You are on page 1of 2

Pengenalan tamadun islam di china

Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam. Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu. Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977. Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kedatangan agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M). Selain itu, Marco Polo dalam Suma Oriental mencatatkan bahawa beliau pernah berhenti singgah di Perlak pada kurun ke-13 M dalam perlayarannya ke China. Dalam catatan beliau, realiti masyarakat di Perlak sudah berbudaya dengan budaya muslim. Pendirian oleh Marco Polo ini turut disokong oleh sejarawan lain, P. E. De Josselin De Jong. Hujah Josselin De Jong bertitik-tolak pada jumpaan batu nisan di wilayah jiran Perlak iaitu Pasai. Pada fizikal sumber artifak tersebut terukir nama sultan Malik al-Salih, iaitu nama Sultan Pasai. Pada batu nisan tersebut juga terdapat tarikh meninggal Malik al Salih iaitu pada 1297 M. Secara logiknya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu pasti lebih awal. Asas jumpaan batu nisan ini dilengkapkan dengan catatan sejarah di China sendiri berhubung hubungan diplomatik China-Pasai. Menurut Josselin De Jong, pada kurun ke-13 M telah berlaku hubungan diplomatik tersebut dapat dilihat apabila pengutusan dua diplomat Pasai iaitu Hasan dan Sulaiman ke negara China tersebut. Peristiwa bersejarah tersebut berlaku pada 1282 M.Selain itu, ada sejarawan lain yang mengemukakan teori kedatangan Islam dari China iaitu, Gardener dan Emmanuael. Menurut 2 sejarawan tersebut, Islamsampai ke China dari jalan darat oleh para pedagang Arab lembah Arabia sendiri sejak zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi. Realiti ini mengalami tahap pertapakan dan perkembangan sejak zaman Bani Umayyah dan Abasiyyah apabila bilangan pedagang-pedagang Arab yang berhijrah ke China dalam angka yang besar. Dalam catatan sejarah China, seawal kurun ke-8 M, sudah wujud penempatan masyarakat peranakan Arab di Canton. Kewujudan masyarakat Arab tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada wujudnya penempatan-penempatan tetap, malah pada kewujudan Jabatan Kira-kira yang diperoleh pedagang Arab itu sendiri.

Konsep-konsep hubungan keluarga. Kesan terpenting ialah penyebaran agama Islam di China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina dan juga cendikiawan-cendikiawan Islam tempatan yang masyhur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. interaksi ini turut menemukan seni Arab-Islam dengan seni bina China.Cendikawan tempatan telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan konfusianisme. Prinsip Lima Hubungan (wu lun) adalah teras hubungan sosial. ketaatan kepada ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat Cina. Hasil Interaksi antara pedagang-pedagang Arab dan Parsi dengan orang-orang Cina telah melahirkan komuniti Arab Islam di negara China ekoran berlakunya perkahwinan campur. Contoh lain kesan positif interaksi antara tamadun ialah antara tamadun Islam dengan China melalui hubungan perdagangan. Mengutamakan hubungan kekeluargaan.SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CHINA Mementingkan hirarki sosial. . Pematuhan dan Pengaplikasian norma sosial menjadi asas kepada kewujudan keharmonian sosial.Disamping itu. contohnya dalam bentuk masjid-masjid.