Bab 5 - Sumber Kewangan

BAB 5 SUMBER KEWANGAN
Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan wang kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi mata-mata pelajaran Sains Teras dan Elektif (Kimia, Fizik, Biologi, Sains Tambahan), sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 – Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG) Untuk Sekolah, KP. 1573/17/Jld. 14 (4) bertarikh 16 Oktober 2002.

5.1

Pemberian Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant, PCG) Pemberian PCG adalah merupakan bantuan kewangan di bawah peruntukan belanja mengurus Kementerian Pelajaran kepada setiap murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (KPM, 2005). Pemberian PCG merangkumi PCG prasekolah, PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran (sila rujuk Lampiran 5.1A untuk Pengkelasan Bantuan Persekolahan). Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 menyatakan bahawa tuntutan atau pemberian PCG ditetapkan sekali setahun berasaskan bilangan murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya dan borang tuntutan hendaklah diserahkan oleh pihak sekolah kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya (sila rujuk Lampiran 5.1B untuk garis panduan pengurusan Bantuan Persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia). Walau bagaimanapun, sekolah boleh membuat tuntutan penyelarasan sekiranya mengalami perubahan bilangan murid. Sekolah yang mengalami pertambahan bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan boleh memohon peruntukan tambahan sekali sahaja kepada bahagian kewangan melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing. Tuntutan tambahan ini perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan sebelum atau pada 30 Ogos tahun semasa dan permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan diberi pertimbangan (Pindaan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5, 2002, bertarikh 11 Februari 2004). Sekolah yang mengalami kekurangan bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan dikehendaki mengembalikan peruntukan lebihan PCG kepada JPN sebelum atau pada 30 Ogos tahun semasa.

5.2

Kadar Bantuan PCG Bagi Sekolah Sumber kewangan bagi belanja mengurus bilik sains dan makmal sains boleh diperolehi daripada PCG bagi Mata pelajaran Teras (MP Teras). PCG ini hendaklah digunakan untuk membeli peralatan dan bahan sains bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kadar PCG bagi mata Pelajaran Teras adalah seperti tersenarai dalam Jadual 5.1, 5.2, 5.3 dan 5.4.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│51

100 + RM16.00 seorang murid melebihi 150 orang 501 – 1000 murid RM5.500 murid RM 2.3: Kadar Bantuan PCG MP Teras dan MP Elektif Bagi Sekolah Menengah Harian/ Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Sukan Mengikut Pindaan Pertama Surat Pekeliling Kewangan Bil 5.50 murid RM 1.00 seorang murid melebihi 100 orang 501 – 1000 murid RM11.1: Kadar Bantuan PCG Mata pelajaran Teras (MP Teras) Bagi Sekolah Rendah Harian/ Sekolah Rendah Sukan Mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil 5.700 + RM21. KADAR PCG SETAHUN JENIS BANTUAN PCG MP TERAS ≤ 20 murid RM 1.150 murid RM 2.500 murid RM2.600 + RM10.900 + RM8.700 + RM10.600 51 – 100 murid RM1. KADAR PCG SETAHUN 101.00 seorang murid melebihi 50 orang Jadual 5.00 seorang murid melebihi 1000 orang PCG MP TERAS SEKOLAH MENENGAH RENDAH (T1 – T3) RM2.00 seorang melebihi 500 orang 1001 murid dan ke atas RM22. bertarikh 31 Julai 2006.00 seorang murid setahun 52│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS . 2006.Bab 5 .Sumber Kewangan Jadual 5.00 seorang murid melebihi 100 orang RM4.500 SAINS TERAS PCG MP SEKOLAH MENENGAH ATAS (T4 – T5) ELEKTIF RM4.200 + RM19.00 seorang murid melebihi 1000 orang RM37.00 seorang murid setahun Biologi : RM14.500 + RM23.2: Kadar Bantuan PCG Mata pelajaran Teras Bagi Sekolah Rendah Kurang Murid Mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil 5.400 21 .00 seorang murid setahun Kimia : RM14.00 seorang murid melebihi 100 orang 151 . KADAR PCG SETAHUN JENIS BANTUAN 100 murid dan ke bawah 101 .00 seorang murid melebihi 500 orang RM19.00 seorang murid melebihi 500 orang 1001 murid dan ke atas RM 10.000 Fizik : RM14. 2002.200 + RM36. bertarikh 11 Februari 2004.200 + RM34.00 seorang murid melebihi 1000 orang JENIS BANTUAN PCG MP TERAS Jadual 5. 2006. 700 + RM9. bertarikh 31 Julai 2006.000 + RM38.00 seorang murid setahun Sains Tambahan: RM14.

2002. Jumlah sebenar untuk Sains Teras adalah 40% daripada 60% tersebut. pengiraan PCG adalah mengikut bilangan murid yang mengambil mata pelajaran tersebut.00 seorang murid setahun Jadual 5.Bab 5 .00 seorang murid setahun : RM 30. Sains Elektif (jika ada) dan Sains tingkatan enam (jika ada).500 murid RM 4. 200 + RM 36. bertarikh 11 Februari 2004. jumlah keseluruhan PCG bagi mata pelajaran Sains adalah bersamaan dengan jumlah PCG Sains Teras. 000 Fizik Kimia Biologi : RM 80.500 murid 501 – 1000 murid 1001 murid dan ke atas : RM 30. Matematik dan Bahasa Inggeris.00 seorang murid setahun Mengikut Tambahan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil 5. Ringkasan pengiraan PCG bagi mata pelajaran Sains Teras di sekolah menengah dan rendah adalah seperti di bawah: PCG Sains Teras = 40% x [60% x Jumlah PCG Mata Pelajaran Teras] Bagi sekolah yang mempunyai murid yang mengambil mata pelajaran Sains Elektif atau tingkatan enam.00 seorang murid setahun : RM 80. 2002. pengiraan PCG bagi mata pelajaran Sains Teras adalah bergantung kepada enrolmen murid di sesebuah sekolah.00 seorang murid setahun : RM 80. Maka. KADAR PCG SETAHUN JENIS BANTUAN 100 murid dan ke bawah 101 .00 seorang murid melebihi 100 orang 501 – 1000 murid RM 19.4: Kadar Bantuan PCG MP Teras dan MP Elektif Bagi Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional Mengikut Pindaan Pertama Surat Pekeliling Kewangan Bil 5.00 seorang murid melebihi 500 orang 1001 murid dan ke atas RM 37. PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│53 . 000 + RM 38. 200 + RM12.00 seorang murid setahun : RM 30.Sumber Kewangan KADAR PCG SETAHUN JENIS BANTUAN 100 murid dan ke bawah Fizik PCG MP SEKOLAH MENENGAH ATAS (T6) Kimia Biologi 101 .00 seorang murid melebihi 1000 orang SAINS TERAS PCG MP SEKOLAH MENENGAH ATAS (T4 – T5) ELEKTIF RM 4. 60% daripada jumlah PCG Teras adalah diperuntukkan untuk mata Pelajaran Sains.

00 Jumlah Tuntutan PCG Sains = 40% x [60% x RM 7.596.700.00 Contoh 2: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Menengah Harian Biasa/Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Sukan. 5.700. mempunyai 452 orang murid menengah rendah. Sekolah Menengah Harian Biasa/ Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Sukan dan. Fizik dan Biologi.00 = RM8. Tuntutan PCG bagi Mata Pelajaran Teras adalah seperti berikut: Asas Pengiraan PCG 500 murid pertama 200 murid berikutnya x RM10. Contoh 1: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Rendah Harian Biasa/ Sekolah Rendah Sukan.3 Pengiraan PCG Sains Berikut adalah contoh-contoh pengiraan PCG Sains bagi Sekolah Rendah Harian Biasa/ Sekolah Rendah Sukan. Sekolah Menengah Teknik & Vokasional. 279 orang murid menengah atas dan 70 orang pelajar tingkatan 6.Bab 5 . a.500.00] = RM 1.6 (jika ada) (jika ada) Pihak sekolah boleh juga menambah sumber kewangan bagi membeli peralatan dan bahan Sains dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang sesuai.848. Walau bagaimanapun.096.00 = RM2.Sumber Kewangan PCG Sains = PCG Sains Teras + PCG Sains Elektif + PCG Sains Ting. contoh-contoh ini boleh dimanipulasi mengikut enrolmen murid dan mata pelajaran yang diambil. SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj. 79 orang murid menengah atas adalah terdiri daripada pelajar aliran sains tulen yang mengambil mata pelajaran Kimia.00 Jumlah PCG M/P Teras RM10. 352 x RM23.00 = RM5.00 Jumlah PCG MP Teras RM7. PCG untuk Mata Pelajaran Teras Jenis PCG Menengah Rendah Asas Pengiraan PCG 100 murid pertama 352 murid berikutnya.700.00 = RM2. 50 orang pelajar tingkatan 6 adalah dari aliran sains yang mengambil mata pelajaran Kimia dan Fizik.00 54│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS . SK Taman Rasah Jaya mempunyai bilangan murid seramai 700 orang.000.

318.415.00 79 murid X RM 14.04 + RM3. PCG untuk Tingkatan 6 Jenis PCG Kimia Fizik Biologi Asas Pengiraan PCG 50 murid X RM 30.396.500.396.00 + RM 3. PCG untuk Sains Elektif Jenis PCG Kimia Fizik Biologi Asas Pengiraan PCG 79 murid X RM 14.00 RM 1.106. a.00 = RM9.000 = RM 10.000.000.800.000.800.00 RM 1.00 Jumlah d.Bab 5 .00] = RM 4.00 - Jumlah PCG RM 1.106.00 50 murid X RM 30.500.00 RM 7.00 RM 3.04 c.04 Contoh 3: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Menengah Teknik & Vokasional SMT Kuala Klawang mempunyai 650 orang murid di mana 300 orang murid adalah aliran teknik yang mengambil mata pelajaran Kimia dan Fizik manakala 350 orang adalah murid aliran vokasional yang mengambil mata pelajaran Sains Teras.00 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│55 .00 = RM4.00 Jumlah PCG RM 1. 100 x RM 38.500.00 = RM 3.Sumber Kewangan Menengah Atas 100 murid pertama 100 murid berikutnya.00 79 murid X RM 14. 250 x RM38.500.00 = RM 4. Jumlah Tuntutan PCG Sains = RM4.00 Jumlah PCG RM13.106.00 RM 18.415. PCG untuk Mata Pelajaran Teras Jenis PCG Aliran Vokasional Asas Pengiraan PCG 100 murid pertama 250 murid berikutnya.00 RM 1.00 Jumlah b.318.00 RM 3.733. PCG untuk Sains Teras = 40% x [60% x RM 18.00 Jumlah e.

Sumber Kewangan b.00 Jumlah d.00 RM 48. Ini memberi masa yang cukup untuk membuat pertimbangan awal ke atas anggaran ini dengan mengurangkan atau menambahkan jenis dan bilangan peralatan dan bahan Sains yang hendak dibeli. Mengganti peralatan dan bahan Sains yang rosak. Membeli peralatan baru termasuk bahan bantu mengajar. Menambah bilangan peralatan dan bahan Sains.000. e. 56│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS . PCG juga boleh digunakan untuk perbelanjaan berikut: a.240. Anggaran perbelanjaan ini hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengetua dan Guru Besar.500. Memperbaiki dan menyelenggara peralatan.00 + RM48. Jumlah Tuntutan PCG Sains = RM3. perisian.240.4 Perbelanjaan Yang Dibenarkan Menggunakan Bantuan PCG Anggaran perbelanjaan untuk pembelian peralatan dan bahan Sains hendaklah disediakan pada bulan Oktober setiap tahun.00 300 murid X RM 80. b. ensiklopedia. b. Ketua Bidang Sains dan Matematik perlu mengetahui jumlah PCG Sains yang diperolehi bagi tahun berkenaan termasuk baki pada tahun lepas supaya agihan perbelanjaan dapat dirancang.00 c.00] = RM 3. d.00 5.Bab 5 . pecah atau hilang.00 - Jumlah PCG RM 24.00 RM 24. PCG untuk Sains Elektif: Jenis PCG Kimia Fizik Biologi Asas Pengiraan PCG 300 murid X RM 80. PCG untuk Sains Teras = 40% x [60% x RM 13.240. taman herba dan lainlain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran. c. Pengagihan ini hendaklah berdasarkan keutamaan berikut: a. Membeli peralatan dan bahan Sains untuk penilaian amali. Pembelian buku rujukan.000. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk kertas Braille) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains. Selain itu. c.000.000.00 = RM 51.

6 Cadangan  Pemberian Bantuan PCG bagi mata pelajaran elektif antara Sekolah Menengah Harian Biasa/ Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Sukan dan Sekolah Menengah Teknik & Vokasional haruslah selaras. 5. Pemberian Bantuan PCG mata pelajaran Teras bagi Sekolah Rendah Harian/ Sekolah Rendah Sukan perlu ditambah memandangkan PCG sedia ada terlalu sedikit untuk dibahagikan kepada setiap mata pelajaran. Perolehan harta modal (Sila Rujuk Bab 6).Sumber Kewangan d. Keutamaan pengunaan adalah untuk proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. PCG bagi mata pelajaran elektif (Kimia. 2005. Tatacara Pengurusan Kewangan dan PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│57 . Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberikan pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan. e. Ini menyebabkan sekolah tidak mempunyai wang yang cukup untuk melengkapkan bilik sains dengan peralatan yang diperlukan untuk P&P berkesan.5 Penutup Pemberian bantuan PCG haruslah diurus dan diguna secara berhemah dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.00 bagi setiap murid).Bab 5 . Keperluan bilik dan makmal Sains yang lengkap dan mencukupi serta keadaan yang selamat akan membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.00 bagi setiap murid) berbanding Sekolah Teknik & Vokasional (RM80. Fizik dan Biologi) bagi sekolah harian biasa adalah jauh lebih rendah (RM14.  5. 5. Kumpulan Wang Sekolah.7 Rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful