You are on page 1of 18

PENGAJIAN ISLAM PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT.

NAMA DAN NOMBOR ID: FATIM IDAYU TEOH BT. ARMAN ISHAK TEOH PTM 1012 16710 NURULMUNA BT. YEM PTM 1012 16598 NAZURA BT. AHAMAD KAMAL PTM 101216728 NURUL DIANA BT. ZUBIR PTM 101216551 SITI ZAINAB BT. ABDULLAH PTM 101216649 NUR LIYANA BINTI KAMSAINI PTM 101216793 SEKSYEN: 16 (BE101) NAMA PENSYARAH: USTAZ ADLI B. AHMAD.

PENGENALAN KONSEP TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban. Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun.

Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

PENGERTIAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

Tamadun Islam dibezakan takrifnya kerana ad-Din atau agama Islam diletakkan sebagai asas tapak atau dasar kepada pembinaan tamadun atau semua aspek kehidupan

umatnya. Dan ia sudah semestinya dibina olah orang Islam (Muslim) sendiri. Sebab itu dinamakan tamadun Islam dan bukannya tamadun Arab. Antara tokoh penting dalam perbincangan berkenaan tamadun Islam ialah Ibnu Khaldun (1332-1406M) yang mengarang buku bertajuk Al-muqadimah. Beliau mentakrifkn tamadun Islam dengan pencapaian orang-orang Islam (Muslim) yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan kearah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Tamadun Barat pula merujuk kepada tamadun Eropah yang bermula selepas kejatuhan tamadun Islam Kerajaan Uthmaniah Turki dan Kerajaan Islam di Andalusia. Berlakunya renaissance atau rebirth ( kelahiran semula tamadun manusia) menyebabkan berlakunya perpindahan tamadun dari dunia Islam ke dunia Barat di Eropah. Istilah ini merujuk kepada zaman perkembangan tamadun barat semasa zaman perubahan (transition) dari zaman kegelapan (medieval) ke zaman modennya (evolusi industri). Pendedahan tamadun Islam ke dunia barat melalui kegiatan penterjemahan ilmu dan corak pemerintahan yang adil, juga pencargahan pendekatan keilmuan yang wujud antara golongan sains dan gereja menyumbang kearah perubahan dan ketamadunan di barat. Akhirnya penubuhan universiti-universiti terawal di barat menandakan bermulanya revolusi pendidikan dan seterusnya tercetus revolusi dalam bidang pertanian, perternakan dan perindustrian.

PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

Tamadun Islam Menekankan konsep kesepaduan ilmu. Ini terbukti apabila kebanyakan

Tamadun Barat Menekankan konsep pengkhususan ilmu. Penekanan kepada konsep ini

daripada golongan sarjana Muslim yang terlibat memajukan Tamadun Islam adalah golongan yang menjadikan pengajian agama sebagai ilmu asas. Hanya selepas itu, barulah mereka mempelajari ilmu sains. Oleh itu, mereka menguasai kedua-dua bentuk ilmu. Misalnya, Ibnu Sina telah dapat menghafal al-Quran sejak berusia 10 tahun lagi. Beliau mula menjadi doctor yang berkaliber semasa berusia 16 tahun. Pada usia 18 tahun pula, beliau sudah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang wujud pada masa itu. Contoh lain ialah al-Razi. Beliau belajar pelbagai bidang ilmu termasuk falsafah dan muzik. Hanya setelah berusia 40 tahun, barulah timbul minat untuk mendalami bidang perubatan. Beliau akhirnya muncul sebagai salah seorang tokoh perubatan terkemuka dalam tamadun Islam. Menekankan konsep kerohanian. Ini bermakna ia sentiasa mempunya hubungan yang rapat dengan konsepkonsep dasar dalam Islam dan sentiasa berharmoni dengan prinsipprinsip agama. Antara konsep dasar dalam Islam ialah tauhid. Ia boleh difahami dalam

dilakukan kerana golongan yang terlibat dalam tamadun Barat berpendapat bahawa bidang ilmu terlalu luas. Oleh itu, mustahil bagi seseorang itu boleh mengetahui semua bidang ilmu. Tamadun barat begitu menjurus. Konsep tamadun Barat yang bersifat menjurus adalah hasil daripada kaedah turunisme. Kaedah ini disarankan oleh Descastes dan Bacon. Kaedah ini menghendaki berlakunya pemisahan antara satu persoalan yang ingin ditangani dengan persoalan lain, dan masalah yang diselesaikan itu hanyalah masalah pokok sematamata. Justeru, tamadun itu dianggap sebagai bebas nilai, neutral dan objektif. Ekoran daripada kaedah ini, maka wujudlah golongan intelek dalam tamadun barat yang hanya mahir dalam bidang pengkhususan sematamata. Golongan ini juga tidak ingin mengambil tahu bidang ilmu yang lain. Keadaan ini menimbulkan banyak krisis kepada manusia. Contohnya, ahli biologi telah menghasilkan penemuan dalam bidangnya seperti pemanian beradas tetapi mengabaikan implikasi penemuan

dua maksud, iaitu: (a) Berkait dengan pandangan Islam terhadap kosmos. Segala yang terdapat di dalam kosmos sama ada manusia, haiwan, tumbuhan dan juga planet adalah ciptaan Allah. (b) Segala sesuatu yang dicipta oleh Allah adalah dengan perancangan tertentu yang hanya diketahui olehNya. Kesemua ini menjadi bukti bahawa Tamadun Islam tidak memisahkan antara ilmu wahyu dengan ilmu intelek. Malah, ilmu wahyulah yang telah meletakkan kajian-kajian dalam konteks intelek ke tahap yang sewajarnya dengan sifat manusia itu sendiri.

tersebut kepada masyarakatnya. Tamadun barat juga menganggap segala fenomena alam dapat jijelaskan melalui akal fikiran manusia tanpa pertolongan daripada Tuhan. Sebelum berlakunya revolusi sais dalam tamadun barat, pernanan Tuhan masih diterima dalam kehidupan harian. Contohnya, Adelard Bath telah menerangkan bahawa Tuhanlah yang membolehkan biji kacang tumbuh ketika beliau mengulas tentang proses pertumbuhan. Perkara ini tidak pelik kerana kaum intelek dalam tamadun barat pada masa itu terdiri daripada pendetapendeta agama, atau sekurangkurangnya mereka pernah mendapatkan pendidikan di biara. Namun, pada abad ke-14, golongan intelek ini sudah mula renggang dengan ajaran agama. Justeru, tamadun barat mula diresapi oleh idea-idea yang berasaskan rasionalisme semata-mata. Ini menyebabkan tamadun barat mula menolak wahyu sebagai sumber ilmu, lalu mereka telah membina sistem nilai yang tersendiri. Sebahagian nilai seperti kebaikan atau kebenaran telah ditakrifkan

mengikut kaca mata manusia sahaja. Kerana itu Descartes pernah berkata bahawa: Aku berfikir, maka aku wujud.

Perbezaan antara tamadun-tamadun ini menunjukkan bahawa sesungguhnya, tamadun Islam merupakan tamadun yang sempurna dari segi lahiriah serta batiniah, kerana sifat Islam itu yang menyeluruh. Dengan itu, ia menunjukkan bahawa agama Islam sesungguhnya telah menyebabkan sesebuah tamadun itu menjadi gilang-gemilang dan berjaya melahirkan para cendekiawan yang hebat dan menjadi sumber inspirasi terhadap umat Islam pada zaman sekarang. Tamadun Islam merupakan tamadun yang patut disegani, kerana ianya merupakan tamadun yang mampu bangkit dengan dakwah serta semangat yang berkobar. Dengan itu, umat Islam pada zaman sekarang seharusnya mencontohi apa yang dilakukan oleh tokohtokoh pada tamadun yang gemilang itu. Namun, umat Islam pada masa kini makin tenggelam dalam propaganda yang dianjurkan oleh masyarakat Barat yang telah melopori minda kebanyakan umat manusia dengan fahaman orientalisme dan sekularisme mereka. Sesungguhnya, umat Islam harus bangkit dan berjuang untuk mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam yang bersinar suatu masa dahulu.

PERSAMAAN ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

Terdapat beberapa persamaan yang dapat dilihat antara kedua-dua tamadun yang menjadi asas yang penting dalam pembangunan dunia pada masa dahulu, iaitu tamadun Islam dan tamadun Barat. Antara persamaan-persamaannya adalah; 1. Penempatan manusia di suatu atau beberapa pusat pembandaran yang disatukan. Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh wujudnya petempatan kekal. Wujud masyarakat bercorak perkampungan di mana manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana kini mereka dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini kemudiannya mewujudkan urbanisasi. Tamadun Islam: Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul. Ini menyebabkan berlakunya penempatan manusia di beberapa tempat di seluruh dunia, dari Semenanjung Arab sehinggalah ke Melaka.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam. Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Tamadun Barat: Rakaman sejarah budaya barat dalam lingkungan geografi negara Eropah bermula dengan Yunani Purba, dan kemudian Rom Purba, Kristenisasi pada Zaman Pertengahan Eropah. Reformasi dan modenisasi bermula oleh Renaissance, dan

global oleh empayar Eropah berturut-turut yang tersebar cara kehidupan Eropah dan pendidikan antara abad ke-16 dan ke-20. 2. Hayat penghidupan yang stabil yang agak panjang Antara faktor yang menyumbang kepada hayat penghidupan stabil yang agak panjang merupakan faktor ekonomi. Terdapat banyak cara yang dilakukan oleh masyarakat semasa dalam pemerimtahan Tamadun Barat dan Tamadun Islam untuk memajukan ekonomi tamadun masing-masing. Di Semenanjung Tanah Arab , bazar-bazar tempat menjalankan aktiviti ekonomi telah muncul. Antara yang terkenal di Hijaz ialah Zul Majaz, Ukaz dan alMajannah. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan pelabuhan di Yaman (pelabuhan Adanah dan Aden), Teluk Parsi (pelabuhan Ubullah dan Sirah) dan Laut Merah(pelabuhan Syuaibah). Di Semenanjung Arab sendiri mereka menggunakan jalan darat cara kafilah (menurut al-Tabari, besarnya satu-satu kafilah itu ialah antara 500 hingga 1,000 ekor unta) kerana muka buminya yang berpadang pasir dan untuk keselamatan. Semasa Mekah di bawah pimpinan Qusai bin Kilab, cukai yang dikenali sebagai Rafadah telah dikenakan ke atas orang-orang yang berkemampuan yang datang menunaikan haji. Kutipan cukai itu digunakan untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin yang datang menunaikan haji atau lain-lain upacara agama di Kaabah. Satu lagi bentuk cukai yang dikenakan ke atas sesatu puak atau orang perseorangan yang inginkan jaminan keselamatan dipanggil Amwal Muhajjarah. Bayaran itu dikenakan semasa memasuki Mekah untuk mengunjungi Kaabah. Bentuk cukai yang dipanggil Harim pula dikenakan kepada orang asing yang mengerjakan haji. Cukai ini bukanlah dalam bentuk wang tapi mereka dikehendaki memberi beberapa helai pakaian/jubah atau binatang korban.

Di kawasan Barat pula, selepas berakhirnya zaman gelap iaitu menjelang pertengahan kurun ke-15,raja memantapkan kedudukannya dengan mengenakan cukai. Apabila ekonomi berkembang, pelbagai jenis cukai dikenakan. Sebelum zaman gerakan Reformation (1517 hingga ke-pertengahan kedua abad ke-16) telah wujud institusi kewangan. Semasa golongan gereja begitu berkuasa di Eropah, undangundang gereja telah menetapkan larangan amalan meminjam wang berdasarkan faedah. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan pedagang . Mereka berasa iri hati terhadap gereja yang memiliki harta dan tanah yang banyak. Mereka bersedia menyokng sebarang gerakan yang dapat mengurangkan kuasa dan kekayaan gereja..Golongan reformis telah bangkit memperjuangkan tuntutan golongan pedagang bagi membenarkan semula amalan riba itu. Perjuangan itu berjaya dan pedagang-pedagang dapat menjalankan perdagangan mereka dengan luas hingga ke tempat-tempat baru (dengan menaja peneroka). Penggunaan wang dalam urusan perdagangan telah memesatkan lagi ekonomi Eropah. Institusi bank telah berkembang pesat di Itali . Di Lombardy, England urusan bank antara bangsa telahpun berkembang secara besar-besaran menjelang kurun ke-14. Pada kurun ke-14 dan 15 pusat perdagangan Eropah telah beralih ke utara apabila orang Turki memutuskan sebahagian perdagangan di Venice. Contohnya, di Belanda telah muncul keluarga Fuggers pada kurun ke-16. Mereka paling terkenal dengan perniagaan bank yang merupakan pengasas kepada Bank Rothschilds. Pada tahun 1609 Belanda telah menjadi tumpuan para pedagang. Pada tahun 1694 England mengorak langkah menubuhkan lebih banyak bank.

3. Wujudnya organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi sosial dan pendidikan yang teratur dan berwibawa. Demi memantapkan lagi kaliber tamadun masing-masing, tamadun Islam dan tamadun Barat telah menubuhkan organisasi politik, ekonomi sosial dan pendidikan yang mantap. Tamadun Islam telah mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama di kawasan Balkan semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Tambahan itu, mereka juga mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan membangunkan kurikulum yang memberikan penekanan kepada pendidikan berbentuk

agama,sains,matematik dan teknologi. Selain itu, mereka telah empengaruhi cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Pengaruh ini berterusan kepada orang Eropah sehingga ke pertengahan zaman Renaissance . Bidang sains sosial seperti ekonomi, politik, pendidikan dan lain-lain lagi berkembang seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu yang lain. Dalam bidang ekonomi contohnya usaha pemerintah untuk menyatukan nilai matawang telah dibuat, walau bagaimanapun usaha ini memerlukan peruntukan wang banyak dan akhirnya hanya beberapa tempat sahaja dilaksanakan. Begitu juga dalam bidang pendidikan banyak kemudahan disediakan oleh pemerintahan Islam pada ketika itu seperti mendirikan perpustakaan dan institusi pendidikan untuk menyampaikan ilmu kepada rakyat.

4. Adanya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun yang menjadi pengungkap dan pengantar segala kegiatan ketamadunan dengan sistem tulisannya yang cekap demi perakaman, penyampaian, pendidikan dan pewarisannya.

Bahasa utama yang digunakan semasa tamadun Islam ialah bahasa Arab. Bagi tamadun Barat pula, terdapat banyak bahasa yang digunakan. Seperti di Sepanyol, bahasa arab menjadi bahasa utama di Sepanyol semasa Kerajaan Umaiyah berpusat di Cordova. "Yunani Kuno" adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan dunia penutur bahasa Greek pada zaman purba

5. Adanya undang-undang normal dan ethos yang teratur dan berwibawa-adil Undang-undang semasa tamadun Islam berdasarkan al-Quran dan hadis untuk dijadikan panduan dan pedoman para penganutnya. Ia mudah diterima kerana bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa ataupun kaum dan kawasan geografi. Cendekiawan islam seperti al-Farabi, al-Miskawayh dan al-Mawardi telah menghasilkan beberapa karya yang penting dalam bidang undang-undang dan pemikiran politik. Hasil tulisan ini telah memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan pemikiran politik dan perundangan dalam sejarah orang islam dan dunia Barat. Sumbangan Rom dalam bidang perundangan sangat penting. Undang-undang mereka yang pertama dipahat pada 12 permukaan kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas. Papan Dua Belas ini dipamerkan di tempat awam supaya semua rakyat dapat membaca dan mematuhinya. Ciri-ciri undang-undang Rom ini adalah: seseorang yang didakwa bersalah tidak dianggap bersalah sehingga terbukti kesalahannya, hak individu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dihormati, hukuman hanya akan dijatuhakn oleh hakim berdasarkan bukti yang cukup dan sahih dan semua undang-undang disusun dalam sebuah buku yang dikenali sebagai Kanun Undang-undang. Maharaja Justinian (527-567) telah menyusun semula sistem undang-undang yang pertama di Rom. Undang-undang ini dikenali sebagai Undangundang Justinian. Undang-undang ini telah menjadi asas undang-undang di banyak negara moden pada hari ini. 6. Lahir serta meningkatnya daya pemikiran falsafah etika moral dan metafizik atau keagaaman, kekaryawan sainsm teknologi, dan kekreatifan seni yang tersendiri yang membolehkan masyarakat itu mengatasi sebahagaian besar daripada permasalahan yang berkaitan dengan penyaraan, pendidikan, kebajikan, pertahanan, keselamatan, kesejahteraan, rekreasi, dan segala gelagat penghidupan bersama dalam alam persekitaran sosial dan fizikalnya

Tamadun Islam gemilang kerana adanya tokoh-tokoh yang hebat telah membangkitkan kegemilangan tamadun ini dengan falsafah yang hebat, serta ilmu yang tinggi. Antara tokoh yang terkenal ialah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: ) adalah pesuruh Allah yang terakhir.

Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut. Tokoh Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi atau Ab Jafar Muammad ibn Ms al-Khwrizm atau juga dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja (780-850) adalahseorang pakar dalam bidang matematik, astronomi dan geografi dari Iran. Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra. Plato bersama Socrates dan Aristotlemerupakan ahli-ahli pengasas falsafah

Barat. Socrates (470 SM 399 SM) merupakan ahli falsafah dari Athens yang amat masyhur. Beliau menekankan pendidikan budi pekerti. Beliau juga mementingkan fikiran (ilmu pengetahuan).Socrates mengjar menusia supaya berkelakuan dan berakhlak baik, berfikir dengan bijak dan mengjar dengan cara yang menarik. Plato (427 SM 347 SM) merupakan ahli falsafah dari Athens dan anak murid Socrates. Ideanya dapat ditimba melalui bukunya , Republic Plato berpendapat, manusia dijadikan Tuhan dengan kebolehan tertentu untuk mempelajari sesuatu. Aristotle (384 SM 322 SM) merupakan anak murid Plato dan pernah menjadi guru kepada Iskandar Zulkarnain. Pendapatnya berbeza dengan gurunya, Plato. Beliau seorang yang berfaham realist sedangkan Plato berfaham idealis . Menurut pendapat Aristotle, semua pengetahuan diperolehi dari luar iaitu melalui pancaindera kerana padanya, manusia dilahirkan sebagai tabula rasa.

Kesan Tamadun Islam Terhadap Tamadun Barat

Khalifah Bani Abbasiyah, al-Ma'mun, menubuhkan Bayt al-Hikmah 830M sebagai perpustakaan, pusat percetakan dan penerjemahan. Tahun 600 hingga 1000 Masehi merupakan zaman kegelapan Barat. Kegelapan Barat disebabkan masalah kemunduran ekonomi, keilmuan, kerohanian, dan juga politik yang tidak stabil. Pemisahan antara ilmu dengan agama adalah faktor yang mempengaruhi Barat. Pendedahan Islam kepada dunia Barat adalah melalui layanan pemerintah terhadap rakyat secara adil. Keadaan masyarakat Islam yang tidak memisahkan agama dengan ilmu menyebabkan wujudnya institusi pengajian tinggi di Sicily. Percanggahan keilmuan dan dogma yang tidak boleh diterima akal telah menyebabkan pemindahan pemikiran Islam ke Eropah. Penghijrahan sarjana Barat ke negara Islam telah menyebabkan berlakunya aktiviti terjemahan pemikiran Islam ke Barat. Universiti pertama di Barat didirikan di alerno dan Naples oleh King Roger. Pemindahan Pemikiran Islam ke Eropah bermula selepas Peristiwa Perang Salib yang bermula pada 1097M. Perang Salib selama 130 tahun telah menyebabkan segala ilmu pengetahuan, corak pentadbiran dan pengendalian serta perkhidmatan awam berpindah ke Barat. Penaklukan kembali Andalus dan Sicily oleh kerajaan Kristian juga antara faktor perpindahan ilmu Islam ke Barat.

You might also like