You are on page 1of 3

MINGGU 2 : SIFAT BAHASA Menerangkan tentang Definisi Bahasa dan Linguistik Struktur Bahasa dan Hubungan Paradigmatik dan

dan Sintagmatik Bahagian Bahasa

Definisi Bahasa dan Linguistik Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang

mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi. Arbak (1983:7) bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan. Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam sekali lagi memberi definisi bahawa bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sitem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk

menyampaikan fikiran dan perasaan.

Raja Mukhtaruddin (1980: 25) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat. Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2) Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, sebagai sintesis bunyi Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi mendefinisikan bahasa

behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.

Struktur Bahasa Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsurunsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain. Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis. Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis. Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti

morfosintaksis dan leksikosemantik.

fonologi:

ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem

kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik. morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran. semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks. leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.

Hubungan Sintagmatik Hubungan satuan kata dalam ayat atau dipanggil hubungan linear dalam ayat konkrit. Contoh : kami bermain bola

Hubungan Paradigmatik Hubungan berlaku dalam morfologi dan juga dalam sintaksis. Menurut Kridalaksana (1993), paradigmatik ialah hubungan antara unsurunsur bahasa dalam ujaran dapat dipertukarkan dengan unsur-unsur bahasa di luar ujaran. Contoh : kami bermain bola mereka bermain bola saya bermain bola Kami adalah mempunyai hubungan paradigmatik dengan mereka dan saya.