You are on page 1of 22

PISMP 3C

PENDEKATAN DALCROZE

BIODATA TOKOH
Nama
Lahir/Mati Umur

Bangsa
Bidang Pendekatan Buku

: Emile Jaques Dalcroze : 1865-1950 : 85 tahun : Swiss : semua cabang seni : eurismik, improvisasi : tiada nama

BIODATA TOKOH
Dalcroze memulakan kerjayanya di Geneva

Conservatory, di mana beliau mendapat ilham mengenai harmoni & solfa Melalui bidang solfa yang dikaji, beliau dapat mempengaruhi dan merevolusikan banyak idea pedagogi yang lain

BIODATA TOKOH
1906, Dalcroze telah mempersembahkan idea-idea

barunya di khalayak ramai 1910, dengan bantuan German Industrialist Wolf Dohrn, Dalcroze menemui sebuah di Hellerau berjauhan daripada Dresden Beliau berhasrat untuk mengajar tetapi terhalang kerana perang dunia pertama bermula & sekolah itu telah menjadi sekolah terbiar

Jaques Dalcroze berkata; setiap murid harus memperkembangkan kebolehan untuk melahirkan apa yang didengarinya dengan kedamaian, berkesan dan penuh pengetahuan melalui gerakan sebelum menukarkan bentuk perasaan / fizikal kepada hasil muzikal (suara atau permainan alat muzik) atau tahap pengetahuan muzik (Solfa, Solfa berirama dan improvisasi).

PENGENALAN KAEDAH DALCROZE


Dalcroze telah memperkenalkan kaedah eurythmics

mempelajari dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan Sebab: pelajarnya cekap dari segi teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman muzik Kaedah ini menggabungkan pergerakan, rentak dan improvisasi Pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan kreatif seharusnya menggabungkan tiga-tiga aspek ini.

KAEDAH DALCROZE
Kreativiti Pergerakan tubuh badan Latihan instrumental pergerakan adalah asas kepada kreativiti semua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan telinga dan tubuh adalah alat muzik pertama dipelajari, kemudian diikuti suara, kemudian alat muzik biasa Membaca & Diajar secara sistematik melalui latihan solfa menulis & solfa berirama Do (pic C) tetap notasi digunakan Jenis muzik Dalam eurismik, semua muzik digunakan

KAEDAH DALCROZE
Kaedah Dalcroze menegaskan bahawa; Tubuh badan pelajar dianggap sebagai peralatan muzik dalam menginterpretasikan bunyi, Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik

KAEDAH DALCROZE
Tujuan kandungan kurikulum; Memperkembangkan kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta, berimaginasi, berhubung, mengingat, membaca, mempersembahkan dan menginterpretasikan muzik Kepekaan terhadap rentak, kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan secara serentak

EURYTHMICS (gerakan harmoni tarian & muzik)


Menggunakan pergerakan kinetik untuk membina

kemahiran dalam muzik Kaedah ini merupakan kaedah yang efektif bagi mewujudkan suasana & pengalaman pembelajaran yang bermakna

SOLFEGE (solfa)
Kemahiran mendengar, berfikir & beritma
Solfa Dalcroze sangat unik apabila digabungkan

dengan eurythmics, ia menggabungjalinkan pendengaran, kemahiran berfikir & pembinaan kemahiran ritma melalui eurythmics; menggunakan suara untuk belajar hubungan pic

PENEKANAN DALAM KAEDAH DALCROZE


Kepentingan pengalaman peribadi dalam

pembelajaran Pergerakan tubuh badan sebagai asas kepekaan terhadap rentak Kepentingan hubungan antara masa, ruang dan tenaga dan antara muzik dan pergerakan Minda dan tubuh hendaklah sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmoni

CIRI KEMAHIRAN ASAS PERGERAKAN & NYANYIAN


Pendengaran dalaman iaitu kebolehan mengenali

sensasi yang dirasai melalui pergerakan dan bunyi Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan ditukar kepada perasaan yang kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses maklumat dan menukar maklumat yang diterima menjadi pengetahuan

RANCANGAN PENGAJARAN DALCROZE


Guru perlu beranggapan bahawa kanak-kanak

mungkin mempunyai sedikit pengetahuan formal -minda yang lebih sensitif(mudah menerima sesuatu pembelajaran yang baru) Kanak-kanak perlu dibimbing untuk menyelesaikan sesuatu perkara -daripada bimbingan ini, kanak-kanak akan mudah untuk mengingati sesuatu (kenangan)

RANCANGAN PENGAJARAN DALCROZE


Murid tidak harus disalahkan sekiranya berlaku

kekeliruan semasa proses pengajaran -Ianya disebabkan oleh guru itu sendiri yang tidak menggunakan cara yang betul ketika menerangkan sesuatu perkara Sekiranya murid dapat mempelajari sesuatu pergerakan, mereka akan merasa gembira - mereka tidak akan berasa jemu untuk belajar

PERANAN GURU DALAM P&P

Langkah-langkah pengajaran perlulah mengikut urutan yang betul. Menggalakkan semua murid bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seorang murid lain (jika ada). Mengulangi pergerakan yang telah dipelajari sebelum ini Peka terhadap tanda tekanan dan keletihan yang ditunjukkan oleh murid

PERANAN GURU DALAM P&P

Guru hendaklah memastikan pergerakan yang diajar sesuai dengan bahagian tubuh berdasarkan tempo, irama dan jenis gerakan Murid perlu berlatih dengan menggunakan pelbagai kemahiran dalam sesuatu persembahan Menggunakan tempo / irama yang sesuai dengan pergerakan

P&P DAPAT MEMBANTU MURID;


Menggunakan semua deria semasa belajar

- kelima-lima deria dapat digunakan semasa melakukan pergerakan (mata=melihat, telinga=mendengar alunan muzik) Meneroka gerakan tubuh badan mereka - mengawal pergerakan tangan untuk menepuk dan kaki untuk menghentak Menggunakan imaginasi dalam kreativiti - membuat pergerakan ombak Menjadi peka kepada ruang sekeliling mereka - menggunakan ruang semaksima yang mungkiN

P&P DAPAT MEMBANTU MURID; Lebih fleksibel dalam membina koordinasi keupayaan

motor - pergerakan yang seiring (gerakan tangan dan kaki yang serentak mengikut irama) Meluahkan perasaan melalui gerakan tubuh dan bunyi - muzik perlahan untuk perasaan yang sedih dan sebaliknya Menggunakan minda bagi mengawal tubuh - ikut arahan guru bagi mengelakkan kecederaan Membina kemahiran seperti yang diarahkan - imitation (tiru apa yang dibuat) Membina kemahiran berfikir - murid-murid boleh menyumbangkan idea

KESIMPULAN
Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan

pergerakan badan yang biasa Dalam kehidupan seharian, kanak-kanak berkomunikasi secara verbal dan bukan verbal melibatkan pergerakan estetik yang menjurus kepada isyarat yang merupakan gambaran kepada emosi dalaman, jiwa dan pemikiran mereka