You are on page 1of 13

1.0 Pengenalan Nama penuh Robert Kuok ialah Kuok Hock Nian ( 郭 鹤 年 ).

Beliau merupakan seorang yang sangat berjaya dalam aktiviti perniagaan dan telah menlibatkan diri dalam pelbagai bidang. Berdasarkan sumber daripada ‘The Economist’ (2001), pada tahun 1950 sehingga ke tahun 1960, beliau telah menumpukan perhatiannya dalam perniagaan tepung, gula dan minyak sawit. Beliau telah meluaskan perniagaannya dalam bidang pembangunan hartanah, perhotelan dan media. Dalam siaran CCTV 2 (2011), beliau menganggap bahawa semua bidang perniagaan yang dijalankan adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Dengan itu, barulah terbentuknya empayar perniagaan Robert Kuok kerana beliau dapat melihat keadaan semasa dengan menyeluruh dan berpandangan jauh. Seterusnya, berdasarkan sumber daripada Evi, beliau dikatakan merupakan orang yang terkaya di Malaysia dan nilai bersih beliau dianggar sebanyak $9 000 000 000. Beliau memiliki nilai-nilai yang baik, menggunakan stail pengurusan yang bersistematik dan disokong oleh beberapa faktor lain telah membantu beliau dalam membina empayar perniagaannya.

2.0 Latar belakang

Roberk Kuok (Sumber: http://i.forbesimg.com/media/lists/people/robert-kuok_416x416.jpg)

1

Bhd. mereka datang ke Malaysia dan memulakan perniagaan di Johor. Robert Kuok dilahirkan pada 6 Oktober 1923. 2004). Beliau pernah mendapatkan pelajaran di ‘Johor Bahru English College’ dan ‘Raffles College’ di Singapura (Sia. 1995). beliau telah mendapatkan kontrak daripada tentera British untuk membekalkan barangan keperluan kepada 50 000 orang tahanan perang Jepun (Ashadi Zain. China (Ashadi Zain. 2004). gula dan tepung gandum sebelum Perang Dunia Kedua kerana mendapatkan pertolongan daripada beberapa orang pemimpin Melayu (Ashadi Zain. Keadaan sedemikian secara tidak langsung telah meluaskan perniagaan ‘Tong Seng & Company’ dan menyediakan persekitaran yang baik kepada Robert Kuok untuk membentuk dan mendirikan empayar perniagaannya. Buktinya. beliau telah membentuk satu jaringan perniagaan yang hebat atas nama persahabatannya dan telah membantu beliau membina empayar perniagaan pada beberapa tahun kemudian. Selain daripada orang Melayu. peramah. Seterusnya. 2004). 2004). Kuok Keng Kang turut menjalinkan hubungan baik dengan orang Barat. 2004). iaitu Kuok Keng Kang di Johor Bahru. Bapanya telah menubuhkan ‘Tong Seng & Company’ dan mendapatkan lessen daripada Sultan Johor untuk menjalankan perniagaan jual beli (Ashadi Zain. ‘Tong Seng & Company’ dapat berkembang dengan maju sehingga menjadi syarikat pembekal beras.Menurut Sia (1995). 2 . Robert Kuok merupakan seorang yang sangat raji. pintar dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang dan sosioekonominya (Ashadi Zain. Ketika belajar di dua-dua kolej ini. pada 1 April 1949 dengan bantuan daripada ‘Australian Chartered Accountant Harry Tooks’ (Sia. 1995). Keluarga Robert Kuok berasal dari Fujian. Beliau telah mengambil alih perniagaan jual beli yang diasaskan oleh bapanya. Beliau telah mendapatkan pendidikan Cina dan Inggeris. Kisah beliau bermula dengan penubuhan Kuok Brother Sdn.

syarikat tersebut bertujuan untuk aktiviti pengeluaran gula dan pengeksportan gula ke luar negara. Ladang tersebut terletak di atas tanah kerajaan dan merupakan projek ‘usaha sama’ antara syarikatnya dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuaan (FELDA). Perniagaan yang dijalankan terus berkembang di bawah pengurusan Robert Kuok. Menurut Sia (1995) lagi.’ dan ‘Nissin Sugar Manufacturing’ (Sia. beliau telah membuka lagi ladang tebu di Indonesia dan menjadikannya sebagai pengilang gula yang terbesar di dunia (Gambe. kerajaan amat menggalakkan penubuhan industri tempatan untuk mengurangkan keperluan mengimport barangan pengguna dan selaras dengan dasar kerajaan pada masa itu. 1995).3.’. kejayaan kedua yang dicapai oleh Robert Kuok adalah penubuhan ‘Federal Flour Mills Bhd. Pada masa itu. 1995). Antara perniagaan yang terletak di bawah Robert Kuok adalah Jerneh Asia Berhad.0 Kejayaan yang dicapai Selain daripada ‘Kuok Brother Sdn. Pada era 70-an pula. iaitu ‘Mitusi Bussan Kaisha Ltd. Kuok Brother memiliki pegangan sama ada saham atau kuasa yang terbesar dalam empayar perniagaannya. PBB Group Berhad. Syarikat ini juga berjaya mendapatkan pelepasan cukai daripada kerajaan dan merupakan pengilang tepung yang terbesar di Malaysia (Sia. Pelangi Berhad. 1995). Bhd.’ pada 3 Februari 1962 (Sia. Hal ini dapat melihat dengan 3 . PBB Oil Palms Berhad dan sebagainya. Buktinya. Selain itu. Antara kejayaan yang dicapai oleh Robert Kuok adalah penubuhan ‘Malayan Sugar Manufacturing Company Limited’ (MSM) pada 9 Oktober 1959 dan bersama-sama dengan dua syarikat Jepun. Di samping itu. 1999). Robert Kuok mula menjalankan perniagaan secara besar-besaran selepas kemerdekaan Malaysia. beliau juga mewujudkan ladang tebu yang pertama di Malaysia melalui Perlis Plantation.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau memang banyak menumpukan perhatian dalam rangkaian Hotel Shangri-La dan bangga dengan kejayaan yang dicapai dalam bidang perhotelan. perkilangan. Bukan itu sahaja. iaitu syarikat yang melibatkan diri dalam perniagaan hartanah hiburan. Perancis. Pada tahun 1974 pula. Beliau juga merupakan orang Asia pertama yang mewujudkan rangkaian hotel lima bintang. China. Taiwan. barangan runcit dan penerbitan. India. Pada peringkat seterusnya. beliau telah memperluaskan perniagaannya dari Hong Kong ke China untuk melibatkan diri dalam pembangunan hartanah. beliau telah menguasai ‘South China Morning Post’ pada tahun 1993. Jepun. beliau telah mengambil alih TVE Holdings. berdasarkan sumber daripada ‘Hotel and Resorts Numbers’. Malaysia. beliau telah mengasaskan ‘Kerry Trading Company’ dan mengembangkan ruang lingkup perniagaannya ke sektor media dan hartanah.jelas bahawa Robert Kuok memang merupakan seorang usahawan dan pengurus yang berjaya kerana beliau sangat sensitif dengan peluang yang ada dan berjaya mengurus syarikat penapisan gula sehingga menjadi pengilang gula yang terbesar di dunia. Kanada. Hal ini adalah berkaitan dengan soal cukai dan bercita-cita tinggi untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara. iaitu ‘Shangri-La Hotel and Resorts’. perdagangan dan sebagainya. Di Hong Kong. Sri Lanka dan sebagainya. Hong Kong. ‘Shangri-La Hotel and Resorts’ banyak dibina di China jika berbanding dengan tempat lain. Seterusnya. Robert Kuok telah memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong. Pada Mac 2005. Thailand. beliau telah mengembangkan perniagaannya ke Indonesia dan Filipina. Buktinya. beliau telah memiliki 23 buah hotel di China termasuk Hong Kong dan jumlah hotel 4 . Melalui ‘South China Morning Post’. 2010). dalam bidang perhotelan. perhotelan. Beliau turut pernah mengatakan bahawa beliau lebih menyukai gelaran ‘Raja Hotel’ berbanding dengan ‘Raja Gula’ (CCTV 2. beliau memiliki ‘Shangri-La Hotel and Resorts’ yang hampir berada di seluruh dunia seperti di Australia. Fiji.

4. 2010). beliau akan mengadakan perundingan dan mesyuarat dengan senior eksekutif secara tertutup. 5 . Qin Yaqing dan Yang Mu. Beliau telah membina satu ikatan keluarga yang kuat dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan. 2013). idea penubuhan MISC telah mendapat sokongan yang besar daripada perdana menteri pada masa itu. 1995). Orang yang tidak memegang jawatan tinggi tidak berhak untuk campur tangan dalam aktiviti perancangan perniagaan dan perundingan dalam syarikay Robert Kuok. beliau turut menubuhkan Malaysian International Shipping Corporation (MISC) untuk memudahkan penghantaran gula dalam jumlah yang besar ke tempat lain (Sia. Seternusnya. Sebelum penubuhan MISC.. 2010). Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa beliau memang berlayak untuk mendapat gelaran ‘Raja Hotel’ seperti yang diterangkan tadi. Hal ini bermakna hanya mereka yang berpeluang untuk memberi pendapat dan membentuk strategi perniagaan sama ada dalam tempoh masa pendek atau tempoh masa panjang. 1995). iaitu Tunku Abdul Rahman (Sia. Tambahan pula. Selain daripada itu.0 Stail pengurusan Stail pengurusan perniagaan Robert Kuok adalah berasaskan hubungan kekeluargaan (Bidgoli. Biasanya. beliau hanya akan mengadakan perundingan dengan senior eksekutif dan menggunakan stail pengurusan ‘day-to-day’ dalam syarikatnya (Bidgoli. hanya terdapat ‘Far Eastern Freight Conference’ hampir mengawal semua laluan perkapalan dan mengawal harga getah dan tin.yang dimiliki adalah sebanyak 55 buah hotel di seluruh dunia (Lam Peng Er. Beliau telah melantik anaknya dan saudara yang terdekat yang boleh percaya dan berkelayakan untuk memegang jawatan penting dalam perniagaannya.

2003). beliau telah menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak seperti kerajaan. (Backman dan Butler. aspek ‘hubungan’ telah memainkan peranan yang sangat penting (Bidgoli. beliau tetap memiliki kuasa terhadap perniagaan yang dijalankan. maka mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan dapat memberi imej yang baik kepada pelanggan. mantap dan kukuh. 2010). pekerja dan sebagainya. Beliau telah menggunakan gaya kepimpinan autokratik dalam bidang perniagaan yang dijalankan. beliau hanya melihat perniagaan-perniagaan yang dijalankan secara menyeluruh dan memberi arahan kepada senior eksekutif jika memerlukannya. Dalam siaran CCTV 2 (2011). Dengan itu. beliau mengakui bahawa beliau sangat menitikberatkan hubungan dengan pekerja dalam perniagaan yang dijalankan. Sebagai contohnya. khususnya anak lelakinya untuk melibatkan diri dalam arena perniagaan dan mendapatkan pengalaman dalam pengurusan sesebuah atau beberapa perniagaan. Hal ini telah menyebabkan orang di sekelilingnya berasa 6 . beliau berjaya membentuk empayar perniagaannya dan menjadi usahawan yang berjaya. khasnya dalam bidang perhotelan. Pendek kata. Tindakan beliau ini dikatakan sangat bijak kerana memberi peluang kepada saudaranya. Stail pengurusan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara pengurus dengan pekerja dan pelanggan. walaupun beliau telah melepaskan kuasa kepada orang lain untuk menguruskan syarikatnya. konsumer. perniagaannya dapat diteruskan dan empayar perniagaan tidak mudah ‘diserang’ atau ‘dipecahkan’ oleh mana-mana pihak. Jika syarikat mereka memberi kebajikan dan faedah yang mencukupi kepada pekerja. Oleh itu. Dengan itu.Pendekatan yang seterusnya adalah beliau akan memberi kuasa urus tadbir kepada dua orang anak lelakinya dan beberapa saudara terdekat yang boleh dipercayai selepas perniagaan yang dijalankan menjadi stabil. rakan-rakan. Dalam stail pengurusannya. Dalam siaran CCTV 2 (2011) beliau telah mengakui bahawa beliau merupakan seorang pemarah pada waktu muda. Hal ini adalah disebabkan pekerja merupakan golongan yang akan berkomunikasi dan berdepan dengan pelanggan.

takut untuk melaporkan sesuatu kepada beliau kerana beliau senang berasa marah.0 Faktor kejayaan pengurus Robert Kuok bersikap rendah diri dan tidak bongkak telah menyebabkan beliau terus berjaya dalam perniagaan yang dijalankan dan sebagai seorang pengurus yang berjaya. penggunaan kaedah pengurusan yang moden memang merupakan perkara yang penting. stail pengurusan Robert Kuok adalah berasaskan nilai-nilai Confucius. Secara keseluruhannya. Sikap yang baik ini telah mendorong beliau untuk meluaskan empayar perniagaannya dan membantu beliau meningkatkan kekayaannya. Namun demikian. beliau berjaya membentuk empayar perniagaannya. 7 . Dengan itu. kesetiaan. 5. aspek-aspek ini merupakan kunci untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang perniagaan. 1999). berada di bawah naungan politik kerajaan dan berusaha untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak luar seperti usahawan Jepun dan Barat (Brook dan Luong. Gambe (1999) berpendapat bahawa beliau selalu menggunakan kaedah pengurusan yang moden dalam pengurusan syarikatnya dan hal ini merupakan salah satu sebab yang mendorong beliau menjadi usahawan yang berkuasa dan kaya di rantau Asia. Selain daripada itu. perlu sentiasa menggunakan kaedah pengurusan dan teknologi yang terbaru supaya sesuai dengan perubahan semasa. hal ini tidak menjadi masalah kepada beliau untuk berjaya dalam perniagaannya kerana dengan gaya kepimpinan autokratik ini telah mendorong pekerjanya untuk berusaha bersungguh-sungguh demi menunjukkan sesuatu yang terbaik kepadanya supaya tidak dimarahi. Menurut beliau. melalui ikatan kekeluargaan yang kuat. Dengan itu. disiplin dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Beliau juga mementingkan kejujuran.

penubuhan Malayan Sugar Manufacturing telah membuka satu jalan yang baru kepada beliau untuk meningkatkan kekayaannya dan meluaskan empayar perniagaannya. perniagaan beliau telah mengeluarkan gula dalam jumlah yang besar. 8 . Li Ka Sing dan sebagainya untuk mengukuhkan empayar perniagaannya. 2011). beliau telah berusaha dan melabur dalam bidang perkapalan untuk memudahkan urusan perniagaannya. Beliau sangat bijak kerana telah membina satu rangkaian hubungan yang besar dan menjalinkan hubungan yang baik dengan semua pihak. Dalam pengajarannya. 2011). 2011). Selain daripada menghantar barangan diri sendiri ke tempat lain. termasuklah kerajaan pada masa itu. Beliau turut memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina seperti Lim Sioe Liong. Robert Kuok telah mengatakan bahawa beliau diajar oleh ibunya berdasarkan ajaran Confucius (CCTV 2. Dengan keuntungan yang diperolehi akan bertambah. Ibunya sangat ditaat setia oleh Robert Kuok dan saudaranya kerana mereka dibesarkan dengan nilai-nilai murni yang mendorong mereka berjaya dalam perniagaannya atau kehidupannya. MISC juga bersedia untuk menawarkan perkhidmatan perkapalan kepada pihak lain. Sebagai contohnya. Oleh itu. syarikat beliau berupaya untuk mendapatkan beberapa kemudahan khas dan status monopoli di Malaysia. ibunya sangat menitikberatkan nilai-nilai kejujuran. Sebagai contohnya.Faktor kejayaan Robert Kuok adalah berpandangan jauh dan boleh melihat situasi perniagaan di Malaysia secara menyeluruh. Kejayaan Robert Kuok juga didorong oleh latar belakang keluarga mulia yang kuat. Hal ini telah menyebabkan beliau dan saudaranya berjaya dalam bidang itu. Selain itu. Bagi tujuan menghantar sejumlah besar gula tersebut ke tempat lain memerlukan kapal yang besar dan masa yang panjang jika menggunakan perkhidmatan syarikat lain (CCTV 2. beliau telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang berlainan dan menganggap semua bidang ini mempunyai hubungannya (CCTV 2. Oei Hong Leong. Oleh itu.

Dengan adanya nilai ini. aspek kejujuran merupakan aspek yang paling penting kerana ia merupakan faktor utama yang akan menentukan sama ada perniagaan itu berjaya atau tidak. 2010). Beliau turut menekankan bahawa seseorang perlulah sentiasa merendah diri. nilai ‘kejujuran’ memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang perniagaan kerana tiada seorang pun ingin berniaga dengan orang yang tidak memiliki nilai ini. Bagi orang Cina. memang merupakan sesuatu perkara yang sukar bagi orang lain untuk ‘menyerang’ (dalam perniagaan) mereka. Hal ini adalah disebabkan nilai-nilai inilah yang menentukan kejayaan Robert Kuok dalam bidang perniagaannya. Hal ini merupakan salah satu sebab Kuok Brother Sdn Bhd yang boleh bertahan dalam jangka masa yang panjang dan masih berdiri dengan kukuh. 9 . Robert Kuok juga merupakan seorang yang rajin. Dengan adanya ikatan yang kuat di antara mereka. 2010). Beliau pernah mengatakan bahawa seseorang perlulah bekerja keras dan berfikiran positif. sensitif terhadap peluang perniagaan dan berfikiran positif. Kejayaan Robert Kuok juga didorong oleh ikatan keluarga yang kukuh (Bidgoli. jangan bongkak dan jangan mengambil kesempatan daripada orang lain.perniagaan kerana mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada orang lain. beliau dapat mengembangkan perniagaannya sehingga ke peringkat antarabangsa. Seperti yang diketahui. Keadaan ini dapat dilihat dengan penubuhan Kuok Brother Sdn Bhd oleh Robert Kuok bersama-sama dengan beberapa orang saudaranya. menjalankan perniagaan dengan jujur dan tanpa penangguhan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang dilaksanakannya (CCTV 2. Semua nilai murni ini perlu diterapkan dalam hatinya untuk berjaya dalam kehidupan masing-masing.

beliau telah mengakui bahawa memang kurang cabaran yang dihadapi dalam sepanjang umurnya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa nasib merupakan aspek yang penting kepada usahawan untuk berjaya dalam bidang perniagaan. beliau hampir menghadapi masalah bankrap (CCTV 2. Namun. 10 . 2011). Dengan itu.6. Keadaan ini membuktikan nasib Robert Kuok selalu dibela.0 Cabaran Robert Kuok pernah menghadiri satu dialog yang dianjurkan oleh CCTV 2 (China) untuk berbincang dan berkongsi pengalamannya dalam arena perniagaan. Robert Kuok dapat menjual gulanya dengan harga yang lebih tinggi dan meluaskan pasaran gula ke arah antarabangsa. Oleh sebab beliau menyimpan stok gula yang terlalu banyak. Beliau masih mengingat bahawa pada bulan Mei dan Jun 1963. Dalam siaran CCTV 2 (2011). Hal ini telah memberi peluang kepada beliau untuk mengeluarkan semua stok gula ke pasaran tempatan atau antarabangsa. beliau sendiri pernah mengakui bahawa kejayaan dalam perniagaannya memerlukan 90% daripada usaha sendiri dan 10% ditentukan oleh nasib. Dalam dialog tersebut. harapan beliau dipecahkan kerana harga gula jatuh secara mendadak pada masa itu. beliau telah menyimpan stok gula yang sangat banyak dan membuat anggapan bahawa harga gula akan naik pada masa hadapan (CCTV 2. Ladang tebu yang dimusnahkan secara tidak langsung akan mempengaruhi harga gula di pasaran. Namun begitu. 2011). 2011). bencana alam seperti angin taufan telah melanda di satu ladang tebu yang banyak menghasilkan gula pada masa itu dan ladang tebu tersebut boleh menghasilkan 5.5 juta tan gula pada waktu kemuncaknya (CCTV 2.

7. Robert Kuok memang merupakan usahawan Malaysia yang sangat berjaya dalam bidang perniagaan atau dalam kehidupannya. Sikap-sikap beliaulah yang perlu kita contohi supaya menjadi rakyat Malaysia yang berguna dan menyumbang kepada masyarakat dan negara kita. Selain itu.0 Penutup Kesimpulannya. Beliau tidak bongkak dengan kejayaan yang dicapai dan sentiasa bersifat rendah diri merupakan satu teladan yang sangat baik di mana boleh dicontohi oleh generasi muda. beliau merupakan dermawan besar dan berusaha dalam membangunkan bangsa dan negara dalam bidang-bidang kebajikan sosial dan sebagainya. 11 . Robert Kuok juga banyak menyumbang kepada masyarakat dan negara kita. Menurut Muhammad Hisyam Mohamad. Beliau sentiasa memotivasikan golongan muda supaya sentiasa bekerja keras demi mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Bibliografi Ashadi Zain. com. The handbook of technology management: Supply chain management. United States: John Wiley & Sons.com. United States: University of Michigan Press.google.jpg 12 .. September 3). 66 usahawan Malaysia. (1999). Diperolehi daripada http: //www.com/node/559399 Backman. (2010).my/bulletin/upload/showthread.google. April 5).. Big Asia: 25 strategies for business success.com. (2004). Diperolehi daripada http://books.php?36141-Robert-Kuok-interview Gambar Robert Kuok.com.usj.economist. (2011.my/books?id=sevVMCdl6w C&pg=PA25&dq=robert+kuok&hl=en&sa=X&ei=c446UveMDcW3rAfroIHoBQ&re dir_esc=y#v=onepage&q=robert%20kuok&f=false A survey of asian business: Empires without umpires. (2001. Diperoleh daripada http://i. Culture and economy: The shaping of capitalism in Eastern Asia.forbesimg. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Diperolehi daripada http://books. Diperolehi daripada http://books. Bhd.com. (2003).my/books?id=AR3arRgfltkC&printsec=frontcover&dq=Cult ure+and+economy:+The+shaping+of+capitalism+in++Eastern+Asia&hl=en&sa=X& ei=snxOUpmTC6zxiAe00YGwCg&ved=0CC8Q6AEwAA#v=onepage&q=Culture% 20and%20economy%3A%20The%20shaping%20of%20capitalism%20in%20%20Ea stern%20Asia&f=false Chen Wei Hong. Michael dan Butler. New York: Palgrave Macmillan.my /books?id=QEp0XsO9ghcC&q=robert+kuok#v=snippet&q=robert%20kuok&f=false Bidgoli.com/media/lists/people/robert_ Kuok_416x416. Dialogue-Kuok Hock Nian. The Economist.my/books?id=EKNoKQ1L4CoC&q=robert+kuok#v=snippet&q=robert%20kuok &f=false Brook. Charlotte. Hy V. marketing and advertising and global management (volume 2).google. Hossein. Diperolehi daripada http://www.google. Diperolehi daripada http://books. Timothy dan Luong.

Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM). Ltd. Overseas Chinese entrepreneurship ad capitalist development in Southeast Asia. (1995). 26 daripada http://www. Pte.php Robert Kuok. 56-68. Singapura: World Scientific Publishing Co.myjurnal. 1(9). Diperoleh pada September 2013. Robert Kuok: Taipan incorporated. Diperoleh pada September 2013. Diperoleh pada September 2013.ukessays.com/q/robert _kuok_profile Sia.d. 27 daripada http://books. 25 daripada http://www.my/filebank/published_article/ 15883/04_IRENE_SIA. Diperolehi daripada http://www. 24 daripada http://www. Diperolehi pada September 2013.google. Qin Yaqing dan Yang Mu (Eds.com/essays / business/robert-kuok-hock-nien. Annabella R.gov.com/corporate/contact-us/hotel-resort-numbers/ 13 .my/index. China and East Asia: After the wall street crisis. Diperoleh pada September 2013.PDF Shangri-La Hotel and Resorts. (2013).my/books?id=ZUfNRG8IR44C&pg=PA95&dq=robert+kuo k&hl=en&sa=X&ei=c446UveMDcW3rAfroIHoBQ&redir_esc=y#v=onepage&q=rob ert%20kuok&f=false Muhammad Hisyam Mohamad.google. shangri-la. Irene. (1999).Gambe.com.my/books?id=lzrh1beFXzwC& pg=PA259&dq=robert+kuok&hl=en&sa=X&ei=zLo6Ut7UBsXtrAe31oGABA&ved =0CFIQ6AEwBg#v=onepage&q=robert%20kuok%20&f=false Robert Kuok. Diperoleh daripada http://books.). Peranan sedekah dalam pembangunan negara.. 27 daripada http://ikim. Hotel and resorts numbers. Jati.evi.php/en/utusan-malaysia/7898peranan-sedekah-dalam-pembangunan-negara Lam Peng Er..).com. (n. London: LIT VERLAG Munster.