You are on page 1of 7

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK Salah satu teori yang terkenal ialah Teori Segitiga Semiotik yang dipelopori oleh

Richard & Ogden. Berdasarkan kepada teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Ketiga-tiga unsur tersebut ialah lambang atau bentuk kata, rujukan, dan konsep, seperti dalam rajah di bawah:

Menurut sumber Jurnal Bahasa (2009), lambang merujuk kepada aras hubungan yang wujud antara bentuk tanda dengan referen yang bersifat arbitrari dan konvensional. Sebagai contoh adalah seperti tulisan, bahasa-bahasa bagi perkataan tersebut dan sebagainya. Lambang juga boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut kehendak sesebuah masyarakat. Kemusian, konsep ialah fikiran seseorang mengenai bentuk atau ciri-ciri yang terdapat pada benda yang diucapkan. Misalnya, konsep bagi burung ialah mempunyai sayap, berbulu, berkaki dua dan sebagainya. Manakala, rujukan ialah gambaran yang ada dalam dunia nyata dan juga ada pada pemikiran seseorang. Contohnya ialah rujukan bagi burung ialah imej atau gambarburung yang ada dalam otak seseorang. Ketiga-tiga unsur tersebut menunjukkan adanya hubungan langsung atau pun tidak langsung. Perkara ini dapat digambarkan melalui bentuk segitiga sepertimana yang digambarkan dalam rajah berikut:

Konsep atau fikiran mempunyai hubungan secara langsung (direct relationship)dengan keduadua unsur yang lain iaitu bentuk kata (lambang) dan benda (referen). Bentuk kata iaitu lambang dan benda atau dengan kata lain ialah referen mempunyai hubungan yang tidak langsung (indirect relationship iaitu antara hubungan bahasa dan hubungan dunia sebenar (Palmer, 1981: 24). Justeru itu, perhubungan antara keduanya ditandai dengan garis yang putus.

4.0 PERMASALAHAN TEORI SEGITIGA SEMIOTIK DALAM MENGANALISIS MAKNA Richards dan Ogden telah memperkukuhkan kajian mereka dalam kajian semantik iaitu dengan mewujudkan teori segitiga semiotik sebagai kesimbungan daripada kajian perlambangan linguistik oleh Ferdiand De Saussure. Walau bagaimanapun, sepertimana teori semantik yang lain, teori ini juga tidak sempurna yang mana kelemahan juga wujud di dalamnya.

4.1 KELEMAHAN TEORI Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan iaitu yang pertama teori ini pada hakikatnya tidak dapat menjelaskan hubungan di antara lambang dan rujukan. Kedua, teori ini juga tidak mampu untuk menghuraikan kata-kata yang terbentuk dari perkataan yang bersifat metafora atau bahasa kiasan, ketiga teori ini tidak berupaya untuk menjelaskan perkataan-perkataan yang berbentuk abstrak dan keempat teori ini tidak dapat menjelaskan di antara konsep dan rujukan disebabkan ambiguiti.

4.1.1

Tidak dapat menunjukkan hubungan referen dengan lambang

Kelemahan yang sangat ketara pada teori ini ialah ia tidak dapat menunjukkan hubungan referen dengan lambang sesuatu perkara. Ini kerana kita tidak dapat menggambarkan sesuatu benda itu seperti bentuk khususnya setiap kali kita menyebut nama atau perkataan yang merujuk kepadanya. Tidak semestinya jika penutur dan pendengar itu merujuk kepada rujukan yang sama. Ini mungkin berbeza dari segi saiz, bentuk, warna dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, perkataan <jam> merupakan lambang yang menggambarkan sebuah jam dalam fikiran. Ada hubungan antara fikiran dengan <jam>, dan ada juga hubungan antara fikiran dengan benda sebenar. Namun, hubungan antara lambang dengan <jam> adalah tidak

langsung. Sesuatu lambang itu boleh berubah mengikut pengalaman dan pemikiran seseorang. Mungkin ada yang melambangkan <jam> sebagai jam tangan, jam dinding, jam digital,jam lonceng dan sebagainya. Begitu juga, dengan perkataan konkrit yang lain seperti <kasut> merupakan lambang yang dapat dikenali melalui konsepnya iaitu digunakan untuk berjalan dan dipakaikan kepada bahagian kaki sahaja. Jadi jelas yang di antara lambang dan konsep itu ada hubungan langsung. Walau bagaimanapun, lambang dan referen itu tidak mempunyai hubungan langsung kerana lambang <kasut> boleh saja dilambangkan sebagai <shoe> dalam bahasa Inggeris atau <sepatu> dalam bahasa Indonesia. Namun, hubungan antara fikiran dengan benda dan lambang masih sama. Oleh yang demikian, hubungan diantara lambang dan benda pada umumnya tiada hubungan yang mutlak. Hubungan ini dapat dikatakan sebagai arbitari iaitu bergantung kepada tanggapan yang ditentukan oleh sesuatu kumpulan penutur bahasa atau komuniti bahasa. Gambar rajah di bawah merujuk kepada teori segitiga semiotik yang tiada hubungan langsung di antara lambang dan benda:

4.1.2

Tidak mampu menjelaskan perkataan yang bersifat metafora

Kelemahan lain teori segitiga semiotik ini juga dapat diketahui melalui penggunaan metafora iaitu penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat, atau disebut sebagai bahasa kiasan. Penggunaan perkataan yang bersifat metafora tidak mampu untuk dijelaskan dalam teori segitiga semiotik ini kerana sifat metafora adalah tidak tetap dan berubah jika dilihat dari sudut referen atau rujukan. Sebagai contoh, perkataan <ibu> merujuk kepada konsep seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi jika ia

merujuk kepada <ibu kota> referennya sudah berlainan daripada makna leksikal. Jika dilihat dari segi lambang <ibu> setentu mempunyai hubungan langsung kepada konsep. Tetapi konsep dan rujukan tidak dapat dihubungkan kerana mungkin sahaja konsep yang difikirkan itu merujuk kepada ibu sebenar atau ibu kota. Terdapat juga contoh yang lain dalam penggunaan perkataan metafora seperti <badan> iaitu jika merujuk kepada konsep anggota tubuh manusia. Tetapi perkataan <badan> itu juga boleh berubah makna dan sifatnya jika ianya telah ditambah dengan perkataan lain sebagai bahasa kiasan. Sebagai contoh <badan kebajikan> telah berubah referennya daripada makna leksikalnya iaitu anggota tubuh manusia kepadakumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk mengerjakan sesuatu perkara yang membawa kebaikan. Ini bermakna hubungan di antara konsep dan referen juga tidak mempunyai hubungan yang secara langsung. Oleh itu, perkataan yang berbentuk metafora susah untuk mencapai makna dalam teori segitiga semiotik kerana rujukan itu bersifat tidak tetap dan bergantung kepada situasi dan penggunaan ayat tersebut. Di bawah ialah gambar rajah teori segi tiga semiotik yang berasaskan metafora.

4.1.3

Tidak mampu menjelaskan perkataan yang berbentuk abstrak.

Pada asasnya, makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada maksud sesuatu benda. Contohnya ini gitar, sambil menunjuk ke arah sebuah gitar. Makna perkataan tersebut boleh diperolehi apabila kita melihat sebuah gitar. Namun, apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda yang hendak ditunjuk dan bersifat abstrak, seperti perasaan, maka perkataan tersebut tidak akan dapat diberikan makna. Abstrak juga mempunyai bentuk atau ciriciri yang sukar untuk difikirkan atau dilambangkan ke dalam otak. Oleh itu, benda yang bersifat abstrak tidak dapat diaplikasikan kepada teori ini.

Ini merupakan salah satu lagi kelemahan teori segitiga semiotik iaitu tidak mampu menjelaskan kata-kata yang berbentuk abstrak. Perkataan abstrak ini susah untuk digambarkan dalam pemikiran seseorang kerana ia boleh jadi dalam bentuk apa saja. Tegasnya, perkataan abstrak ini tidak dapat ditunjukkan oleh konsep atau referen secara nyata dan objektif. Sebagai contoh, perkataan marah, jika diandaikan konsepnya terdiri dari mempunyai adrenaline yang tinggi pada badan seseorang itu, maka apa halnya pula jika dikaitkan dengan perkataan gembira, ia juga mempunyai adrenaline yang tinggi juga. Perasaan marah ini juga boleh digambarkan dengan seseorang yang mengeluarkan suara yang tinggi. Tetapi jika seseorang itu marah dengan mendiamkan dirinya, apakah konsepnya itu dapat diselaraskan dengan pemikiran orang lain? Sudah tentu jawapannya tidak. Ini kerana konsep bagi benda yang bersifat abstrak boleh sahaja menjadi bentuk yang berlainan. Sebagai contoh persoalan, adakah situasi meninggikan suara itu hanya ada pada ciri kata bagi marah? Tidak semestinya. Ini kerana meninggikan suara bukanlah suatu ciri yang mutlak bagi kata marah. Justeru itu juga, bagaimana pula jika seseorang itu mengeluarkan suara yang tinggi untuk menjalankan aktiviti perbarisan berkawat seperti yang selalu dibuat oleh pasukanpasukan polis, askar dan sebagainya. Rajah segi tiga semiotik bagi perkataan abstrak dapat digambarkan seperti di bawah:

Menerusi gambar rajah di atas, maka jelaslah bahawa hubungan lambang, fikiran dan benda mempunyai garis putus yang bermaksud tiada hubungan yang langsung dalam menyampaikan makna abstrak dalam bentuk segi tiga semiotik. Ini kerana hubungan lambang marah itu tidak dapat dihubungkan dengan fikiran dan juga benda.

4.1.4 Tidak dapat menjelaskan di antara konsep dan rujukan disebabkan ambiguiti

Secara ringkasnya, ambiguiti ini bermaksud ketaksaan dalam konsep. Ia dapat mengandungi lebih daripada satu makna. Ambiguiti boleh terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kekaburan rujukan, ketidakpastian makna, sesuatu benda/barang atau frasa, kekurangan penentuan pada makna sesuatu benda dan akhir sekali makna benda melibatkan pertentangan tafsiran yang berlainan. Contoh iklan yang dianalisis oleh pengkaji adalah ambiguiti jenis keempat iaitu makna benda melibatkan pertentangan tafsiran yang berlainan dengan menggunakan teori segi tiga semiotik adalah iklan yang terdapat di dalam iklan minuman pepsi sempena world cup 2010 yang membawa tema refresh your world.

Daripada rajah di atas dapat diandaikan bahawa keseluruhan iklan merupakan lambang dalam segi tiga semiotik. Manakala dari segi konsepnya pula boleh membawa dua makna yang berbeza sama ada iklan tersebut menerangkan tentang bola sepak atau minuman berkabonat iaitu pepsi. Sementara rujukan bagi iklan ini adalah temanya yang berjudul refresh your world Dalam iklan ini telah memaparkan mengenai adanya kesamaran di dalam konsep iaitu terdapat ambiguiti di dalamnya. Iklan ini mungkin ingin menyampaikan sama ada tentang pemainan bola sepak sempena piala dunia 2010 atau tentang minuman berkarbonat Pepsi. Maka timbul kekeliruan tentang konsep yang ingin disampaikan di dalam iklan ini. Ambiguiti ini terjadi apabila terdapat 2 interpretasi yang berbeza iaitu yang pertama bagi yang tidak mengetahui permainan bola sepak. Sementara yang kedua pula adalah bagi yang mengetahui tentang permainan bola sepak. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai persepsi dari segi konsep terhadap iklan yang ditayangkan. Dari segi konsep interpretasi yang pertama, permainan bola sepak dapat dilihat daripada peraturan yang berbeza dalam permainan bola sepak di Afrika Selatan. Iklan ini memperlihatkan padang bola sepak itu tidak mempunyai kawasan yang tetap dan terhad. Oleh

itu, timbul satu konsep yang baru dalam permainan bola sepak iaitu di Afrika Selatan tidak mempunyai sistem peraturan yang tetap seperti yang terdapat dalam Piala Dunia. Maka tema Refresh your world itu merujuk kepada peraturan yang baru dalam permainan bola sepak. Manakala bagi yang tidak mengetahui bola pula mereka beranggapan bahawa iklan ini adalah iklan berkaitan tentang perbezaan budaya dari segi kesatuan dan kemuafakatan masyarakat Afrika. Bagi mereka yang tidak mengetahui tentang bola sepak, pada pandangan awal mereka akan menganggap bahawa iklan ini berkisar tentang minuman ringan berkarbonat iaitu Pepsi. Dalam iklan tersebut pemain bola sepak yang datang dari Eropah telah datang ke sebuah pekan yang terdapat di Afrika. Dalam satu babak iklan tersebut mereka telah bertanya kepada sekumpulan remaja Afrika bagaimana untuk mendapatkan Pepsi yang sedang mereka minum. Lalu remaja tersebut membalas dengan mengatakan untuk mendapatkan minuman tersebut mereka hendaklah bermain terlebih dahulu dengan pemain tempatan. Setelah selesai permainan, permain Eropah tersebut telah diberikan minuman Pepsi seperti yang dijanjikan. Penerangan ini menunjukkan bahawa minuman yang diberikan setelah permainan tamat dapat memberi kesegaran dan menghilangkan rasa dahaga. Maka boleh dikatakan bahawa dari segi konsep minuman dalam Refresh your world itu membawa maksud menghilangkan rasa dahaga dan memberikan kesegaran. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, teori ini mempunyai kelemahan dari pelbagai aspek. Pada hakikatnya, ia tidak mampu untuk menunjukkan hubungan di antara referen dan lambang. Kedua, teori ini tidak dapat menjelaskan makna dari bentuk abstrak kerana teori lebih kepada bentuk konkrit. Bentuk-bentuk abstrak itu adalah seperti perasaan, adjektif dan sebagainya. Ketiga, teori ini tidak dapat menentukan makna dari bentuk metafora iaitu bahasa kiasan kerana sifat metafora adalah tidak tetap dan boleh sahaja berubah jika dilihat dari sudut referen. Oleh yang demikian, sebagaimana dengan teori-teori semantik yang lain, teori segitiga semiotik tidak boleh dikatakan sebagai teori yang sempurna. Seperti yang telah diterangkan di atas,sudah jelas teori ini lebih mempunyai banyak kelemahan. Jadi, kegunaan teori ini sangat terbatas dalam menjelaskan sesebuah makna.

http://www.scribd.com/doc/182513438/TEORI-SEGITIGA-SEMIOTIK

You might also like