You are on page 1of 2

GARIS PANDUAN DOKUMENTASI RANGKAIAN

KOMPUTER
PENGENALAN

Dokumen rangkaian ini adalah satu dokumen dalaman yang yang biasanya di gariskan
dan ditetapkan untuk diwujudkan mengikut arahan Polisi ICT. Ia menerangkan secara
keseluruhan struktur rangkaian komputer dari LAN, WAN, Server dan port rangkaian di
seluruh organisasi. Ia juga menerangkan siapa yang diberi kebenaran dan mengubah
dokumen dan rangkaian dan juga merekod semua perubahan yang dibuat terhadap
rangkaian.

OBJEKTIF

Objektif pembangunan dokumentasi rangkaian komputer ini adalah:

1. Mewujudkan kestabilan rangkaian.


2. Menjimatkan masa penyelenggaraan.
3. Menjimatkan kos penyelenggaraan.

DOKUMEN

Dokumentasi rangkaian dicadangkan mengandungi perkara – perakra berikut:

1. Alamat IP bagi semua perkakasan yang menggunakan alamat IP statik.


2. Dokumentasi konfigurasi server.
3. Network Diagram (Lukisan Rangkaian) yang menunjukkan:
3.1. Lokasi dan IP setiap hub, switch, router dan firewall.
3.2. Pembahagian zon keselamatan dan peralatan yang mengawal capaian
antara zon.
3.3. Lokasi setiap port dan switch yang meynambungkannya.
3.4. Hubungkait antara setiap peralatan dengan membuat garisan
menghubungkannya.
3.5. Semua subnet dalam rangkaian termasuk julat alamat IP setiap subnet.
3.6. WAN dan peralatan yang berkaitan dengan WAN.
4. Konfigurasi semua peralatan rangkaian termasuk:
4.1. Switch
4.2. Router
4.3. Firewall
4.4. Wireless Access Point
5. Konfigurasi mestilah mengandungi tetapi tidak terbatas kepada:
5.1. Alamat IP
5.2. Netmask
5.3. Default Gateway
5.4. Alamat IP DNS Server
5.5. Maklumat WINS Serer
6. Maklumat sambungan rangkaian termasuk:
6.1. Jenis sambungan kepada internet atau kepada WAN/MAN termassuk T1,
T3 Frame Relay.
6.2. Pembekal internet/WAN/MAN dan maklumat pegawai untuk dihubungi.

1/2
6.3. Maklumat sambungan termasuk alamat IP, Network ID, Netmask, dan
Gateway.
6.4. Lokasi fizikal pendawaian.
7. Konfigurasi DHCP Server meliputi:
7.1. Julat alamat IP yang dibekalkan oleh semua DHCP Server untuk setiap
subnet.
7.2. Subnet Mask, Default Gateway, DNS Server.
7.3. Tempoh pajakan setiap alamat IP.
7.4. Alamat IP yang di khusukan kepada MAC yang berkenaan.

CAPAIAN

Semua personal yang berkaitan dengan rangkaian boleh membuat capaian kepada
dokumen ini. Semua personal IT boleh dibenar membaca dan mengubah kandungan
dokumen. Tetapi ia bergantung kepada tahap keselamatan setiap sub dokumen.

MAKLUMAT PERUBAHAN

Setiap perubhan yang dibuat kepada sistem rangkaian mestilah dicatatkan perubahannya
pada dokumen. Perubahan adalah termasuk perkara berikut:

1. Apabila berlaku reboot kepada switch, router, firewall.


2. Perubahan polisi atau konfigurasi kepada peralatan rangkaian termasuk
2.1. Switch
2.2. Firewall
2.3. Router
3. Naiktaraf software
4. Naiktaraf hardware
5. Installasi software tambahan
6. Perubahan kepada server meliputi:
6.1. DHCP
6.2. DNS
6.3. Domain Controller
7. Perubahan juga perlu di maklumkan kepada semua personal ICT terlibat.

SEMAKAN DOKUMEN

Pengurus ICT mestilah memastikan dokumen rangkaian ini dikemaskini dengan


mengadakan semakan secara bulanan. Semua perubahan terhadap rangkaian perlu di
masukkan kedalam dokumen.

SIMPANAN

Dokumen hendakkah disimpan mengikut kaedah berikut:

1. 2 salinan bercetak
2. 2 salinan digital. Salinan digital adalah bagi tujuan memudahkan proses kemaskini
dokumen.
3. Dokumen disimpan di 2 lokasiyang berbeza. Sebaik-baiknya 2 bangunan yang
berbeza.
4. Hanya personal berkenaan sahaja dibenarkan untuk mendapatkan dokumen.
5. Kedua-dua salinan perlu dikemaskini.

2/2

You might also like