You are on page 1of 16

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

1.0 Pendahuluan

Dewasa ini program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat. Kelab-kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kementerian Belia dan Sukan khususnya Bahagian Rakan Muda memperuntukkan belanjawan yang besar untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya (Masrina, 2000). Sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mengubah modul pembelajarannya yang sebelum ini dijalankan secara dua peringkat di kem dan di institusi pengajian tinggi. Perubahan pusat pembelajaran kepada kem perkhemahan secara keseluruhannya menunjukkan terdapat nilai yang tinggi yang akan diperolehi daripada aktiviti perkhemahan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam ucapannya menegaskan, ciri-ciri utama remaja yang mampu untuk membawa negara ini mencapai status negara maju ialah kekukuhan perpaduan, mempunyai perwatakan yang baik, mempunyai nilai murni dan mempunyai matlamat hidup yang besar (Hatta, 2005).

Walau bagaimanapun, pelbagai persoalan timbul tentang kesan dan faedah yang diperolehi daripada pendidikan luar. Pengakuan masyarakat terhadap pendidikan luar masih belum sama. Bahkan banyak kajian yang dijalankan tidak menunjukkan perkembangan hasil yang signifikan (Leberman etc,1989).

Pusat Perkembangan Kurikulum (1989; petikan dari Abu Bakar Sidek, 2004) telah menggariskan Falsafah Pendidikan Luar sebagai: Alam semulajadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang bolehmemperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduan nasional.

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

2.0 Lima definisi Pendidikan Luar berdasarkan tokoh

Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi pelbagai mata pelajaran dan dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah yang terdiri daripada aktiviti mencabar, aktiviti fizikal, aktiviti mengembara atau aktiviti persekitaran (Ford, 1981). Ia merangkumi banyak subjek yang berkaitan secara langsung dengan alam persekitaran dan situasi hidup sebenar di luar bilik kuliah. Maka, apa yan dapat kita simpulkan disini,pendidikan luar bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat matlamatnya ialah kesenggangan, keseronokkan dan bersuka ria kerana melaluinya, murid belajar untuk mengenal erti kesusahan dan kesungguhan untuk melaksanakan aktiviti yang diberikan. Contohnya, aktiviti azam hidup dimana murod hanya dibekalkan beras dan setin sardin untuk menyiapkan makan tengah hari kumpulan mereka di tengah-tengah hutan tanpa sebarang sumber api. Mereka harus berfikir dengan kreatif bagaimana cara untuk membolehkan mereka menikmati makan tengah hari seperti sedia kala. Apa yang jelas disini, pasti tiada murid yang akan hanya berbual-bual dan bergelak ketawa jika mereka mahu mengisi perut yang lapar. Pendidikan luar menumpukan kepada penggunaan teknik pembelajaran secara hands-on, untuk mendapat pengetahuan. Buku bacaan perlu disokong dengan pengalaman agar pelajar dapat memahami isi kandungannya dengan lebih mudah. Maka ia merupakan suatu pendekatan pembelajaran bersifat realistik yang mengandungi elemen kognitif, psikomotor dan afektif yang berpusat kepada pelajar (Kraft, 1985). Contoh aktiviti yang jelas dapat kita nyatakan ialah water confident. Jika seseorang murid itu tidak biasa bermain dengan air ketika di rumahnya atau dalam hidupnya, pastilah aktiviti ini pasti mencabar walaupun mereka telah mengkaji tentang aktiviti ini. Maka, ia bertepatanlah dengan tujuan pendidikan luar yang mana bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir dan bertindak dan matlamatnya ialah untuk membina objektif kendiri, mendisiplinkan diri sendiri dan menghasilkan self esteem. Ini jelas disokong oleh Edginton (1998)yang menyatakan bahawa gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif akan menyumbang kepada pembinaan penghargaan diri (self-esteem), ke arah pembentukan pelajar yang sihat mental dan fizikal Tokoh teori learning by doing John Dewey (1939) menyatakan wujud keperluan dan hubungan yang rapat antara pengalaman sebenar dan pendidikan. Ini bertepatan dengan pendapat beberapa 2

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

tokoh teori pembelajaran khususnya teori pembelajaran konstruktivisme seperti Jean Pigeat dan Bruner yang menyatakan bahawa pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Menurut Bruner (1996) pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian. Natijahnya, dengan adanya pengalaman yang dirasai di luar bilik darjah diharap mampu menjadi petunjuk dan satu ilmu baru kepada murid dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan kelak.

Selain itu, pendidikan luar membantu memperkembangkan fizikal yang diingini, mental, sosial dan semangat yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993). Ini dapat kita lihat melalui aktiviti yang mencabar contoh jungle trekking yang amat memerlukan fizikal dan mental yang kuat dan cekal kerana dalam aktiviti ini memerlukan murid mendaki dan menyusuri bukit dan jeram yang terdapat di sepanjang laluan perjalanan. Tanpa semangat yang jitu, murid itu tidak mampu menamatkan aktiviti ini kerana mereka harus menghadapi apa sahaja halangan tidak kira terserempak dengan binatang buas mahu pun terjatuh ke dalam curam.

Tokoh yang seterusnya Kolb(1984) pula menyatakan bahawa proses ini berlaku melalui pengalaman terus, diikuti oleh refleksi berpandu, mempromosikan perkembangannya secara menyeluruh dan seterusnya pertimbangan pemindahan pembelajaran yang sesuai dalam kehidupan. Apa yang dapat kita simpulkan berdasarkan penyataan tokoh ini ialah pengalaman yang diperolehi oleh murid tersebut akan diadaptasi dalam kehidupan sehariannya. Contohnya, aktiviti berkayak yang mana jika kita lihat secara tidak langsung memerlukan semangat bekerjasama antara satu sama lain. Tanpa semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, aktiviti ini tidak dapat disudahi dengan baik dan cepat. Oleh itu, pendidikan luar amat penting kepada murid.

Berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka atau semula jadi. 3

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

3.0 Perbandingan aktiviti pendidikan luar pada zaman purda dan zaman era moden

ZAMAN PURBA
Berlaku secara tidak formal

ASPEK/PERKARA

ZAMAN ERA MODEN


Berlaku secara Formal

SituasiAktiviti

Tidak dirancang

Dirancang sebelum dilakukan

Masa Aktiviti
Tidak dipilih

Contoh : Jadual Program

Dipilih dengan baik

Tempat/ tapak Aktiviti

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

Menggunakan perlatan yang sedia ada

Memerlukan peralatan yang sesuai

Peralatan

Melibatkan beberapa orang sahaja

Melibatkan guru dan murid di dalam satu kumpulan yang besar

Bilangan peserta

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

4.0 Rancangan aktiviti dalam program Pendidikan Luar

4.1 Kawad kaki

kawad kaki ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak secara berkumpulan. Tujuan aktiviti berkawad ialah untuk membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taatsetia.2. Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan. Saya memilih aktiviti kawad kaki sebagai acara pertama kerana saya ingin memupuk sikap bekerjasama dalam kalangan murid. Ia dilaksanakan pada waktu petang jam 5 petang bersesuaian dengan keadaan yang tidak terlalu panas dan sejuk.

Antara asas kawad ialah apabila berjalan skuad hendaklah pacakkan tumit. Lenggangkan tangan ke hadapan sama paras dengan bahu dan juga ke belakang seberapa yang boleh. Guru yang terlibat pula hanya akan menjadi jurulatih dan melatih murid beberapa kali sebelum membahagikan mereka kepada dan kumpulan dan berlatih sesama mereka. Bagi seseorang murid yang dilatih menjadi ketua kawad, mereka haruslah tahu hukuman asas kaki yang akan diberikan kepada skuad mereka.

Hukuman asas kawad Baris, baris sedia Baris, senang diri. Rehatkan diri.. Skuad .

1. 2. 3. 4.

1. Luruskan barisan, 2. Skuad, 3. Buka barisan, Gerak,

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

1. Ke kanan lurus, 2.Pandang depan.,

1. Bergerak ke kanan, kanan sing.., 2. Menghadap kehadapan, kiri Sing, 1. Bergerak ke kiri, kiri Sing, 2. Menghadap ke hadapan, kanan Sing, 1. Menghadap ke belakang, belakang sing, 2. Menghadap ke hadapan, belakang sing, 1. Dua langkah ke kiri, Gerak, 1. Tutup barisan, Gerak, 2. Keluar.Baris.

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

4.2 Night Walk

Aktiviti ini dipilih bertujuan memberi pendedahan kepada murid kepada suasana malam di hutan Pulau Perhentian. Ia juga bertujuan mengurangkan perasaan takut kepada gelap dengan bekerjasama berpegang tangan.

Dalam usaha memastikan tiada kehadiran binatang buas, guru-guru akan terlebih dahulu memantau keadaan hutan dan bertanya kepada pengawal pulau.

Aktiviti ini akan bermula daripada tapak perkhemahan dan tamat di kawasan pesisir pantai. Aktiviti ini dijangka akan tamat dua jam kemudian. Sepanjang perjalanan gelap di dalam hutan, murid-murid akan berpegang kepada tali yang akan di pasang oleh guru supaya murid tidak hilang daripada trek perjalanan yang sebenar. Murid-murid akan dapat mendengar bunyi suara burung dan binatang pada waktu ini. Diharap ia mampu memupuk sikap sayang akan alam semula jadi dan binatang yang hampir pupus dalam kalangan murid.

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

4.3 Aktiviti kembara Program kali ini berbeza sedikit dengan night walk. Murid-murid akan dibawa ke kawasan yang kaya dengan flora dan fauna di pulau tersebut supaya mereka dapat melihat dengan lebih rapat biodiversiti ini. Waktu yang sesuai untuk dijalankan aktiviti ini adalah pada waktu pagi kerana perjalanan yang agak mencabar dan rumit ini mungkin akan memakan masa yang panjang. Aktiviti ini akan menguji mental dan fizikal murid dengan laluannya yang berliku-liku itu. Murid juga akan diuji dengan ujian azam hidup di mana mereka akan diminta memasak makanan tanpa sumber api dibantu oleh guru dalam memastikan mereka dapat menjamu selera untuk makan tengah hari setelah penat mengharungi bukit bukau.

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

4.4 Aktiviti orienteering

Aktiviti ini mengakhiri program perkhemahan ini. Orienteering adalah sukan yang memerlukan kemahiran pelayaran menggunakan peta dan kompas untuk mengemudi dari titik ke titik di permukaan bumi yang pelbagai dan biasanya tidak dikenali, dan biasanya bergerak pada kelajuan. Para peserta diberi peta topografi, biasanya orienteering Peta disediakan khas, yang mereka gunakan untuk mencari titik kawalan. Pada asalnya satu latihan dalam pelayaran tanah untuk pegawai-pegawai tentera, Orienteering telah membangunkan banyak variasi. Antaranya, yang paling lama dan yang paling popular adalah orienteering kaki. Bagi orienteering kaki,ia berfungsi sebagai titik berlepas untuk perbincangan semua variasi lain, tetapi pada dasarnya mana-mana sukan yang melibatkan lumba terhadap jam dan memerlukan navigasi menggunakan peta adalah sejenis orienteering.

Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan murid akan diberikan guru pembimbing bagi membimbing mereka dalam menggunakannya. Aktiviti ini hanya akan mengambil masa setengah jam sahaja kerana mereka hanya akan diajar asas-asas orienteering sahaja.

10

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

5.0 Jadual Tentatif program

TARIKH/MASA-AKTIVITI

Hari Pertama

8.00 pagi Berkumpul,memeriksa dan pengurusan alatan 8.30 pagi Bertolak ke Kuala Besut 11.30 pagi Pengurusan alatan dan bertolak ke Pulau Perhentian 1.00 petang Makan tengahari 1.30 petang Solah zohor & Orentasi kawasan 2.00 petang Mendirikan Khemah 3.00 petang Taklimat aktiviti 5.00 petang kawad dan riadah 7.00 malam Perasediaan makan malam/solat maghrib dan taskiran 9.00 malam Ekspedisi Night Walk 11.00 malam1` Refleksi aktiviti 12.00 malam Sentri/Tidur.

TARIKH/MASA-AKTIVITI Hari Kedua. 5.30 pagi Solat dan Kuliah Subuh dan Persediaan sarapan pagi 7.00 pagi Selamat Pagi 7.30 pagi Sarapan pagi 8.00 pagi Aktiviti Kembara/Fola Fauna da Survival. 3.00 petang Taklimat & Aktiviti orienteering 4.30 petang Minum Petang/Solat Asar/Zohor 5.00 petang. Mengemas tapak dan bertolak pulang.

11

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

6.0 Justifikasi cadangan program

6.1 Kawad kaki

Kawad kaki bertujuan untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah. Melalui aktiviti ini, murid akan belajar untuk bekerja sebagai satu kumpulan. Kawad kaki tidak akan terhasil dengan jayanya jika hanya seorang sahaja yang memberikan komitmen terhadap pasukan atau skuad. Tetapi, untuk memastikan gerakan yang serentak, sama dan jitu dapat dilakarkan, semua pihak wajib terlibat. Oleh itu, ia mampu memupuk sikap toleransi dan saling memahami antara satu sama lain sekali gus menghilangkan sifat mementingkan diri sendiri apatah lagi melibatkan pelbagai jenis kaum dalam pasukan tersebut. Maka, masyarakat yang bersatu padu memegang prinsip rukun negara yang hebat dapat dilahirkan. Ini secara tidak langsung mengelakkan masyarakat yang porak peranda dan membenci antara satu sama lain.

Kawad kaki juga melatih sikap murid menjadi seorang yang berdisiplin. Sudah terang jelas lagi bersuluh jika kita lihat pada tentera dan polis yang mengamalkan aktiviti kawad kaki ini. Kumpulan wira ini hampir kesemuanya berdisiplin. Apa tidaknya, jika seseorang ahli skuad tidak bergerak serentak dengan kumpulan, mereka akan dikenakan denda. Nah, tidak ada dolak dalih lagi bahawa kawad kaki yang berterusan akan menanam sikap berdisiplin dalam diri murid jika diterap dengan elok oleh guru.

Selain itu juga, ia mampu menghasilkan badan yang cergas. Kebiasaannya, satu-satu latihan kawad kaki akan melibatkan masa latihan sekurang-kurangnya setengah jam. Maka , ia akan mengeluarkan peluh sekali gus menyihatkan badan kita. Apabila badan cergas, otak cerdas. Hasilnya murid yang hebat lagi berkualiti dapat dijana dengan sempurna oleh pihak guru.

Kesimpulannya, janganlah kita memandang enteng terhadap aktiviti kawad kaki ini. Bukanlah bertujuan membuang masa, ia pada asasnya mahu membentuk dan mencungkil bakat yang ada pada seseorang individu itu sejak dari bangku sekolah lagi.

12

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

6.2 Night Walk

Aktiviti ini jarang digemari oleh

murid terutamanya murid perempuan. Hal ini kerana,

perjalanan pada waktu malam agak gelap dan sepi. Namun, inilah yang dikatakan memupuk sikap berani menghadapi cabaran. Melalui wujudnya aktiviti ini, sikap takut itu cuba dibuang daripada setiap diri murid-murid. Mereka hanya dibenarkan untuk berpegang pada tali dan harus memegang erat dan rapat tali tersebut agar tidak hilang dari trek. Jelasnya disini, ia mampu mebina satu sikap berani dalam diri jika murid berada di dalam keadaan kecemasan.sesiapa pun yang berada di dalam keadaan kecemasan akan takut dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Apa yang dharap, dengan adanya aktiviti ini mampu mengasah sikap murid agar lebih berani dan dapat berfikir dengan rasionalnya walau dalam apa jua keadaan yang dihadapinya pada masa kelak kerana nasib tidak berbaur. Semoga, aktiviti ini akan menjadi satu anjakan paradigma dalam diri murid-murid khususnya.

6.3 Aktiviti kembara Aktiviti kembara sangat mencabar kerana laluannya agak curam dan memerlukan keberanian serta berhati-hati semasa melaluinya. Sikap cekal dan cepat bertindak akan dapat dilihat dalam diri setiap murid-murid kerana laluan yang ditempuh bukan calanga-calang. Mereka akan bergerak secara kumpulan dan perlu memastikan setiapa ahli kumpulan berada bersama dan selamat anpa sebarang ancaman luar. Apabila menghadapi laluan yang mencabar, mereka perlu berfikir untuk memastikan setiap daripada mereka dapat menempuhi jalan terssebut tanpa masalah. Contohnya jika rakan mereka tidak larat dan terlalu letih untuk meneruskan perjalanan, mereka harus memikirkan jalan penyelesaian dengan memberitahu guru atau pun meneruskan perjalanan dengan memapah rakan mereka tersebut.

Di samping itu juga, setiap kumpulan dikehendaki memasak menggunakan bahan-bahan yang dibawa dari tapak perkhemahan. Kesabaran diuji apabila setiap kumpulan dikehendaki menghidupkan api sendiri untuk memasak. Di akhir aktiviti ini, setiap kumpulan akan

menyembahkan hasil masakan untuk dirasa oleh juri-juri yang terdiri daripada pensyarah13

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

pensyarah pembimbing. Mereka akan dibekalkan dengan beras dan setin sardin. Sesampainya di kawsan lata air terjun, mereka dibenarkan untuk berehat dan memasak makanan tengah hari. Kelihatan mudah tetapi sebenrnya susah. Mengunakan alam semula jadi, dan kekereatifan akal masing-masing, mereka perlu mencari kayu api dan daun-daun untuk menghidupkan api. Di sini,mereka perlu kreatif dan tahu memilih kayu api yang bole mengidupkan api. Jika kayu basah, api tidak akan hidup. Sesungguhnya, aktiviti ini sangat mencabar. Ini ditambah pula apabila mereka diberikan tempoh masa untuk meyiapkan juadah tersebut.

6.4 Aktiviti orienteering Berbeza dengan aktiviti sebelum-sebelum ini, tujuan utama diselitkan aktiviti ini bukanlah berniat untuk menyusahakan murid tetapi memberikan pendedahan kepada mereka apbila sesat di kawasan atau tempat yang tidak diketahui lokasinya. Mereka yang akan diajar cara membaca kompas dan peta membolehkan mereka mencari jalan keluar jika sesat walaupun tanpa sebarang alat komunikasi

14

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

7.0 Penutup

Secara keseluruhannya

dapat dirumuskan program pendidikan luar dapat membawa

perubahan terhadap keyakinan diri para pelajar. Tahap perubahan yang tinggi menunjukkan hubungan yang positif dengan penglibatan para peserta dalam program pendidikan luar. Ia memainkan peranan yang penting kerana peserta program dapat membina hubungan

interpersonal dan menggalakkan mereka bekerjasama serta saling menyokong antara satu sama lain. Ini adalah amat penting bagi memberikan ketenangan mental kepada para pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif. Keyakinan diri yang tinggi akan

meningkatkan prestasi pelajaran dan sebaliknya. Faktor-faktor ini diharap dapat membantu peserta kem meningkatkan lagi tahap penguasaan akademik mereka kelak. Kejayaan program pendidikan luar juga adalah bergantung kepada tahap pengetahuan dan kemahiran

pensyarah. Justeru adalah penting bagi pensyarah merancang dan mengurus program pendidikan luar yang dilihat sebagai medium pengajaran luar bilik kuliah. Hasil kajian ini diharap dapat digunakan oleh pensyarah untuk mengelolakan program pendidikan luar dengan lebih berkesan demi menghasilkan kesan yang positif terhadap keyakinan diri pelajar dan seterusnya membantu mempertingkatkan prestasi akademik mereka.

15

PENDIDIKAN LUAR HBPE3203

Rujukan

Buku

Edginton, C. R., Hanson, C. J. & Edginton, S. R. (1992). Leisure programming: Concept, trend, and profesional practice (2nd ed. ). United State of America: Wm. C. Brown Communication, Inc.

Gerber,S.B.1996. Extracurricular activities and academic achievement. Journal of Research and Development in Education, 30(1), 42-50.

Hofferth, S.L.,& Jankuniene,Z.2001.Life after school,Educational Leardership, 58(7), 19-23

Leberman, 1989; Mackay, 1981; Paxton & McAvoy, 2000; petikan dari Shepard & Speelman, 1986; m.s. 5). Marsh,H.W.1992.Exrtacurricular activities: Beneficial extension of the traditional curriculum or subversion of academic goals? Journals of educational Psyhology,84(4)553-562.

Neill.2006. Neill-International Outdoor (atas talian) http://www.wilderdom.com/OEinternational/James Education (4 Nov 06).

Priest, S. & Gass, M. A. 1997. Effective Leadership in Adventure Programming. Champaign, IL: Human Kinetics.

Internet http://bangktuah.blogspot.com/2011/05/hukuman-kawad-kaki-asas.html http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/pengenalan-pendidikan-luar.html

16

You might also like