You are on page 1of 13

Tajuk

:
BERMULA DARIPADA EPISOD KEJATUHAN
MELAKA,KEMUNCULAN KERAJAAN MELAYU DI NUSANTARA
SEPERTI MINAGKABAU DAN BUGIS DAN AKHIRNYA
KEMASUKAN BELANDA DAN INGGERIS,ANALISISKAN
PERKARA-PERKARA YANG DILIHAT MENYUMBANG ATAU
MENJADI PUNCA UTAMA KEPADA KEHILANGAN PENGARUH
KERAJAAN MELAYU JOHOR SEBAGAI KUASA TERKUAT DI
SEPANJANG SELAT MELAKA.

PENDAHULUAN

Sejarah Johor bermula selepas Sultan Mahmud dikalahkan oleh pihak Portugis di

Melaka pada tahun 1511. Baginda dan para pengikut telah berundur ke kawasan

pedalaman, kemudian berundur ke Ulu Muar dan seterusnya ke Pahang. Setahun berada

di Pahang, baginda belayar ke Bintan dan mendirikan sebuah pangkalan di situ dan

menetap selama 12 tahun. Pada 1526, sultan Mahmud dan pengikutnya beralih ke

Kampar kerana serangan Portugis dan mangkat pada 1528 dan digantikan oleh Sultan

1
Allaudin Riayat Shah yang kemudiannya mendirikan kerajaannya di sekitar Kota Tinggi

di Sungai Johor. Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu

petempatan yang penting dan berusaha bangkit menyambung kegemilangan kesultanan

Melaka yang diketahui turut berakar umbi daripada kerajaan Srivijaya.

Setelah menganalisis daripada awal kejatuhan Melaka, kemunculan kerajaan

Johor dan kemasukan kuasa Melayu Nusantara dan Eropah, saya dapat menyimpulkan

bahawa detik-detik awal kejatuhan kerajaan Johor bermula apabila berlakunya peristiwa

kemangkatan Sultan Mahmud II dan kemuncak kemerosotan Johor berlaku apabila pihak

Inggeris campur tangan dan membuka Singapura. Jika diperhatikan memang terdapat

beberapa cabaran yang terpaksa dilalui Johor dalam tempoh sebelumnya seperti serangan

Acheh dan Portugis di Melaka dan Perang Johor jambi. Peperangan itu telah melemahkan

kekuasaan Johor terhadap negeri taklukannya.1 Namun, tidaklah sampai mendorong terus

kepada kehancuran kerajaan Johor kerana selepas peristiwa itu Johor masih mampu

bangkit sebagai sebuah entraport yang mashyur terutama dibawah pemerintahan Sultan

yang cekap iaitu Sultan Abdul Jalil Syah II (1623-1677). Hal ini dibuktikan dengan kata-

kata Thomas Slicher bekas gabenor Melaka yang menyatakan bahwa:

“Bilangan kapal yang berlayar ke Riau begitu banyak sehingga banyak
sungai itu .Itu sukar dilalui kerana terlalu banyak kapal-kapal
berdagang...”

SEBAB-SEBAB KEJATUHAN MELAYU JOHOR

Pembunuhan Sultan Mahmud II membawa satu revolusi sejarah dalam kerajaan

Melayu Johor dan telah melanggar Konsep “Pantang Melayu Menderhaka” . Akibatnya

1
Andaya,Watsoy Barbara dan Leonard Y,A HIstor y of Malaysia,Basingstoke: Palgrave,2001,hlm.81.

2
telah menimbulkan kesan yang besar dalam pemerintahan Johor. Hal ini diakui oleh

beberapa sejarawan contohnya Fernando yang menyatakan bahawa dengan pembunuhan

sultan Mahmud II, pembesar Johor telah melanggar satu lunas penting politik orang

melayu dan menyebabkan retak yang besar dalam kepimpinan yang tidak dapat

dipulihkan lagi.2

Pembunuhan sultan Mahmud pada T.M.1527/1528 berpunca daripada

kekejaman baginda sendiri. Baginda dikatakan memiliki sikap-sikap negatif seperti

zalim, cepat murka, seorang yang suka berdendam, terburu-buru membuat keputusan dan

sebagainya.3Sultan Mahmud sebenarnya telah melanggar perjanjian Waadat yang

dimenterai oleh Sri Tri Buana dengan Demang Lebar Daun dan inilah yang membawa

kepada kematiannya. Contoh kekejaman baginda ialah berdasarkan cerita Alexander

Hamilton, kapten pedagang bangsa Scout yang berada di Johor pada 1695. Beliau telah

menganugerahkan sepucuk pistol kepada baginda . Sultan telah menembak seorang

hamba menembusi bahunya sewaktu bersiar-siar untuk melihat berapa dalam pistol itu

boleh membenamkan peluru ke dalam badan manusia.4 Hikayat Siak pula menyebut

baginda dibunuh oleh Megat Seri Rama kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap

isteri Megat Seri Rama yang mengandung dan mengidam seulas nangka dari dusun
5
sultan. Walau apa pun sebab kematian baginda, perkara yang pasti kematian baginda

merupakan faktor terkuat merintis kepada kejatuhan Johor.

2
Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2005, hlm. 145.
3
Abdul Latif Abdul Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Kuala Lumpur :United Selangor Interprise sdn.bhd ,
1984, hlm.56.
4
Alexander Hamilton, A New Account of The East Indie, London: The Argonut Press, 1930, hlm. 52.
5
Leonard Y.Andaya,Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka, 1987, (terj.) hlm.344

3
Kemangkatkan Sultan Mahmud II tanpa meninggalkan sebarang zuriat daripada

keturunan Sultan Melayu Melaka untuk memerintah negeri Johor, bertukar ke tangan

raja-raja berketurunan bendahara.6 Oleh itu,Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya

sebagai sultan baru dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul

perasaan tidak puas hati di kalangan para pembesar malahan Johor dikatakan kehilangan

ketaatan rakyat kerana kerabat yang dianggap agung dan berketurunan ajaib sudah tidak

lagi wujud.

Akibat perlantikan ini juga, Johor kehilangan ketaatan orang laut yang selama ini

menjadi tonggak keselamatan kerajaan sejak dari zaman Srivijaya lagi. Malahan jika kita

memerhatikan bahawa seolah-olah terdapat satu ‘ikatan’ yang telah menyebabkan orang

laut tampak begitu setia terhadap keturunan si Guntang Mahameru ini. Hubungan erat

orang laut dengan raja Melaka wujud sejak zaman Srivijaya, Palembang antara abad ke-7

hingga abad ke-11 dan disambung pada abad ke-14 selepas anak raja menubuhkan

kerajaan Melaka.7 Orang laut merajuk dan membawa diri dan secara terbuka rela

meletakkan diri dibawah pemerintahan Palembang daripada memberikan taat setia

kepada seorang penderhaka.8 Mereka menolak pertuanan baru dan menganggap sultan

baru tidak berdaulat. Hal ini memberikan impak yang teruk terhadap keselamatan dan

kemakmuran kerajaan Johor terutama kepada perdagangan perkapalan. Malah, Johor

terdedah kepada ancaman musuh dan lanun selepas Orang Laut meninggalkan Johor.

6
Haji Buyong Bin Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , 1980, hlm. 92.
7
Abdul Latif Abdul Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Selangor: United Selangor Press Sdn Bhd , 1984, hal.
75.
8
Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka, 1987, (terj.), hlm 253.

4
Kematian sultan Mahmud II menjadi ‘lampu hijau’ dan satu faktor penting

kemasukan kuasa-kuasa luar untuk menyebarkan pengaruh masing-masing. Dinasti

bendahara ini sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh masyarakat Johor. Terdapat

golongan yang masih marah terhadap keturunan Bendahara kerana pembunuhan Marhum

mangkat di julang. Sementara itu, terbesar berita mengenai seorang putera dari Siak iaitu

Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. Khabar ini

seolah-olah memutikkan semangat baru dan mengembirakan orang laut yang tanpa syak

wasangka terus menerima khabar itu dan sanggup berjuang bersama raja yang dikatakan

berketurunan daulat itu. Orang Johor digambarkan amat mengalu-alukan kedatangan Raja

Kecil yang dianggap berdaulat seperti yang digambarkan melalui petikan berikut:

“Tuan kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana ,semua datang
menghadap,semuanya menghadap baginda.Maka kata orang
Johor ,”Jikalau betul asal tuan .Kami,mintak tawarkan air masin” dan titah
baginda,”baiklah”. Dan lalu diambil Rotan , dilingkar, dimasukkan
kedalam air....Lalu dimasukkan kedalam lingkaran Itu .Dan masing-
masing meminum air itu sangat tawar, lagi sejuk rasanya. Maka Segala
orang Johor pun bersoraklah,”ialah ,tuanku patik ,Tuanku Yang Maha
Mulia ini!” ....Dan Baginda pun berititah kepada segala rakyat,
“Hendaklah kamu Mengatakan “daulat”.9

Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka

menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yam

Tuan Muda Johor. Pada masa itu orang-orang Bugis telah ke Selangor bagi mengumpul

orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, Raja Kecil telah

melancarkan serangan terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-

orang Bugis bersama Dato’ Laksamana yang telah belot menentang Johor.10 Setelah Raja

Kecil berjaya menduduki takhta Johor, orang-orang Bugis datang menuntut janji untuk

9
Muhamad Yusoff Hashim, Hikayat Siak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 125.
10
H aji Buyong Bin Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , 1980, hlm. 104.

5
dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor. Permintaan ini tidak diperkenankan Raja Kecil

kerana orang-orang Bugis tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh

Raja Kecil. Penaklukan Raja Kecil ke atas Johor menandakan kemunculan kekuasaan

orang Minangkabau sebagai suatu tenaga politik diselat Melaka.11 Semasa pemerintahan

Baginda, Siak telah terlepas dari tangan baginda apabila baginda memilih Riau sebagai

pengkalannya.

Pada pendapat saya, perkara ini telah menyebabkan tumbuhnya perasaan dendam

bagi pihak Bugis. Bugis seolah-olah begitu beria-ia sehingga sanggup ke Selangor

meminta bantuan bagi memastikan kemenangan. Atas sebab itulah Bugis tidak teragak-

agak untuk menyetujui permintaan anak-anak Bendahara Abdul Jalil yang meminta

Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta dan

menceritakan mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Raja kecil terhadap keluarga

bendahara. Raja Kecil bertindak membatalkan pertunangan dengan Tengku Tengah dan

mengahwini adiknya Tengku Kamariah. Kedua-duanya adalah anak perempuan

Bendahara. Selain itu, Raja Kecil telah bertindak membunuh bendahara.

Kedatangan raja Bugis bernama Kelana Jaya Putera dan kerabatnya ke Riau

untuk menyerang Raja Kecil. Maka akhirnya, Raja Kecil dari pemerintahan Minangkabau

tewas dan melarikan diri ke Siak dan Riau serta taklukannya jatuh ke tangan

Bugis.12Fernando menyifatkan kemasukan Bugis telah dianggap sebagai salah satu faktor

besar menyebabkan kemerosotan Johor. Berlainan pula dengan pendapat Khasnor Johan

11
Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala
Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1987, (terj.) hlm. 361.
12
A.Samad Ahmad, Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 27.

6
yang menganggap Bugis banyak menolong kerajaan Melayu Johor memelihara keutuhan

empayar.

Bugis menyedari bahawa pengambilan Johor dari kaca mata masyarakat melayu

Johor adalah ‘tidak halal’. Bagi mengelakkan timbulnya penentangan, anak Bendahara

Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul

Alam Shah. Hal ini amat penting kerana Bugis adalah orang luar,Tetapi Sultan Sulaiman

hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah yang

memegang kuasa sebagai Yamtuan Muda Johor. Perkara ini terbukti melalui petikan

berikut:

...kedudukan Yam Tuan Muda adalah seperti ‘peremnpuan’ dan
‘lelaki’.Pihak Yang pertama hanya bertugas menanak nasi, menjaga
keluarga dan rumah . Tetapi Pihak ‘lelaki’ berwibawa menjaga
keselamatan keluarga, mencari rezeki danMenentukan seluruh sistem
keluarga. 13

Diplomasi dan kelicinan politik Bugis lima beradik meyebabkan mereka

berjaya menguasai kekuasaan politik Melayu-Johor-Riau. Ini merupakan hasil dari

munculnya Raja Kecil dan berikutan ‘perkahwinan politik’ di antara Melayu Bugis

dengan Melayu Johor ke-18. Contoh perkahwinan politik ialah perkahwinan antara

adinda Sultan Sulaiman dengan Bugis iaitu Tengku Tengah dengan Daeng Parani dan

Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak .

Asimilasi mendorong kehilangnya identiti Bugis sedikit demi sedikit dan mereka

berjaya menempatkan diri mereka ke dalam identiti Melayu Johor. Selepas kematian

Daeng Merewah tempatnya diganti pula oleh Daeng Celak. Saat ini menyaksikan Riau

13
Muhammad Yusof Hashim, Pensejarahan Malaysia Nusantara, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn
Bhd, 1988 , hlm. 481

7
menjadi bertambah maju dengan kedatangan pedagang-pedagang dari pelbagai pelusuk

dunia seperti dari Negara China ,India, Siam,Tanah Jawa dan Bugis sendiri datang

berniaga di Riau. Kekuasaan dan kekayaan Bugis mewujudkan perasaan tidak senang

dihati masyarakat melayu Johor kerana pemimpin Melayu mulai sedar mengenai wibawa

politik mereka yang semakin lemah. Hal ini telah membawa kepada pertelingkahan

politik antara kedua-duanya.

Kekuasaan Bugis di Riau telah menyebabkan rasa tergugat pihak Belanda di

pelabuhan Betawi. Hal ini menyebabkan VOC berusaha untuk campur tangan dalam

kerajaan Johor. VOC telah lama bertelingkah dengan Bugis kerana soal perdagangan.

Bugis amat menyedari ancaman golongan pemimpin Melayu yang berusaha mendapatkan

sokongan Syrikat Hindia Timur Belanda (VOC) dan Bugis bertindak untuk berbaik

dengan VOC. Sebagai ganjarannya Bugis menawarkan Siak kepada VOC. Penyerahan

Siak ini sebenarnya amat menyenangkan Sultan Sulaiman yang akhirnya berjaya

mendapatkan sokongan daripada Belanda. Kegagalan Bugis mendapatkan sokongan

VOC adalah disebabkan Belanda amat berminat terhadap hasil timah yang dikuasai orang

Bugis dikawasan Selangor, Perak dan Linggi.14Masalah dalaman Siak akibat perselisihan

masyarakat Melayu Johor dan Bugis telah menyebabkan perdagangan VOC menghadapi

masalah dan menimbulkan kemarahan Belanda yang seterusnya mengambil keputusan

menyerang Bugis. Pada 1758, Daeng Kemboja telah tewas dan terpaksa menyetujui

syarat perjanjian yang telah diutarakan VOC dan terpaksa menyerahkan Linggi dan

Rembau kepada VOC.

14
Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2005, hlm. 153.

8
Daeng Kemboja berusaha memperkukuhkan pelabuhan Riau dan berjaya

menjadikan Riau sebagai pelabuhan jarak jauh yang berkembang dengan pesat.Malahan,

Beliau turut melanggar perjanjian yang dimeterai dengan Belanda melibatkan timah yang

dianggap sebagai barang mutlak mereka. Bugis turut bertindak berbaik dengan SHTI

(Syarikat Hindia Timur Inggerish) dan ini mengancam VOC yang seterusnya mula

berkasar dengan kerajaan Johor. VOC bertindak membendung kejayaan Riau dengan

memberi amaran terhadap tongkang-tongkang ke Riau, Acheh, Pasai dan kawasan-

kawasan sekitarnya. Betawi kembali berlembut dan mahu memperbaharui persahabatan

serta perjanjian apabila Raja Muda menggantikan Raja Haji.

Pada 1782, VOC telah menawan sebuah kapal Inggeris bernama Betsy yang di

perairan Johor-Riau dan dibawa ke Batawi dan membahagikan hasil rampasan dengan

nakhoda kapal Perancis yang turut terlibat. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Johor

kerana telah melanggar perjanjian antara kedua-duanya, maka berlakulah peperangan.

Raja Haji mendapat pertolongan Rembau dan anak saudaranya Sultan Ibrahim dari

Selangor, manakala VOC dibantu oleh Terengganu dan Siak. Peperangan itu berakhir

pada Jun 1784 setelah kematian Raja Haji dan lima ratus orang Bugis.15 VOC berjaya

mengalahkan dan melemahkan kekuasaan Bugis termasuk di Selangor dan Johor.

November 1784 telah menyaksikan Riau menjadi jajahan takluk VOC dan VOC

mendapat monopoli perniagaan.

Seperti negeri-negeri melayu lain,dapat dilihat bahawa soal pergantian takhta

terus membuka peluang kepada campur tangan asing terutama Inggeris. Inggeris terlibat

dalam kerajaan Johor apabila perebutan kuasa berlaku antara Sultan Mahmud dan
15
A. Samad Ahmad, Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm.71.

9
Tengku Hussein iaitu putera kepada Sultan Mahmud pada tahun 1812. Sultan Hussein

sepatutnya menggantikan Ayahandanya tetapi Orang Bugis yang sangat berpengaruh di

Johor telah melantik adindanya Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor dan diakui

oleh Belanda.16Perebutan kuasa ini telah membuka jalan kepada Stamford Raffles yang

berjanji akan memberi mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan Johor seandainya

pihak Inggeris dibenarkan membuka penempatan di Singapura, Temenggung Abdul

Rahman menyetujui tawaran Raffles kerana beliau menyokong Tengku Hussein.

Sejak 1818 , Haji Buyong Ali menyifatkan perebutan kuasa antara Belanda

dengan Inggerish telah menyebabkan Johor di rinchis-rinchis orang barat untuk

memonopoli perdagangan dan melaksanakan dasar penjajahan mereka. Akhirnya,30

januari 1819, satu perjanjian telah ditandatangani antara Raffles dengan Tengku Hussein

serta Temenggong Abdul Rahman. Perjanjian yang telah dimeterai membenarkan

Inggeris mendirikan sebuah loji di Singapura .Raffles dapat merasakan Sultan Abdul

Rahman di Johor tidak akan menerima perjanjian tersebut. Baginda berada di bawah

pengaruh Belanda lalu Inggeris mengiktiraf Tengku Hussein dan.17Pada 6 Febuari 1819,

Raffles menandatangani satu lagi perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman dengan

Tengku Hussein. Perjanjian ini berjaya meletakkan kekuasaan penuh orang Inggeris

terhadap singapura. Penubuhan Singapura ini telah menyaksikan berakhirnya penguasaan

orang melayu terutama johor terhadap pelabuhan–pelabuhan lain di selat Melaka dan

Johor tua terus terpisah daripada Singapura.

Perjanjian Inggerish Belanda yang ditandatangani pada 1824 oleh pihak British

dan Belanda bagi mengelakkan perselisihan antara kedua kuasa eropah ini telah memberi

16
Sulaiman Zakaria, Inggeris Di Semenanjung, Kuala Lumpur: Goodmark Enteprise, 1994, hlm. 9.
17
Ibid., hlm. 10

10
impak besar ke atas empayar Johor-Riau. Kerajaan Johor telah terpisah kepada dua

lingkungan pengaruh.Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura berada dibawah

pengaruh Belanda. Hal ini telah mengakhiri empayar Johor-Riau.

Raffles telah mengubah kerajaan Johor yang dahulunya meliputi Johor, Riau,

Lingga, Pahang, Singapura dan banyak lagi kawasan. Kerajaan itu mula berpecah : Riau

–Lingga tinggal dalam pengaruh Belanda dan kemudiannya langsung dikuasai penuh

oleh Belanda. Singapura dan semenanjung lucut secara langsung jatuh ke tangan

Inggerish ,Johor menjadi rebutan keturunan Sultan Husain dengan keturunan

Temenggung Abdul Rahman yang jatuh ke tangan temenggung yang membentuk

kesultanan baru di Johor. Riau-lingga, Singapura dan Johor merdeka dengan sendirinya.

Perubahan ini telah menjayakan penjajahan kuasa Belanda dan Inggerish untuk

menjalankan dasar penjajahan ke negeri-negeri melayu-pecah dan perintah.18

PENUTUP

Maka, jelaslah apa yang saya katakan bahawa kejatuhan kerajaan Johor semenjak

kemangkatan Sultan Mahmud II takhta kerajaan Johor mulai menjadi rebutan dan konsep

raja sebagai penyatuan menjadi semakin hambar. Pertelingkahan yang silih berganti ini

mendorong minat kuasa eropah yang sememangnya sedang mencari pangkalan di Asia

Tenggara untuk campur tangan.Kerajaan Johor terus merosot apabila perjanjian Inggeris-

Belanda ditandatangani dan menamatkan terus kekuasaan dan kemashyuran kerajaan

Johor.Negeri-negeri dibawah naungannya berjaya membebaskan diri meninggalkan Johor

sebagai sebuah peradaban yang kian tenggelam pengaruhnya.

18
Haji Buyong bin Adil, Sejarah Singapura:Rujukan Khas Mengenai Peristiwa-peristiwa sebelum Tahun
1824, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ,1972, hal.66

11
BIBLIOGRAFI

Abdul Latif Abdul Bakar.1984.Sejarah di Selat Melaka.Kuala Lumpur:United Selangor
Interprise sdn.bhd.

Alexander Hamilton.1930. A New Account of The East Indie. London: The Argonut
Press.

H aji Buyong Bin Adil. 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka .

Haji Buyong bin Adil. 1972. Sejarah Singapura:Rujukan Khas Mengenai Peristiwa-
peristiwa sebelum Tahun 1824. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leonard Y. Andaya.1987.(terj.) Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan
Politik,Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusof Hashim.1998.Pensejarahan Malaysia Nusantara.Kuala Lumpur :Teks
Publishing Sdn Bhd.

Muhamad Yusoff Hashim.1992.Hikayat Siak.Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Samad Ahmad.1985.Kuala Lumpur: Kerajaan Johor-Riau.Dewan Bahasa dan Pustaka.

12
Salleh Hamzah. Perpecahan Empayar Johor. Kuala Lumpur :Longman Malaysia
Sdn.Bhd.

Sulaiman Zakaria.1994. Inggeris Di Semenanjung.Kuala Lumpur:Goodmark Enteprise.

Watson barbara and Leonard Y.2001. Andaya. A History Of Malaysia.
Basingtokt: Palguvale.

13