You are on page 1of 2

Refleksi Lawatan DUN Pertama sekali, DUN Sarawak adalah dewan perundangan yang tertua di Malaysia.

Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke, melalui mesyuarat yang diadakan di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu, Sarawak pada 8 September 1867.Dewan Undangan Negeri Sarawak mula dikenali sebagai Majlis Umum dengan jumlah Ahli dipilih seramai 21 orang. Ahli-Ahli dipilih dari kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran. Dewan Undangan Negeri Sarawak kini mempunyai 71 orang Ahli yang dipilih. Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri mesti mengadakan persidangan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Persidangan mesti diadakan kerana tiada sebarang cukai atau perbelanjaan boleh dikenakan ke atas Dana Tergabung Negeri melainkan setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Belanjawan tahunan negeri biasanya

dibentangkan oleh Kerajaan Eksekutif. Selain daripada ini, saya juga mengetahui bahawa tapak kedua DUN Sarawak adalah di Sibu walaupun sekarang sudah tiada. Namun begitu, saya tetap rasa bangga kerana Sibu (Hometown saya) pernah jadi tapak DUN dan sekarang saya juga berpeluang untuk melawati ke Dewan Undangan Negeri yang tertua dan terulung sekali di dalam Malaysia. Saya juga mengetahui dengan teliti tentang bangunan DUN, pentadbiran dan lain-lain lagi. Di samping itu, kami juga telah mengambil banyak gambar dalam DUN di bawah kebenaran. Secara kesimpulannya, melalui lawatan kali ini, saya telah mempelajari banyak terutamanya tentang sejarah serta fungsi DUN dan tanggungjawab ahli DUN. Saya amat berterima kasih kepada Tutor kami sebab beliau sudi luangkan masa untuk memimpin lawatan ini. Selian itu, tidak lupa saya berterima kasih kepada pihak IPGK Batu Lintang atas sokongan IPG untuk menjayakan lawatan ini dan akhirnya kepada ketua kumpulan kelas BC2 atas usaha dan perancangan telitinya.