You are on page 1of 15

LAWATAN DAN KERJA LUAR

PENGENALAN
Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah telah diperkenalkan pada tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selaras dengan saranan UNESCO : Four Pillars of Education : Learning to know, Learning to do, Learning to live dan Learning to be.

PENGERTIAN
Pembelajaran luar bilik darjah adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pleaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.

OBJEKTIF
Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas. Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan. Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual. Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar. Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan. Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat.

MODEL PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH


Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD : Model PLBD 1 : Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah. Model PLBD 2 : Berhampiran kawasan sekolah. Model PLBD 3 : Jauh dari kawasan sekolah ( dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)

SEBELUM PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH


Menetapkan tujuan & objektif PLBD. Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD. Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa. Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti. Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat Memahami keperluan-keperluan keselamatan.

SEMASA PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH


Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga. Memberi bantuan bila diperlukan. Menggalakkan murid bertanya soalan untuk mendapat maklumat. Membuat pemerhatian secara langsung. Mengumpul dan merekod maklumat Mematuhi peraturan-peraturan lawatan.

SELEPAS PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH


Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid. Membimbing murid membuat rumusan. Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD. Menyusun maklumat yang dikumpul. Membuat laporan. Membincang isu-isu yang mengelirukan

PENGAJARAN REFLEKTIF
Terhasil daripada cetusan idea yang dikemukan oleh Dewey (1933) dalam bukunya yang berjudul How We Think. Masih digunakan dalam bidang perguruan. Untuk memperbaiki prestasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Definisi : individu yang memperaktikkan ini, bijak tangani masalah, komited, menyelesaikan masalah tidak kira masa dan berfikiran terbuka.

KONSEP REFLEKTIF
Kemahiran refleksi boleh diperolehi dengan pelbagai latihan : Menyediakan diari/catatan selepas setiap pengajaran. Menggunakan analisis kritikal insiden semasa pengajaran. Menyediakan soalan dan jawapan tentang bidang kajian. Menggalakkan berkongsi maklumat bersama rakan sebaya. Menggunakan pandangan, cadangan dan komen pelajar. Membuat rakaman video dan menilai aspek yang ingin diperbaiki.

Aktiviti reflektif boleh dilaksanakan secara berterusan dalam tiga peringkat : i. Sepanjang masa aktiviti pengajaran berjalan ii. Selepas tamat satu modul/kursus/tajuk iii. Selepas tamat satu program

Bagi membantu mengubah atau menambahbaik amalan pengajaran setiap apa yang dinilai perlu direkodkan. Rekod ini boleh dilaksanakan secara penyediaan log pembelajaran. Log/diari ini perlu mencatatkan perkara berikut : Dapatan daripada refleksi kendiri Perubahan yang diperlukan/dicadangkan Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki pengajaran. Rancangan bagi memperbaiki pengajaran Tindakan susulan yang patut dilaksanakan.

PROSES REFLEKSI PEDAGOGI


1. 2. 3. 4. 5. 6.

Proses ini merangkumi enam peringkat : Kefahaman masalah Transformasi kepada rancangan Pelaksanaan rancangan Penilaian pelaksanaan Refleksi pelaksanaan Dapatan kefahaman baru

PERINGKAT-PERINGKAT PEMIKIRAN REFLEKTIF


Masalah Membaca dan mentafsir maklumat Menentu dan menyusun maklumat
Proses pemikiran reflektif bermula

Memahami masalah melalui pemikiran kognitif

Memproses dan menganalisis data dengan pemikiran secara kritis.

Mencari hubungan : Mengingat kembali perhubungan pengalaman dengan penyelesaian masalah.

Mencadang hipotesis : Penggunaan pemikiran kritis dan kritif.

Membukti hipotesis : Mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian.

Menilai penyelesaian : Penggunaan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan atau tindakan.