You are on page 1of 2

TIP UNTUK MENGUSAHAKAN KEDAI RUNCIT

Di sini Pak Lang berikan beberapa tips untuk usahawan-usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan mereka.

Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan;


Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama. Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini. Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal. Seseorang usahawan itu mesti hands-on dalam mengusahakan perniagaan. !angan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda."ayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan. Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.#sahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati. "eri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. !angan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. $lakkan dari perkara penting ini. Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain. Anda perlu prihatin terhadap kos.!angan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak ber%aeadah. !angan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi. Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda %aham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. &ni menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda. #sahalah perniagaan yang membe'akan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. !adikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbe'a anda dari orang lain. !angan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda.

Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. !angan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik. Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda. *ancanglah perkara-perkara diluar jangkaan anda.+engikut hukum +urphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya. Ambil insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsurankan. Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam. ,iada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda. Dalam perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. -isbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. !angan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan. Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.
Amalkan etika perniagaan yang baik.&a akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan mempermudahkan kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.