You are on page 1of 47

Kewangan

PENGENALAN

Membincangkan definisi kewangan dan

kaitannya dengan bidang lain, tugas pengurus kewangan, jenis-jenis penyata kewangan, belanjawan tunai dan belanjawan modal.

DEFINISI, KAITAN DAN PERANAN Di awal topik ini, kita akan membincangkan

definisi kewangan, kaitan kewangan dengan bidang lain serta peranan dan tanggungjawab seorang pengurus kewangan.

Kewangan

Suatu seni dan sains dalam menguruskan wang. Penentuan nilai dan pembuat keputusan yang terbaik dalam aktiviti kewangan. Melibatkan pengurusan kewangan individu, perniagaan dan kerajaan - merujuk kepada tunai atau dana. Meliputi seluruh harta dan tuntutan yang dipunyai oleh perniagaan. Melibatkan aset tetap dan aset semasa termasuklah wang tunai, stok barangan niaga, akaun belum terima, bangunan perniagaan, kenderaan dan sebagainya

Fungsi kewangan adalah untuk membuat

ramalan keperluan dana, perolehan, pelaburan dan mengurus sumber-sumber dana. Tiga bidang utama iaitu pelaburan, pasaran dan institusi kewangan serta pengurusan kewangan. Kekuatan kedudukan kewangan terletak kepada jumlah pegangan tunai dan aset-aset lain. Keteguhannya bergantung berapa banyak liabiliti perniagaan yang perlu ditanggung. Perniagaan yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik mempunyai nisbah pegangan aset yang lebih tinggi daripada liabiliti.

Kaitan Kewangan Dengan Bidang Lain


Kewangan mempunyai kaitan dalam

perniagaan seperti pengeluaran, pemasaran dan pengurusan sumber manusia. Dalam pentadbiran, piawai kecekapan organisasi perniagaan bergantung kepada kecekapan pengurusan kewangannya. Organisasi dikatakan tidak cekap bila berlaku banyak pembaziran, penyalahgunaan wang, tidak merekod penerimaan dan perbelanjaan dengan betul, tiada bukti menunjukkan perbelanjaan dan sebagainya.

Bank Negara merupakan bank pusat.

Memainkan peranan penting

menyediakan suasana kewangan yang stabil. Mengawal kadar bunga dan ketersediaan dana kepada bank, kredit bank dan juga wang. Menentukan aliran kredit kepada sektorsektor tertentu. Merangka belanjawan tahunan menyenaraikan semua punca pendapatan negara dan penggunaan pendapatan negara. Mempunyai kaitan dengan fungsi pengurus kewangan syarikat.

Peranan Pengurus Kewangan Bertanggungjawab mengurus sumber dana dan

penggunaan dana dalam syarikat.


Membuat keputusan pelaburan - menentukan

jenis pelaburan - samada pelaburan jenis aset semasa atau aset tetap selari dengan objektif syarikat.

PERANAN PENGURUS KEWANGAN


(a) Membuat Analisis dan Perancangan

Kewangan Supaya ia mudah difahami. Ia membantu dan berguna dalam mengawal kedudukan kewangan. Menentukan syarikat perlu meningkatkan kapasiti pengeluaran dan mencari sumber pembiayaan tambahan.

(b) Mengurus Struktur Aset Syarikat

Pengurus perlu tentukan jumlah perlu dibelanjakan bagi aset tetap dan aset semasa. Nisbah aset semasa dan aset tetap di ambilkira dalam usaha mewujudkan kombinasi terbaik.

(c) Mengurus Struktur Modal Syarikat

Perlu tentukan kombinasi pembiayaan terbaik. Keperluan modal diperolehi dari pinjaman ataupun menerbitkan saham. Analisis terperinci perlu dilakukan untuk mencapai satu kombinasi terbaik . Keputusan ini penting kerana ia mempengaruhi keuntungan.
(d) Menjaga Kecairan dan Keberuntungan Syarikat
(kecairan - ...sesuatu aset kepada harta wang tunai dengan mudah...)

Keupayaan membiayai kewangan luar jangka perlu menyediakan tunai. Maka pengurus perlu fikirkan nisbah kecairan untuk menampung keperluan kewangan. Perlu memikirkan langkah membuat pelaburan jangka pendek, memegang sejumlah tunai atau memegang aset mudah cair.

Pengurus kewangan perlu tentukan

keuntungan yang perlu diperolehi daripada aktiviti perniagaan. Setiap keputusan pelaburan perlu mengambil risiko. Dalam menentukan keberuntungan perniagaan, pengurus perlu membuat kombinasi pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi tetapi memberi pulangan yang tinggi atau pelaburan risiko yang rendah dan pulangannya juga rendah.

PENYATA KEWANGAN

Penyata disediakan oleh pengurusan untuk pemegang saham berhubung pengendalian sumber-sumber yang diamanahkan kepada mereka. Alat perhubungan pengurus dengan pihak yang berminat ke atas syarikat. Disediakan hujung tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan dan mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan.
Penyata kewangan juga disediakan untuk

memberi perlindungan kepada aset-aset pelaburan dalam perniagaan, memastikan yang aset-aset perniagaan dikendalikan dengan sempurna dan juga sebagai alat bagi menyempurnakan tugas pengawasan

Penyata kewangan menjadi sumber

maklumat penting kepada pemegang saham dan pelabur untuk membuat keputusan. Penyata kewangan perlu mengandungi maklumat tentang prospek masa depan di samping menerangkan prestasi masa lepas.
Terdapat dua penyata kewangan yang

utama dikeluarkan kepada pihak luar iaitu i. Penyata Pendapatan


ii. Kunci Kira-kira.

Penyata Pendapatan Menunjukkan semua hasil diperoleh dan di

belanja bagi suatu tempoh perakaunan. Oleh itu, dapat mengukur prestasi perniagaan. Untung bersih diperolehi jika hasil melebihi belanja, sebaliknya rugi bersih apabila belanja melebihi hasil. Disediakan dalam bentuk T atau bentuk penyata. bentuk T ialah gabungan Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi.

Maklumat yang terdapat dalam Penyata Pendapatan ialah :


(a) Nama perniagaan; (b) Tajuk akaun atau penyata dan tempoh

perakaunan; (c) Butir-butir dan hasil perniagaan; (d) Butir-butir dan jumlah belanja perniagaan; dan (e) Untung bersih atau rugi bersih.
Kos jualan ialah kos barang niaga yang telah dijual

dalam suatu tempoh perakaunan. Jika barang yang dibeli semuanya habis dijual pada akhir tempoh perakaunan, maka untung kasar diperoleh dengan menolak belian daripada jualan. Contoh format Penyata Pendapatan ialah seperti Rajah 3.1 dibawah:

Kos jualan ialah kos barang niaga yang

telah dijual dalam suatu tempoh perakaunan. Jika barang yang dibeli semuanya habis dijual pada akhir tempoh perakaunan, maka untung kasar diperoleh dengan menolak belian daripada jualan.

Kunci Kira-kira

Kunci Kira-kira merupakan penyata yang

menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada suatu tarikh tertentu. Penyediaan Kunci Kira-kira bertujuan untuk menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan. Kunci Kira-kira boleh disediakan dalam bentuk T atau bentuk penyata. Maklumat yang terdapat dalam Kunci Kira-kira ialah: (a) Nama perniagaan; (b) Tajuk dan tarikh penyata; (c) Butir-butir dan amaun aset; (d) Butir-butir dan amaun liabiliti; dan (e) Ekuiti pemilik

Bagi Kunci Kira-kira dalam bentuk T, aset

disusun di sebelah kiri sementara ekuiti pemilik dan liabiliti disusun di sebelah kanan. Kunci Kira-kira yang disediakan menerangkan: (a) Nilai aset yang dimiliki oleh syarikat. (b) Jumlah liabiliti yang merangkumi liabiliti jangka pendek dan liabiliti jangka panjang yang perlu dilunaskan oleh syarikat. (c) Nilai ekuiti syarikat termasuklah jumlah pelaburan pemegang saham. (d) Pegangan aset semasa yang tinggi akan meningkatkan jumlah kecairan syarikat. .

(e) Liabiliti menunjukkan jumlah pinjaman

samada tinggi atau rendah.


Pengurus kewangan perlu wujudkan

keseimbangan dari segi struktur modal. Keseimbangan yang baik antara liabiliti dan ekuiti akan membantu syarikat membiayai aktiviti perniagaannya tanpa terikat dengan pembayaran kadar faedah yang tinggi ataupun pembayaran dividen dan cukai yang tinggi.

Contoh format Kunci Kira-kira bentuk T adalah Rajah 3.2:

Rajah 3.3: Contoh format kunci kira-kira bentuk penyata

Penyata Aliran Dana Pengguna, Penyata Kewangan sudah mencukupi

menerangkan prestasi kewangan syarikat. Ia tidak memadai untuk ahli-ahli kewangan. Ini adalah kerana maklumat penting mengenai kewangan perniagaan tidak ditunjukkan oleh Penyata Kewangan. Maklumat pergerakan modal kewangan tidak terdapat di dalamnya. Contohnya, maklumat mengenai punca sumber kewangan dan bagaimana sumber itu digunakan. Ini adalah penting kerana ia akan menunjukkan prestasi kewangan syarikat apabila dikaitkan dengan Penyata Kewangan. Penyata Aliran Dana dihasilkan gabungan antara Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Ia juga dikenali sebagai Penyata Perubahan Kedudukan Kewangan. Rajah 3.4 di bawah menunjukkan contoh bagi Penyata Aliran Dana.

PERANCANGAN KEWANGAN Merupakan aspek penting untuk memastikan syarikat dapat mengarah, menyelaras dan mengawal tindakannya supaya selaras dengan matlamat dan objektif syarikat. Melibatkan ramalan keperluan kewangan untuk keperluan jangka pendek seperti modal kerja dan keperluan jangka panjang seperti pembelian aset tetap, pelaburan dan lain-lain. Untuk membantu pihak pengurusan merancang keperluan jangka pendek, belanjawan tunai disediakan. Manakala belanjawan modal dibuat untuk merancang keperluan jangka panjang.

Belanjawan Tunai Merupakan satu jadual yang menunjukkan baki tunai awal, anggaran wang masuk dan anggaran wang keluar bagi satu tempoh masa akan datang. Dalam belanjawan tunai, jumlah penerimaan dan pembayaran yang dibuat oleh syarikat disenaraikan. Boleh disediakan dalam tempoh tiga bulan, enam bulan dan setahun. Pada akhir tempoh masa, belanjawan tunai menunjukkan syarikat mengalami lebihan atau kurangan tunai. Dalam belanjawan tunai, hanya urusniaga yang melibatkan tunai sahaja direkodkan. Urusniaga yang tidak melibatkan tunai tidak direkod seperti hutang lapuk, susut nilai aset bukan semasa, belanja terakru dan belian kredit.

(a) Kepentingan Belanjawan Tunai adalah seperti berikut:


(i) Mengukur Keupayaan Tunai Perniagaan mempunyai wang tunai yang cukup untuk

keperluan perniagaannya.
liabilitinya.

Lebihan tunai menunjukkan peniaga mampu menjelaskan

Kurangan tunai menunjukkan peniaga tidak mampu

menjelaskan hutang.

(ii) Mengetahui Pendapatan dan Perbelanjaan Mengetahui sumber pendapatan, jumlah dan bila wang

diterima.

Mengetahui perbelanjaan yang terlibat.

(iii) Alat Kawalan Berkesan Penerimaan dan pembayaran telah dirancang terlebih

dahulu.

Syarikat dapat mengawal kos dan perbelanjaan. (iv) Membuat Perbandingan Membantu syarikat membuat perbandingan antara

pendapatan dan perbelanjaan yang dirancang dengan yang sebenar. perbandingan dilakukan, syarikat perlu melakukan tindakan susulan

Sekiranya berlaku perbezaan yang besar apabila

(v) Motivasi

Belanjawan dapat meningkatkan motivasi pengurus dan

para pekerja. Belanjawan menetapkan sasaran tertentu yang perlu dicapai. Maka pihak pengurusan perlu bersedia memberikan ganjaran seperti bonus, peluang bercuti dan insentif lain untuk memotivasikan pekerja bagi mencapai matlamat. Untuk melihat kemampuan peniaga kendalikan perniagaannya. Belanjawan tunai menunjukkan keupayaan membayar tuntutan perbelanjaan semasa. Belanjawan tunai juga digunakan sebagai sokongan untuk mendapat kelulusan pinjaman daripada bank.

(vi) Sumber Rujukan Utama Bank

(b) Penyediaan Belanjawan Tunai Terdapat empat komponen penting dalam belanjawan

tunai iaitu: (i) Penerimaan tunai; (ii) Pembayaran tunai; (iii) Komponen pembiayaan; dan (iv) Lebihan tunai.

Langkah-langkah penyediaan belanjawan tunai ialah: (i) Mulakan dengan baki tunai awal. (ii) Ditambah semua anggaran perbelanjaan. (iii) Ditolak semua anggaran pembayaran.
(iv) Baki yang didapati ialah baki akhir wang tunai. (v) Baki akhir bulan pertama akan menjadi baki awal

bulan ked

Belanjawan Modal

Pelaburan jangka panjang akan melibatkan


penggunaan dana yang banyak. Syarikat perlukan analisis khusus untuk menilai dan memilih pelaburan. Tujuannya untuk memaksimumkan keuntungan syarikat. Syarikat mempelbagai pelaburan jangka panjang dan dalam bentuk aset tetap. Syarikat akan menghadapi masalah jika membuat pembelian pada masa yang tidak sesuai ataupun berlaku kesilapan belian. Belanjawan modal sangat penting dalam membuat keputusan pelaburan modal

Belanjawan modal penting membuat

keputusan pelaburan modal. Pemilihan projek atau pelaburan modal bergantung kepada jenis projek sama ada projek itu bebas atau saling menyingkiri (mutually exclusive) dan jumlah dana yang ada. Contohnya, pembelian aset pada kos tinggi dengan usia guna ekonomi selama 10 tahun. Keputusan pembelian aset ini menyebabkan syarikat terlibat dengan modal yang telah dilaburkan dan ini mempengaruhi operasi syarikat selama 10 tahun.

Penambahan aset dikaitkan dengan jangkaan

jualan akan meningkat. Kesilapan membuat keputusan belanjawan modal memberi kesan kepada syarikat. Tempoh masa (timing) penting. Dua peraturan asas ( panduan) mengelakkan kesilapan memilih aliran wang tunai (relevant cash flow) maka belanjawan modal mesti berasaskan kepada aliran wang tunai dan bukannya keuntungan perakaunan dan hanya tambahan aliran wang tunai saja berkaitan dengan keputusan terima-tolak. Antara kaedah penilaian yang boleh digunakan ialah kaedah tempoh bayaran balik, nilai kini bersih dan kaedah kadar pulangan dalaman

(a) Kaedah Tempoh Bayaran Balik (TBB)

TBB adalah jumlah masa atau tempoh diperlukan untuk mendapat balik jumlah pelaburan sesuatu projek atau pelaburan. Syarat penerimaan kaedah ini ialah jika TBB kurang daripada tempoh maksimum bayaran balik yang ditetapkan, maka pelaburan itu akan diterima. Begitulah sebaliknya. Untuk pelaburan menghasilkan aliran tunai seragam (kos anuiti), TBB dikira menggunakan formula berikut:

TBB = ___Pelaburan asal/awal___ Aliran tunai masuk tahunan


Contoh: Syarikat Adibah Sdn Bhd mempunyai dua projek pelaburan Projek x dan Projek y dengan pelaburan awal ialah RM50,000 dan RM 80,000. Aliran tunai masuk ialah RM15,000 dan RM20,000 setiap tahun untuk selama 5 tahun. Projek manakah yang berdaya maju? Kirakan.

Jawapan: Projek x Projek y TBBx = 50,000 TBBy = 80,000 15,000 20,000 = 3.3 tahun = 4 tahun

Keputusannya:
Kedua-dua projek x dan y boleh diterima

kerana tempoh bayaran baliknya lebih singkat berbanding tempoh maksimum yang ditetapkan adalah 5 tahun. (3.3 thn < 4 thn < 5 thn)

Kelemahannya ialah: (i) Tiada pertimbangan yang jelas mengenai kekayaan

pemilik; (ii) Tidak mengambilkira faktor nilai masa wang; (iii) Gagal mengambilkira pulangan selepas tempoh bayaran balik; dan (iv) Tidak mengambilkira risiko yang terlibat dalam aliran tunai masa hadapan. (b) Kaedah Nilai Kini Bersih (NKB) Ia merupakan satu kaedah belanjawan modal yang canggih kerana mengambilkira nilai masa wang.
dimana, NKB = nilai kini bersih PA =

Nilai kini bersih = Nilai semasa aliran tunai masuk

Pelaburan awal

dimana, NKB = nilai kini bersih PA = pelaburan awal Cf = nilai pada akhir tahun t K = kadar faedah/kos modal N = bilangan tahun

NKB = Cft - PA
t=1

(1 + K )t

Syarat penerimaan kaedah ini ialah projek atau

pelaburan akan diterima sekiranya NKB lebih daripada RM0, positif Projek akan di tolak apabila nilai NKB kurang daripada RM0, negatif. Ini bermakna sekiranya nilai NKB lebih besar daripada nilai RM0, syarikat akan mendapat pulangan lebih besar daripada nilai kos modal yang dilaburkan. Sekiranya NKB mempunyai nilai RM0, syarikat hanya pulang modal sahaja. Jadual 3.1 menunjukkan jadual (PVIF) (Present value of Interest Factor Nilai sekarang dari Faktor Bunga) yang akan digunakan apabila bilangan tahun adalah banyak. Jadual ini akan memberi nilai faktor yang perlu di darabkan dengan nilai masa depan yang ingin didiskaunkan

9%

10%

11%

12%

1 2 3 4 5

0.917 0.842 0.772 0.708 0.650

0.909 0.826 0.751 0.683 0.621

0.901 0.812 0.731 0.659 0.593

0.893 0.797 0.712 0.636 0.567

Contoh:

Syarikat Farhanis ingin menilai pelaburan M yang mempunyai pelaburan asal RM100,000, aliran tunai RM80,000 untuk tahun pertama, RM20,000 dan RM40,000 untuk tahun kedua dan tahun ketiga. Katakanlah kos modal pelaburan adalah 10%, berapakah nilai kini bersih pelaburan ini?

Jawapan:

NK = (80,000 x PVIF10%, 1) + (20,000 x


PVIF10%, 2) + (40,000 x PVIF10%,3) = (80,000 x 0.909) + (20,000 x 0.826) + (40,000 x 0.751) = 72,720 + 16,520 + 30,040 = RM119,280 NKB = NK PA = RM119,280 - RM100,000 = RM19,280 Keputusannya: Maka kerana nilai kini bersih (NKB) bernilai RM19,280 (positif), iaitu lebih daripada RM0, maka pelaburan ini diterima.

Kelebihan kaedah NKB ialah:

(i) Mengambil kira nilai kini wang;


(ii) Mengambil kira risiko aliran tunai masa

hadapan; (iii) Mempertimbangkan semua aliran tunai; dan (iv) Kekayaan pemilik diambil kira dalam kaedah ini.

Kelemahan kaedah NKB ialah: (i) Ia dinyatakan dalam bentuk ringgit dan bukannya dalam bentuk peratusan; dan (ii) Ia memerlukan anggaran kos modal untuk pengiraan nilai NKB

(c) Kaedah Kadar Pulangan Dalaman (KPD)


KPD merupakan satu kaedah yang

menggunakan peratusan sebagai pemilihannya. Ia adalah kadar diskaun yang menyebabkan pelaburan mempunyai nilai kini bersih bersamaan kosong (NKB = RM0)

dimana,Cf = nilai pada akhir tahun t PA = pelaburan awal KPD = kadar pulangan dalaman n = bilangan tahun RM0 =

Cft - PA t = 1 (1 + KPD )t

Atau gunakan formula ini;


n

Cft = PA t = 1 (1 + KPD )t
Syarat penerimaan kaedah ini adalah pelaburan

akan diterima sekiranya kadar pulangan dalaman (KPD) adalah lebih besar daripada kadar kos modal (KPD > K). Pelaburan akan ditolak sekiranya kos modal lebih besar daripada kadar pulangan dalaman (K > KPD). Kadar pulangan dalaman ini boleh di kira sama ada dengan menggunakan teknik percubaan (trial and error).

Kelebihan kaedah KPD ialah:

(i) Mengambil kira semua aliran tunai;


(ii) Mengambil kira nilai kini wang; (iii) Mengambilkira risiko aliran tunai masa

hadapan (iv) Mempertimbangkan kekayaan pemilik.


Kelemahan kaedah KPD ialah: (i) Ia perlukan anggaran kos modal dalam

pengiraannya (ii) Ia mungkin tidak berikan keputusan memaksimumkan nilai jika digunakan untuk membandingkan projek yang saling menyingkirkan dan mempunyai catuan modal

Rumusan
Fungsi kewangan sangat penting untuk membuat ramalan keperluan

dana, perolehan, pelaburan dan menguruskan sumber-sumber dana bagi memastikan kelangsungan sesebuah perniagaan.
sesebuah syarikat bagi satu tempoh tertentu.

Penyata kewangan merupakan ringkasan laporan perniagaan

Belanjawan tunai diperlukan oleh syarikat untuk merancang

keperluan dan mengetahui sumber tunai untuk satu tempoh jangka pendek. pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.

Belanjawan modal membolehkan syarikat menilai dan memilih

Kaedah penilaian belanjawan modal yang biasa digunakan iaitu

tempoh bayaran balik (TBB), nilai kini bersih (NKB) dan kadar pulangan dalaman (KPD).