You are on page 1of 8

Persatuan Agama Islam

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PULAU PINANG

KERTAS KERJA PERTANDINGAN TULISAN JAWI

TARIKH
11 JULAI 2013

MASA
2.30-4.30 PETANG

TEMPAT
BLOK AKADEMIK, IPG KAMPUS PULAU PINANG

ANJURAN
UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN PERSATUAN AGAMA ISLAM

UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN, PAI | 1

Persatuan Agama Islam

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

Khairul Haffiz Bin Azizan Setiausaha Program Pertandingan Tulisan Jawi

Shahmi Hakim Bin Tajudin Pengarah Program Pertandingan Tulisan Jawi

Disahkan Oleh,

(Puan Wan Fazah Binti Wan Ahmad) Pensyarah Penasihat Persatuan Agama Islam, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Diluluskan Oleh,

Tn. Haji Khalid Bin Ahmad Pengarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pulau Pinang

UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN, PAI | 2

Persatuan Agama Islam

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN ............................................................................................................. 4 1. 0 2. 0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 OBJEKTIF ....................................................................................................... 5 ANJURAN ....................................................................................................... 5 LOKASI PROGRAM ....................................................................................... 5 TARIKH / MASA.............................................................................................. 5 SASARAN ....................................................... Error! Bookmark not defined. TENTATIF LANTUNAN MAHABBAH.5 SENARAI ORGANISASI ................................................................................. 6 ANGGARAN BELANJAWAN .......................................................................... 6 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN............................................................. 6 PENUTUP ....................................................................................................... 8

UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN, PAI | 3

Persatuan Agama Islam

PENDAHULUAN Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW. Khat merupakan salah satu kesenian Islam yang dikagumi oleh umat Islam. Ia diminati oleh setiap lapisan masyarakat Islam daripada raja sehinggalah masyarakat umum. Keindahannya diabadikan pada bangunan, seramik, kaca, ukiran kayu, ukiran logam dan lain-lain lagi. Seni khat juga merupakan satu bidang yang paling tinggi pencapaiannya dalam kesenian Islam (Mustafa Haji Daud,1996:369). Seni khat juga dikenali sebagai kaligrafi. Perkataan khat dalam bahasa Arab bermaksud garis atau garisan indah. Manakala perkataan kaligrafi berasal daripada perkataan Latin kalios yang bererti indah dan graph yang bererti tulisan atau aksara (Mahayudin Hj. Yahaya,2001:489). Menurut Abdullah Jusuh (1990:128), seni khat adalah satu ciri aktiviti tamadun manusia yang merupakan salah satu keperluan asas kemasyarakatan. Daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran, manusia mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Menurut Hasrul Hashim (2008), Seni khat adalah antara salah satu seni yang indah dan halus, sangat dihargai serta mempunyai kedudukan yang istimewa kepada umat Islam. Sejarah perkembangannya adalah seiring dengan sejarah perkembangan tamadun Islam. Pada abad pertama dan kedua hijrah, khat merupakan salah satu cirri untuk memperindahkan sesuatu penulisan. Melalui khat, setiap maksud dapat diungkapkan. Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya. Kesimpulannya, seni khat adalah antara khazanah Islam yang amat berharga. Ia juga merupakan tulisan yang mempunyai kedudukan yang mulia berikutan kaitannya secara langsung dengan kitab suci Al-Quran. Kelebihan atau kemahiran menulis khat sepatutnya ada pada setiap umat Islam. Ia bukan sahaja sebagai tanda kecintaan kepada agama yang suci, bahkan satu kemahiran yang mampu menjadi metod dakwah yang paling berkesan.

UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN, PAI | 4

Persatuan Agama Islam

1. 0

OBJEKTIF 1.1 Melahirkan pelajar guru yang kritis dan kreatif 1.2 Melahirkan pelajar guru yang mahir dalam penulisan tulisan jawi 1.3 Memupuk sikap cakna terhadap seni tulisan dalam Islam 1.4 Memupuk perasaan cinta terhadap Kesenian Islam

2. 0

ANJURAN Unit Kebudayaan Dan Kesenian, Persatuan Agama Islam

3.0

LOKASI PROGRAM Blok Akademik, IPG Kampus Pulau Pinang

4.0

TARIKH / MASA 11 Julai 2013 / 2.30 4.30 Petang

5.0

SASARAN Semua Ahli Persatuan Agama Islam

6.0

TENTATIF PERTANDINGAN TULISAN KHAT MASA 2 :30 - 2: 45 PTG 2 :45 4: 15 PTG Taklimat Penganjur Pertandingan Menulis Tulisan Jawi Bermula PERKARA

4 :15 4 :30 PTG

Pengumuman Pemenang Dan Majlis Bersurai

UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN, PAI | 5

Persatuan Agama Islam

7.0

SENARAI ORGANISASI Pengarah projek Timbalan Pengarah projek Setiausaha Bendahari AJK : Shahmi Hakim Bin Tajudin : Mohd Zuhasnan Bin Abdullah : Khairul Haffiz Bin Azizan : Muhammad Luqman Bin Md Abu : Khairul Naim Bin Jaafar : Saiful Ridhuan Bin Mohd

8.0

ANGGARAN BELANJAWAN

Bil. 1

Perkara Kertas Putih

Kuantiti 10 JUMLAH

Kos Perunit RM 0.50

Jumlah RM 5 RM 5

9.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1- Penyertaan : - Terbuka kepada semua ahli Persatuan Agama Islam 2- Potongan ayat khat :Akan disediakan oleh urusetia pertandingan. - Menggunakan khat Nasakh sahaja. - Peserta yang menulis selain dari jenis khat Nasakh terkeluar dari pertandingan dan tidak diadili. 3- Peralatan : - Sebarang alat tulis jawi dan dakwat dibawa oleh peserta. - Kertas akan disediakan oleh urusetia pertandingan. - Sekeping kertas sahaja akan dibekalkan kepada setiap peserta. Sebarang kerosakan atau kekotoran pada kertas ditanggung oleh peserta sendiri. UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN, PAI | 6

Persatuan Agama Islam

4- Persembahan : - Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah hasil tulisan jawi sahaja. - Persembahan adalah hasil rekaan peserta sendiri. - Sewaktu pertandingan, peserta dilarang meniru peserta lain. - Persembahan tulisan jawi tidak dibenar menggunakan pewarna tambahan kecuali awan larat yang sederhana tidak menenggelamkan tulisan khat. 5- Pakaian : - Lelaki (menutup aurat) - Perempuan ( mentutup aurat). - Hiasan dan persolekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan. 6- Masa : - Setiap peserta diberi masa 1 jam 30 minit untuk menulis jawi - Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa yang telah ditetapkan. 7- Pemarkahan : Dibahagikan kepada 3 bahagian : - Tulisan : 50 markah - Persembahan : 30 markah - Kebersihan :20 markah JUMLAH :100 markah 8- Penentuan Keputusan : - Peserta mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang. - Perserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya. - Sekiranya terdapat persamaan dari segi pemarkahan, markah akan dirujuk kepada : Pertama : Ejaan Kedua : Tulisan Ketiga : Kebersihan Sekiranya masih sama. Jemah hakim akan bersidang dan membuat keputusan berdasarkan juri hakim. Keputusan hakim adalah muktamad.

UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN, PAI | 7

Persatuan Agama Islam

10.0

PENUTUP Adalah diharapkan program ini akan dilaksanakan dengan jayanya. Semoga

perjalanan program ini dapat mencapai matlamat yang digariskan. Seterusnya semoga natijah daripada program ini akan dapat memantapkan lagi hubungan antara manusia dan Maha Pencipta serta kebergantungan kita kepadaNya.. Sekian, Terima kasih. Semoga kemantapan pelajar islam dari segi rohani dan jasmani dapat kita capai dalam melahirkan modal insan soleh wa musleh. Wassalam.

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

( Khairul Haffiz Bin Azizan) Setiausaha, Program Pertandingan Tulisan Jawi

(Shahmi Hakim Bin Tajudin) Pengarah Program Pertandingan Tulisan Jawi

Disahkan Oleh

Diluluskan Oleh,

( Puan

Wan Fazah Binti Wan Ahmad) Pensyarah Penasihat, Persatuan Agama Islam

(Tuan Haji Khalid bin Ahmad ) Pengarah, IPG Kampus Pulau Pinang

UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN, PAI | 8