You are on page 1of 30

950426-14-5549 1.

0 PENGENALAN

Bola sepak adalah acara sukan yang paling popular dan diminati oleh ramai orang di seluruh negara-negara di dunia ini. Bola sepak adalah acara sukan yang telah banyak mendapat tontonan yang terbanyak di dunia. Acara sukan bola sepak juga telah berjaya mempengaruhi anak-anak kecil untuk menceburi arena sukan bola sepak. Ada sesetengah negara telah mengadakan sukan bola sepak khas kepada kanak-kanak kerana cara ini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat yang ada semasa kecil dan melatih supaya menjadi pemain bola sepak profesional pada masa akan datang.

Sukan di sekolah, selain mampu menjadi alat perpaduan, juga mampu menghasilkan pelajar yang seimbang fizikal dan mental selain berupaya cemerlang dalam bidangnya jika diasah bakat seawal usia. Justeru, pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) di semua sekolah bermula 2011 adalah inisiatif Kementerian Pendidikan ke arah itu yang mendapat sokongan padu guru, murid dan ibu bapa. Dasar itu juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. (Berita Harian, 2013)

Datuk Seri Najib Razak percaya sukan adalah satu daripada kuasa yang paling kuat menyatukan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan etnik. Perdana Menteri berkata, di Malaysia, perpaduan paling besar menerusi sukan boleh disaksikan dalam kepelbagaian rakyat ialah keghairahan untuk bola sepak. (Berita Harian, 2012)

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berkata, sukan boleh menjadi medium untuk meningkatkan perpaduan, kerjasama berpasukan dan

meningkatkan motivasi selain memberi kesan baik kepada kesihatan. Katanya, hasrat kerajaan untuk mewujudkan negara bersukan perlu penglibatan semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan peringkat umur kerana masing-masing boleh memilih sukan yang mereka minati dan berdasarkan kepada kemampuan diri sendiri. Melalui sukan juga,

950426-14-5549 setiap pekerja akan menjadi lebih sihat dan bersatu padu bagi memberi kejayaan kepada organisasinya walaupun berbeza pangkat atau jawatan. Matlamatnya tetap sama iaitu untuk meraih kejayaan untuk pasukan masing-masing. (Razali Haji Mohamed Yassin, 2013)

Selain itu, sukan diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa sukan bola sepak merupakan medium perpaduan negara dan sukan ini juga dekat dengan diri beliau yang gemar akan sukan bola sepak. Najib pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 1986 sehingga 1990 yang juga melihat perkembangan pesat dalam proses membangun dan meningkatkan tahap aktiviti dan penyertaan sukan dalam kalangan masyarakat. Dasar Sukan Negara yang menjadi asas memurnikan dan memakmurkan dunia sukan terbentuk sewaktu Najib memimpin Kementerian Belia dan Sukan. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat penghubung keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. (Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, 2012)

Tempat yang paling sesuai untuk memupuk perpaduan antara pelajar sudah tentulah di sekolah-sekolah dan salah satu dari instrumen yang boleh digunakan secara berkesan ialah sukan. Pengalaman bersama-sama sama ada ketika bermain atau menonton sebagai penyokong kepada satu pasukan boleh menyemaikan perpaduan sesama mereka dan ini akan kekal dalam masa yang panjang dan terdapat persahabatan yang dipupuk melalui sukan berkekalan hingaa ke akhir hayat.

Kajian ini tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di SMKA Maahad Hamidiah di Daerah Hulu Langat.

950426-14-5549

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti persepsi pelajar tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar.

2. Mengkaji faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak.

950426-14-5549

3.0

LOKASI KAJIAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz, Puan Rohiyah @ Zainab Haji Taib dan seorang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok.

Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul Hamid, yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras yang bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telah pun berpindah ke kawasan baru yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang. Prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum pada setiap tahun adalah menggalakkan. SMKA Maahad Hamidiah adalah antara Sekolah Asrama Harian yang terbaik dan terunggul di Negeri Selangor. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 915 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Tenaga pengajar di sekolah ini pula seramai 74 orang dan disokong oleh 13 orang kakitangan sekolah.

950426-14-5549 3.1 Peta

Peta 1: Peta SMKA Maahad Hamidiah Sumber: https://maps.google.com/ 3.2 Gambar

Gambar 1: SMKA Maahad Hamidiah Sumber: Kajian Lapangan 2014

950426-14-5549 4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan data dan cara analisis data.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian ini ialah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang terpilih daripada satu populasi yang hendak dikaji. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

4.2 Sampel Kajian

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30 orang pelajar lelaki dan perempuan dan 3 orang informan. Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji.

4.3 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan temu bual.

950426-14-5549 4.3.1 Soal Selidik

Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep It Short and Simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami (R. Kuberan et al, 2013). Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian serta 10 soalan berkaitan persepsi pelajar tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar di SMKA Maahad Hamidiah dan cadangan pelajar bagi meningkatkan prestasi para pelajar terhadap sukan bola sepak di sekolah. Soalan borang soal selidik merupakan soalan tertutup dan menggunakan skala Likert 4 poin.

4.3.2 Temu Bual

Pengkaji menyediakan 10 soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak untuk mendapatkan maklumat dari informan.

4.4 Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi, soal selidik dan temu bual.

4.4.1 Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti sumber daripada internet bagi mendapat maklumat berkenaan dengan sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan.

950426-14-5549 4.4.2 Soal Selidik

Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan persepsi pelajar tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 dan cadangan pelajar bagi meningkatkan prestasi para pelajar terhadap sukan bola sepak di sekolah. Borang soal selidik diberikan kepada responden yang sudi bekerjasama. Responden ini diberikan masa dua hingga tiga minit untuk menjawab semua soalan.

4.4.3 Temu Bual

Kaedah temu bual berstruktur juga digunakan untuk mengkaji faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak. Pengkaji telah menemu bual 3 orang pelajar. Setiap sesi temu bual mengambil masa lebih kurang lima minit.

4.5 Cara Analisis Data

Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara diskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian ujian untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang diperoleh, dianalisis menggunakan kekerapan dan peratus.

Bagi penyataan yang menggunakan skala Likert, poin diberikan seperti berikut:

Skala Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Poin 1 2 3 4

950426-14-5549 5.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian ini mengemukakan 2 objektif kajian. Bahagian ini akan mengemukakan data empirikal bagi memenuhi kedua-dua objektif kajian.

5.1 Demografi Responden

Jadual 1 berikut menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar lelaki dan perempuan yang dipilih secara rawak berdasarkan peringkat umur dan jantina.

Jadual 1: Demografi responden berdasarkan peringkat umur dan jantina

KEKERAPAN (PELAJAR) UMUR LELAKI 13 tahun 14 tahun 15 tahun 16 tahun 17 tahun 18 tahun 19 tahun 2 4 3 3 3 2 PEREMPUAN 2 1 3 2 2 3 Sumber: Soal Selidik 2014

PERATUS (%) LELAKI 6.7 13.3 10 10 10 6.7 PEREMPUAN 6.7 3.3 10 6.7 6.7 10

950426-14-5549 Rajah 1: Demografi responden berdasarkan peringkat umur dan jantina

UMUR DAN JANTINA PELAJAR


7 Bilangan Pelajar (Orang) 6

5
4 3 2 1 0 13 14 15 16 Umur (Tahun)
Lelaki Perempuan

17

19

Sumber: Soal Selidik 2014

Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1, responden dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar lelaki dan perempuan SMKA Maahad Hamidiah yang dipilih secara rawak dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Bagi pelajar menengah rendah seramai 4 orang pelajar tingkatan 1 menjadikan jumlah peratusan sebanyak 13.4%, pelajar tingkatan 2 pula seramai 5 orang bersamaan 16.6% dan seramai 6 orang pelajar tingkatan 3 menunjukkan peratusan sehingga 20%. Pelajar menengah atas pula, masingmasing dengan jumlah pelajar seramai 5 orang bagi tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6 mencatatkan peratusan sebanyak 16.7%.

10

950426-14-5549 Jadual 2 berikut menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar berdasarkan jenis sukan yang diminati.

Jadual 2: Demografi responden berdasarkan jenis sukan yang diminati

JENIS SUKAN Sukan Dalaman Sukan Luaran Sumber: Soal Selidik 2014

PERATUS (%) 20 80

Rajah 2: Demografi responden berdasarkan jenis sukan yang diminati

JENIS SUKAN YANG DIMINATI OLEH PELAJAR

20%
Sukan Dalaman Sukan Luaran

80%

Sumber: Soal Selidik 2014

Jadual 2 dan rajah 2 menunjukkan responden seramai 30 orang pelajar lelaki dan perempuan SMKA Maahad Hamidiah yang dipilih secara rawak dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Daripada jumlah tersebut, seramai 6 orang pelajar meminati sukan dalaman yang menjadikan peratusannya sebanyak 20%. Bagi pelajar yang meminati sukan luaran pula, jumlahnya seramai 24 orang yang mencatatkan peratusan sebanyak 80%.

11

950426-14-5549 5.2 Persepsi Pelajar Tentang Sukan Bola Sepak Dapat Mengeratkan Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar

Jadual 3 menunjukkan persepsi pelajar tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di SMKA Maahad Hamidiah.

Jadual 3: Persepsi pelajar tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan Tidak Setuju f Persahabatan dapat dirapatkan dengan pelajar yang lain semasa bermain bola sepak. Sukan bola sepak sebagai alat perpaduan dalam kalangan pelajar tanpa mengira peringkat umur. Bermain bola sepak boleh menambahkan bilangan kenalan atau rakan. Penyertaan aktiviti sukan bola sepak tidak terhad kepada pelajar tertentu sahaja. Aktiviti sukan bola sepak dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar, pemain dan penyokong. Sukan bola sepak mampu menjadi contoh kepada sukansukan yang lain dalam mengeratkan perpaduan. % Kurang Setuju f % Setuju f % Sangat Setuju f %

BIL.

SOALAN

1.

3.3

10

15

50

11

36.7

2.

10

3.3

18

60

26.7

3.

3.3

6.7

13

43.3

14

46.7

4.

6.7

13.3

11

36.7

13

43.3

5.

3.3

10

14

46.7

12

40

6.

13.3

16.7

13

43.3

26.7

12

950426-14-5549

7.

Permainan sukan bola sepak dapat mengisi masa lapang untuk bersama dengan rakanrakan. Sukan bola sepak mampu mengekalkan persahabatan bersama pelajar-pelajar yang lain. Hubungan pemain yang erat merupakan faktor kemenangan dalam permainan bola sepak. Permainan sukan bola sepak akan melahirkan semangat bekerjasama antara pemain.

13.3

18

60

26.7

8.

3.3

16.7

13

43.3

11

36.7

9.

3.3

3.3

18

60

10

33.3

10.

6.7

13

43.3

15

50

Sumber: Soal Selidik 2014 *f = Frekuensi (Kekerapan)

Berdasarkan jadual 3, seramai 15 orang iaitu 50% telah menyatakan setuju bahawa persahabatan dapat dirapatkan dengan pelajar yang lain semasa bermain bola sepak manakala seramai 11 orang bersamaan 36.7% yang menyatakan mereka sangat setuju dengan pernyataan yang diberikan. Bagi yang menyatakan kurang setuju seramai 3 orang bersamaan 10% dan yang tidak setuju seramai seorang sahaja bersamaan 3.3%.

Sukan bola sepak sebagai alat perpaduan dalam kalangan pelajar tanpa mengira peringkat umur antara persepsi pelajar tentang sukan bola sepak. Seramai 18 orang menyatakan setuju bersamaan 60% dan yang menyatakan sangat setuju seramai 8 orang bersamaan 26.7%. Bagi yang menyatakan kurang setuju seramai seorang sahaja bersamaan 3.3% serta tidak setuju seramai 3 orang bersamaan 10%.

13

950426-14-5549 Antara persepsi lain pelajar, bermain bola sepak boleh menambahkan bilangan kenalan atau rakan mereka. Bagi yang menyatakan sangat setuju seramai 14 orang bersamaan 46.7%. Bagi yang menyatakan setuju pula, seramai 13 orang bersamaan 43.3% serta kurang setuju seramai 2 orang bersamaan 6.7%. Selebihnya iaitu seramai seorang sahaja yang menyatakan tidak setuju bersamaan 3.3%

Persepsi seterusnya ialah penyertaan aktiviti sukan bola sepak tidak perlu dihadkan kepada pelajar tertentu sahaja. Bagi yang menyatakan sangat setuju seramai 13 orang bersamaan 43.3% dan yang setuju seramai 11 orang yang menjadikan peratusan sebanyak 36.7%. Bagi pelajar yang kurang setuju dengan pernyataan ini seramai 4 orang bersamaan 13.3% manakala tidak setuju seramai 2 orang bersamaan 6.7%.

Selain itu, aktiviti sukan bola sepak dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar, pemain dan penyokong yang setuju seramai 14 orang bersamaan 46.7% serta yang menyatakan sangat setuju seramai 12 orang bersamaan 40%. Selebihnya menyatakan kurang setuju seramai 3 orang bersamaan 10% dan yang tidak setuju seramai seorang sahaja bersamaan 3.3%.

Seramai 13 orang bersamaan 43.3% yang setuju menyatakan bahawa sukan bola sepak mampu menjadi contoh kepada sukan-sukan yang lain dalam mengeratkan perpaduan. Bagi yang menyatakan sangat setuju seramai 8 orang bersamaan 26.7% dan seramai 5 orang bersamaan 16.7% yang menyatakan kurang setuju. 4 orang lagi bersamaan 13.3% tidak setuju dengan penyataan ini.

Persepsi lain pelajar menyatakan bahawa permainan sukan bola sepak dapat mengisi masa lapang untuk bersama dengan rakan-rakan. Seramai 18 orang bersamaan 60% menyatakan setuju manakala 8 orang menyatakan sangat setuju dengan penyataan ini dan peratusannya sebanyak 26.7%. Bagi pelajar yang kurang setuju, hanya 4 orang sahaja bersamaan 13.3%.

14

950426-14-5549 Di samping itu, seramai 13 orang bersamaan 43.3% menyatakan setuju dengan penyataan sukan bola sepak mampu mengekalkan persahabatan bersama pelajar-pelajar yang lain. Bagi yang sangat setuju pula, seramai 11 orang bersamaan 36.7% manakala 5 orang bersamaan 16.7% berpendapat kurang setuju. Hanya seorang sahaja bersamaan 3.3% tidak setuju.

Hubungan pemain yang erat merupakan faktor kemenangan dalam permainan juga merupakan persepsi pelajar tentang sukan bola sepak di SMKA Maahad Hamidiah. Seramai 18 orang bersamaan 60% setuju dengan penyataan ini dan seramai 10 orang bersamaan 33.3% menyatakan sangat setuju. Pelajar yang menyatakan kurang setuju dan tidak setuju masing-masing dengan jumlah yang sama iaitu hanya seorang sahaja bersamaan 3.3%.

Akhir sekali, seramai 15 orang bersamaan 50% menyatakan sangat setuju bahawa permainan sukan bola sepak akan melahirkan semangat bekerjasama antara pemain. Bagi yang menyatakan setuju pula seramai 13 orang bersamaan 43.3% serta seramai 2 orang kurang setuju dengan penyataan ini dan menjadikan peratusan sebanyak 6.7%.

15

950426-14-5549 5.3 Faktor-Faktor Yang Menarik Minat Pelajar Bermain Bola Sepak

Jadual 4 menunjukkan faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di SMKA Maahad Hamidiah.

Jadual 4: Faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak

BIL.

PERKARA Kekalkan kecergasan diri

INFORMAN 1 Ya, kerana dapat menyeimbangkan fizikal dan mental Dapat merapatkan jurang perpaduan bersama pelajar lain Asas perpaduan dalam sukan bola sepak ialah kerjasama Mengawal diri untuk patuh kepada peraturan yang ditetapkan

INFORMAN 2 Ya, kerana dapat menyeimbangkan fizikal dan mental Boleh bersaing secara sihat bersama pelajar yang berlainan usia Asas perpaduan dalam sukan bola sepak ialah kerjasama Menjadikan diri bijak menguruskan masa

INFORMAN 3 Ya, kerana dapat menyeimbangkan fizikal dan mental Dapat merapatkan jurang perpaduan bersama pelajar lain Sentiasa dapat berkomunikasi dengan pelajar lain semasa bermain Mengawal diri untuk patuh kepada peraturan yang ditetapkan Dapat menjadikan sukan bola sepak sebagai hobi Menjadikan sekolah terkenal di peringkat daerah, zon, negeri dan sebagainya

1.

2.

Bermain bersama pelajar lain tanpa mengira usia

3.

Jalinkan jaringan hubungan sosial antara pemain

4.

Tingkatkan disiplin dalam diri

5.

Mengisi masa lapang

Mengelakkkan Mengelakkkan melakukan aktiviti melakukan aktiviti yang tidak berfaedah yang tidak berfaedah Menjadikan sekolah terkenal di peringkat daerah, zon, negeri dan sebagainya Hilangkan tekanan selepas belajar di sekolah Menjadikan sekolah terkenal di peringkat daerah, zon, negeri dan sebagainya

6.

Harumkan nama sekolah

7.

Tenangkan fikiran

Lebih baik berehat

Lebih baik berehat

16

950426-14-5549

8.

Bina keyakinan diri

Ya, kerana kejayaan sebagai pendorong untuk terus cemerlang Boleh mempelajari cara bermain yang betul Ya, kerana pendapatannya agak lumayan

Tidak, kerana berasa kecewa apabila tewas dan keyakinan diri menurun

Ya, kerana dapat menjadikan kekalahan sebagai motivasi Memberikan pendedahan dalam diri untuk terus aktif di dalam sukan ini Tidak, kerana mahu jadikan sebagai hobi sahaja

9.

Tambahkan kemahiran dan pengetahuan dalam sukan Mahu jadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya

Dapat menunjukkan bakat yang ada

10.

Tidak, kerana mahu jadikan sebagai hobi sahaja

Sumber: Temu bual 2014

Berdasarkan jadual 4, soalan 1 yang diajukan kepada informan ialah adakah anda terlibat di dalam sukan bola sepak ini untuk mengekalkan kecergasan diri. Informan 1, informan 2 dan informan 3 menyatakan jawapan yang sama iaitu setuju dengan kerana sukan ini dapat menyeimbangkan fizikal dan mental.

Selain itu, soalan 2 yang diajukan kepada informan ialah adakah anda menyertai sukan ini untuk bermain bersama pelajar lain tanpa mengira usia. Informan 2 menyatakan beliau boleh bersaing secara sihat bersama pelajar yang berlainan usia manakala informan 1 dan informan 3 menyatakan mereka dapat merapatkan jurang perpaduan bersama pelajar lain.

Pendapat anda tentang sukan ini dapat menjalinkan jaringan hubungan sosial antara pemain adalah soalan 3 yang diberikan kepada informan. Informan 1 dan informan 2 berpendapat bahawa asas perpaduan dalam sukan bola sepak ialah kerjasama. Sentiasa dapat berkomunikasi dengan pelajar lain semasa bermain merupakan jawapan daripada informan 3.

17

950426-14-5549 Soalan 4 yang ditanya kepada informan ialah pendapat informan tentang sukan bola sepak dapat meningkatkan disiplin dalam diri. Informan 2 memberikan jawapan dengan menyertai sukan ini menjadikan beliau bijak menguruskan masa. Informan 1 dan informan 3 berkongsi jawapan yang sama iaitu mereka dapat mengawal diri untuk patuh kepada peraturan yang ditetapkan.

Soalan 5 pula yang diajukan kepada informan ialah bagaimanakah bermain bola sepak dapat mengisi masa lapang anda. Informan 1 dan informan 2 menjawab bahawa mereka dapat mengelakkkan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Berlainan pula dengan informan 3 yang mengatakan beliau menjadikan sukan ini sebagai hobi ketika masa lapang.

Benarkah bahawa anda menyertai sukan bola sepak untuk mengharumkan nama sekolah anda merupakan soalan 6 yang diajukan kepada tiga orang informan. Ketiga-tiga informan mempunyai pendapat yang sama iaitu mereka dapat menjadikan sekolah terkenal di peringkat daerah, zon, negeri dan sebagainya.

Fikiran dapat ditenangkan semasa bermain bola sepak iaitu soalan 7 yang ditanyakan kepada informan. Informan 1 menyatakan beliau dapat menghilangkan tekanan selepas belajar di sekolah. Informan 2 dan informan 3 pula menyatakan lebih baik mereka berehat untuk tenangkan fikiran.

Soalan 8 pula berkenaan setujukah anda bahawa sukan bola sepak dapat membina keyakinan diri sebagai pelajar. Informan 1 dan informan 3 mengatakan tidak setuju manakala informan 2 bersetuju dengan soalan tersebut. Walaupun informan 1 dan informan 3 bersetuju tapi mereka berlainan jawapan. Informan 1 berpendapat bahawa beliau menjadikan kejayaan di dalam pertandingan mahupun permainan sebagai pendorong untuk terus cemerlang di masa akan datang. Pendapat informan 3 pula mengatakan beliau dapat menjadikan kekalahan sebagai motivasi. Berbeza pendapat pula dengan informan 2 yang menyatakan tidak setuju kerana beliau berasa kecewa apabila tewas dan keyakinan dirinya menurun.

18

950426-14-5549 Informan juga turut ditanyakan soalan 9 iaitu tentang sukan bola sepak dapat menambahkan kemahiran dan pengetahuan anda dalam sukan. Informan 1 menyatakan beliau boleh mempelajari cara bermain yang betul dan informan 2 mengatakan beliau dapat menunjukkan bakatnya yang ada. Akan tetapi, informan 3 berpendapat bahawa sukan ini memberikannya pendedahan dalam diri untuk terus aktif bermain bola sepak.

Soalan terakhir tentang adakah anda mahu menjadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya. Informan 2 dan informan 3 tidak setuju dengan soalan yang diajukan. Hal ini kerana mereka hanya mahu menjadikan sukan bola sepak sebagai hobi sahaja. Informan 3 pula berbeza jawapan iaitu beliau menyatakan pendapatan kerjaya di dalam sukan ini agak lumayan.

19

950426-14-5549 Rajah 3 menunjukkan faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di SMKA Maahad Hamidiah.

FAKTOR UTAMA YANG MENARIK MINAT PELAJAR BERMAIN BOLA SEPAK


Bilangan Informan 3

0 Faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak Petunjuk: Mengekalkan kecergasan diri Membina keyakinan diri Mahu jadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya Sumber: Temu bual 2014 Berdasarkan rajah 3, faktor utama yang menarik minat pelajar bermain bola sepak dalam kalangan pelajar ialah untuk mengekalkan kecergasan diri. Bilangan informan yang menyatakan faktor ini ialah seramai 3 orang. Bagi faktor yang dipilih oleh 2 informan ialah untuk membina keyakinan diri. Seorang informan pula menyatakan mahu jadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya.

20

950426-14-5549 6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian.

6.1 Persepsi Pelajar Tentang Sukan Bola Sepak Dapat Mengeratkan Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar

Dapatan kajian menunjukkan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di SMKA Maahad Hamidiah berpendapat bahawa sukan bola sepak dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar, pemain dan penyokong. Hal ini demikian kerana hubungan yang rapat dapat dijalinkan ketika pelajar bermain bola sepak tidak kira di sekolah mahupun di dalam pertandingan. Sudah pasti setiap pelajar akan menyokong rakannya sendiri ataupun pihak lawan. Bermula dari sinilah pelajar dapat merapatkan persahabatan mereka dengan pelajar lain semasa bermain ataupun menonton bola sepak. Oleh itu, segala perselisihan faham haruslah dielakkan agar hubungan baik pelajar dapat dijaga.

Bermain bola sepak boleh menambahkan bilangan kenalan atau rakan merupakan salah satu persepsi pelajar mengenai sukan bola sepak. Situasi sebegini dapat dilihat semasa pertandingan bola sepak diadakan. Sebagai contoh, pelajar dapat berjumpa rakanrakan mereka yang baharu dari pihak lawan. Bukan itu sahaja, malah pelajar mungkin dapat bertemu kenalan lama mereka. Faktor berlainan usia juga bukanlah penghalang untuk pelajar mewujudkan perpaduan sesama mereka. Hal ini terbukti apabila majoriti pelajar bersetuju bahawa sukan bola sepak sebagai alat perpaduan dalam kalangan pelajar tanpa mengira peringkat umur.

21

950426-14-5549 Tambahan lagi, para pelajar bersetuju menyatakan bahawa penyertaan aktiviti sukan bola sepak tidak perlu dihadkan kepada pelajar tertentu sahaja. Masalahnya di sini apabila pelajar yang lebih muda diketepikan bakat mereka. Pengalaman dan peluang untuk mengasah bakat haruslah diberikan oleh jurulatih pasukan kepada semua pelajar yang berpotensi di dalam sukan ini tanpa mengira peringkat usia. Secara tidak langsung, pelajar yang berbakat akan memberikan tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan.

Selain itu, sukan bola sepak juga mampu menjadi contoh kepada sukan-sukan yang lain dalam mengeratkan perpaduan. Seperti yang diketahui, sukan bola sepak mempunyai pelbagai kelebihan dan salah satunya adalah dapat menjalinkan silaturrahim sesama pemain. Sukan bola sepak terdapat keistimewaannya yang tersendiri seiring dengan perubahan masa ini yang mampu menarik minat kebanyakkan anak muda.

Setiap pelajar pastinya mempunyai masa lapang mereka sendiri. Justeru, bola sepak dapat mengisi masa lapang mereka daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Aktiviti sebegini mendatangkan banyak manfaat berbanding aktiviti yang lain seperti bermain permainan video, melayari internet dan banyak lagi aktiviti yang menyebabkan pelajar kurang berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Bagi mengatasi masalah tersebut, bermain bola sepak bersama-sama mampu mengekalkan persahabatan dalam kalangan pelajar di sekolah. Maka, dengan mudah perpaduan dapat dipupuk di sekolah tanpa perbalahan antara satu sama lain.

Walaupun begitu, perpaduan tidak bermakna apabila tiada persefahaman atau semangat kerjasama dalam pasukan. Oleh hal yang demikian, pengukuhan perpaduan dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar semasa bermain bola sepak. Antara pendapat lain juga menyatakan bahawa hubungan pemain yang erat merupakan faktor kemenangan dalam permainan bola sepak. Kemenangan memerlukan jalinan ukhwah yang mantap dan hubungan yang baik seperti dalam satu keluarga.

22

950426-14-5549 6.2 Faktor-Faktor Yang Menarik Minat Pelajar Bermain Bola Sepak

Dapatan kajian menunjukkan faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak ialah untuk mengekalkan kecergasan diri. Kebanyakkan pelajar menjadikan sukan ini sebagai salah satu cara untuk menyeimbangkan fizikal dan mental mereka. Antara aktiviti yang memerlukan pergerakan fizikal seperti berlari. Secara tidak langsung, pelajar dapat meningkatkan stamina dan lebih bertenaga di samping menjaga kesihatan badan. Setiap pelajar mestilah bersukan kerana sekurang-kurangnya 20 minit diperlukan untuk mengekalkan denyutan jantung yang sihat.

Selain itu, para pelajar juga gemar bermain bersama pelajar lain tanpa mengira usia. Hal ini demikian kerana faktor usia berlainan bukanlah merupakan satu masalah untuk pelajar mengeratkan perpaduan sesama mereka. Bukan itu sahaja, pelajar yang lebih muda juga dapat bersaing secara sihat dengan pelajar yang lebih tua. Faktor lain ialah pelajar boleh menjalinkan jaringan hubungan sosial di antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan bahawa perpaduan dapat dibentuk melalui sukan bola sepak. Sebagai contoh, komunikasi yang baik amat diperlukan dalam kalangan pemain kerana sukan ini bukan melibatkan seorang sahaja pelajar malah ramai pelajar lain juga menyertai sukan ini.

Faktor yang lain ialah pelajar mampu meningkatkan disiplin dalam diri mereka. Hal ini dapat dilihat apabila pelajar dapat mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan di dalam sukan ini. Lantaran itu, pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan dalam diri pelajar. Jelaslah bahawa faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak seperti ini mampu melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi bertepatan dengan kehendak semua sekolah yang mahu menjadikan pelajar yang mempunyai ciriciri berikut.

23

950426-14-5549 Tambahan lagi, pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan bersukan Masa lapang yang tidak diisi dengan perkara yang berfaedah akan menyebabkan pelajar membazirkan masa mereka. Biasanya pelajar mempunyai banyak masa lapang di sebelah petang. Jika tiada aktiviti sukan, pelajar cenderung untuk menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton televisyen, tidur atau melepak di luar rumah ataupun asrama. Secara tidak langsung, aktiviti sukan di sekolah telah dapat mengurangkan kegiatan yang berunsur negatif dalam kalangan pelajar.

Seterusnya, penyertaan pelajar ke peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa mampu mengharumkan nama sekolah mereka. Dengan ini, sekolah pelajar akan lebih dikenali oleh orang lain. Oleh itu, ini merupakan salah satu faktor yang menarik minat pelajar untuk menyertai sukan bola sepak. Faktor lain juga menunjukkan bahawa ada segelintir pelajar yang mahu menjadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya di masa hadapan. Tawaran gaji yang mahal dan tinggi merupakan salah satu jawapan yang diberikan oleh pelajar. Justeru, bayaran yang setimpal akan diberikan kepada pemain yang berbakat sesuai dengan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.

Di samping itu, pelajar juga mahu menambahkan kemahiran dan pengetahuan dalam sukan ini. Dengan bersukan, pelajar dapat mengetahui pelbagai teknik yang digunakan semasa bermain. Hal ini dapat dilihat apabila pengetahuan pelajar semakin bertambah ketika bersukan. Salah satu faktor yang menarik minat pelajar yang lain ialah pelajar ingin tenangkan fikiran. Sukan ini dikatakan dapat menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan Sebagai pelajar dan remaja, mereka dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi sama ada di sekolah mahupun di asrama. Bersukan mampu menghindarkan remaja dari tekanan di samping berupaya memberikan ketenangan fikiran khususnya kepada remaja.

Faktor akhir sekali ialah pelajar dapat membina keyakinan diri apabila bersukan. Keyakinan diri dibina apabila pelajar dapat menjadikan kemenangan dan kekalahan sebagai motivasi dan pendorong untuk terus berjaya di masa hadapan. Oleh itu, pelajar memperoleh pelbagai manfaat dan kebaikan daripada sukan bola sepak.

24

950426-14-5549 6.3 Kesimpulan

Dapatan paling penting daripada persepsi pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di SMKA Maahad Hamidiah tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar ialah permainan sukan bola sepak akan melahirkan semangat bekerjasama antara pemain. Sememangnya sukan bola sepak dapat merapatkan lagi persahabatan dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana sukan ini dimainkan di dalam kumpulan. Justeru, sepenuh kerjasama dan komitmen daripada setiap ahli kumpulan amat penting.

Bagi faktor utama yang menarik minat pelajar untuk bermain bola sepak pula ialah untuk mengekalkan kecergasan diri. Sebagai seorang pelajar, kesihatan tubuh badan pelajar perlu dititik beratkan untuk menghindarkan diri daripada dijangkiti sebarang penyakit. Seterusnya, pelajar ingin mengharumkan nama sekolah mereka. Dengan memenangi mana-mana sukan yang dipertandingkan, sesebuah sekolah itu dapat dikenali di pelbagai peringkat. Sekolah tersebut juga mungkin digeruni oleh sekolah lain kerana kehebatan sekolah itu di dalam sukan yang dimenangi.

Kesimpulannya, pelbagai kebaikan dan juga manfaat dapat diperolehi dengan menyertai sukan bola sepak. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat hendaklah mengekalkan sukan bola sepak ini. Semoga sukan ini tidak ditelan zaman disebabkan perubahan masa dan generasi.

25

950426-14-5549 RUJUKAN

Bharian.com (2013). Dasar 1M1S asah bakat sukan pelajar. Dicapai pada Februari 1, 2014, dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dasar1M1Sasahbakatsukanpelajar/Article/ Bharian.com (2012). Sukankuasapalingkuatsatukanrakyat. Dicapai pada Februari 1, 2014, dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2012072106533620120721065336/Article/

Razali Haji Mohamed Yassin (2013). Sukan jadi medium perpaduan dan motivasi. Dicapai pada Februari 2, 2014, dari http://www.kbs.gov.my/index.php/component/content/article/2782-sukan-jadi-mediumperpaduan-dan-motivasi Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian. Sukan alat perpaduan di Malaysia dlm. Utusan Malaysia, 7 Ogos 2012.

R. Kuberan et al, 2013. Teks Efektif STPM Pengajian Am (Penggal 2) 900/2, Petaling Jaya: Penerbit Ilmu Fajar Bakti Sdn. Bhd.

26

950426-14-5549 LAMPIRAN

27

950426-14-5549

28

950426-14-5549

29

950426-14-5549

30

You might also like