HALA TUJU PENDIDIKAN DAN PENDIDIKAN GURU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dank kepatuhan keada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Falsafah Pendidikan Guru
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Visi Institut Pendidikan Guru
Institut Pendidikan Guru yang unggul menerajui kecemerlangan pembangunan guru.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik kea rah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

Hala Tuju Institut Pendidikan Guru
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu menetapkan empat hala tuju utama i. ii. iii. iv. Kecemerlangan Akademik Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi Kecemerlangan Pembangunan Profesionalisme Guru Kecemerlangan Tadbir Urus Institut

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful