TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN 1.

0 PENDAHULUAN Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid. Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.

2.0 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benarbenar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan. 2.1 TEKNIK IMPROVISASI 2.1.1 Pengenalan Improvisasi Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut arahan yang ditetapkan atau

guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan. 2. Guru tidak perlu menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk membentuk keyakinan murid beraksi. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan ii. para murid hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain. v. watak-watak yang terlibat dalam situasi itu dan tempoh berlakon iii. Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan berdasarkan tokoh. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan. pekerjaan . Guru memberi rangsangan samada berdasarkan situasi. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil.2. Aktiviti ini juga dapat melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan.berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah vi. iv. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk berimprovisasi.2 Langkah-langkah Improvisasi i. iii. kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu.2 TEKNIK MAIN PERANAN 2. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.2. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan murid agar lebih peka terhadap objek. barulah mereka dikehendaki beraksi di hadapan kelas. objek watak. 2. iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah yang timbul dalam situasi . situasi dan peranan yang ditentukan. 2. . Setelah murid benar-benar yakin .1 Pengenalan Main Peranan Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan.1. ii. vi. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan. v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas. petikan cerita atau gambar.2 Langkah-langkan Main Peranan i. dan kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar. Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Di samping itu.

iv. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.2. cerpen. Teknik ini sesuai untuk genre drama. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara. menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. 2. dan murid lain beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. membaca dan menulis. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa. iii. novel. Pencerita akan menyampaikan cerita. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar. cerpen. i. gerak badan dan mimik muka sahaja.3 TEKNIK TEATER BERCERITA 2. pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah.4. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA 2.2 Langkah-langkah Permainan Bahasa i. Teknik ini sesuai untuk genre drama. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata.3. Murid lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan. 2. dan prosa klasik. Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.1 Pengenalan Permainan Bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif. sebutan. Secara Berkumpulan Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.3. Murid dapat memahami. Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu. Bilangan ahli dalam satu- .Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.2 Langkah-langkah Teater Bercerita. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. 2.4. v.1 Pengenalan Teater Bercerita Melalui teater bercerita. Murid akan menyampaikan cerita. dan prosa klasik.. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita tersebut. bertutur. ii. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.

kecerdasan dan minat muridmurid. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan murid. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. suara. Pilih cerita yang sesuai dengan umur. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali . ii. bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan. Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.5 TEKNIK BERCERITA 2. kemuncak dan kesudahan cerita. perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.1 Pengenalan Bercerita Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Secara Berpasangan Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid. nada. ii. Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar. iii. 2. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. iv. membaca dan menulis dikalangan murid. guru hendaklah membahagikan murid dalam banyak kumpulan. Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai. Cara ini biasanya dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu. gerak laku dan kawalan mata. Kemudian. sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Latihan pemahaman.5. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan. intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.2 Langkah-langkah Bercerita i. 2. iii. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Secara Individu Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan.satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid. v. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur.5.

0 TEKNIK IMPROVISASI 3. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu. viii. Teknik ini memerlukan murid mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan sesuatu aksi yang . gambar. atau dengan menggunakan bahanbahan yang ada sahaja. membuat penemuan. gerak tangan. nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka. Improvisasi memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Melalui improvisasi juga. frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid. di samping dapat menyuburkan sahsiah murid. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi.2. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. khususnya pengajaran bahasa.1 Pengenalan Improvisasi Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal. vi. Guru boleh menggunakan gambar. 3.sebelum menggunakan teknik ini. Melalui aktiviti improvisasi kanakkanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru.secara spontan. Sediakan kad-kad perkataan. Menurut Som Hj. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. daya imiginasi dan kreativiti kanakkanak dicerna secara maksimum. 3.2 PENDEKATAN IMPROVISASI 3. watak dan petunjuk. memberi dan berkongsi sesuatu. Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa. objek-objek sebenar atau lain-lain Bahan Bantu Mengajar. Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. unsur paralinguistik (jeda. vii. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Nor (1994). Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid.

Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan aksi spontan rakan mereka. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas. 3. mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka dipertontonkan.6 Bijak melayani permintaan Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan. tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Ini kerana. 3.5 Aktiviti berkumpulan Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan dengan natural. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan. murid yang belum biasa beraksi dihadapan kelas. 3. maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid. barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai.2.2.tidak lengkap.2.3 Menyediakan saranan Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk menjana idea murid dalam improvisasi. Jika keadaan ini berlaku.2 Tidak perlu pentas yang sempurna Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid mementaskan sesebuah teater. tetapi sekadar mewujudkan idea.2. Langkah ini demi membentuk keyakinan murid. Setelah murid benar-benar berasa yakin. 3.2. 3. 3.4 Tidak perlu penonton Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal.3 PERANAN IMPROVISASI . Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan.

Murid diberikan masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan.4 Pembelajaran kolaboratif Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan masing-masing. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis. saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu. mereka akan berkembang untuk menjadi murid kolaboratif. melibatkan diri . bergaya dan beraksi sesama sendiri. Aktiviti seperti ini. Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. melahirkan pandangan dan pendapat .3.3. Mereka perlu cekap bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi yang diberikan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan guru.5 Pengurusan masa Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan. 3. Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya.3. pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid. Apabila murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama. 3.3. 3. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal.3.1 Meningkatkan daya imaginasi Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.3. murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Dengan ini. . bekerja bersama-sama dan sebagainya. walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal . meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir 3. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas.2 Merangsang kemahiran berbahasa Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Murid berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks.

contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak .6 Meningkatkan keyakinan diri Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain.2 Improvisasi berdasarkan gambar Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid menyediakan skrip secara spontan. surat khabar dan kostum.4.4. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing.4 AKTIVITI IMPROVISASI 3.3. Contoh objek yang boleh diganakan adalah seperti anak patung. semua pelajar ke kantin dan tempat permainan. pasangan atau kumpulan. 3.4 Improvisasi berdasarkan objek Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan sesuatu. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau secara individu.4. . 3.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang Tuah. Matlamat menggunakan petikan adalah untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.3. Suatu malam semua mainan (patung orang. Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda? contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas anda. 3.1 Improvisasi berdasarkan situasi Satu situasi diberikan kepada murid secara individu.3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton. arnab. teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama. 3.4. Bagaimana anda semua melayaninya? 3. Pada waktu rehat. beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.4.

lagu dengan lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini. Murid juga boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti memujuk.3. mendengar serta mengamati pendapat orang lain.5 JENIS-JENIS IMPROVISASI Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. membuat keputusan. dan kostum yang dapat menyarankan perwatakan tertentu. merayu.3 Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation ) Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif. 3. Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ). Guru sediakan peralatan atau objek. memohon sesuatu. interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi. Namun begitu perlu dingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan. berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea.1 Permainan Bebas ( Free Play ) Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1.6 Improvisasi berdasarkan bunyi Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda. . 3. dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai. Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.5. dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain. sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.4. berpasangan atau berkumpulan.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation ) Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak balas secara spontan berdasarkan kesesuaian denagn situasi yang diberikan. Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut: 3. melibatkan luahan perasaan. 3.5. Murid-murid dibantu dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah. Perkara utama ialah menggalakkan perkongsian idea. mengarahkan.

pekerjaan. atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan. adakah mereka Berjaya bertemu dengan ibu mereka? 3.2 Dikecilkan Watak boleh dikecilkan seperti watak manusia menjadi kecil. menulis diskripsi watak.6. umur .6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASI Alex Osborn (1963) telah menyarankan tujuh cara mengembangkan idea. cerita rakyat. drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar. Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran murid. andai jika Tanggang tidak derhaka kepada ibunya. 3. tema. sikap dan tingkah laku. Begitu juga seperti mengubah serita Batu Belah Batu Bertangkup.3. Kanak-kanak diberi tajuk. hobi atau minat. Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut. Untuk menghayati watak yang diberikan. 3.6 Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation ) Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isuisu baru. adakah dia dan ibunya akan hidup bersama-sama hingga akhir hayat. Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti seperti menyediakan pakaian dan sebagainya dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.5. 3. cerita yang pernah dibaca di dalam kelas. Disamping itu murid perlu digalakkan untuk. keadaan kesihatan. murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation ) Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. 3.6. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi. melukis potret. dan membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.latar belakang keluarga.5.1 Diubah Mengubah senario dalam cerita seperti dalam cerita Si Tanggang.4 Main Peranan ( Role Play ) Dalam aktiviti ini. Melor dan Pekan telah mengejar ibunya hingga ke gua Batu Belah. dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan.5. Andaikan Melor dan Pekan dapat masuk ke dalam gua tersebut. hidup dalam habitat serangga seperti . murid perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti nama penuh watak.

7 Digabungkan Menggabungkan beberapa idea atau senario atau cerita menjadi sebuah cerita baru.6.00 pagi – 12. 3.5 Disusun semula Sesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era sekarang seperti cerita Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Bluh Betong. 4.karya “ Honey! I Shrunk The Kids” dan “Rama-Rama” karya Syed Ali Syed Hassan.3 Dibesarkan Gambaran atau situasi diberikan seperti murid berada dalam dunia zaman dynasour. Apakah yang akan murid lakukan untuk m.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Tarikh : 1Julai 2010 Masa : 11.Ibu Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi? iii.Mat Jenin mencapai cita-citanya? 3.6. 3.6.00 tengahari ( 60 minit ) Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan) Tema : Cerita Teladan Tajuk : Monyet Yang Pintar .6 Diterbalikkan Cerita atau watak cerita diterbalikkan seperti contoh: i.6.enghadapi ancaman dynasour tersebut? 3.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 4.4 Digantikan Watak-watak dalam cerita teladan kanakkanak boleh digantikan seperti menggantikan watak Sang Kancil digantikan dengan watak baru yang difikirkan lebih cerdik.Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik? ii. 3.6.

sampuk. herdik Kemahiran Bernilai Tambah i) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Linguistik. Kecerdasan Interpersonal.dibaca atau dialami 5. watak dan perwatakan. ayat penyata ii) Tatabahasa : Simpulan Bahasa iii) Kosa Kata : ganas. mempersembahkan. 11. 1.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar. sebutan dan intonasi yang sesuai. ditonton.Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur. HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan. ayatserta sebutan dan intonasi yang baik. 2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 5. Pengisian Kurikulum : Sistem Bahasa : i) Sebutan dan intonasi :ganas. Kecerdasan Kinestetik Badan.intonasi dan penghayatan yang sesuai. intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai 11.0 Membuat ulasan tentang bahan yangdidengar. Membaca dan Menulis. frasa. HPU : 2. 3.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.1 Bercerita dengan menggunakan kata. Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat. Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan dalam teks. ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan alasan iii) Kajian Masa Depan iv) Pembelajaran Konstruktivisme Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid Kemahiran generik : Kemahiran Belajar . ditonton atau dibaca HPK : 2. nilai dan pengajaran dan gaya bahasa. jelas dan teratur.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara umum dari aspek tema dan persoalan. Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan gaya.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan. Menulis 5 watak dan perwatakan dalam borang grafik yang diberikan. menyerah.

kerjasama iii) Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul iv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan bahasa berserta maksud yang terdapat dalam petikan. • Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul. • Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat. Teka-teki. rasanya manis sedap sekali. petikan. Monyet Yang Pintar (Lampiran A) • Murid diberikan petikan. topeng binatang Pengetahuan Perlu Ada : i) Murid pernah membaca kisah haiwan teladan. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) 1. CD ii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu.Penekanan Konsep 5P i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur. v) Penilaian : Mengisi borang grafik Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : i) Bahan Multimedia :LCD. . Kotak Ajaib 2. menulis ii) Penyerapan ilmu : Sains. tumbuh subur di tepi kali. dibuat kuih dibuat lepat. membaca. Jawapan ada dalam kotak ajaib tersebut. Nilai murni : baik hati. ii) Murid boleh menulis ayat majmuk. • Bersoal jawab dengan murid. lembaran kerja iii) Bahan Maujud : buah pisang. • Guru membacakan teka-teki kepada murid. • Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang seterusnya mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini. berkulit kuning banyak khasiat. Kemahiran belajar(mentafsir maklumat) Langkah 1 (8 minit) Petikan cerita.

Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation ) • Sambung dialog 2.• Murid lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan nada. • Guru memberi bimbingan mengenai struktur ayat (dialog) yang dicipta murid. 1. • Murid dikehendaki berbincang dan menetapkan setiap seorang satu watak binatang tersebut. . SP:Koperatif PP(Berpusatkan murid) Langkah 2 (10 minit) Pengembangan idea Improvisasi. Improvisasi Main Peranan ( Role Play ) • Watak binatang dalam petikan • Murid –murid dibahagikan dalam kumpulan 5 orang. • Murid dibenarkan mereka sendiri dialog dengan meramalkan cerita atau menambahkan watak dalam cerita tersebut. PP(Berpusatkan murid) SP:Koperatif dan Kolaboratif KBT -Verbal linguistik SP:Kontek luar Nilai: kerjasama Langkah 3 (25 minit) Persembahan improvisasi • Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat persembahan dengan setiap seorang mewakili watak binatang. • Murid dalam kumpulan lain dikehendaki memerhati setiap watak dalam improvisasi murid tadi.

KG.• Guru memberi komen dan meminta murid lain juga memberi pandangan mereka mengenai watak dan perwatakan.mengecam dan menulis simpulan bahasa • Guru mengedarkan borang grafik. KB(menyatakan sebab dan alasan) Penutup ( 5 minit ) Lagu ‘pisang goreng’ (Lampiran C) • Murid menyanyikan lagu pisang goring • Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini. guru boleh juga memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan sikap positif . meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka.TMK 5. KB (mempersembah-kan maklumat) Langkah 4 ( 7 minit) Latihan 1 Melengkapkan borang grafik (Lampiran B) • Menulis watak dan perwatakan • Pengayaan . yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. konsentrasi. mananamkan jati diri bangsa. • Murid diminta mengisi borang grafik tersebut berdasarkan watak dan perwatakan yang terdapat dalam teks dan juga dari improvisasi kumpulan. selain memberikan peluang kepada murid untuk berlakon secara spontan ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata mereka Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi. Dengan menggunakan teknik ini. serta memperkembangkan daya imaginasi. kreativiti. • Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat.0 PENUTUP Improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid menajamkan sensitiviti mereka.

Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan cerita yang mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya sedar akan akibat segala perbuatan yang mereka lakukan.terhadap pembacaan. Jadi mereka akan lebih berfikr terlebih dahulu sebelum mula membuat sebarang keputusan. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful