You are on page 1of 1

surat penurunan kuasa

_____________________________________________________________________________
_______
Ruj Kami :CBA 3032/ 02/03/005
Ruj Tuan
:
Tarikh
: 21 JUN 2010
______________________________
Tuan/ Puan,
PERLANTIKAN SEBAGAI GURU DISIPLIN DAN PENURUNAN KUASA UNTUK MEROTAN.
BERDASARKAN PERATURAN-PERATURAN PELAJAR (DISIPLIN SEKOLAH) ORDINAN
PELAJARAN 1957.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Sehubungan dengan itu Tuan/ Puan
hendaklah menjalankan tugas sebagai Guru Disiplin berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957 dan
Pekeliling-Pekeliling semasa yang berkaitan dengan Disiplin.
2. Berdasarkan Pekeliling Bil 7 1995 dimana hukuman Merotan boleh diambil :

Merotan hanya dilakukan pada tapak tangan atau punggung yang berlapik.

Hukuman merotan mestilah direkodkan.

Hukuman merotan tidak boleh dilakukan di hadapan khalayak atau perhimpunan kerana
tidakan ini dianggap liar dan boleh memalukan murid.
Sekian untuk makluman dan tindakan Tuan/ Puan, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

..........................................................
( HJ ABDUL MOLOK BIN DERANI )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kerambit
27200 Kuala Lipis