You are on page 1of 26

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KEMAHIRAN BERFIKIR ( LAK 2013 )


TOPIK 4 : PEMIKIRAN KREATIF
PENSYARAH :

PROF. MADYA DR. RAJENDRAN NAGAPPAN

Pengenalan
Kemahiran berfikir secara kreatif amat penting dalam kehidupan setiap insan. Kemahiran
adalah kecekapan, kebolehan dan kemampuan, manakala berfikir adalah perbuatan dan
tindakan yang berlaku dalam minda seseorang. Proses berfikir yang berlaku dalam minda
seseorang tidak dapat dilihat dan ia sangat kompleks. Kemahiran ini sebenarnya
merupakan kemahiran yang menggunakan otak sebelah kanan manusia. Ia juga dikenali
sebagai otak kreatif.

Penemuan otak kreatif ditemui seawal 450 S.M lagi. Penemuan otak kiri pada
masa itu hanya berasaskan andaian yang pemikiran manusia lebih baik daripada haiwan
yang lain. Walaupun penemuan itu tidak bersifat ilmiah dan saintifik, setidak-tidaknya ia
merintis ke arah suatu pengajian yang bersifat saintifik dan empirik beribu tahun selepas
itu.

Roger Sperry (1960) penerima anugerah Nobel, berjaya membuktikan manusia


berfikir dalam dua paksi yang ekstrem, iaitu kreatif dan kritis. Penemuan ini agak
istimewa kerana selepas daripada itu, terbongkar rahsia yang menakjubkan berkenaan
fungsi dan otak kanan. Kreatif ialah kata nama bagi suatu bentuk pemikiran yang luar
biasa dan bertentangan dengan pemikiran biasa logik keupayaannya. Teori split-brain
yang dikemukakan oleh beliau menguatkan lagi bukti bahawa kemahiran berfikir secara
kreatif sepatutnya ada pada setiap insan di dunia ini.

Ramai daripada sarjana pemikiran kreatif membuat metafora yang amat simbolik
dan cukup simplistik bagi memberi gambaran pada berfikir secara kreatif. Pemikiran
kreatif pada pandangan mereka boleh diumpamakan seperti berfikir di luar kotak atau
think out of the box dan berfikir di dalam otak atau think in of the box.

Gambar rajah otak kanan dan otak kiri.

Bagi bapa pemikir, Edward De Bono (1996), beliau menyatakan kemahiran


berfikir secara kreatif adalah sejenis pengendalian maklumat secara khusus yang
dilakukan secara berhati-hati dan setiap hari. Maksud beliau di sini ialah, kemahiran
kreatif ini

pada dasarnya perlu diteliti dan difikirkan secara eksplisit kerana untuk

mendapatkan sesuatu yang bernilai dan baru, ia memerlukan proses yang agak berhatihati.

Paul Torrance (1967), kemahiran berfikir secara kreatif ialah proses


mengindentifikasikan

yang sukar iaitu mencari penyelesaian, mungkin dengan

memodifikasinya dan menguji kembali dan akhirnya mengkomunikasikan hasilnya. Pada

pendapat sarjana lain seperti Hopkins (1937) pula menyatakan bahawa, kemahiran
berfikir secara kreatif adalah :

Diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan


dalam dan dengan cara dinamik
Hopkins,1937

Ciri-ciri Pemikiran Kreatif:

Mempunyai keyakinan diri (Self Confidence)

Bermaksud berani dan tidak ragu-ragu serta pasti dalam membuat sesuatu kenyataan atau
keputusan.Perasaan untuk mengawal dan penguasaan tubuh badan, peri laku dan
persekitaran Contohnya dalam sesuatu majlis mempromosikan sesuatu produk, kita perlu
mempunyai sifat yakin pada diri sendiri untuk menarik perhatian pengguna dengan
mimic muka yang bersungguh-sungguh mahu memperkenalkan produk tersebut tanpa
sebarang niat yang lain.Melalui sikap ini, pihak kedua atau pendengar telah memberi
sedikit kepercayaan kepada kita. Mereka telah mula menaruh minat dan yakin kepada
kita menyebabkan mereka terus mendengar dengan penuh minat walaupun mereka belum
mengetahui apa-apa.kepercayaan dan keyakinan memberi kesan yang mendalam kepada
kebolehan bertindak dan bagaimana satu-satu tindakan dilakukan.

Bersikap terbuka (Open Minded)

Bermaksud menerima keputusan orang lain tanpa bantahan untuk dikongsi bersama-sama
dan tidak hanya mementingkan diri sendiri dalam membuat sesuatu keputusan atau
tindakan. Mereka tidak akan menbenarkan sama sekali minda mereka menjadi pasif dan
menerima tanpa soalan.Kebolehan menguasai suatu keadaan dan dapat bertindak bijak
memerlukan keprihatinan kita kepada perasaan orang lain dan melihat dari kaca mata
orang lain. Timbang rasa yang membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tana
menjadikan kita terlalu beremosi (Emosional) adalah penting. Kebolehan membezakan
apa yang dikatakan oleh orang lain daripada tindakan dan penilaian yang bersifat
personal adalah amat penting.Keupayaan untuk mengawal kehendak sendiri apabila
bersama orang lain di dalam kumpulan.

Berani mengambil risiko (Daring)

Menurut Ruggiero, seseorang yang daring merupakan seorang yang berani dan sentiasa
bersikap terbuka terhadap pengalaman. Mereka merupakn golongan yang suka
mengenalpasti

dan

mencabar

sesuatu

idea,

pandangan,

kepercayaan

dan

kenyataan.Mereka selalunya tidak tergugat dengan ancaman prospek kegagalan. Mereka


mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya tanpa memikirkan berapa banyak usaha
yang diperlukan dan peluang kejayaan. Mereka sanggup melakukan sebaran komitmen
yang perlu untuk menjayakan sesuatu. Ini menepati kata Thomas Edison yang
menyatakan, Genious is 99 percent perspiration and 1 percent inspiration. Mereka
akan memberi sepenuh masa kepada apa yang dilakukan.

Suka menjelajah dan meneroka idea Baru (Resourceful)

Orang yang resourceful merupakan seorang yang selalu penuh dengan strategi walau
dalam apa jua keadaan. Mereka berupaya untuk bertindak secara efektif dan membentuk
konsep yang dapat menyelesaikan masalah.Sealin itu, mereka boleh berdikari dan mereka
tidak memerlukan pandangan dan pengesahan orang lain terhadap idea yang dicetuskan.
Mereka tidak kisah orang lain melabelkan mereka sebagai orang yang pelik. Mereka
berdikari menjadikan insan kreatif lebih yakin dan bebas untuk becakap dan bertindak.

Mempunyai semangat ingin tahu yang kuat (curious)

Mereka akan sentiasa ingin tahu tentang semua benda yang berada di sekeliling mereka.
Mereka akan membenarkan diri mereka melakukan aktiviti yang luar biasa untuk
menghasilkan idea yang pelbagai.Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan
kekreativitian walaupun tidak masuk akal. Ini bermakna kalau seseorang hendak mencari
ilham, kemungkinan dia akan pergi untuk berlumba kereta, menjerit dan kalau lebih teruk
lagi, mereka akan melakukan jenayah. Mereka mungkin akan melakukan sesuatu yang
boleh memenatkan diri dan memberi tekanan yang banyak kepada diri sendiri sematamata untuk mencari ilham untuk tugasan atau kerjaya seseorang.

Strategi Pemikiran Kreatif


Terdapat beberapa strategi berfikir secara kreatif. Mencari idea idea alternatif
merupakan strategi yang pertama dalam berfikir secara kreatif. Individu tersebut perlu
sentiasa mencari idea idea baru yang bernas agar dapat menyumbangkan idea pada bila
bila masa sahaja apabila diperlukan dan dapat mengutarakan idea dalam masa yang

singkat. Sehubungan itu, individu perlu keluar dari belenggu kebiasaan di mana
seseorang individu perlu berfikir dan bertindak secara luar biasa untuk meneroka idea
yang baru. Selain itu, individu perlu berfikir secara menyeluruh dan tidak melihat sesuatu
isu atau perkara pada satu pandangan sahaja dan perlu berimiginasi bagi melahirkan idea
idea yang baru.

Dalam proses mencari idea idea alternatif yang baru, seseorang individu boleh
meneroka secara berseorangan mahupun secara berkumpulan. Bagi proses secara
berkumpulan, kaedah sumbangsaran dapat diaplikasi sebagai alternatif meneroka idea
yang baru. Maka, melalui pemikiran yang kreatif terhasil sesuatu yang unik dan
mempunyai kegunaan dan kepentingannya tersendiri.

Strategi kedua adalah dengan mengembangkan dan meluaskan idea yang


diperolehi hasil daripada idea baru yang diteroka. Menurut Alex Osborn ( 1963 ) dalam
Som Haji Nor dan Mohd Dahalan ( 1998 ), terdapat tujuh cara dalam mengembangkan
idea iaitu melalui ubahan ( modify ), kecilkan ( minify ), besarkan ( magnify ), gantikan (
substitute ), atur semula ( rearrange ), terbalikkan ( reverse ), dan gabungkan (
combine ). Maka dengan tujuh cara ini idea yang dihasilkan menjadi lebih produktif,
menarik serta lebih fleksible untuk diaplikasikan.

Seterusnya strategi ketiga iaitu dengan membuat latihan latihan untuk menjadi
kreatif. Hal demikian memerlukan individu melatih diri untuk menjadi seorang yang
kreatif dengan menyelesaikan apa sahaja masalah dengan tepat dan sekiranya diberikan

satu benda yang asas, individu tersebut dapat merekabentuk sehingga menjadikannya
sesuatu yang kompleks, menarik dan berguna.

Strategi keempat adalah menilai kreativiti. Setelah membuat latihan, hasil


daripada latihan yang dilakukan dapat menunjukkan kreativiti yang berbeza antara satu
sama lain. Menurut Som Haji Nor dan Mohd Dahalan ( 1998 ), terdapat beberapa aspek
yang boleh diambil kira iaitu membentuk lakaran yang dihasilkan, pencantuman idea asal
dengan idea yang baru, jumlah garisan yang ditambah pada garisan asal dalam latihan
yang diberikan, berapa banyakkah penambah baikkan dan penambahkan fungsi,
keberanian untuk keluar dari bentuk asal dan kemampuan untuk menghasilkan ciptaan
berdasarkan jumlah gambar atau petak yang telah disediakan.

Manakala, strategi kelima merupakan fasa fasa kreativiti. Terdapat beberapa


fasa yang perlu diikuti, iaitu, fasa pertama adalah penyediaan asas iaitu mengumpul
segala maklumat, kajian dan pendapat tertentu. Fasa kedua ialah pemeraman iaitu minda
akan direhatkan dan pemikiran dibiarkan dalam keadaan separa tidak sedar dan bebas
daripada sebarang gangguan pemikiran.

Akhirnya,

strategi

keenam

iailah

suasana

dan

persekitaran

untuk

memperkembangkan pemikiran kreatif. Individu yang berpemikiran kreatif jika tidak


dimanfaatkan sebaik baiknya dengan memperkembangkan dan memupuk pemikiran
tersebut akan menjadi sia sia. Secara umumnya, persekitaran merupakan keadaan
fizikal yang menggalakkan pemikiran kreatif dan sememangnya memberikan pengaruh

yang besar kepada pemikiran seseorang individu. Walau bagaimanapun, melalui


persekitaran juga boleh membantutkan perkembangan pemikiran yang kreatif. Justeru,
membina persekitaran yang ideal dan menarik amatlah penting agar membantu dalam
proses pemikiran kreatif.

Kemahiran kemahiran Berfikir Secara Kreatif


Kemahiran kemahiran yang perlu diaplikasi dalam kemahiran berfikir secara
kreatif adalah menjana kemungkinan idea, mencipta analogi dan menciptametafora
Kemahiran menjana kemungkinan idea merupakan kebolehan menghasilkan idea idea
baru yang dapat digunakan untuk menghasilkan sesuatu ciptaan atau untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Hal demikian untuk memilih idea yang terbaik hasil
daripada idea idea yang diperolehi. Melalui kemahiran ini, terdapat dua kaedah dalam
menjana kemungkinan idea iaitu secara perseorangan atau individu dan secara
berkumpulan.

Mencipta analogi ialah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu
perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri ciri persamaan dan perbezaan untuk
menyatakan maksud tertentu. Sehubungan itu, terdapat beberapa langkah dalam mencipta
analogi iaitu, mengenalpasti maksud perkataan, frasa atau ayat yang hendak dijadikan
analogi, seterusnya dipadankan dengan maksud yang telah ditentukan, memilih kata
bandingan dan akhirnya menggunakan pengurusan grafik.

Seterusnya kemahiran mencipta metafora, metafora adalah sejenis bahasa figuratif


yang dicipta untuk menyatakan makna sesuatu perkara dengan menggunakan kata atau
lambang lain untuk menyatakan maksud yang tersirat. Hal demikian bertujuan bagi
membolehkan seseorang memahami bahasa figuratif. Terdapat beberapa langkah yang
terlibat iaitu mengenalpasti lambang yang hendak digunakan untuk sesuatu maksud
perkataan yang difikirkan sesuai dan seterusnya dapat membina ayat yang sesuai.

Alat alat Berfikir


Alat alat berfikir secara langsung mahu pun tidak membantu seseorang individu
tersebut berfikir secara kreatif seterusnya membantu dalam proses membuat keputusan.
Secara umumnya, terdapat beberapa alat yang dapat digunakan untuk merangsang
pemikiran yang kreatif. Diantaranya ialah,

Peta minda
Peta minda digunakan untuk mencatat nota, merancang, membuat sinopsis,
persembahan dalam laporan dan sebagai alat mengingat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Sumbang saran
Teknik ini bertujuan untuk menerbitkan idea idea, iaitu untuk menjana idea atau
pendapat secara spontan dalam jangka masa yang pendek.

Soalan dan penyoalan

10

Teknik tersebut digunakan sebagai rangsangan untuk mendapatkan maklumat,


meninjau kefahaman, mencungkil minat, dan juga menilai kebolehan seseorang
tentang sesuatu perkara. Sehubungan itu, penyoalan pula merupakan cara
seseorang itu mengemukakan soalan bagi memenuhi keperluan dan tujuan
tertentu.

Lembaran Pengurusan Grafik ( LPG )


Merupakan satu bentuk ilustrasi atau lakaran Lembaran Pengurusan Grafik
digunakan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan
sesuatu idea pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan.

CoRT 1
Merupakan satu bentuk latihan berfikir khususnya untuk menjana pemikiran.
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan di dalam CoRT 1 iaitu PMI ( Plus,
Minus, Interesting ) adalah untuk meluaskan sudut pandangan seseorang individu
disamping menjadikannya sebagai salah satu alat membuat penilaian. Selain itu,
OPV ( Other Peoples View ) memerlukan pandangan dan pendapat orang lain
tentang apa jua keputusan yang akan diambil. Seterusnya teknik FIP ( First
Important Priorities ) iaitu keutamaan mengikut kepentingan. Sehubungan itu,
terdapat pelbagai teknik yang lain yang terkandung dalam CoRT 1 seperti CAP,
C&S, AGO, dan APC yang dapat digunakan untuk menjana pemikiran dalam
menghasilkan idea.

11

CoRT 4
Merupakan kaedah untuk merangsang pemikiran yang kreatif. Alat ini
menekankan kepada daya persepsi berfungsi secara intergratif dalam menerbitkan
idea idea yang luar biasa. Alat- alat CoRT 4 memandu seseorang supaya tidak
bersahaja dalam menerbitkan apa jua idea yang terlintas di fikiran. Salah satu
contoh teknik yang terdapat dalam CoRT 4 ialah, Yes, No and Po. Yes dan No
merupakan penilaian kepada sesuatu perkara sama ada betul atau salah, manakala
Po pula tiada penilaian. Teknik tersebut adalah bersifat kritis dan kreatif yang
sememangnya diperlukan dalam menjana pemikiran yang kreatif.

Proses Pemikiran Kreatif

Dipercayai dalam proses melahirkan pemikiran yang kreatif seseorang itu perlu
mengikuti beberapa peringkat. Hal ini menurut Graham Wallas (1926) dalam buku
Ramlah & Mahani(2004), telah mengenal pasti empat peringkat dalam proses pemikiran
kreatif iaitu, persediaan (preparation), pegeraman (incubation), penjelasan (illumination),
dan pengesahan (verification).

Dalam peringkat pertama proses pemikiran ialah persediaan (preparation).


Persediaan merupakan peringkat yang memerlukan seseorang menyediakan data dan
fakta yang relevan. Hal ini bertujuan membolehkan daya kreativiti berfungsi. Dengan
adanya data dan fakta yang relevan tersebut seseorang akan mula menganalisis data dan
fakta tersebut berdasarkan masalah yang dihadapi.

12

Maka, secara umumnya peringkat ini merupakan peringkat yang mana seseorang
itu akan mengenal pasti masalah serta maklumat dan fakta dikumpul seberapa banyak
yang boleh untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu, persediaan dari segi mental dan
fizikal juga perlu. Persediaan dalaman dan luaran ini memberi kekuatan kepada individu
dan kumpulan mengumpul seberapa banyak idea-idea kreatif (Mohd. Azhar Abd, 2005 :
74)

Peringkat seterusnya dalam proses pemikiran kreatif ialah pengeraman


(incubation). Pada peringkat ini, ia melibatkan daya fikir yang serius. Menerusi proses
ini otak menganalisis, menggabung jalin dan menilai semua data, fakta, masalah dan
penyelesainya (Mohd. Azhar Abd, 2005 : 74). Di percayai juga dalam peringkat ini
masalah itu difikirkan dan direnung oleh minda bawah sedar (subconscious mind) seperti
yang dinyatakan dalam buku (Ramlah & Mahan, 2004 : 89). Hal ini bermakna semasa
proses pengeraman idea, biasanya kita melakukan aktivti-aktivit lain(Mohd. Azhar Abd,
2005 : 74). Menurut ahli psikologi, pengeraman dan persediaan mungkin akan
mengambil masa dalm beberapa minit, minggu, bulan dan tahun. Oleh yang demikian,
seseorang perlu tenang ketika proses ini berlansung kerana idea dan buah fikiran ada
ketikanya tidak muncul semasa kita benar-benar memikirkannya.

Manakala, pada peringkat penjelasan (illumination) ialah proses pemikiran di


mana idea-idea asli (original) dan baru untuk selesai masalah terserlah dalam minda
(Ramlah & Mahan, 2004 : 89). Setelah melalui proses persediaan dan pengeraman, idea-

13

idea kreatif ini akan lebih menonjol pada proses penjelasan. Idea-idea kreatif yang
muncul pada ketika ini adalah berdasarkan imaginasi seseorang itu. Hal ini menurut
Woofolk (1998) dalam Ramlah & Mahan(2004), kreativiti adalah pemikiran yang
imaginatif, baru dan asli dalam menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk baru.
Maka, pada peringkat ini, seseorang itu sudah boleh menggunakan idea kreatif itu untuk
mengatasi masalah.

Pengesahan (verification) ialah peringkat terakhir dalam proses pemikiran kreatif.


Proses ini mungkin melibatkan penilaian kita terhadap suatu penemuan, idea ataupun
gagasan baru yang dihasilkan (Mohd. Azhar Abd, 2005 :75). Penilaian tersebut mungkin
dari segi logik, keberkesanan kos dan sebagainya. Idea yang dihasilkan tidak semestinya
untuk diri kita sendiri tetapi untuk orang lain juga. Pada peringkat ini juga beberapa
aktiviti boleh dilaksanakan untuk melihat atau membuktikan sama ada apa yang terserlah
dapat menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti. Dalam peringkat ini juga mungkin
hasil pemikiran kreatif dilahirkan dalam bentuk lukisan, penulisan, sajak, dan sebagainya.

Halangan-halangan Dalam Pemikiran Kreatif


Sejak kecil lagi kanak-kanak sememangnya secara semula jadi bersifat kreatif.
Terdapat tiga halangan dalam pemikiran kreatif iaitu:
1. Tabiat dan tradisi
Tabiat reaksi spontan tanpa perlu berfikir dan membuat keputusan kerana
sudah mapan dan dapat dilakukan tanpa merasa ketidakselesaan.

14

Perkara ini bersifat rutin dalam hidup kita dan tanpa berfikir kita boleh
menyelesaikan sesuatu masalah yang bersifat rutin ini. Sebenarnya,
hakikat ini telah menghalang kita dari berfikir kreatif dan
melaksanakan sesuatu yang berlainan.

Contoh kata-kata yang selalu ahli masyarakat katakan adalah seperti:


Belum pernah kita lakukan seperti itu dahulu

Kita begitu lali melihat sesuatu yang biasa sehingga kita tidak dapat melihat
dari perspektif yang baru, ataupun dengan cara yg baru dan pandangan
yang baru.

Kita gagal melihat kemungkinan yang lain, penggunaan dan aplikasi yang
baru.

Menurut ahli psikologi: kesemua ini boleh dianggap sebagai kebekuan


persepsi, kebekuan mental dan kebekuan fungsi.

Tradisi pula, menetapkan agar kita berkelakuan dengan cara tertentu tetapi
bukan semata-mata akur dengan tradisi itu sahaja.

Corak kelakuan yang tertakluk dan terkawal ini boleh menghalang kreativiti
dalam diri kita dan masyarakat.

Tradisi juga menghalang kita daripada melakukan sesuatu dengan cara yang
berlainan.

Ini menyekat orang yang sedia mengharungi cabaran dan bahaya, yang
bersifat ingin tahu dan yang sedia mengusahakan sesuatu daripada
melakukan yang rutin, malah mencuba yang baru.

Kata-kata yang biasa kedengaran adalah seperti:

15

Memang sudah begitu cara dan keadaanya selama ini...


2. Halangan-halangan sosio-budaya

Paul Torrance-kreativiti kanak-kanak merosot semasa mereka masuk


tadika.Hal ini kerana mereka mula dikawal dan dipantau oleh guru.

Sosiolisasi atau berkelakuan dan berinteraksi secara bermasyarakat


merupakan unsur sihat tetapi kita tidak seharusnya rasa terkekang
semasa memberi respon.

Beberapa komen yang mendedahkan terdapat halangan ialah:


Orang-orang di sini tidak melakukan demikian...
Sudahkah kamu pastikan dengan

Berkelakuan mengikut corak pemikiran masyarakat dan adat adalah


berfaedah apabila betul pada tempatnya tetapi tidaklah sehingga
menghalang seseorang dari berfikir luar dari kotak pemikiran
masyarakat itu.

Tetapi jika bergantung kepada sosio-budaya masyarakat sahaja,


kreativiti itu boleh tersekat kerana tiada peluang untuk berfikir sesuatu
yang baru dalam berinteraksi dengan masyarakat.

3.

Halangan emosi

Rasa bimbang akan kegagalan- bimbang akan cemuhan orang apabila


gagal dan keaiban dirinya.

Kerunsingan dan kegelisahan berfikir tentang masa depan sesuatu yang


telah dilakukannya itu.

16

Rasa bersalah kesan dari pengalaman pahit yang pernah mengecewakan


diri dan orang lain.Contohnya dalam organisasi dan persatuaan.

Kemarahan akibat pengalaman pahit masa lampau dan enggan untuk


membuat perubahan lagi terhadap sesuatu yang pernah memberi kesan
negatif terhadap dirinya dan masyarakat sekeliling.

Aplikasi
Dalam usaha menjana pemikiran kreatif ini, kami telah memilih satu isu iaitu cara
untuk meningkatkan produktiviti pertanian. Pelbagai langkah boleh dilaksanakan dalam
merealisasikan hasrat ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia membangun
kini disebabkan oleh sektor perkilangan bukannya pertanian. Namun, bidang ini tidak
boleh dipandang remeh kerana tanpanya bekalan makanan di Malaysia terpaksa diimport.
Pendekatan menghasilkan bekalan makanan sendiri sama ada sayuran mahupun haiwan
ternakan ini telah ditekankan oleh bekas Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak
pada 1974 melalui kempen Bumi Hijau.

Justeru, bagi memastikan usaha tokoh ini mempunyai kesinambungan maka kita
perlu mempelbagaikan alternatif dalam bidang pertanian. Salah satu cara yang boleh
dilaksanakan ialah memberi latihan dan kursus kepada para petani moden. Langkah inilah
yang sedang dijayakan oleh kerajaan. Kerajaan juga menyeru siswazah- siswazah yang
menganggur agar melibatkan diri dalam bidang ini dengan pendekatan baru. Mereka
perlu diberi latihan yang secukupnya supaya lebih pakar dan mahir dalam menghadapi
sebarang masalah. Masalah- masalah ini banyak berpunca daripada serangan serangga

17

perosak dan cuaca yang tidak dapat dielakkan. Latihan yang berterusan dapat
menyediakan diri mereka menghadapi masalah pertanian dengan lebih tenang dan
rasional.

Tambahan lagi, kursus- kursus yang dilaksanakan seperti kursus intensif


penanaman cendawan yang ditekankan baru- baru ini mempunyai banyak kelebihannya.
Cendawan yang dianggap sebagai tumbuhan parasit dan makanan orang kaya sebelum ini
jika diusahakan ia mampu menjana pendapatan ekonomi kerana cendawan ini telah mula
dikomersialkan dan diproses dalam bentuk minuman, kosmetik, makanan ringan dan
tujuan perubatan. Kerajaan telah menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA) sebagai wadah bagi para petani mengkomersialkan produk mereka.

Di samping itu, bantuan subsidi juga perlu diberi kepada para petani bagi
menaikkan semangat mereka dalam meningkatkan produktiviti. Kebiasaannya, subsidi
yang dihulurkan adalah dalam bentuk baja dan kewangan. Hal ini kerana, kebanyakan
kegiatan pertanian dijalankan di kawasan kampung oleh petani- petani yang mempunyai
masalah kewangan. Justeru, bantuan ini dapat meringankan beban mereka dan
membolehkan mereka menumpukan perhatian terhadap tanaman masing-masing.
Bantuan ini juga boleh diandaikan sebagai tanda penghargaan kepada para petani yang
bertungkus- lumus mengusahakan produk pertanian.

Selain itu, kebanjiran buruh asing di Malaysia kini perlu dimanfaatkan sebaik
mungkin. Mereka sering dikaitkan dengan sektor pembinaan dan perkilangan. Namun

18

begitu, mereka perlu dibawa masuk ke dalam bidang pertanian sebagai alternatif untuk
meningkatkan produktiviti pertanian. Cadangan ini dianggap seperti menggalakkan lagi
penghijrahan mereka ke tanah air kita dan aliran keluar mata wang ringgit Malaysia.
Namun, hakikat bahawa rakyat Malaysia terutama golongan muda- mudi tidak berminat
dengan bidang ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Malah kini kita melihat lebih ramai
buruh asing yang menetap di ladang- ladang getah dan kelapa sawit bagi memudahkan
mereka membuat kerja.

Walau bagaimanapun, dalam usaha menjayakan hasrat ini, pembangunan perlulah


dikurangkan bagi memberi ruang kepada pembukaan tanah baru bagi tujuan pertanian.
Penggunaan tanah kini lebih bertumpu kepada pembangunan perumahan dan premispremis perniagaan bukannya kepada usaha menghijaukan bumi. Berbeza dengan
penggunaan tanah 33 tahun yang lalu yang mempunyai dua juta tanah yang terbiar dan
tidak diusahakan.

Oleh itu, pembukaan ladang- ladang baru seperti ladang kelapa sawit dan pelbagai
lagi tanaman yang boleh dikomersialkan perlu diberi perhatian di samping tanaman bagi
tujuan harian. Usaha penanaman tanaman yang boleh dikomersialkan seperti kelapa sawit
ini dilihat mendapat perhatian kerajaan sejak dulu lagi. Buktinya Malaysia mampu
menjadi pengeluar minyak sawit utama dunia. Kini kerajaan sedang mengembangkan
industri biodisel yang berasaskan minyak sawit kerana harga petroleum dunia terus
meningkat dan pengeluarannya adalah terhad.

19

Tambahan pula, tanah yang dilitupi tanaman ini ada faedahnya berbanding tanah
yang dicucuk besi konkrit. Hal ini kerana tanaman tersebut dapat mengurangkan
pemanasan global yang sedang dihadapi oleh dunia amnya dan Malaysia khususnya. Di
samping itu, tumbuhan juga boleh menjalankan proses fotosintesis dan membekalkan
oksigen secukupnya kepada manusia. Proses respirasi yang berlaku akan meningkatkan
tahap kesihatan. Jelaslah, produktiviti dalam pertanian ini tidak boleh dipandang dari
sudut ekonomi sahaja malah boleh membawa kebaikan kepada manusia sejagat.

Aplikasi: LANTEMONG
Gambaran Awal:
Aplikasi Lantemong adalah merupakan teknik pertanian secara terbuka yang
menggabungkan penggunaan jentera yang berteknologi tinggi dan dikawal oleh
penggunaan sistem komputer. Konsep penanaman dalam aplikasi ini adalah secara
terbuka dan di aplikasikan dengan penggunaan tanah yang luas. Jenis tanaman yang
sesuai bagi aplikasi ini adalah jenis tanaman yang mengeluarkan hasil jangka pendek.

Pengoperasian:
Mesin Operasi
Jentera ini adalah aset utama dalam aplikasi ini. Fungsi utama mesin ini adalah
untuk menyalurkan air dan baja ke tanaman. Bagaimana mesin ini beroperasi ialah pada
mulanya air akan di salurkan daripada sungai atau sumber air yang terdekat kepada mesin
melalui saluran yang telah disediakan. Seterusnya apabila air telah disalurkan langkah
seterusnya ialah mencampurkan air dan baja yang sesuai untuk tanaman dengan sukatan

20

yang telah ditetapkan. Apabila air dan baja telah dicampurkan proses berikutnya ialah
menyalurkan campuran tersebut ke kawasan batas-batas pertanian menerusi saluransaluran penyembur yang telah di pasang keseluruh kawasan ladang. Campuran ini akan
disembur ke tanaman menerusi kepala penyembur yang dipasang pada saluran.
Pemasangan kepala penyembur ini adalah berdasarkan jarak berkesan penyemburan pada
batas tanaman.

Sistem Komputer
Fungsi sistem ini adalah untuk mengawal pengoperasian seluruh ladang. Di mana
pengoperasian aplikasi ini di kawal oleh sistem komputer yang akan ditempatkan di
sebuah bilik atau pejabat tanpa memerlukan operatornya pergi ke kawasan ladang untuk
mengoperasikannya. Maka petani tidak perlu lagi bersusah payah untuk menjaga ladang
yang berkeluasan besar dengan hanya mengoperasikannya dengan sistem ini. Mesin
operasi juga turut dikawal dengan sistem ini bagi menetapkan sukatan campuran baja dan
air serta kadar penyemburannya ke tanaman pada setiap hari. Sistem ini juga dapat
mengesan permasalahan yang berlaku sepanjang pengoperasian mesin utama.

Kemudahan Lain
Antara kemudahan lain yang pada aplikasi ini ialah sistem penyaluran air keluar
dari ladang. Seperti mana yang telah dinyatakan tadi konsep penanaman bagi aplikasi ini
adalah secara terbuka. Maka apabila berlaku hujan yang berpanjangan ke kawasan
ladang, limpahan air hujan tersebut akan disalirkan ke saluran air keluar seperti mana
yang ditunjukkan di atas pelan. Limpahan air hujan yang berlaku di kawasan ladang akan

21

di salirkan kesaluran air keluar dan kemudiannya di salirkan ke kawasan sungai atau
sistem peparitan yang berdekatan. Hal ini dapat mengurangkan kerosakan tanaman di
sebabkan limpahan air hujan.

Selain itu aplikasi ini juga turut boleh menggunakan penggunaan tenaga alternatif
yang lain bagi pengoperasiannya terutama pengoperasian mesin operasi. Asas
pengoperasian mesin operasi ini adalah menggunakan tenaga elektrik, maka bagi
mengurangkan kos penggunaan tenaga, kita boleh menggunakan tenaga solar dengan
menjanakan tenaga tersebut pada mesin. Alat untuk menjana tenaga tersebut boleh
dipasang pada mesin operasi sebagai alat tambahan mesin. Seterusnya bagi
mengoperasikan mesin operasi kita boleh menggunakan tenaga solar tanpa bergantung
penggunaan tenaga elektrik dan petrol semata-mata.

Kebaikan Aplikasi LANTEMONG


Sektor pertanian membantu mempercepatkan perkembangan teknologi
dalam negara melalui usaha penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan secara
berterusan. Misalnya, sistem yang diperkenalkan tadi. Dengan ini, kualiti dan kuantiti
hasil pertanian akan bertambah. Peningkatan teknologi pertanian membolehkan produk
pertanian Malaysia berdaya saing dan mampu menguasai pasaran global.

Pengenalan sistem ini akan memaksimunkan keuntungan para petani yang


menggunakan kepakaran ini. Segala kerugian akibat bencana alam seperti banjir dapt
dikurangkan kepada kadar yang paling minimum. Dengan kepakaran dan teknologi yang

22

digunakan, keuntungan paling maksimun dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh


pengusaha-pengusaha pertanian.

Produktiviti juga akan dipertingkatkan melalui pengenalan teknologi ini.


Kepakaran yang digunakan akan membolehkan hasil pertanian akan bertambah dan sekali
gus akan menambah keuntungan para petani. Pengenalan baka tanaman yang berkualiti
oleh MARDI menjadikan hasil yang diperolehi oleh petani lebih lumayan jika diusahakan
dengan menggunakan kepakaran teknologi tinggi. Walaupun menggunakan kepakaran ini
memerlukan kos yang tinggi namun jika hasilnya mejanjikan yang lumayan seharusnya
para petani harus berani mengambil risiko di samping mendapat khidmat nasihat daripada
pihak kerajaan.

Kelemahan Aplikasi LANTEMONG


Pengenalan teknologi ini akan menyebabkan berlakunya pengangguran di
kalangan orang yang terlibat dalam bidang pertanian. Penggunaan teknologi ini akan
memaksimunkan penggunaan kepakaran teknologi. Hal ini akan penggunaan tenaga
manusia akan dikurangkan dan sekali gus akan menyebabkan pengangguran berlaku.

Kos yang tinggi merupakan antara masalah yang dihadapi dalam


pengenalan teknologi ini. Penggunaan teknologi lazimnya melibatkan penggunaan
kepakaran dan memerlukan kos yang tinggi. Hal ini sedikit sebanyak akan menyebabkan
para petani kurang berminat untuk melabur dalam sistem ini. Contohnya kos tenaga

23

untuk mengoperasikan sistem ini sememangnya melibatkan penggunaan tenaga elektrik


atau sumber tenaga yang lain sepenuhnya bagi mengopersikannya.

Kurang pengetahuan dalam teknologi juga antara kelemahan pengenalan


teknologi. Pengenalan teknologi akan memerlukan kepakaran tertentu dan keadaan ini
akan menyebabkan kesukaran pihak tertentu untuk mengendalikan sistem ini dengan
berkesan dan cekap. Penggunaan teknologi yang tinggi dalam sistem ini sememangnya
memerlukan tenaga pakar yang boleh mengendalikannya. Hal ini akan mengurangkan
galakan kepada para petani untuk mengaplikasikan sistem ini.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kemahiran berfikir secara kreatif mempunyai pelbagai implikasi
bagi diri sendiri, masyarakat mahupun Negara. Implikasi baik atau buruk terpulang
kepada tujuan sesuatu idea kreatif tersebut dihasilkan. Aplikasi Lantemong merupakan
satu inovasi bagi idea yang telah ada. Idea yang sedia ada telah diubahsuai dan ditambah
fungsi supaya dapat menyelesaikan masalah yang timbul sekaligus ianya adalah fleksible
untuk dipraktikkan.

Aplikasi Lantemong merupakan salah satu idea kreatif setelah

menggunakan kemahiran berfikir secara kritis terhadap idea yang telah ada lalu
mewujudkan cetusan idea yang inovatif.

Sehubungan itu, kemahiran berfikir secara kreatif tidak dilahirkan ketika individu
tersebut lahir tetapi kemahiran berfikir secara kreatif dipupuk berdasarkan persekitaran,
minat, dan usaha seseorang individu tersebut. Kemahiran berfikir secara kreatif

24

merupakan tindak balas daripada rangsangan yang terhasil daripada masalah-masalah


yang timbul. Secara tidak langsung, dalam proses berfikir secara kreatif, seseorang
individu telah mengaplikasi pelbagai kemahiran berfikir yang lain seperti, Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi ( KBAT), kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran
menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat keputusan.

Justeru, dalam mengejar arus kemajuan setiap individu seharusnya berfikir secara
kreatif agar dapat memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada diri sendiri,
masyarakat mahupun Negara supaya seiring dengan kemajuan yang direalisasikan. Oleh
itu, setiap individu perlu mempelajari bagaimana berfikir secara kreatif agar kemahiran
ini diserapkan di dalam diri supaya sentiasa proaktif, peka dan berguna kepada Negara.

25

Rujukan :

Ainon Mohd, Abdullah Hassan. 2006. Belajar Berfikir. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publising Sdn. Bhd.

Mohd Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim dan Muhammed Fauzi Othman. 2000 .
Cipta Idea Baru : Teknik Praktikal Menghasilkan Idea Kreatif & Inovatif. Kuala
Lumpur : PTS Professional Publising Sdn. Bhd.

Poh Swee Hiang. 1997 . Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Kuala Lumpur :
Pencetakan Sentosa Sdn. Bhd.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali . 2004 . Psikologi Pendidikan : Pendekatan


Kontemporari, Edisi Revisi. Malaysia : Mc Graw Hill Sdn. Bhd.

Som Hj Nor. 1998. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Selangor : Longman
Malaysia Sdn. Bhd.

Syukri Zain. 2007. Pengantar Pemikiran. Tanjong Malim : Quantum Books.

Utusan Malaysia, Jumaat 17 Ogos 2007.


Diperolehi pada Ogos 2, 2007 daripada http://nsrajendran.tripod.com
Diperolehi pada Ogos 2, 2007 daripada http ://www.ppk.kpm.my

26