You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PERMAINAN BOLA JARING KALI PERTAMA 2O13 SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA Tarikh Hari Masa Tempat

Kehadiran : 16 Januari 2013 : Rabu : 2.00pm 2.45pm : Bilik Gerakan SK Sega :

1. Pn Junaidah binti Kamaruddin 2. Pn Norazila binti Muhamad 2. Pn Amilia Fauza binti Bohari Turut Hadir :

1. Pn Siti Salwah binti Abd Wahab Bil Agenda 1. Agenda 1 Ucapan Pengerusi Permainan Bola Jaring 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua rakan guru kerana dapat menghadiri mesyuarat permainan bola jarring kali pertama tahun 2013. 1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Siti Salwah bt Abd Wahab selaku GPK Kokurikulum yang dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini selaku wakil pentadbir. 1.3 Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk membincangkan perancangan program permainan bola jarring di samping menjayakan program 1 Murid 1 Sukan. Selain daripada itu, diharapkan permainan ini dapat mencungkil minat dan bakat pelajar. 1.4 Pengerusi juga berharap agar semua guru dapat bersama-sama berganding bahu untuk menjalankan setiap aktiviti yang akan dijalankan oleh permainan bola jarring untuk tahun ini. Agenda 2 Ucapan Guru Penolong Kanan kokurikulum 2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kerana dijemput hadir ke mesyuarat permainan bola jarring kali pertama ini. Guur-guru bola jarring Tindakan

2.

2.2 Beliau berharap di dalam mesyuarat ini permainan bola jarring akan dapat membincangkan tentang program atau aktiviti untuk tahun 2013 ini. 2.3 Di samping itu permainan bola jarring perlu lebih aktif menjalankan program dan aktiviti-aktiviti untuk menanamkan minat kepada pelajar supaya merasakan permainan ini mudah dikuasai, menarik dan amat menyeronokkan. 3. Agenda 3 Pengagihan Tugas dan AJK Permainan Bola Jaring 2013 3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa dalam perjumpaan kali pertama iaitu 15.01.2013, agihan tugas dan ahli jawatankuasa untuk tahun 2013 adalah seperti berikut :Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat : Puan Junaidah bt Kamaruddin : Puan Norazila bt Muhamad : Puan Amalia Fauza bt Bohari Guru-guru bola jaring

Ahli Jawatankuasa Permainan Bola Jaring : Pengerusi : Siti Hajar bt Mohd Fadzlee

Naib Pengerusi : Norazura bt Noh Setiausaha : Fatin Asma Najihah bt Abdullah Sani

Naib Setiausaha: Fazira bt Rais Bendahari AJK : Aina Natasya bt Addy Saifulizam : 1. Nur Syahirah bt Mursyidi - Tahun 3 2. Siti Sofea bt Muharam - Tahun 4 3. Khairunnisa bt Nazli - Tahun 5

3.2 Pengerusi berharap dengan pengagihan tugas dan ahli jawatankuasa ini dapat melancarkan lagi pengurusan permainan bola jarring untuk tahun ini.

4.

Agenda 4 Matlamat dan Objektif Permainan Bola Jaring Matlamat : Merancang, memberi kemahiran, melatih, menanam

minat serta mencungkil bakat pelajar. Objektif : Dapat memperkenalkan permainan bola jarring serta kemahirannya kepada pelajar. Menanam minat murid-murid melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang Mencungkil bakat pelajar 5. Agenda 5 Perancangan Tahunan Permainan Bola Jaring Penggal 1 : Memperkenalkan ukuran gelanggang bola jaring dan peraturan permainan. Latihan hantaran aras dada Latihan hantaran aras bahu Latihan hantaran lob Latihan hantaran bawah Latihan untuk pasukan sekolah

Penggal 2 : Latihan hantaran lantun Latihan elak dan kawal Latihan menjaring Latihan gerak kaki Pertandingan antara rumah sukan Latihan untuk pasukan pelapis 6. Agenda 6 Hal-hal lain 1. Perjumpaan permainan bola jarring akan diadakan setiap minggu bermula dari 7.40am sehingga 8.40am. 2. Pelajar diingatkan supaya memakai pakaian sukan yang lengkap. 3. Kad kehadiran kokurikulum juga perlu dibawa bersama setiap kali Perjumpaan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang Disediakan oleh : ( Puan Norazila binti Muhamad ) Penasihat Permainan Bola Jaring, SK Sega