You are on page 1of 3

Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032 1 Pengenalan Pelaburan adalah tindakan atau satu proses yang diambil

pada wang atau aset kitadengan menjangkakan pulangan pada masa akan datang iaitu memperolehi hasil daripadanya.Seperkara yang perlu diberi perhatian adalah hasilnya tidak semestinya positif. Oleh itu,mestilah mengkaji dengan terperinci sebelum sesuatu pelaburan membawa hasil sebagaimanayang dijangkakan.Ilmu dalam bidang ini bukan sekadar mengetahui istilah-istilah pelaburan sepertirisiko, pulangan, nilai masa duit, inflasi dan sebagainya tetapi tahu mengaplikasikan. Jikadilihat dari statistik industri pengurusan pelaburan, sehingga akhir 2002, Malaysiamempunyai 79 buah syarikat pengurusan dana dan 38 buah syarikat pengurusan dana amanahdengan nilai dana melebihi RM 75 billion (Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir, 2005).Unsur-unsur penting pelaburan yang perlu di dalami adalah Pelaburan jangka pertengahan kepada jangka panjang seperti kita jangkakan pulangan untuk tempoh 10 tahunke 20 tahun akan datang, Pelaburan hendaklah dibuat ke atas pelbagai asset atau industridengan taburan yang sepatutnya, Risiko yang minima berbanding pulangan atau pulangansecara relatif dan Mengambil kira kesan inflasi sebahagian daripada kos atau jangkaan kosinflasi. Definisi Al- Mudharabah Di dalam bahasa Arab, al-Mudhrabah bermaksud musafir yang di ambil daripada perkataan dharb fi al-ardh. Ini terjadi kerana ramai pedagang berniaga dengan membabitkan perjalanan yang jauh untuk memperolehi barangan, mengaut keuntungan dan sebagainya.Al-Mudharabah diaplikasi dalam akaun pelaburan am dan akaun pelaburan khas.Konsep ini merujuk kepada perjanjian yang di antara satu pihak yang mengeluarkan modal(sahib ul-mal) dengan pengusaha (mudharid) di pihak lain, untuk membolehkan pengusahamenjalankan projek perniagaan atas dasar pembahagian keuntungan mengikut nisbah yangdipersetujui. Namun begitu, apabila berlaku kerugian, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh pemodal.Sebenarnya, Al-Mudharabah telah pun menjadi amalan perkongsian sejak zaman jahiliyah sehinggalah sekarang. Rasulullah pernah bermudharabah dengan Siti Khadijah

Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032 2 dalam menjalankan perdagangan di antara Mekah dan Syria sehingga Siti Khadijah tertarik dengan rasulullah kerana kejujuran dan kebijaksannanya dan akhirnya mereka di jodohkanoleh Allah sebagai suami isteri.Tujuan sebenarnya mudharabah adalah mewujudkan kerjasama dalam bidang

perniagaan antara masyarakat iaitu antara orang kaya yang tiada pengalaman dengan pengusaha yang berpengalaman. Selain itu, ianya bertujuan untuk mengelakkan pembekuanmodal atau harta oleh orang kaya tanpa sebarang pemanfaatan. Perundangan Mudharabah Iman-iman mazhab bersependapat mengatakan bahawa mudharabah adalah harusdimana ianya di haruskan oleh al-quran, al-sunnah, al-ijma dan al-qiyas. Namun begitu,ianya terkecuali daripada gharar dan ijarah majhulah yakni sewa yang tidak diketahui.Ini dapat dibuktikan dengan dalil dari alquran surah al-muzammil 73:20 yang berbunyi: dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpahkurnia Allah. Juga firman Allah S.W.T: Kemudian setelah selesai sembahyang maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menjalankan urusan masing-masing dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah. Kesemua ayat-ayat di atas menunjukkan sifat-sifat yang menerangkan tentangkeharusan kerja pada harta melalui kontrak mudharabah. H ukum Al-Mudharabah Hukum pelaburan (al-mudharabah) adalah muamalat yang halal dalam islam yangmempunyai syarat-syarat yang telah diteteapkan oleh syarak. Selain itu, ianya juga di anggapharus dan tidak lazim kerana kedua-dua pihak iaitu pelabur dan pengusaha bolehmembatalkan kontrak pada bilabila masa.

Sistem Kewangan Islam di Malaysia ISE 4032 3 R ukunR ukun Kontrak Al-Mudharabah B agi mazhab hanafi, rukun mudharabah terbahagi kepada dua iaitu ijab dan qabul.

B agi lafaz ijab, ianya mestilah memberi makna ynag serupa samada menggunakan lafazmudarabah, muqaradah mahupun muamalah. B agi lafaz qabul, jika tawaran dan penerimaantelah diterima oleh kedua-dua pihak, maka kontrak akan terbentuk.Rukun bagi mudharabah disisi jumhur terbahagi kepada tiga iaitu dua pihak yang berkontrak (pemilik harta dan orang yang bekerja), perkara yang di kontrakkan (modal, kerja,untung) dan sighah (tawaran dan penerimaan). Untuk mazhab syafie pula mengira lima rukunmudharabah iaitu harta, kerja, untung, sighah dan dua pihak yang berkontrak.Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah rukun-rukun mudharabah adalah:PemodalPemgusahaModalKerja atau projek Sighah Jenis-Jenis Mudharabah Mudharabah terbahagi kepada dua jenis mengikut kuasa yang diberikan oleh pemodaldalam bidang muamalat iaitu mutlaqah dan muqayyadah. B agi mutlaqah iaitu mudharabah mutlak, bererti seseorang memberikan hartanyakepada seseorang tanpa batas. Ini bermaksud pengusaha diberikan kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja tanpa sebarang sekatan dalam urusan kerja tersebut dan tidak terikatdengan masa tempat, jenis perusahaan dan pelanggan. Mudharabah jenis ini memberikan pengusaha bebas melakukan muamalat-muamalat seperti menjadi wakil dan mewakili oranglain menjalankan tugasnya, menguruskan wadiah dan lain-lain serta berjual beli untuk mendapatkan untung secara biasa.Untuk mudharabah muqayyadah pula iaitu terbatas, bererti seseorang menyerahkankepada orang lain modal sebagai mudharabah supaya dapat di niagakan harta tersebut ditempat-tempat tertentu atau pada waktu tertentu. Ini bermaksud pengusaha di bataskan