PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM HIKAYAT ABDULLAH

. Kisah Pelayaran Abdullah.LATAR BELAKANG • Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi dianggap sebagai bapa kesusasteraan Melayu moden. iaitu:  Syair Singapura Terbakar (1830). Dewa-ul-kulub (1883). Hikayat Abdullah (1849). dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah (1920). berdasarkan karyakaryanya yang terkenal.

• Beliau mempunyai minat yang mendalam mempelajari pelbagai bahasa selain bahasa Melayu. • Sejak kecil lagi “ Munsyi” ini memperlihatkan keistimewaannya sebagai pelajar yang bijak dan gigih mencari ilmu. .• Abdullah dilahirkan pada tahun 1796 di kampong Pali. Melaka daripada keluarga India Muslim keturunan Arab.

• Beliau mencuba membuka pemikiran orang Melayu ke arah kebaikan dan kemajuan secara membandingkannya dengan orang Inggeris. • Beliau begitu lantang mengkritik sikap raja-raja Melayu. menyebabkan hubungannya begitu rapat dan mesra dengan orang-orang Inggeris. • Abdullah Munsyi meninggal dunia di Jeddah pada tahun 1854 dalam perjalanannya menunaikan fardhu haji. .• Beliau dilantik menjadi jurutulis dan penterjemah kepada Raffles dan pembesarpembesar Inggeris.

Hikayat Abdullah menjelaskan sikap masyarakat Melayu terhadap bahasa Inggeris pada waktu itu. ekonomi dan moral ditimbulkan dan karya-karya Abdullah Munsyi banyak menyentuh halhal tersebut. politik. • Contohnya pada halaman 119. agama.Analisis karya: aspek budaya dan kemasyarakatan • pengarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama. • Pemikiran yang menyentuh soal-soal masyarakat. dari menceritakan kisah-kisah yang ghaib-ghaib atau khayal kepada dunia realiti . .

melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak.” ( petikan daripada Hikayat Abdullah) . kerana fikiran mereka itu. maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris. baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris. supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis. dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu. nanti dibelakang bnyak gunanya. serta memberitahu aku mereka itu. tiadalah ia mau datang. “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka.• Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anakanak Melayu.

Jenis Aksara Dalam memperkatakan bahasa Melayu Klasik . surat perjanjian. surat perdagangan. batu nisan dan sebagainya .Aspek bahasa dan tulisan • i. akan mengimbas kembali teks Melayu lama yang tertulis dalam bentuk puisi. prosa. batu bersurat.

• Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab. • Ini bererti tulisan tersebut masih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan dan sistem ejaan Jawi. . ga ( ‫ک‬ ). nga ( ‫)غ‬.• pengkaji hanya dapat berpegang kepada ciri-ciri khusus bahasa Melayu klasik iaitu menggunakan tulisan Jawi. kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ‫)ف‬. nya ( ‫ )ث‬dan ca ( ‫)چ‬.

sistem ejaan Arab yang digunakan itu dengan menggunakan tandatanda baris. • Daripada beberapa contoh aksara asal Hikayat Abdullah diatas dapat dilihat beliau tidak menggunakan tanda-tanda baris pada tulisannya. . • Contohnya seperti. • Sistem ini mengandungi dua tahap.ii. baharu timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. ( maka) ‫ﻣَﮓ‬ ( dia )ِ َ‫ﺩﻱ‬ Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi. ( maka ) ‫ﻣﮏ‬ (dia ) ‫ﺪﻱ‬ • Setelah itu. Sistem Ejaan Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu. – Tahap pertama dengan membubuh huruf saksi ( vokal) – tahap kedua dengan membubuh huruf saksi ( vokal ) pada kedua-dua suku kata.

. penulisan karya Hikayat Abdullah telahpun menggunakan imbukan meN-. • Sebagai contohnya dari aspek imbuhan.Aspek bahasa • i. Ia meliputi penggolongan perkataan atau kata-kata dalam sesuatu bahasa. Morfologi Morfologi adalah bidang yang mengkaji proses pembentukan kata-kata dalam sesuatu bahasa.

tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci.• Contoh 1 Maka jawabnya. serta dengan cemburunya. “ Tuan. sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu. dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya. akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga.” ( halaman 69) .

dan patah riuk kaki tangannya di hadapanku. jatuh bangun coreng-coreng berlumur dengan Lumpur dan orang. seperti kecuali kebanyakan kelakuan orang yang tiada memegang suluh itu terperosok ia kesana ke mari. ( halaman 16) . Sintaksis • Daripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat yang panjang-panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya.ii. Ayat-ayat daripada hikayatnya ini boleh dijadikan contoh. nescaya banyak kali sudah aku terperosok ke dalam limbah dan parit yang penuh pada tiap-tiap lorong dan jalan. dan cermin mata itu kupakai. Contoh 1 Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku.

masih lagi tidak membawa apa-apa pembaharuan. . Jelas dari segi bahasa (ayat) Abdullah.• Ayat-ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana kadang kala pembaca terpaksa mengulangi pembacaan.

• Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan kelompok kata. • Dalam bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang dimaksudkan. Semantik • kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat. . dan tidak semuanya hanya memiliki satu makna.iii.

• Dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud atau pun perkara yang disampaikan melalui makna tersurat. “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka. dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu. serta memberitahu aku mereka itu. maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris. supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis. baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris.” . kerana fikiran mereka itu. tiadalah ia mau datang. melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak. nanti dibelakang bnyak gunanya. Contoh: • Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anakanak Melayu.

Bukan sahaja bahasa yang digunakan itu bahasa lama tetapi struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat.• iv. Abdullah masih tidak dapat melepaskan penggunaan kata asli dalam tulisannya. . • Sebagai contoh dalam Hikayat Abdullah pada halaman 9 dan 10. Kosa Kata a) Kata asli Sebagai karya di peringkat awal.

Maka adalah rumahku itu berhadapan dengan rumah tempat tuan itu tinggal. maka apabila beranak kelak. bangsanya Haddad. maka adalah ia itu aulia. maka kata tuan itu.• Contoh: Maka beberapa lamanya dalam hal yang sedemikian. . diperiksanya akan hal bondaku itu duduk menangis-nangis. insyaAllah nanti diberi Allah kepadanya seorang anak laki-laki.” Maka pulanglah bapaku serta mengatakan kepada bondaku akan segala perkataan tuan itu. sentiasa duduk menangis terkenangkan anak-anaknya yang mati itu. mak sangatlah dipermulia orang akan dia dalam Melaka. Maka bondaku juga tiada pergi. Maka oleh bapaku segala hal anak-anaknya habis mati itu. “ Baiklah. engkau namakan dengan namaku. maka segala laki-laki dan perampuan pun pergilah berguru kepadanya darihal perkara agama Islam. maka disuruhnya panggil bapaku. pergi engkau katakan kepada isterimu janganlah ia menangis. maka datanglah seorang orang Arab Syaid yang bernama Habib Abdullah. maka bondaku pun berhentilah daripada menangis dan dukacita.

„akan dia‟ dan „maka apabila. „beberapa lamanya‟.• Struktur ayat lama ini diikutkan lagi dengan penggunaan kata-kata asli seperti „maka‟. • Hal ini menunjukkan bahwa Abdullah masih terikut-ikut struktur penulisan sastera lama. • Begitu juga apabila dia menggunakan pantun dan syair dalam karyanya. . • Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama. • Dalam Hikayat Abdullah banyak terdapat kata nasihat. „maka adalah‟.

misalnya perkataan syaaban (halaman 1). – enjineer (halaman 6). – arithmetic (halaman 117). – electricity (halaman 115). khatib ( halaman 4 ). . – commission (halaman 165). sayid (halaman 35) dan banyak lagi. misalnya dalam Hikayat Abdullah digunakan diksi – character (halaman 5). Selain daripada penggunaan kata pinjaman Bahasa Inggeris terdapat juga penggunan kata pinjaman bahasa Arab dalam penulisan karyanya.b) Kata pinjaman • Daripada penelitian yang dibuat dalam penghasilan karyakarya Abdullah Munsyi banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris. – secretaries governments (halaman 6).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful