You are on page 1of 6

1.

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru fasa lima telah dijalankan dan disertai oleh semua pelajar dari kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011 Semester lima. Terdapat dua sesi yang perlu dilaksanaan untuk program ini iaitu sesi pertama ceramah bersama pensyarah jemputan dan sesi kedua pula ialah lawatan benchmarking ke sekolah cemerlang.

Sesi pertama iaitu ceramah telah dijalankan pada 4 Februari 2013 bersamaan dengan hari isnin yang bertempat di Dewan Al-Khwarizmi.Sesi ini berlangsung pada waktu petang kerana terdapat kuliah pada waktu pagi. Tajuk yang dipilih untuk dikongsikan bersama ialah Guru dan Perundangan. Sebagai seorang bakal guru

sememangnya penting untuk mengetahui perkara ini.Perkara ini adalah kerana guru perlu mengetahui tentang undang-undang dam peraturan yang perlu dipatuhi dalam profesion perguruan.

Penceramah jemputan bagi sesi ceramah ini ialah Encik Mohd.Zain Bin Badui juga merupakan pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.Beliau banyak berkongsi tentang ilmu pengatahuan serta pengalaman yang berkaitan dengan guru dan perundangan ini.Program ini juga sangat penting bagi guru pelatih sebelum mengajar di sekolah kelak

2.0

MATLAMAT

Program Bina Insan Guru merupakan salah satu pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

3.0

OBJEKTIF

Melalui Program Bina Insan Guru ini, pelajar akan dapat: 3.1 Meningkatkan kefahaman guru pelatih tentang kaitan profesion perguruan dan 3.2 perundangan negara.

Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan berpengetahuan tinggi.

3.3

Meningkatkan kefahaman guru pelatih terhadap pentingnya membina kualiti peribadi dan profesionalisme yang seimbang.

3.4

Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat.

3.5

Meningkatkan kefahaman guru pelatih tentang peranan guru sebagai seorang pendidik dan agen perubahan masyarakat.

3.6

Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab guru dalam memberikan perhidmatan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara.

4.0

REFLEKSI

Kekuatan:

Penulis telah mendapat banyak pengetahuan mengenai guru dan perundangan melalui suatu sesi ceramah bersama pensyarah jemputan. Antaranya ialah

pengetahuan yang berkaitan dengan akta-akta yang terkandung dalam Perlembagaan. Saya sedar bahawa perkara ini penting kerana guru di sekolah boleh disaman atau didakwa jika melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan peraturan. Maka adalah penting bagi guru untuk memiliki pengetahuan asas bagi guru tentang perundangan ini. Apabila telah mengetahui tentang perundangan ini, guru akan lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan yang betul. Saya juga menyedari bahawa saya harus mempersiapkan diri saya sendiri dari segi fizikal dan mental. Hal ini kerana profesion ini mempunyai banyak cabarannya.Kadang kala terdapat juga tindakan guru yang mengajar murid ke arah kebaikan dipertikaikan oleh masyarakat di luar. Misalnya murid didenda dengan dirotan oleh guru disiplin kerana ponteng sekolah. Walaupun tujuan guru tersebut baik agar murid tidak lagi mengulangi perbuatannya yang tidak baik tersebut namun pihak luar akan menyalahkan tidakan guru tersebut. Maka guru harus bijak dalam memilih dan melaksanakan tindakan yang betul dalam menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah.

Pekerjaan sebagai guru dikategorikan sebagai sebuah pekerjaan yang paling mulia. Hal ini kerana seorang guru akan memberikan tunjuk ajar serta ilmu

pengetahuan kepada anak bangsa untuk menjadi bakal pemimpin yang menggantikan pemimpin yang ada pada masa sekarang. Jadi, saya faham bahawa sebagai seorang bakal guru seharusnya menjaga nama baik profesion ini. Contohnya tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakan nama baik profesion ini seperti merokok. Hal ini kerana guru telah dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling untuk mengajar anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan.

Selain itu, sesi ceramah ini juga mengingatkan diri saya sendiri agar sentiasa mengambil tindakan yang bijak dan rasional dalam melakukan sesuatu. Hal ini kerana guru adalah sebagai model kepada murid-murid sekolah. Contohnya, guru harus

memakai pakaian yang sesuai dan kemas ketika di sekolah. Hal ini bukan sahaja terkandung dalam peraturan profesion ini tetapi ia juga membawa kesan kepada muridmuird. Jika guru kemas ke sekolah, maka murid-murid juga akan mengikuti perlakuan guru namun jika guru tersebut yang tidak kemas ke sekolah maka murid-murid juga tidak akan berpakaian kemas ke sekolah. Perbuatan ini akan menjejaskan imej

seseorang guru itu dan justerunya menjejaskan imej sekolah secara langsungnya.

4.3

kelemahan Menerusi ceramah yang ringkas, penulis hanya memahami secara kerseluruhan

tentang ceramah ini dan bukan secara terperinci. Pelbagai perkara yang harus dihadapi oleh diri sendiri untuk mengetahui undang-undang dan peraturan. Berdasarkan pengalaman penceramah, setiap perkara hanya dapat dilihat kesemuanya melalui apa yang telah dilalui.

4.4

Penambahbaikan Untuk memantapkan lagi pengetahuan guru dalam pengalaman melalui program

bina

insan

guru,

setiap

ceramah

boleh

menyediakan

buku

panduan

yang

berprofesionalisme perguruan dan dikaitkan dengan tajuk ceramah bagi mengisi pengetahuan dalam guru. Buku tersebut haruslah terperinci dan jelas serta huraian yang ringkas serta mudah dipatuhi.

5.0

PENUTUP

Kesimpulannya, sesi ceramah ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Saya dapati ilmu pengetahuan yang saya dapati serta manfaat yang saya terima hasil daripada sesi ceramah ini sangat berguna untuk saya praktikan dan gunakan di sekolah kelak. Saya juga menyedari akan kepentingan untuk menjaga nama baik diri sendiri, kerjaya, organisasi dan komuniti. Tindakan yang diambil juga akan mempengaruhi

kesan yang dialami. Maka sebagai seorang guru harus memilih tidakan yang rasional. Saya sangat bersyukur kerana dapat mengikuti ceramah seperti ini kerana banyak memberikan kebaikan kepada saya sebagai seorang bakal guru.

ISI KANDUNGAN BIODATA 1.0 2.0 3.0 4.0 4.1 4.2 4.3 PENGENALAN. MATLAMAT OBJEKTIF.. REFLEKSI .......................................................................................... kekuatan.......................................... kelemahan.................................................. penambahbaikan.............................................

5.0

PENUTUP.............................................................................................. LAMPIRAN.............................................................................................

You might also like