You are on page 1of 39

ZT 2213

Bentuk-bentuk Penulisan

Etika dan Penulisan


Maharam Mamat
maharam@ukm.my
http://maharamdotcom.blogspot.com
03-89216924
Pengenalan
• Petugas media di Malaysia (pemberita, juru
gambar, penyunting hingga ketua editor)
melakukan pelbagai tugas berpandukan Kod
Etika Kewartawanan Malaysia (1989).

• Tujuan Etika: mencari kesejahteraan hidup di


dunia (Aristotle)
Definisi Etika
• Suatu sistem dasar akhlak atau tingkah laku dan susila seseorang
manusia yang meliputi seluruh kehidupan.
• Encyclopedia Britannica: Kajian sistematik mengenai masalah dasar
tentang tingkah laku manusia.
• Tingkahlaku @ perbuatan tertentu daripada manusia yang dapat
dianggap sebagai sesuatu yang ideal.
• Aspek kelakuan, cara hidup dan sifat seseorang atau sesebuah
masyarakat.
• Suatu disiplin pengajian yang membahaskan garis panduan piawai
atau sistem nilai yang memandu perlakuan atau tindakan manusia
dalam kehidupan. Ia mencari apa yang benar atau betul (perilaku
yang baik) dan apakah yang menentukan benar tidaknya sesuatu nilai
itu.
Definisi Etika
Etika adalah satu bidang falsafah tentang moral dan
nilai, iaitu satu set peraturan, prinsip-prinsip dan
nilai-nilai yang sepatutnya melandasi tingkah laku
moral manusia tentang kebiasaan atau kelaziman
mereka dalam apa juga jenis atau bentuk perlakuan
dan pemikiran, hubungan mereka sama ada sesama
manusia, manusia dan alam malah manusia dan Tuhan
atau kepercayaan mereka, dan akhirnya
tanggungjawab mereka.
Etika dan Penulisan
• Perbincangan etika berkisar tentang
“perilaku yang baik”, yang boleh dijadikan
panduan, merangkumi;
1. Tingkah laku
2. Cara Kehidupan
3. Cara Tindakan
4. Cara Pemikiran
Etika & Pandangan Islam
• Islam menyokong etika dalam urusan manusia kerana manusia
sebaik-baik makhluk yang dapat tentukan sesuatu perilaku
berlandaskan Al-Qur’an.

• Islam=ad’din=cara hidup. Merangkumi cara berfikir & perilaku


manusia bawa ke jalan yang benar.
• Perlu diamalkan sepanjang masa & zaman.

• Perilaku manusia dilihat drpd sudut kejayaan @ gagal seseorang


menghubungkan perbuatannya dengan Allah: manusia mempunyai
pilihan mencorakkan pegangan hidup di dunia.
Etika & Pandangan Islam
• Orang yang buat baik mengikut
ajaran Islam=tinggi etikanya.
• Penggunaan etika manusia yang
waras=perkara asas dalam
Islam.
• Etika berhubung kait dengan
akal & ilmu; bezakan manusia
dan haiwan.
• Gunakan akal cari ilmu; apabila
berilmu, bermakna semakin
dekat dengan Allah.
Etika dlm Penulisan
• Berasaskan falsafah kebenaran & kejujuran, iaitu ciri-ciri
murni yang perlu diikuti.

• Prinsip Kod Etika tekankan;


1. Tanggung jawab & kebebasan
2. Kejujuran
3. Ketepatan fakta
1. Tanggung jawab & kebebasan
• Kebebasan mutlak utk penulis di Malaysia & Indonesia
tidak wujud sepenuhnya kerana Undang2 kawal
kebebasan bersuara.

• Di Barat: bebas bersuara & tulis apa saja. Cth:


Salman Rushdie (Surah Syaitan/Sanatic Verse) &
Taslima Nuslim (Bangladesh).

• Wartawan tidak boleh ganggu privacy orang lain


berbanding di Barat (paparazi/paparazo).
Tanggung jawab & kebebasan
• Setiap tulisan perlu;
1. Tidak kecam mana2 kaum @ bersifat perkauman.
2. Tidak jatuhkan mana-mana pihak yang boleh
jejaskan reputasi.
3. Tidak boleh memfitnah.

Terdapat akta yang mengawal penulis.


2. Kejujuran
• Setiap penulis perlu jujur, jauhi drpd fitnah,
hasut, tonjol keburukan pihak lain dll.
• Kejujuran mempengaruhi cara menulis: fakta
yg tidak beri nilai tambah terhadap isi akan
dibuang.
• Tekanan, saguhati & hadiah wujudkan konflik
kepentingan. Ada penulis sanggup ubah
pendirian.
• Tidak boleh curi maklumat, cth. Selongkar
tong sampah, menyamar, mengendap, ekori dll
(paparazi).
• Ada maklumat rahsia, maka perlu dirahsiakannya.
Contoh: keburukan seseorang @ agensi seperti IWK,
Sastera Kreatif, Filem dll.
3. Ketepatan Fakta
• Tulisan perlu sahih sumbernya & bertujuan
menerangkan sesuatu.
• Adil terhadap fakta, tidak gambarkan ideologi
penulis cth: tidak setuju tentang hukum
hudud, tulis –ve tentangnya.
• Kesahihan sumber perlu disiasat.
Tatasusila Kewartawanan Malaysia
1. Tugas utama wartawan: lapor
kebenaran & hormati hak orang
ramai dapat maklumat yg benar.

2. Siarkan berita secara jujur,


berhak membuat ulasan &
kritikan yg saksama.

3. Menggunakan cara yg wajar utk


dapatkan berita, gambar,
dokumen/filem dll.
Tatasusila Kewartawanan Malaysia

4. Maklumat yg tidak benar @ tidak tepat perlu


dibetulkan.
5. Hormati kerahsiaan sumber.
6. Bermoral semasa jalankan tugas. Elak plagiat,
fitnah, hasut, tuduhan tak berasas.
Tatasusila Kewartawanan Malaysia

7. Hindari tulisan bersifat perkauman,


melampau & bertentangan dengan susila
masyarakat majmuk Malaysia.
8. Memahami undang-undang & peraturan negara
yang berkaitan
Faktor mempengaruhi Tindakan Beretika

• Tindakan seseorang sama ada beretika


@ tidak beretika dipengaruhi oleh 2
faktor utama iaitu;
1. Faktor dalaman
2. Faktor luaran
Faktor mempengaruhi Tindakan Beretika

Faktor Pengaruhi
Tindakan Beretika

Dalaman Luaran

Intrapribadi Interpribadi Undang-undang

Sumber Bahan Organisasi dalaman

Rakan Seprofesyen Organisasi Luar

Keluarga
Faktor mempengaruhi Tindakan Beretika

1. Faktor Dalaman
• Terbahagi kepada 2 iaitu;
Intrapribadi & Interpribadi
i. Interpribadi: Kepentingan diri
individu itu sendiri dilihat
berdasarkan keperluan asas
seseorang.
• Abraham Maslow bahagi keperluan
asas kepada:
a. Fisiologi: keperluan asas untuk hidup
termasuk makan, tempat tinggal,
keperluan lahir batin manusia.
Faktor Dalaman/Interpribadi
b. Keselamatan: melindungi diri drpd
ancaman fizikal & emosi.
c. Sosial: keperluan terhadap kasih
sayang, sahabat & penerimaan orang
lain.
d. Kehormatan: harga diri, maruah,
kebebasan & pencapaian sesuatu
status, pengiktirafan & perhatian.
e. Realisasi diri: sebagai keperluan
tertinggi, merupakan dorongan untuk
mengembangkan pribadi, mencapai
potensi seseorang.
Faktor Dalaman/Interpribadi
• Manusia mempunyai rasa untuk memiliki sesuatu yang
menyenangkan & jaga kehormatan diri.

• Seseorang penulis ada maruah, yang tidak boleh dibeli


dengan semua kesenangan tersebut.
Faktor Dalaman/Intrapribadi
ii. Intrapribadi
• Merujuk hubungan kepentingan individu
dengan orang yang dekat dengan seseorang.

• Semakin dekat hubungan @makin penting


individu itu turut mempengaruhi tindakan
beretika.

• 3 perkara pengaruhi faktor iaitu; sumber
bahan, rakan seprofesyen dan keluarga.
Faktor Dalaman/Intrapribadi

1. Sumber bahan/tulisan

• Penulisan akan tonjolkan ideologi penulis.


• Berdasarkan tulisan, pembaca boleh menilai
falsafah & pemikiran seseorang penulis
kerana ada penulis paparkan dengan jelas
sama ada menyokong atau menolak tentang
sesuatu perkara secara berlebih-lebihan.
sambungan …Sumber bahan
• Penulis yang beragama akan sedar bahawa semua
agama adalah sama: mengajar umat manusia berbuat
baik.
• Apabila seorang penulis mempunyai pegangan agama –
bukan setakat ‘berpengetahuan agama’ atau
‘beragama’ – maka dia akan secara automatik memiliki
etika tulen dalam penulisan.
sambungan …Sumber bahan

• Penulis sendiri sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang


penulis: Habuan wang bukan perkara utama dalam penulisan
(memang pun honorarium tidak seberapa!).

• Sumbangannya kepada khazanah negara serta tanggungjawab


sosialnya terhadap masyarakat lebih utama.

• Kemukakan pemikiran dan gagasan yang boleh bangunkan


negara dan beri sesuatu yang baru serta bermakna kepada
masyarakat.
sambungan …Sumber bahan
• Tulisan akan tonjolkan Ideologi atau Fahaman
• Ada penulis yang berpegang pada ideologi bahawa “penulis
adalah penimbul persoalan untuk renungan pembaca”, “penulis
penggambar citra budaya”, “show, don’t tell” dan “pembaca
karya saya adalah golongan yang tahu menggunakan otak”.
• Begitu juga apabila penulis memilih untuk berpegang pada
fahaman @ aliran absurd, realisme-magis dan seumpamanya.
Idealogi dan fahaman itu akan menjadi etika yang mencorakkan
penulisannya.
• Penaung dan Penulis Upahan tentukan nilai tulisan yang
dihasilkan, terutama menjelang pilihanraya parti-parti
politik

• ‘Penaung’ akan meminta ‘penulis upahan’ menghasilkan


sekian-sekian karya untuk sama ada mengangkat-angkat
‘penaung’ atau menjatuhkan lawan ‘penaung’; atau
kedua-duanya sekali.

• Penulis hanya menjadi tukang tulis bagi ‘penaung’


Faktor Dalaman/Intrapribadi

2. Rakan sepfofesyen: menjaga profesyen


• Tiap orang perlu jaga bidang/ pfofesyen /nama
baik mereka setiap masa.
• Sekiranya terdapat beberapa orang yg tidak
menjaga nama baik @ profesyen, semua orang
dalam bidang itu terlibat.
• Cth: Guru pukul murid, Pelajar sekolah agama
terlibat kes buli dll.
Faktor Dalaman/Intrapribadi
3. Keluarga
• Setiap orang berkerja untuk sara keluarga.
• Jika langgar etika @ dipenjarakan @ dibuang
kerja, keluarga yang akan susah.
• Dalam situasi tertentu, perlu lakukan
pemilihan berdasarkan kepentingan ini.
Faktor Luaran
1. Undang-undang
• Perlu tahu & faham tentang undang2, hak &
batasan.
• Cth: Perlembagaan Undang2 (hak bersuara),
akta mesin cetak & penerbitan, akta hasutan,
akta keselamatan dlm negeri, akta fitnah,
akta rahsia rasmi, akta hak cipta, akta
multimedia & komunikasi dll.
• Pengetahuan ttg undang2 mendorong penulis
untuk tidak melanggarnya.
Faktor Luaran
2. Organisasi dalaman
• Organisasi dalaman=tempat bertugas
• Pemberita, penyunting, jurufoto, ketua pengarang, penulis
tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan pihak organisasi.
• Tidak boleh langgar dasar organisasi. Kalau tak, dibuang kerja.
• Bergantung juga kepada lembaga pengarah organisasi tersebut.
Faktor Luaran
3. Organisasi Luar
• Sebarang pertubuhan luar yang cuba kawal tingkah laku penulis, sama
ada kerajaan, swasta, sukarela @ badan profesional.

• Badan kerajaan: bahagian kawalan penerbitan di Kementerian Dalam


Negeri, kendalikan urusan berkaitan media, khususnya mengeluarkan
lesen penerbitan kepada akhbar & majalah di negara ini.
• Swasta: kawal organisasi media melalui pembelian ruangan iklan.

• Badan profesional: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM),


KOd Kewartawanan Malaysia dll.
Faktor Lain
1)   Norma dan Nilai Masyarakat

• ‘Nilai’ (values): harapan masyarakat terhadap tingkah-laku dan


cara hidup seseorang anggota masyarakat. Tetapi jika seseorang
melanggar ‘nilai’, dia tidak boleh dikenakan hukuman.
• Contoh: hasilkan karya yang watak Melayu digambarkan sebagai
mengamalkan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam,
masyarakat tidak boleh menyaman penulis sewenang-wenangnya.

• ‘Norma’ (norms): peraturan kecil dalam masyarakat.


• Jika penulis melanggar norma, dia boleh dikenakan hukuman.
• Contoh: penulis menyarankan bahawa kahwin mutaah adalah
sunat, maka ahli masyarakat boleh mengambil tindakan undang-
undang terhadapnya.
2)   Syarat Pertandingan
• Banyak pertandingan menulis karya sastera
disertakan syarat-syarat tertentu.

• Misalnya:
Cerpen mestilah berlatarbelakangkan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia
dalam menghadapi era pembangunan”
(Hadiah Cerpen Maybank-DBP 1996) atau
“hadiah ini adalah untuk cerpen-cerpen
yang ditulis dalam Bahasa Malaysia”
(Hadiah Cerpen Esso-GAPENA X).
3)   Terpengaruh dengan Penulis Lain

• Penulis sering dikatakan hidup dalam kelompok tersendiri.


Penulisan kreatif tidak diajar secara rasmi di sekolah, penulis
lebih banyak belajar sendiri daripada penulis-penulis lain.
• Kursus penulisan kreatif: Aswara, UKM, UM, USM dll
• Ada penulis menyertai kelas panduan menulis kelolaan penulis
lain seperti Zaharah Nawawi (kapezi), Samad Said, Faizal
Tehrani, Minggu penulis Remaja, DBP, KarnaDya dll
• Penulis muda ‘belajar’ melalui karya-karya yang dihasilkan oleh
penulis mapan. A.Samad Said, Arenawati, Zaharah Nawawi,
Fatimah Busu, Shahnon Ahmad, S.Othman Kelantan, Khadijah
Hashim, dll
• Jadi, terdapat pengaruh dalam karya mereka.
4)   Pendidikan
• Ini merupakan perkara umum dalam
menentukan etika penulis. Orang yang
terdidik dianggap memiliki pemikiran yang
terbuka dan luas.

• Penulis yang banyak membaca mampu


meluaskan pengetahuan serta ilmu bantu
bagi memantapkan penulisannya.
Golongan yang berpendidikan tahu
tentang hukum dan peraturan menulis
Kepentingan Etika dlm Penulisan
1. Setiap penulisan perlu ada
kebenaran: adil & sahih.
• Elak laporan berat sebelah.
• Sesetengah tulisan pro & kontra
pihak tertentu.

2. Memahami undang2 & patuhinya.


• Elakkan perkara tidak diingini.
Kepentingan Etika dlm Penulisan
3. Menjadi penulis yg bertanggung jawab & bermoral.
• Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, tulisan,
negara.
• Bebaskan diri drpd hasutan, fitnah, plagiat dll.
• Elakkan menulis sesuatu yang boleh ubah situasi aman
kepada kekacauan (menghasut).
• Elakkan jadi penulis upahan, hentam pihak lain dan
tulisan yang melalaikan serta mengubah akidah
seperti: kisah lucah, kepercayaan karut & tahyol,
menghasut dll.
Kepentingan Etika dlm Penulisan
4. Hormati hak pembaca/ orang ramai
• Pembaca perlukan sebuah tulisan yang boleh
dipercayai, sahih, saksama, benar, bermoral &
berilmu.

5. Hormati kerahsiaan sumber @ bahan


• Jika fakta/sumber yg ditulis perlu dirahsiakan, maka
perlu rahsia. Cth: gejala pelacuran, pengidap aids,
mangsa buli & rogol, saksi kes jenayah dll.
• Rahsiakan sumbernya, tidak siarkan foto (utk
keselamatan responden) & gunakan nama samaran.
Cth: Asam garam rumah tangga, kisah benar dll.

You might also like