari agensi-agensi lain dan pihak berkuasa kerajaan seperti Majlis Daerah, Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah mengenai bidang kajian penggunaan tanah.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif khusus kajian adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. Pelajar akan melakukan kajian atau pemeriksaan dan pengumpulan data. Pelajar akan melakukan analisis tapak dan mengkritik tapak. Pelajar akan melakukan analisis tapak dan mengenalpasti dapatan kajian. Pelajar perlu membuat persedian untuk laporan analisis tapak.

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

1.3

KAEDAH KAJIAN Dalam usaha untuk menjalankan kajian penggunaan tanah, terdapat

beberapa kaedah yang digunakan oleh setiap bahagian zon. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini boleh dilihat melalui empat peringkat iaitu peringkat awal, kajian literatur, peringkat pengumpulan data, peringkat analisis data dan kesimpulan. 1) Peringkat Awal

Peringkat ini adalah pengenalpastian dan penubuhan rangka kerja untuk memudahkan kajian akan dijalankan secara keseluruhannya. Pada peringkat ini, pemahaman awal daripada aspek kajian mengikut bahagian zon yang telah diberikan kepada setiap penggunaan keseluruhan tanah iaitu pertanian, perumahan, perkedaian, perindustrian, kemudahan awam dan infrastruktur, jalan raya dan saliran serta perparitan. 2) Peringkat Kajian Literatur

Pada peringkat ini, penekanan akan merujuk kepada data sekunder. Setiap kumpulan akan mengenal pasti secara terperinci aspek - aspek yang berkaitan untuk mengkaji melalui jurnal, artikel, data dan maklumat dari Internet, buku akademik, laporan kerajaan, piawaian perancangan dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ( JPBD ) dan juga rujukan lain yang berkaitan dengan bidang kajian. 3) Peringkat Bidang Kajian

Pada peringkat ini, data untuk kajian ini melibatkan pengumpulan data primer dan sekunder bagi kawasan kajian dan pihak - pihak yang terlibat. Data yang telah dikumpulkan adalah data primer dan sekunder : i. Data Primer : Data primer yang diperolehi melalui pemerhatian semasa lawatan tapak di Kampung Alor Punti, daerah Pendang, Kedah. Selain itu, data juga diperolehi melalui temubual langsung kepada Pegawai Daerah dan kakitangan Majlis Daerah Pendang, Pegawai Perhubungan Syarikat Air Darul Aman dan penduduk kawasan kajian.

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

ii.

Data sekunder : Data sekunder adalah bahan berasal dari bahan bacaan seperti jurnal dan artikel dari laman web Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, buku-buku akademik, laporan kerajaan dan rujukan lain yang berkaitan dengan bidang kajian. Ini akan digunakan untuk meningkatkan tahap kefahaman mengenai setiap aspek perancangan dan untuk meningkatkan analisis data dan maklumat.

4)

Analisis Data dan Tahap Ringkasan

Pada peringkat ini analisis, setiap kumpulan telah membuat analisis semua data yang diperolehi selepas menamatkan pengajian. Seterusnya, membuat kesimpulan di akhir kajian. Produk akhir akan menghasilkan ringkasan kajian yang telah dijalankan. Setiap kumpulan sektor akan menyusun keputusan dalam carta aliran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.1 :

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

PERINGKAT PERTAMA Latar Belakang Kajian Pengenalan Objektif Kajian Kaedah Kajian Kawasan Kajian

PERINGKAT KEDUA Semakan Literatur Teori-teori Konsep

PERINGKAT KETIGA Pengumpulan Data Data Premier Temubual dan Soal Selidik Data Sekunder Bahan Bacaan PERINGKAT KETIGA Analisis Data dan Kesimpulan

Rajah 1.3.1 : Carta Aliran Kaedah Kajian

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

1.4

LATAR BELAKANG TAPAK KAJIAN Kawasan kajian yang dikenalpasti, akan dikaji secara terperinci dari semua

aspek fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar, tetapi bergantung kepada pembangunan yang hendak dibangunkan. Tapak kawasan kajian ialah Kampung Alor Punti, Tanah Merah yang terletak di Mukim Gua Kepayang, Daerah Pendang Kedah Darul Aman di mana jaraknya dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra sejauh 60 km dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai di kawasan tapak kajian. Tambahan lagi, Kampung Alor Punti, Tanah Merah terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Pendang, manakala jarak kawasan tapak kajian kira kira 2 km dari Pekan Pendang dan 30 km dari Bandaraya Alor Setar. Keluasan kawasan tapak kajian ialah 289 ekar dan hampir dari 85% adalah kawasan sawah padi daripada gunatanah sedia ada iaitu kawasan pertanian. Oleh hal demikian, kawasan tapak kajian dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D yang memepunyai keluasan yang telah ditentukan oleh koordinator " Projek 1 : Penyelidikan dan Kajian Analisis Tapak membahagikan dalam 4 zon iaitu keluasan Zon A 65 ekar, Zon B 71 ekar, Zon C 71 ekar dan Zon D 82 ekar. Terdapat beberapa perkampung yang hampir dan jarak nya dalam lingkungan 50 meter dari tapak kajian. Menurut masyarakat tempatan dalam sesi temu bual, kawasan ini adalah digariskan sebagai kawasan banjir bila tiba musim hujan diakhir tahun. Faktor kawasan ini digariskan sebagai kawasan banjir adalah kerana bentuk muka buminya yang rata dan landai. Selain itu, kawasan ini antara kawasan tanaman padi yang luas di negeri Kedah.

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

2.0 2.1

ANALISIS KEAADAAN SEMULA JADI DI TAPAK KAJIAN TOPOGRAFI Peta topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah

kawasan, selalunya menggunakan peta kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Kawasan kajian di Alor Punti dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon A, Zon B, Zon C, dan Zon D. Setelah membuat lawatan kajian, jelas mendapati kawasan di Alor Punti mempunyai permukaan tanah yang rata dimana tiada permukaan yang bertebing atau bercuram. Disebabkan ini, landasan topografi di Alor Punti ialah rata. Kawasan ini sesuai dibangunkan segala jenis pembangunan yang layak mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Kawasan ini, melibatkan teknik Cut and Fill kerana struktur tanah jenis aluvium yang berselut. Sebagai kesimpulanannya, tapak ini akan dirancang untuk Rancangan Tempatan Daerah.

Rajah 2.1.1 : Permukaan Tanah Yang Landai

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

2.2

SALIRAN DAN PEPARITAN Saliran dan perparitan di kawasan Alor Punti tidak berada dalam keadaan

yang memuaskan kerana faktor masalah parit yang tidak sistematik. Sumber bekalan air adalah diperolehi daripada Sungai Pendang. Terdapat juga saliran yang sudah lama rosak dan tidak dibaik pulih oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ( MADA ). Disebabkan masalah ini, kawasan kajian sering kali mengalami banjir akibat kegagalan sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan baik . Mengikut kajian yang dijalankan, saliran air akan bermula dari arah timur ke barat Semenanjung Malaysia.

Rajah 2.2.1 : Sistem Saliran Utama

Rajah 2.2.2 : Sistem Pengaliran

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

2.3

ARAH ANGIN DAN ORIENTASI MATAHARI Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat di kawasan kajian, didapati

bahawa pergerakan arah angin bertiup dari arah timur ke barat. Selain daripada itu, orientasi pergerakan matahari juga bermula dari timur ke barat. Aktiviti sosio budaya masyarakat di kawasan kajian dipengaruhi oleh orientasi pergerakan matahari. Susun atur pembangunan yang akan dijalankan kelak perlu bersesuaian dengan orientasi matahari untuk memberi keselesaan masyarakat setempat.

Rajah 2.3.1 : Arah Angin dan Orientasi Matahari

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

2.4

FLORA DAN FAUNA Fauna bermaksud ( Bio ) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah

tertentu. Fauna juga lebih dikenali sebagai dunia haiwan. Fauna terbahagi kepada 2 iaitu di air dan di darat. Flora bermaksud "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya tumbuhan yang asli.

Fauna yang terdapat dalam tapak kajian kebanyakannya hidup liar dan diternak oleh penduduk kampung, manakala flora pula kebanyakannya ditanam oleh penduduk kampung. Binatang seperti tikus, siput dan belalang hidup liar di kawasan sawah padi dan merosakkan tanaman padi. Manakala ayam, itik, angsa dan sebagainya di bela oleh penduduk kampung.

Rajah 2.4.1 : Contoh Fauna

Rajah 2.4.2 : Contoh Flora

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

3.0

SEKTOR PERUMAHAN Rumah adalah satu keperluan asas yang mesti bertujuan untuk digunakan

sebagai tempat perlindungan dan peringkat kedua perlu dicapai atas sebab - sebab keselamatan sebelum keperluan tahap yang lebih tinggi dipenuhi. Gunatanah untuk sektor perumahan dalam kawasan kajian di Alor Punti, Tanah Merah adalah perumahan tidak dirancang ataupun lebih dikenali dengan penempatan berselerak. Perumahan yang terdapat di kawasan kajian

kebanyakkannya adalah rumah kampung. Jumlah kawasan perumahan yang terdapat di tapak kajian hanya mempunyai 15% daripada keseluruhan kawasan seluas 289 ekar. Kawasan kajian telah dibahagikan kepada 4 bahagian mengikut zon iaitu Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D. Kajian telah dibuat dikeseluruhan kawasan dan didapati jumlah perumahan adalah sedikit dan dan selebihnya adalah kawasan pertanian. Kawasan Zon C antara kawasan yang mempuyai perumahan dan diikuti kawasan Zon A manakala Zon D dan Zon B tidak mempunyai sebarang kawasan perumahan. Perumahan dikawasan kajian ini mempunyai beberapa kategori antaranya adalah perumahan yang dibina dalam keadaan kekal dan separuh kekal.

Rajah 3.1 : Perumahan Kekal

Rajah 3.2 : Perumahan Separuh Kekal

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

10

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

4.0

SEKTOR PERINDUSTRIAN DAN KOMERSIAL Industri ialah satu segmen ekonomi yang menghasilkan barangan. Perkataan

industri berasal dari perkataan Latin iaitu industrius yang bererti tekun dan rajin. Industri ialah penghasilan barang atau perkhidmatan dan merupakan aktiviti ekonomi yang memproses bahan mentah menjadi bahan siap atau menyediakan perkhidmatan. Komersial pula membawa maksud peniagaan dan barang yang didagangkan. Perindustrian yang terlibat dalam tapak adalah perindustrian jenis sederhana. Ditapak Zon A terdapat sebuah bengkel membaiki kenderaan dan sebuah bengkel kimpalan manakala tapak bagi Zon C mempunyai bengkel mengetuk dan mengecat serta bengkel membaiki kenderaan. Ditapak Zon B dan D tiada sebarang perindustrian Kaedah kaji selidik telah dilakukan bagi mengetahui jenis hak milik untuk sektor industri di kawasan kajian. Jenis permilikan perindustrian di tapak adalah persendirian. Komersial yang terlibat dalam tapak Zon A dan Zon C adalah jenis perniagaan seperti kedai makanan dan minuman. Ditapak Zon B dan Zon D tiada sebarang aktiviti komersial.

Rajah 4.1 : Bangunan Komersial

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

11

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

5.0

SEKTOR JALANRAYA Kawasan kajian terletak di Kampung Alor Punti, Tanah Merah yang terletak di

Mukim Gua Kepayang, Daerah Pendang Kedah Darul Aman. Sistem jalan raya yang terdapat dikawasan kajian hanyalah jalan utama ( 60 kaki ) dan jalan kampung ( 20 kaki ). Hal yang demikian, kerana kawasan kajian kali ini hampir keseluruhannya hanyalah kawasan sawah padi. Kawasan kajiaan yang dijalankan mendapati keadaan jalan utama berapa dalam keadaan baik, tetapi keadaan jalan yang tidak mempunyai rizab jalan yang mencukupi serta sering digunakan oleh kenderaan berat. Justeru itu, keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan tersebut.

Rajah 5.1 : Jalan Mini Tar

Rajah 5.2 : Jalan Utama

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

12

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

6.0

KEMUDAHAN AWAM DAN UTILITI Kemudahan awam dan utiliti merupakan aspek penting bagi sesebuah

pembangunan. Antara kemudahan yang terdapat dalam sesebuah pembangunan ialah taman permainan, dewan serbaguna, masjid dan sebagainya. Kemudahan utiliti pula seperti loji kumbahan, pencawang elektrik, tangki air dan sebagainya. Berdasarkan kajian tapak yang dijalankan di Kampung Alor Punti, Tanah Merah yang terletak di mukim Gua Kepayang, Daerah Pendang Kedah Darul Aman hanya terdapat dua kemudahan yang disediakan. Kedua - duanya merupakan kemudahan utiliti. Antaranya ialah pencawang elektrik yang terletak di Zon A dan kabel komunikasi bawah tanah ( maxis ) yang terletak di Zon C.

Rajah 6.1 : Kabel Komunikasi

Rajah 6.2 : Pencawang Elektrik BawahTanah (Maxis)

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

13

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

7.0 7.1

PEMBANGUNAN SEKITAR KAWASAN TAPAK KAJIAN AKTIVITI GUNAAN TANAH Aktiviti guna tanah sekitar tapak ialah aktiviti guna tanah yang dijalankan di

luar kawasan cadangan tapak kajian. Dari hasil kajian yang telah dilakukan, kawasan tapak cadangan iaitu Kampung Alor Punti mempunyai beberapa gunaan tanah yang di antaranya ialah pertanian, perumahan, perkedaian dan industri ringan. 7.2 PERTANIAN Pertanian merupakan sumber kedua yang terbesar dalam janaan ekonomi negara. Pekan Tanah Merah merupakan sebuah kawasan di mana 90% aktiviti guna tanahnya adalah kawasan pertanian yang menjalankan aktiviti sawah padi. Sektor pertanian yang terdapat di Kampung Alor Punti terletak di bahagian utara, timur dan barat di Pekan Tanah Merah, Pendang. Melalui kajian yang telah dilakukan didapati penduduk Kampung Alor Punti menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan ianya merupakan sumber pendapatan utama di kawasan kajian.

Rajah 7.2.1 : Kawasan pertanian Kampung Alor Punti

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

14

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

7.3

PERUMAHAN Rumah merupakan satu keperluan asas yang diperlukan oleh setiap

kelompok manusia untuk tujuan tempat perlindungan dari sebarang ancaman dan bertindak sebagai menjaga keselamatan kelompok terbabit. Kampung Alor Punti mempunyai kawasan pembangunan perumahan kampung dan terdapat kawasan taman perumahan yang terletak 1 km dari tapak kajian iaitu Taman Harmoni.

Rajah 7.3.1 : Kawasan perumahan Kampung Alor Punti

Rajah 7.3.2 : Kawasan perumahan Taman Harmoni

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

15

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

7.4

PERKEDAIAN Kampung Alor Punti terletak 2 km dari Pekan Pendang. Ini menunjukkan

kawasan kajian terletak berhampiran dengan kawasan komersial. Perletakan kawasan kedai di pekan Tanah Merah ini adalah di kanan dan kiri jalan utama menuju ke Pekan Pendang. Kedudukan kawasan komersial ini amat bersesuaian kerana memudahkan para penduduk setempat malakukan aktiviti seharian bagi mendapatkan keperluan harian dan kepelbagaian keperluan lain.

Rajah 7.4.1 : Kawasan perkedaian Pekan Tanah Merah

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

16

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

7.5

PERINDUSTRIAN Pembangunan industri adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan

ekonomi negara. Kemajuan teknologi telah menggalakkan perkembangan berbagai jenis aktiviti industri yang terdiri daripada industri ringan, sederhana dan berat. Bagi kawasan perindustrian di Pekan Tanah Merah yang terletak di Kampung Alor Punti menjalankan aktiviti industri jenis ringan dan terletak berdekatan dengan jalan utama bagi memudahkan perkhidmatan.

Rajah 7.4.1 : kawasan perindustrian jenis sederhana Pekan Tanah Merah

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

17

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

7.6

KEMUDAHAN AWAM Sektor kemudahan awam bukan sahaja memainkan peranan penting dalam

pembangunan komprehensif.Melalui pembangunan ini, ianya akan mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan sejahtera kepada penduduk kawasan setempat. Kawasan kajian yang terletak berhampiran dengan Pekan Pendang memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan pekhidmatan dan

penggunaan kemudahan awam seperti kemudahan yang berkait rapat seperti kemudahan agama, sosial, pendidikan dan pengangkutan.

JENIS KEMUDAHAN

JUSTIFIKASI

Kemudahan Agama

Masjid Tanah Merah

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

18

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

JENIS KEMUDAHAN

JUSTIFIKASI

Kemudahan Pengangkutan

Jalan Utama Daerah Pendang

Perhentian Bas Pendang

Kemudahan Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Tanah Merah

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

19

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

JENIS KEMUDAHAN

JUSTIFIKASI

Taman Permainan

Kemudahan Sosial

Telefon Awam

Perniagaan Pekan Tanah Merah

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

20

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

JENIS KEMUDAHAN

JUSTIFIKASI

Pusat Rawatan Terapi Pekan Tanah Merah

Kemudahan Perkhidmatan

Stesen Minyak Caltex

Pondok Polis Daerah Tanah Merah

Jadual 7.6.1 : Kemudahan awam Pekan Tanah Merah

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

21

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

7.7

SISTEM SALIRAN Sistem saliran bertindak sebagai penyalur utama kepada penduduk di

Kampung Alor Punti bagi menjalankan aktiviti seharian yang berkaitan dengan keperluan asas hidup.Selain itu, sistem saliran ini juga diguna pakai bagi mengalirkan air kawasan sawah padi bagi tujuan pengairan. Kawasan kajian sekitar mempunyai sistem saliran yang baik dan sistem perparitan yang lancar. Sumber bekalan air yang digunakan oleh penduduk setempat adalah berpunca dari Terusan Tengah.

Rajah 7.7.1 : Sistem saliran Pekan Tanah Merah

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

22

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

7.8

SISTEM SIRKULASI Sistem sirkulasi merupakan salah satu daripada ciri - ciri utama di dalam

bidang aktiviti gunaan tanah. Dalam konteks perhubungan, kawasan kajian memiliki sistem perhubungan yang baik. Ini adalah kerana ianya mampu menghubungkan kawasan sekitar dengan kawasan kajian.Ini boleh diperhatikan melalui perhubungan jalan utama yang dapat menghubungkan penduduk setempat ke kawasan lain. Terdapat beberapa jenis jalan yang digunakan oleh para penduduk bagi menghubungkan mereka untuk menuju ke sesuatu tempat. Antaranya ialah batas yang menghubungkan penduduk ke sawah padi bagi menjalankan aktiviti kebiasaan mereka.

7.8.1 : Jalan Utama Pekan Tanah Merah

7.8.1 : Jalan tak berturap

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

23

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

8.0

CADANGAN PEMBANGUNAN BERDASARKAN PELAN KONSEP Pelan konsep dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu kawasan perumahan (

50 % ), kawasan perindustrian ( 30 % ) dan kawasan komersial ( 20 % ). Setiap zon telah membuat pelan buih berdasarkan konsep yang telah dicadangkan mengikut zon masing - masing. 8.1 KONSEP BAGI ZON A Zon A telah mencadangkan konsep 'Radiant City' bagi mewujudkan pusat bandar yang bebas daripada kesesakan laulintas. Antara ciri - ciri konsep 'Radiant City' seperti berikut : 1) Kawasan bandar sebagai pusat perniagaan yang padat dan kemas bagi mengurangkan jarak perjalanan. 2) Laluan pejalan kaki dalam pusat bandar. 3) Jalanraya utama utama merentasi bahagian tengah bandar sebagai jalan paksi.

8.2

KONSEP BAGI ZON B Zon B telah mencadangkan konsep 'Kejiranan' iaitu sesuatu unit kejiranan

mestilah mempunyai watak atau elemen - elemen tempatan serta unit dari keseluruhan mempunyai kelengkapan sendiri ( self - sufficient ). Antara ciri - ciri konsep 'Kejiranan' seperti berikut : 1) Saiz unit kejiranan mestilah mempunyai hubungan kepada bilangan penduduk yang diperlukan oleh sebuah sekolah. 2) Kawasan kediaman mestilah disempadankan dengan jalan utama di semua bahagian dan tidak seharusnya terdapat laluan melalui kediaman. 3) Terdapat perletakan yang sesuai bagi kawasan permainan dan taman. 4) Mempunyai satu pusat yang teguh dalam unit kejiranan di mana ditempatkan sekolah dan lain - lain lagi perkhidmatan.

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

24

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

8.3

KONSEP BAGI ZON C Zon C telah mencadangkan konsep 'Linear City' yang menganggap jala raya

dan jalan keretapi merupakan tulang belakang petempatan bandar. Antara ciri - ciri konsep 'Linear City' seperti berikut : 1) Bangunan didirikan di kiri dan kanan jalanraya dan jalan keretapi. 2) Jalan perhubungan ( jalanraya dan jalan keretapi ) serta saluran kemudahan ( air , gas dan talian elektrik ) melalui tengah bandar. 3) Kawasan perumahan dihadkan 200 meter daripada jalan dan kawasan di belakang rumah dijadikan kawasan pertanian. 4) Bandar ini tidak mempunyai pusat bandar dan tumpuan penduduk.

8.4

KONSEP BAGI ZON D Konsep cadangan bagi zon D adalah konsep ' Kejiranan Perry '. Rekabentuk

jalannya dibuat dengan mengasingkan jalan utama dari kawasan perumahan. Sistem jalan raya di kawasan perumahan direka bentuk untuk pergerakkan yang selamat. Antara ciri - ciri konsep Perry ini ialah : 1) Lalulintas utama tidak digalakkan melintasi kawasan perumahan. 2) Peredaran dalaman direka bentuk untuk menjamin pergerakkan yang selamat dan juga menjamin pengekalan persekitaran kediaman. 3) Saiz penduduknya mencukupi untuk menampung sebuah sekolah.

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

25

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

9.0

ANALISIS SWOT

Selepas membuat penyelidikan dan analisis kawasan tapak kajian di Kampung Alor Punti, Tanah Merah terdapat kekuatan, kelemahan, potensi dan ancaman yang tersendiri. Antaranya :

STRENGTH ( KEKUATAN ) Kawasan tapak kajian mempunyai permukaan tanah yang rata dan landai tanah serta yang tiada permukaan dan

WEAKNESS ( KELEMAHAN ) Sistem saliran di kawasan tapak kajian tidak terancang dan tidak diselenggara dengan baik. Rangkaian jalanraya di kawasan tapak kajian tidak mencukupi dan kelebaran yang agak sempit

bercuram

bertebing menyebabkan kawasan kajian sesuai untuk dibangunkan semua jenis pembangunan. Kawasan berhampiran Tanah Merah. Kawasan berhampiran tapak dengan kajian jalan tapak dengan kajian Pekan

menyebabkan

kesesakan

lalulintas di tapak kajian.

penghubung yang utama. OPPORTUNITY ( POTENSI ) Berpotensi dijadikan sebagai pusat tumpuan penduduk dengan membangunkan pembangunan perumahan, perindustrian. Menggunakan tanah yang terbiar sebagai sebuah kawasan yang dapat digunakan oleh penduduk. Jalan perlu diperbaiki jalan dengan bagi pelbagai jenis THREAT ( ANCAMAN ) Berpotensi berlakunya akibat daripada yang sistem tersumbat saliran

banjir

sistem saliran disebabkan yang tidak

termasuklah perniagaan dan

terancang dan tidak diselenggara dengan baik. Jalanraya di kawasan tapak kajian terlalu sempit berat untuk dan laluan ringan

kenderaan

menyebabkan lalulintas.

kesesakan

melebarkan

melancarkan aliran trafik.

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

26

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

10.0

KESIMPULAN KESELURUHAN Kesimpulannya, dalam kajian gunaan tanah di Kampung Alor Punti, Tanah

Merah ini mendapati berpotensi

menjadi

sebuah bandar

kecil yang pesat

membangun . Ini kerana kedudukannya yang cukup strategik iaitu menjadi laluan utama ke Pekan Pendang dan Bandaraya Alor Setar. Kawasan Kampung Alor Punti, Tanah Merah ini juga mempunyai permukaan kawasan tanah yang rata dan landai. Oleh itu, pelbagai aktiviti boleh dijalankan dengan sempurna. Ianya terdiri daripada pertanian, perumahan, perkedaian, perindustrian, kemudahan awam, jalan raya dan saliran perparitan. Selain itu, aktiviti guna tanah yang banyak dijalankan di kawasan kajian adalah perumahan iaitu sebanyak % dan % lagi telah dibangunkan pelbagai aktiviti guna tanah untuk penduduk setempat. Bandar yang sempurna adalah gabungan antara elemen S.W.O.T iaitu

Strenght , Weakness ,Opportunity dan Threat . Gabungan elemen ini akan menjana idea yang kreatif dan seterusnya memberi impak yang besar bagi sesebuah bandar . Idea yang kreatif dalam aktiviti gunaan tanah akan dapat menyelesaikan kekangan yang wujud. Justeru itu , aktiviti gunaan tanah adalah penting dalam perancangan sesuatu bandar.

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

27

CP 301 - STUDIO PERANCANGAN III

PENYELIDIKAN DAN KAJIAN ANALISIS TAPAK

11.0

RUJUKAN Buku piawaian Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ( JPBD ). Majlis Daerah Pendang ( MDP ). Buku Rancangan Struktur Tempatan Pendang. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ( MADA ).

12.0

LAMPIRAN
03-08/01/2013 10-12/01/2013 30-02/12/2013 09/01/2013 13/01/2013 23/01/2013
28

No.

Aktiviti

1 2

Pemberitahuan Projek Latar Belakang Kajian Dan Pemilihan Tapak Lawatan Tapak Dan Kajian Gunaan Tanah Pengumpulan Data Dan Analisis Tapak Persediaan

Pembentangan 'Slide Show' Dan Laporan Kajian

6 7

Pembentangan 'Slide Show' Semakan Laporan

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH