You are on page 1of 1

2.

0 KAEDAH PENGAJARAN PENULISAN

Penulisan yang baik adalah penulisan yang berdasarkan beberapa perkara dan perancangan yang jitu. Seseorang pelajar boleh memperoleh markah penuh jika penulisan mempunyai perkara yang ditetapkan iaitu pengenalan , isi-isi dan juga penutup. Sekiranya penulisan yang dihasilkan tidak mencakupi perkara-perkara tadi, markah pelajar tersebut tidak akan mencapai tahap baik atau cemerlang.

2.1.1 Pengenalan Dalam Penulisan

Setiap penulisan atau karangan mesti dimulakan dengan pendahuluan atau pengenalan. Pendahuluan mestilah diolah dengan baik untuk menggambarkan keseluruhan idea yang ingin disampaikan kepada pembaca. Melalui perenggan ini,pembaca dapat membuat tanggapan awal terhadap kualiti sesebuah karangan. Tanggapan yang baik akan menarik minat atau meransang pembaca untuk membaca hasil penulisan dari awal hingga ke akhir karangan. Pengenalan dibuat dalam satu perenggan sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pendahuluan yang menarik sewajarnya mengandungi satu perenggan sahaja, definisi frasa-frasa penting dan ungkapan yang bersesuaian dengan tajuk soalan.