You are on page 1of 4

1.

Tugasan Harian 1Keluarga Bahagia Menjamin Masyarakat Penyayang Satu hal yang menjadi
keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah berpuncadaripada status
kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Darinya akan mewujudkan sebuah masyarakatyang
berbudi dan berbudaya mulia yang akhirnya akan membentuk satu sistem sosial yang mantap
dandapat menghadapi pelbagai arus cabaran. Memandangkan betapa pentingnya institusi
kekeluargaandalam pembentukan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, maka
sewajarnya ia diberiperhatian utama. Justeru itu satu program khusus diperkenalkan yang diberi
nama RUMAHKUSYURGAKU. Program ini dilaksanakan dengan tujuan mewujudkan keluarga
bahagia ke arah melahirkanmasyarakat penyayang dan bersatupadu selaras dengan ajaran
Islam dan wawasan 2020. Dengan mengetahui betapa pentingnya sebuah keluarga yang
bahagia untuk mewujudkanmasyarakat penyayang, kita haruslah selalu mengamalkan nilai kasih
sayang terhadap keluarga. Kitapatutlah mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap
setiap anggota keluarga supaya konflikdan masalah tidak wujud antara keluarga. Sehubungan
dengan itu, keluarga bahagia dapatlah wujudkanmasyarakat penyayang. Kita juga harus
mempunyai peka cinta yang berkekalan sesama ahli keluargasupaya wujudnya keluarga bahagia.
Dengan adanya cinta yang berkekalan, keluarga itu akan menjadilebih kukuh kerana saling
memahami antara satu sama lain. Selain itu, nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan juga harus
diamalkan oleh setiap anggotakeluarga. Kita harus menerima ,menghormati dan mengamalkan
adat dan kepercayaan keluarga sendiri.Setiap agama dipercayai akan memberi pengajaran
kepada seseorang supaya tidak melakukan kegiatantidak bermoral atau keruntuhan akhlak.
Dengan ini, masyarakat penyayang akan wujud. Kita jugapatutlah mengekalkan tradisi yang
diwarisi secara turun temurun. Sesebuah keluarga bahagia akanwujud jika setiap anggota
keluarga mematuhi segala suruhan Tuhan. Kesimpulannya, hubungan yang baik antara anggota
keluarga amat diperlukan untuk melahirkansebuah keluarga yang bahagia. Dengan adanya
hubungan yang kukuh dan kasih sayang antara sesebuahkeluarga, masyarakat penyayang dapat
diwujud. (278) patah perkataan
2. Tugasan Harian 2Tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar Alam semula jadi merupakan satu anugerah Tuhan yang amat besar
dan tidak ternilai kepadamanusia sejagat. Pemuliharaan alam semula jadi merupakan salah satu
prinsip Pendekatan IslamHadhari yang ingin dilestarikan supaya ianya berada dalam keadaan
amat selesa, cantik, dan indahseperti mana yang disarankan oleh Islam. Selain daripada agama
Islam, pemeliharaan alam semula jadijuga amat dititikberatkan oleh agama-agama lain seperti
Kristian dan Buddha. Kerajaan dan masyarakat telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara
dan memuliharaalam sekitar. Sebagai seorang ahli masyarakat, nilai menyayangi dan
menghargai alam sekitar amatdiperlu bagi memastikan kesinambungan kehidupan manusia
sejagat. Kita harus memelihara alamsekitar dengan mengelakkan pembaziran sumber alam.
Misalnya, kita harus mematikan peralatanelektrik apabila tidak digunakan untuk menjimatkan
sumber yang semakin berkurangan. Selain itu, kitajuga harus bersama memulihara alam sekitar
supaya penggunaan alam dapat diguna pakai sehinggagenerasi akan datang secara kualitatif
dan kuantitatif. Contohnya, kita dapat menanam pokok-pokok disekelilingi kawasan rumah
supaya kualiti udara dapat ditingkat semula dan secara tidak langsungmenghijaukan bumi kita.
Tambahan pula, kerajaan dan masyarakat harus mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu
alamsekitar. Persoalan alam sekitar patut diprihatinkan supaya langkah mengatasi masalah itu
dapat diambildan dilaksanakan secara berkesan. Misalnya dalam konteks semasa, impak
pencemaran alam sekitarsudah menjadi global yang terserlah menerusi fenomena pemanasan
suhu bumi, pencemaran merentasisempadan dan corak pengembelengan sumber tidak lestari.
Jadi, pihak kerajaan dan masyarakatharuslah berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah
ini seperti menyokong program ktiar semulayang dianjurkan oleh kerajaan dan pihak swasta.
Dengan ini, pencemaran darat akan ditangani secaratidak langsung. Konklusinya, setiap individu
dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memulihara alamsekitar yang dikurniakan oleh
Tuhan. Segala tindakan yang membawa kepada kerosakan dankemusnahan alam semula jadi
hendaklah dihentikan segera. (279) patah perkataan
3. Tugasan Harian 3Menghormati Hak Wanita Tanggungjawab Bersama Pepatah Melayu
mengatakan Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncangkandunia . tulah
senario sebenar wanita-wanita pada hari ini. Kini wanita bukan lagi dianggap sebagaipenghuni
tetap ceruk dapur semata-mata tetapi telah menjadi salah satu entiti penting dalampembangunan
negara. Sehubungan dengan itu, setiap individu mesti menghormati hak wanita pada bila-bila
masa. Hakwanita patut dilindungi dengan membenarkan mereka mendapat pendidikan dan
pekerjaan, peluangkenaikan pangkat dan mendapat perlindungan daripada keganasan.
Tambahan pula, setiap individuharus mengiktiraf hak wanita untuk melibatkan diri dalam mana
mana bidang sahaja. Sumbanganwanita tidak dapat diabaikan walaupun dalam bidang sukan,
atlit-atlit wanita bersama-sama atlit-atlitlelaki telah mengharumkan nama negara dalam sukan
renang. Misalnya puteri renang yang tidak asinglagi seperti Nurul Huda serta Nicole David yang
mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy. Initelah mengambarkan wanita juga memberi
sumbangan kepada Negara dan hak mereka harus dihormati. Di samping itu, setiap individu
harus mengamalkan nilai keadilan terhadap wanita dan lelaki.Wanita harus diberi tindakan dan
keputusan yang saksama setaraf dengan lelaki tidak kira dalam aspekpendidikan atau pekerjaan.
Tokoh-tokoh wanita yang melibatkan diri dalam bidang politik sepertiseperti Datuk Paduka
Rafidah Aziz dan Datuk Siti Norma Yaacob telah membuktikan bahawa wanita jugamampu
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna jika dilayan adil serta diberi
peluang.Sebenarnya, individu juga harus bertindak tidak berat sebelah terhadap lelaki ataupun
perempuan.Wanita yang dapat menerima pendidikan yang sama dengan lelaki tidak hairan untuk
menjawat jawatanpenting dalam syarikat-syarikat besar. Oleh itu, kita mesti mengiktiraf wanita
sebagai individu yangboleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara sekiranya diberi
layanan yang tidak beratsebelah. Kesimpulannya, setiap individu harus menghormati hak wanita
dan memberikan layanan secaraadil kepada mereka. Dengan ini, wanita akan berpeluang untuk
memberi sumbangan kepadamasyarakat serta Negara. (287) patah perkataan
4. Tugasan Harian 4Kepentingan amalan nilai amanah bagi setiap kakitangan kerajaan untuk
menangani masalah rasuah Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau
makan suap dan konotasiini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat
itu. Semakin tinggi kadar rasuah disesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi
masyarakat luar terhada kemampuan rakyatnegara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama
dalam aspek ekonomi. Media massaa turutmenyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai
kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalanrasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini
semakin menular dalam masyarakat kita. Sebenarnya, setiap kakitangan kerajaan harus
mengamalkan nilai amanah dalam menjalankanurusannya untuk menjamin kemajuan dan
keamanan Negara. Mereka harus mempunyai sikapbertanggungjawab yang kekal kerana mereka
diamanah untuk menguatkuasakan undang-undang danmenegakkan keadilan. Tambahan pula,
kakitangan kerajaan yang amanah dapat menimbulkankepercayaan rakyat terhadapnya.
sesebuah Negara akan berkembang maju dan mencapai keamananjika wujudnya kepercayaan
antara rakyat terhadap pihak kerajaan. Oleh itu, amalan rasuah harusdibanteraskan kerana itu
bukan sahaja mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan tetapijuga membentuk
masyarakat yang tidak sihat. Secara tidak langsung, imej Negara akan terjejas. Di samping itu,
setiap kakitangan kerajaan juga harus mengamalkan nilai mematuhi peraturandan undang-
undang. Mereka yang sepatut menjadikan contoh kepada rakyat malah telah
mewujudkanmasalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Sehubungan dengan itu,
masyarakat menganggapmasalah rasuah ini bermaharajalela kerana undang-undang yang
longgar terutama dalam aspekpemberian tender dan projek lain telah menyebabkan ramai
pekerja awam mengambil kesempatandaripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara
haram ini. Hal ini telah membuktikan betapapentingnya untuk seorang kakitangan kerajaan untuk
menerima dan memahuthi peraturan sertaundang-undang Negara. Konklusinya, kakitangan
kerajaan harus berpegang teguh kepada amanah serta mematuhiperaturaan dan undang-undang
supaya masalah rasuah dapat dibanteraskan. (270) patah perkataan
5. Tugasan Harian 5Kepentingan amalan saling menghormati dan bertolak ansur dalam
masyarakat majmuk Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu
dianggap sebagaisebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum. Tiga etnik
terbesar ialah Melayu, Cina danIndia yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama
dan bahasa masing-masing. Setiap kaummempunyai keperibadian budaya tersendiri yang
dikekalkan. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatankerakyatan dan di bawah sebuah
pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu carahidup yang dipersetujui
bersama. Sehubungan dengan itu, nilai toleransi mesti diamalkan oleh setiap warganegara
supayakeamanan dan keharmonian dalam negara tercapai. Dalam masyarakat yang majmuk ini,
sikap bertolakansur sesama bangsa dan agama yang berlainan amat dititikberatkan supaya
pertelingkahan antarakaum tidak wujud. Dengan ini, rakyat pelbagai kaum boleh bebas
mengamalkan idea, kebudayaan dankepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang
sama meletakkan kesetiaan mereka pada satunegara. Selain itu, setiap warganegara harus
mengawal perkataan dan kelakuan diri pada bila-bila masasupay tidak meyentuh isu sensitif
seperti hak-hak dan kedudukan raja, agama, kewarganegaraan danhak-hak istimewa bumiputera.
Inilah untuk menjamin kesejahteraan Negara sejagat. Tambahan pula, setiap warganegara harus
selalu hidup bersama secara aman. Masyarakat patuthidup berbaik-baik antara satu sama lain
supaya Negara kita dapat mencapai perpaduan kaum danberkembang maju. Sesebuah Negara
yang menghadapi konflik dalaman akan menjejaskan statusekonomi dan tidak akan mencapai
kemajuan. Oleh itu, setiap kaum mesti mengutamakan kedaimaiandan keharmonian hidup tanpa
mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat yang selalu bersatu-padupenting dalam masyarakat
majmuk seperti bak kata perkata bersatu teguh, bercerai roboh

. Kesimpulannya, sebagai
seorang rakyat yang cinta akan Negara, kita harus selalu bertolak ansurdan menghormati
sesama kaum supaya konflik dalaman tidak wujud. Secara tidak langsung, rakyat yangperpaduan
merupakan aset sesebuah Negara untuk mencapai kemajuan. (277) patah perkataan
6. Tugasan Harian 6Hak Pengguna harus dilindungi oleh semua pihak Orang ramai sebagai
pengguna merupakan aset penting dalam menjayakan wawasan negara.Bagi mencapai tujuan itu,
pendidikan dalam bidang kepenggunaan perlulah disemai dari peringkat kecillagi. Dalam hal
yang sedemikian, sekolah merupakan sebuah institusi yang paling sesuai untuk mendidikpelajar
tentang pendidikan kepenggunaan. Walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu,
namunhak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang
tahu atau kurangmengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran
tentang hak mereka tertentusupaya mereka dapat menuntut hak tersebut. Semua pihak telah
dipertanggungjawabkan untuk melindungi hak pengguna. Kerajaan dan pihakswasta harus
membela hak pengguna supaya hak mereka terjamin. Misalnya, undang-undang telahdigubal
oleh dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna. Manakala pendidikan
dankesedaran kepenggunaan telah diberi oleh persatuan NGO serta pihak kerajaan kepada
kalanganpengguna. Selain itu, hak-hak pengguna harus dipelihara seperti hak untuk
mendapatkan keperluan asas,hak untuk membuat pilihan, hak untuk mendapatkan maklumat,
hak untuk menuntut pampasan, hakuntuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan dan
sebagainya. Sebagai contoh, penjual-penjualdiwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai tanda
pemeberitahuan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, pengguna harus bersikap rasional
apabila membeli sesuatu barang atauperkhidmatan supaya dapat melindungi hak pengguna
sendiri. Mereka patut mengambil pertimbanganyang wajar tentang kualiti dan harga sesuatu
barang atau perkhidmatan sebelum membelinya. Sebagaimisalan, pengguna boleh membuat
pembandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli sesuatubarang supaya inflasi barang
tidak berlaku. Tambahan pula, pengguna patut boleh berfikir supaya hak-hak mereka terjamin.
Contohnya, pengguna berhak mendapatkan maklumat lanjut tentang barang atauperkhidmatan
itu jika maklumat diberi tidak lengkap. Keseluruhannya, semua pihak harus melindungi hak
pengguna termasuk pihak kerajaan, pihakswasta serta pengguna itu sendiri. Pengguna yang
berilmu dan rasional dapat membantu penguranganpermintaan di pasaran dan seterusnya
menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan. (283) patah perkataan
7. Tugasan Harian 7Kebebasan bersuara sebagai hak rakyat dengan batasan tertentu Malaysia
terkenal sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi secara meluas.Kebebasan
bersuara adalah antara hak asasi manusia yang maha penting dalam sesebuah
negarademokrasi. Ia menjadi kayu ukur sama ada demokrasi subur atau sebaliknya dalam
negara tersebut.Namun, hak asasi ini berbeza-beza interpretasinya mengikut kaca mata budaya
dan agama sesebuahmasyarakat. Lain padang, lainlah belalangnya. Di Malaysia kebebasan
bersuara didefinisikan olehperlembagaan persekutuan dan dikawal oleh undang-undang tertentu.
Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak bagi kebebasan bersuara. Kita ada
kebebasanberucap seperti menyebarkan maklumat atau idea dengan medium apa-apa sahaja.
Walaubagaimanaupun, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di negara kita dan hak ini
dihadkandengan batasan tertentu. Misalnya, isu sensitive seperti hak-hak dan kedudukan raja,
agama,kewarganegaraan, dan hak-hak Istimewa Bumiputera tidak dapat disentuh. Di samping itu,
setiapwarganegara bebas mengeluarkan buah fikiran sendiri seperti pendapat, pembaharuan
atau kritikandengan batasan tertentu. Sebagai contoh, hak untuk mendapatkan kebebasan
bersuara amat pentingbagi media massa yang memainkan peranan penting sebagai pendukung
am kebebasan berpendapatbagi semua. Selain itu, setiap warganegara harus bersikap
kesederhanaan dalam menggunakan hakkebebasan bersuaranya. Pertimbangan dan tindakan
yang dibuat patut bersifat tidak keterlaluan samaada dalam pemikiran, pertuturan atau pelakuan.
Ini adalah untuk menjamin keharmonian dankedamaian sesebuah negara supaya pertelingkahan
antara kaum tidak wujud. Tambahan pula,warganegara patut bersikap kesederhanaan supaya
tidak mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.Semasa mengeluarkan sesuatu pandangan,
kita mesti mempertimbangkan pihak lain supaya tidak akanmenyentuh isu-isu sensitif yang
mungkin menjejaskan perpaduan negara kita. Kesimpulannya, sebagai warganegara Malaysia
kita mesti bersikap kesederhanaan walaupunmempunyai kebebasan bersuara kerana kita berada
negara yang berbilang kaum. Dengan ini,kesejahteraan dan kedamaianan negara akan tercapai.
(271) patah perkataan
8. Tugasan Harian 8Mengekalkan keamanan negara tanggungjawab bersama Malaysia
merupakan sebuah negara membangun yang mampu menikmati keamanan dankestabilan politik
yang jarang ditemui di negara-negara lain. Keadaan ini membolehkan ekonomi
negaraberkembang maju dan menyediakan peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai sektor.
Namundemikian, Malaysia tetap menghadapi cabaran-cabaran dalam usaha mengekalkan
keamanan negaramalah keaamanan sejagat. Sebagai rakyat Malaysia, nilai cinta akan Negara
harus sentiasa diamalkan. Kita harus sentiasamempunyai perasaan sayang akan negara dengan
berusaha untuk menepis segala ancaman dalamandan luaran yang cuba menggugat keamanan
serta keharmonian negara. Misalnya, negara kita sedangmenghadapi ancaman najis dadah yang
semakin menular dan meningkat saban tahun. Negara bakalkehilangan tenaga kerja serta
kepimpinan pelapis jika masalah ini berterusan terjadi. Untuk mengawalancaman ini menjadi
kudis yang merebak, setiap anggota masyarakat perlu mengambil kesedaran danmembantu
kerajaan dalam menangani permasalahan ini. Masyarakat harus sentiasa
meletakkankepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan menjauhi diri daripada dadah
supaya peratusanpenagih tegar dapat diturunkan serta sekali gus mengekalkan keamanan
negara. Di samping itu, setiap warganegara harus saling membantu dan bekerjasama supaya
keamanannegara tercapai. Sudah acapkali kita dengar tentang berita kes jenayah yang dikaitkan
dengan golonganremaja seperti vandalisme, gengsterisme, dan buli. Kejadian ini telah mengugat
keamanan negara secaratidak langsung. Usaha membina yang dilakukan pada setiap peringkat
amat penting untukmembanteraskan jenayah ini, misalnya ibu bapa berperanan bagi mendidik
dan menyampaikan ajaranagama kepada anak mereka supaya mereka tidak akan terjebak ke
dalam kancah jenayah tersebut.Sebenarnya, usaha ini harus dilakukan bersama antara semua
pihak untuk mencapai keamanan dankesejahteraan negara. Pihak sekolah juga
dipertanggungjawabkan untuk menasihati pelajar agarkesannya terbabit dalam jenayah-jenayah
itu. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan
negaradaripada anasir yang buruk. Kehidupan yang aman dan damai merupakan teras kepada
pembangunannegara yang maju. (288) patah perkataan