Bilangan jurnal Minggu praktikum

:

: ke-1 : pertama

Tarikh peristiwa/kejadian : 1 April – 5 April 2013 Tajuk jurnal : Minggu pertama di SK Bukit Tampoi (A), Dengkil.

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melapor diri kepada Encik Mohd Rahman Bin Rabingan, Guru Besar, SK Bukit Tampoi (A), Dengkil. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan; latar belakang murid dan masyarakat setempat; tugas dan tanggungjawab murid di sekolah; pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

-

Selepas menghadiri perhimpunan pagi. Saya dan rakan diberikan jadual persendirian masing-masing. Saya telah mendapat dua subjek iaitu Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi Matematik saya memperoleh tujuh masa manakala Bahasa Inggeris empat masa yang jumlah keseluruhannya adalah 11 masa pengajaran. Selepas selesai mendapat jadual persendirian masing-masing saya dan rakan mendengar sedikit taklimat daripada Guru Penolong Kanan berkaitan dengan sekolah. Penerangan yang kami perolehi dari Guru Besar dan Guru Penolong Kanan amat penting memandang ini kali pertama kami berada di sekolah orang asli. Hari pertama saya dihabiskan dengan pemerolehan maklumat berkaitan sekolah dan saya juga telah menulis Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Inggeris untuk pengajaran pada hari esok. Saya telah mendapat bimbingan dari guru pembimbing iaitu Puan Nor Aida Binti Rawi berkaitan dengan topik yang perlu diajar. Pada hari kedua praktikum saya telah masuk ke dalam kelas tahun 5 Dahlia dan memulakan pengajaran Bahasa Inggeris dengan tajuk food. Ini merupakan kelas pertama saya. Pengajaran berjalan dengan lancar sekali. Bagi kelas Matematik tahun 6 pula saya telah melaksanakan satu kuiz pecahan bagi mengimbas kembali tajuk yang mereka belajar sebelum ini sebelum saya masuk tajuk baru pada keesokan harinya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful