You are on page 1of 4

KERTAS PANDUAN PEMERIKSAAN PERSEDIAAN SEKOLAH AWAL TAHUN (PPSAT) 2012 LATAR BELAKANG 1.

Pemeriksaan awal tahun ke atas sekolah-sekolah telah bermula semenjak tahun 1993, yang dijalankan oleh pegawai-pegawai daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) dan Bahagian-Bahagian lain KPM serta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/ Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemeriksaan oleh Bahagian-Bahagian KPM dan JPN/PPD diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).

2.

Pada tahun 2012, PPSAT dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan JPN/PPD. Elemen kolaboratif antara semua pihak ini wujud dalam aspek penyediaan, penyebaran dan penggunaan instrumen PPSAT. Laporan PPSAT pula disediakan oleh pihak PPD dan JPN.

3.

Pemeriksaan awal tahun ini bertujuan untuk melihat kesediaan sekolah beroperasi dari segi pengurusan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada awal sesi persekolahan yang baru. Antara perkara yang diberi perhatian ialah prasarana sekolah termasuk bilik darjah, perabot, peralatan untuk PdP dan bilangan guru di sekolah serta status PdP pada awal sesi persekolahan yang baru.

OBJEKTIF PEMERIKSAAN 4. Objektif pemeriksaan adalah untuk : 4.1 Mengetahui status persediaan dan kesediaan sekolah untuk beroperasi dari segi pengurusan pada hari pertama persekolahan; dan 4.2 Mengetahui status pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada hari pertama persekolahan.

1 Jenis sekolah SK. SMK. Senarai sekolah PPSAT yang diperiksa di setiap negeri/daerah disediakan oleh JPN/PPD berkenaan. Pemilihan sekolah untuk diperiksa berdasarkan kepada kriteria berikut : 6. Tumpuan perlu diberi kepada sekolah luar bandar dan pedalaman. 4. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Gred B dan Sekolah Kurang Murid 6. luar bandar dan pedalaman.2013 yang bersidang pada 18 Disember 2012 di Bilik Mesyuarat. Bil. Senarai berkenaan dihantar kepada Unit Perhubungan. Parcel E. 7.2 Lokasi Bandar. Pemeriksaan dijalankan pada hari pertama sesi persekolahan Tahun 2013 di seluruh negara seperti yang ditetapkan dalam Mesyuarat Taskforce Persediaan Penggal Persekolahan Awal Tahun 2013. Blok B. SJKT.4 Lain-lain sekolah yang difikirkan sesuai seperti sekolah baru. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).3 Gred sekolah Gred A. 6. . SBP. Setiap sekolah diperiksa oleh seorang pegawai dengan menggunakan Instrumen PPSAT 2013 6. Aras 4. SJKC. sekolah menumpang dan sekolah dua sesi. Kementerian Pelajaran Malaysia.PROSEDUR PELAKSANAAN PEMERIKSAAN 5. 6. SMKA. SK (Pendidikan Khas). SMK (Pendidikan Khas). SMT. Sekolah Seni dan Sekolah Sukan. SMV. Jabatan Pelajaran Pahang bagi mengelakkan berlakunya pertindihan sekolah yang diperiksa.

Kelas bercantum dikira sebagai satu kelas. 10. . Sebarang pertanyaan berhubung dengan PPSAT 2013 boleh dirujuk kepada Urus Setia PPSAT 2013 di Sektor Jaminan Kualiti. Dapatan Pemeriksaan hendaklah dikemukakan oleh pemeriksa kepada sekolah dalam tempoh 20 hari bekerja. pemerhatian proses PdP.8. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Bagi sekolah yang mempunyai kurang daripada 10 kelas. Salinan Dapatan Pemeriksaan perlu dihantar kepada Urus Setia PPSAT 2013 di Sektor Jaminan Kualiti. Perancangan dan pelaksanaan PPSAT 2013 dengan cekap dan berkesan serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan di atas dapat memberi satu gambaran yang tepat berkaitan status persediaan sekolah untuk memulakan sesi persekolahan yang baru.3 8. Pelbagai kaedah pengumpulan data digunakan dalam pemeriksaan ini. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.p. selama sekurang-kurangnya 5 minit setiap kelas. KESIMPULAN 12. temu bual dengan pengurus sekolah. 11. Antaranya adalah : 8. (u. Haji Zaberi bin Abdul Hamid) di talian 09-5715914 / 012-9008626.4 Pemerhatian. Bagi mengetahui pelaksanaan proses PdP. pemeriksa dikehendaki memantau kesemua kelas tersebut.2 8. (up: Haji Zaberi bin Abdul Hamid). pemeriksa dikehendaki memantau sekurang-kurangnya 10 kelas melibatkan semua Tahun/Tingkatan. ibu bapa dan murid. dan semakan dokumen 9. Format Dapatan Pemeriksaan adalah seperti di Lampiran 3. guru.1 8.