You are on page 1of 2

Sorotan kajian

Bermulanya bentuk konkrit dan kanak-kanak peringkat ini kebiasaannya melukis bentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, pokok gunung dan matahari . Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya seperti objek awan, matahari, pokok dan sebagainya. Imej yang digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. Objek yang dilukis di mana-mana sahaja pada ruang lukis. Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objek pertama (imej pokok). Ruang ini dinamakan ruang badan. Kanak-kanak yang tinggal dikampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikapmereka pada seni dan persekitaran. Adik Fatin merupakan kanak-kanak yang sangat petah bercakap. Beliau menghasilkan lukisan ini dan menjadikan pengalamannya untukmenghasilkan lukisan di atas, ini kerana beliau cuba untuk melukis persekitaran. rumahnya. Melalui lukisannya di atas beliau sedang mencuba dan menghasilkan pemandangan mengikut imaginasi yang terlintas olehnya walaupun imej yang terhasiladalah tidak logik bagi orang dewasa

Hasil karya pelajar murid A didapati menampakkan kemajuan berbanding hasil karya yang pertama. Ini bermakna guru berjaya membimbing murid menghasilkan karya yang sepatutnya dan lebih maju bebanding hasil karya berasaskan imaginasi dan daya pemikiran seorang kanakkanak berusia 8 tahun Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yangmenarik perhatian mereka. Lukisan adik Umayrah ini banyak menggunakan bentukgeometri seperti bujur, empat segi, dan tiga segi. Lukisannya banyak bersifat hiasan(dekoratif).Adik Umayrah merupakan kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap. Lukisan adik inimenggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana rumahnya baru siapdiubahsuai secara tidak langsung beliau menjadi teruja untuk menggambarkanrumahnya di dalam bentuk lukisan. Beliau banyak menggunakan alat pembaris bagimenghasilkan bentuk geometri empat segi seperti bentuk rumah dan juga pasu bunga.Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan iniamat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hamper memenuhi ruangkertas lukisan.

Hasil karya pelajar didapati menampakkan kemajuan berbanding hasil karya yang pertama. Ini bermakna guru berjaya membimbing murid menghasilkan karya yang sepatutnya dan lebih maju bebanding hasil karya berasaskan imaginasi dan daya pemikiran seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. 10