You are on page 1of 8

Penyakit Malaria

Perkataan malaria bermaksud "bad air". Penyakit ini terkenal di sekitar


kawasan Amerika Selatan, Sub-Saharan Africa dan Asia. Kanak-kanak dan
wanita mengandung lebih mudah dijangkiti penyakit malaria.

Parasit Malaria

Malaria merupakan satu penyakit yang disebabkan parasit protozoa daripada


genus plasmodium.

Terdapat 5 jenis parasit 'strain' yang menyebabkan malaria di antaranya vivax


dan falciparum. 4 daripadanya berupaya menjangkiti manusia. 'Strain'
falciparum adalah yang paling merbahaya kerana dapat menyebabkan kematian
dan bertanggungjawab terhadap 90 peratus kematian. ‘vivax’ biasa didapati di
Amerika selatan dan Asia.

Cara Penyebaran Penyakit

Bagaimana penyakit malaria merebak?

Malaria adalah penyakit bawaan nyamuk. Dengan kata lain, nyamuk bertindak
sebagai vektor yang memindahkan parasit dari badan pesakit yang dijangkiti
malaria ke manusia sihat yang lain dan menyebabkan orang yang sihat ini turut
dijangkiti malaria. Cara penyebaran lebih kurang sama dengan penyakit denggi.

Nyamuk dan parasit merupakan 'ancient creatures'. Jadi, penyakit malaria telah
wujud sebelum wujudnya manusia lagi.

Parasit ini akan sentiasa berevolusi dan pertarungan antara manusia dan
penyakit malaria tidak akan berakhir.

Kenapa? Bukankah dunia ada chloroquine dan DDT ( dichloro-diphenyl-


trichloroethane )?
Chloroquine boleh ganggu 'reproduction' parasit, DDT pula racun serangga yang
tahan lama. Dengan jumlah yang sedikit saja, DDT dapat membunuh nyamuk
yang menyebarkan penyakit ini 'for months' dan secara tidak langsung, ia boleh
mengganggu kitaran penyakit malaria. 'Even' Brazil dan U.S. berjaya
menewaskan malaria satu masa dahulu.
Ya. Tapi dunia juga ada mereka yang suka 'exploit things'. DDT digunakan
secara tidak terkawal oleh petani dan menyebabkan pencemaran dan kematian
beberapa jenis haiwan.
Pada tahun 1996, penggunaan DDT dihentikan dan digantikan dengan
'pyrethroid pesticide'. 1999 - nyamuk pembawa malaria sudah 'resistant'
terhadap racun tersebut.

Dan jangan lupa parasit malaria mudah berevolusi. Kitaran hidupnya yang
pantas telah menghasilkan 'drug-resistance' parasit.

Parasit ini akan terus membiak dan akhirnya menyebabkan chloroquine tidak
berkesan.

Tanda-tanda Penyakit Malaria

Tanda-tanda serangan parasit malaria termasuklah demam, menggeletar, sakit


sendi, kekejangan dan anemia. Berpeluh, rasa sejuk dan panas secara bergilir-
gilir merupakan ‘symptom’ klasik malaria. Kekurangan darah (anemia) dapat
menyebabkan kerosakan otak secara langsung dan pesakit boleh berada dalam
keadaan koma.

Jika tidak dirawat. ia boleh menyebabkan kematian. Dalam kes malaria yang
teruk, pesakit mungkin akan mengalami ‘neurogical damage’ yang kekal.
Kebanyakkan pesakit terdiri daripada kanak-kanak. falciparum adalah
penyebab utama 20 peratus kanak-kanak Zambia mati sebelum berusia 5 tahun.

Malaria juga boleh menyebabkan sakit kepala yang melampau, limpa dan hati
membengkak serta mengakibatkan kegagalan ginjal. Malaria yang teruk dapat
mengakibatkan kematian dalam masa yang singkat. Seorang kanak-kanak yang
sihat pada hari ini mungkin mati keesokkan hari.

Teknik Serangan Penyakit Malaria

Cabaran Penyakit Malaria


Teknik Serangan Penyakit Malaria

Nyamuk dan parasit plasmodia bertanggungjawab terhadap penyakit malaria.


Nyamuk dari genus Anopheles merupakan satu-satunya serangga yang boleh
memindahkan parasit dari satu tempat ke tempat yang lain.

Nyamuk Anopheles

Pada waktu malam, nyamuk betina Anopheles mungkin telah menghisap darah
mereka yang menghidapi penyakit malaria dan sebahagian parasit plasmodia
akan turut dihisap bersama-sama darah.

Nyamuk Anopheles akan bertindak sebagai vektor dan dijadikan tempat


persembunyian parasit malaria sebelum parasit berpindah ke ‘host’ yang baru.

Plasmodia ini akan dipindahkan dari 'host' yang lama ke 'host' yang baru melalui
vektor ini.

Apabila nyamuk Anopheles menghisap darah manusia yang tidak menghidapi


malaria, parasit ini akan turut dipindahkan kepada mereka. Seterusnya,
dijangkiti penyakit malaria. Nyamuk Anopheles tidak memilih umur makanan
mereka, jadi setiap manusia boleh menjadi mangsa nyamuk Anopheles.
Kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa berpotensi untuk dijangkiti
malaria. Namun, kanak-kanak dan wanita mengandung lebih terdedah kepada
serangan malaria kerana kurang daya tahan penyakit.

Parasit plasmodia

Parasit plasmodia ini terus memasuki 'bloodstream', sejurus selepas nyamuk


Anopheles merembeskan sedikit saliva ke atas mangsa (manusia) bagi
mengelakkan pembekuan darah. Biasanya hanya beberapa dozen plasmosia
yang memasuki saluran darah. Tetapi satu parasit malaria sudah mencukupi
untuk membunuh seorang manusia.

Matlamat mereka adalah hati. Setiap plasmodia yang berjaya tiba di hati akan
menakluk satu sel. Di dalam setiap sel, parasit ini makan dan membahagi.
Inilah aktiviti mereka sehingga semua sumber berjaya diexploit. Ia mengambil
masa lebih kurang seminggu.

Kemudian, sel akan pecah dan membebaskan plasmodia yang telah membahagi
kira-kira sebanyak 40 000 kali.
Parasit tersebut terus menakluk sel-sel yang lain dan terus membahagi. Sel
darah merah turut menjadi mangsa. Selepas kehabisan sumber, sel pecah dan
kitaran berulang kembali.

Badan mulai sedar kehadiran penceroboh. Sistem pertahanan bertindak. Otot


dan kepala mula merasa sakit. Sistem imunisasi cuba menghapuskan 'invader'
dengan meningkatkan suhu badan. Otot bergetar bagi menghasilkan haba.

Namun, plasmodia terus membahagi dan menakluk sel-sel yang lain.

Sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oxygen banyak


dimusnahkan. Mangsa susah bernafas. Paru-paru berusaha mendapatkan
oxygen.

Jantung mengalami kesukaran untuk mengepam darah. Oxygen tidak dapat


dihantar ke otak. Bilangan sel darah merah sangat sedikit. Sel otak mati.
Mangsa berada dalam keadaan koma.

Dalam masa yang sama, bilangan 'invader' tetap bertambah. Mereka tidak dapat
dihentikan! Jika tidak mendapat rawatan secepat mungkin, mangsa akan mati.

Penyakit Malaria – Cara Penyebaran dan Tanda-tanda

Cabaran Penyakit Malaria


Cabaran Penyakit Malaria

Dari kaca mata kebanyakkan orang, malaria sering dilihat sebagai penyakit
yang sudah berjaya ditangani seperti ‘smallpox’ dan ‘polio’. Kebenarannya,
pesakit malaria bertambah dari tahun ke tahun. Separuh daripada populasi
dunia terancam, iaitu merangkumi 106 negara. Sekurang-kurangnya satu million
kanak-kanak akan mati setiap tahun. Kebanyakkannya tinggal di kawasan
Africa.

Rawatan Pesakit Malaria dan Pencegahan

Quinine

Penawar yang pertama dijumpai di kawasan Peru dan Ecuador. Ia merupakan


kulit kayu daripada pokok cinchona. Masyarakat setempat
menggelarkannya sebagai quina quina. Ia kemudiannya dikenali sebagai
quinine.

Quinine, bertindak mengganggu sistem reproduksi parasite malaria. Quinine


telah menyelamatkan banyak nyawa, namun, pengambilan secara berterusan
boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuklah kehilangan deria
pendengaran.

Chloroquine

Sekitar tahun 1940-an, penawar tiruan malaria telah diperkenalkan. Bahan


tersebut dinamakan chloroquine. Chloroquine lebih murah, selamat dan dapat
memberikan perlindungan terhadap penyakit malaria dalam tempoh yang
panjang.

Artemisia

Berasal daripada tumbuhan herba yang juga merupakan kaedah perubatan cina
kuno. Versi yang terbaru dipanggil artemisinin. Artemisinin mempunyai kesan
yang sama seperti quinine dengan sedikit kesan sampingan. Bagi mengelakkan
mutasi dan penghasilkan ‘drug resistant’ parasit, ‘drug derivatives’ akan
dicampur dengan bahan yang lain. Rawatan ini dikenali sebagai artemisinin-
based combination therapy ataupun ACT.
Dichloro-diphenyl-trichloroethane – DDT

DDT merupakan racun serangga yang kuat. ‘Microscopic amounts’ boleh


membunuh nyamuk selama berbulan-bulan. DDT boleh mengganggu kitaran
penyebaran nyamuk Anopheles.

DDT digunakan secara meluas sebagai satu cara bagi mencegah malaria. Harga
DDT yang murah menyebabkan DDT digunakan secara tidak terkawal oleh
golongan petani terutamanya pengusaha kapas.

Racun yang berlebihan terperangkap dalam tanah dan mencemarkan saliran.


Walaupun DDT tidak beracun terhadap manusia, namun DDT merbahaya kepada
salmon, helang dan haiwan lain.

Vaksin Malaria

Hingga kini, tiada vaksin bagi penyakit malaria. Vaksin biasanya digunakan
pada organisma seperti bacteria dan virus, yang mempunyai bilangan ‘genes’
yang sedikit. Maka lebih mudah untuk menghasilkan vaksin. Tapi, Plasmodium
falciparum mempunyai lebih daripada 5000 ‘genes’. Penyelidikan giat
dijalankan di seluruh dunia bagi menghasilan vaksin. Vaksin mungkin satu-
satunya jalan penyelesaian terhadap penyakit malaria.

Penyakit Orang Miskin

Malaria lebih senang dilihat sebagai penyakit negara miskin. Tahun 1930-an,
malaria menyerang U.S. kebanyakkan kes di bahagian selatan America.
Kemudian, program anti-malaria diadakan. Lebih daripada 3 ekar paya
dikeringkan, penyemburan racun DDT di rumah-rumah, dan pada tahun
1946 ‘Centre for Disease’ ditubuhkan di Atlanta khusus untuk menangani
penyakit malaria.

1950, penyebaran malaria berjaya dihentikan di U.S. Kejayaan ini menjadi


inspirasi kepada World Health Organization untuk melancarkan program
‘Global Malaria Eradication’. Program yang dilancarkan pada tahun 1955 itu
bermatlamat untuk menghapuskan penyakit malaria dalam masa 10 tahun.
Wang dan tenaga banyak digunakan.
Kes malaria dilaporkan berkurangan di beberapa negara seperti Sri Lanka dan
India. Di kawasan Caribbean dan Selatan Pacific, malaria berjaya
dihapuskan.

Namun pada tahun 1969, program tersebut ditamatkan. Bagi negara yang
hampir-hampir menewaskan malaria, penyakit malaria kembali menyerang.
Termasuklah di India dan Sri Lanka. Program ini tidak pernah dilancarkan di
kawasan sub-Saharan Africa.

Faktor-faktor kegagalan program penghapusan malaria

Kekurangan bantuan luar – kewangan dan tenaga

Ketidakstabilan politik dan kemiskinan

Penyalahgunaan racun DDT

Kewujudan ‘drug-resistant’ parasit

Faktor kejayaan U.S. dan Brazil mengawal malaria

 Mempunyai sumber yang mencukupi – hampir setiap orang mampu


mendapatkan khidmat doktor

 Penghapusan tempat pembiakan nyamuk secara total – pemusnahan paya

 ‘Lucky’ – dua spesies Anopheles yang biasa terdapat di situ lebih


berminat hisap darah binatang ternakan berbanding manusia

Penyakit Malaria – Cara Penyebaran dan Tanda-tanda

Teknik Serangan Penyakit Malaria

Sumber – wikipedia
- National Geographic July 2007