You are on page 1of 7

JABATAN IKHTISAS PENDIDIKAN FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,BATU PAHAT, JOHOR

SEMESTER 2 SESI 2012/2013 (SEMESTER KEEMPAT) UWS 10202 ( HUBUNGAN ETNIK ) NAMA PENSYARAH: PN HARLIANA BINTI HALIM FAKULTI SAINS ,TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN TAJUK TUGASAN INDIVIDU:ULASAN PENULISAN Kesepaduan Sosial Prasyarat Masyarakat Moderat

NAMA PELAJAR: RAHIMAH BINTI AMAT ROSMAN (DB 110943)

NO. KAD PENGENALAN: 750131016372 NAMA SEKOLAH :SK PARIT KEMANG,SENGGARANG,BATU PAHAT PENGALAMAN MENGAJAR: 13 TAHUN NO. TELEFON:011-12113962 EMEL:rahimatamatrosman@yahoo.com PROGRAM: SARJANA MUDA PENDIDIKAN MATEMATIK (SEKOLAH RENDAH) TARIKH HANTAR: 7 DISEMBER 2013

ISI KANDUNGAN Bil Tajuk 1 Ulasan penulisan 2 Rujukan 3 Lampiran 3.1 Keratan akhbar: Kesepaduan Sosial Prasyarat Masyarakat Moderat muka surat

Ulasan penulisan
Tajuk Penulis Terbitan :Kesepaduan sosial prasyarat masyarakat moderat : Shamsul amri Baharuddin dan Anis Yusal Yusoff :Sinar Harian bertarikh 17 Januari 2012,

Saya berpendapat bahawa tulisan penulis berfokuskan tentang kesepaduan sosial yang menjadi tiang seri atau anak kunci kepada konsep masyarakat moderat Malaysia.Selepas terjadinya rusuhan etnik 13 Mei 1969, Malaysia telah menjadikan perpaduan nasional sebagai matlamat akhir utama untuk dicapai, khususnya, melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancar pada tahun 1971. Apabila DEB tamat pada 1990 perpaduan yang diidamkan itu masih belum tercapai. Pada 1991 rakyat Malaysia diperkenalkan pula oleh Tun Mahathir Mohamed, Perdana Menteri ketika itu dengan Wawasan 2020 beliau yang berteraskan konsep Bangsa Malaysia, suatu bentuk perpaduan yang dijangkakan akan dicapai pada 2020. Sehingga 2009, tiada sebarang tanda-tanda jelas di mana perpaduan yang diharapkan itu akan dicapai. Maka diperkenalkan pula konsep 1Malaysia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merangsang masyarakat Malaysia ke arah perpaduan.Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara ini.Ianya diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri.Justeru itu Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN) diwujudkan sebagai platform bertujuan membincangkan isu perpaduan dan integrasi nasional. Sementara itu ia bertindak sebagai penyelaras kepada agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab menasihat, melapor dan mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri tentang isu yang berkaitan dengan perpaduan.Jabatan ini akan merangka program pemetaan perpaduan untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran.Ia juga melaksanakan aktiviti berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang dicadangkan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulumdi sekolah bagi memupuk kesepaduan sosial.Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya juga termasuk dalam program dan aktiviti perpaduan.Strategi JPNIN 2005-2010 iaitu mengadakan Pelan Tindakan 2005-2010 seperti merancang dan membina strategi dalam memupuk integrasi dan kesepaduan sosial. Antara strategi yang digunakan yang pertama ialah strategi persefahaman politik iaitu berlandaskan peruntukan perlembagaan yang telah termaktub.Dengan itu langkah-langkah keselamatan dan undang-undang untu mengawal dan mencegah perkara yang menjejaskan hubungan kaum.Strategi kedua ialah strategi pendidikan .Dimana sistem pendidikan yang komprehansif dan efektif dibentuk sebagai satu platform untuk mewujudkan semangat patriotisme dan sayangkan negara ,mengeratkan perpaduan kaum dan mewujudkan kesedaran nasional.Pendidikan berteraskan bahasa ibunda Mandarin ,Tamil ,Iban dan Kadazan diteruskan diperingkat rendah dan menengah.Aktiviti pendidikan dan kokurikulum juga memfokuskan kepada penerapan sikap dan nilai-nilai murni,hormat menghormati yang menyumbang kepada pembinaan kesepaduan sosial.Strategi ketiga iaitu Strategi kepercayaan agama dimana agama Islam adalah agama rasmi persekutuan yang termaktub dalam

perlembagaan ,namun rakyat Malaysia bebas menganut agama dan kepercayaan masingmasing.Strategi keempat iaitu strategi keseimbangan ekonomi dapat mengubahkan daripada ekonomi yang disegrasikan mengikut kaum kepada ekonomi yang melibatkan semua kaum.Matlamat dan penggemblengan untuk merapatkan jurang pendapatan dan menghapuskan kemiskinan seterusnya menaikkan taraf sosio ekonomi semua kaum.Strategi kelima iaitu strategi bahasa kebangsaan sebagai medium memupuk kesepaduan sosial seiring dengan yang termaktub dalam

perlembagaan.Strategi keenam iaitu strategi kebudayaan dimana mewujudkan kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat Malaysia.strategi ketujuh iaitu strategi integrasi wilayah yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.Untuk mengelakkan jarak yang jauh ,pihak kerajaan menambahbaik sistem radio,televisyen dan pengangkutan.Selain itu lawatan pucuk pimpinan kerajaan juga dilakukan kerap bagi meningkatkan integrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat.Banyak lagi strategi yang digunakan antaranya seperti strategi pembangunan kawasan ,strategi media massa,strategi keselamatan strategi penggunaan tenaga manusia,strategi

kesukanan,strategi perpaduan dan pertubuhan sukarela,strategi pemantauan isu-isu semasa ,strategi program dan aktiviti perpaduan ,strategi penyelidikan dan penerbitan iaitu kerajaan

memperbanyakkan penerbitan dan penyelidikan yang berkaitan dengan perpaduan dan hubungan kaum. Sebenarnya dalam tempoh 42 tahun (1969-2011) lalu, biar pun perpaduan yang kita impikan sangat-sangat itu belum tercapai, namun kita telah mencapai sesuatu yang signifikan yang menjadikan Malaysia negara contoh kepada banyak negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin.Malah laporan yang dihasilkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan Antarabangsa yang berpangkalan di Sydney dan yang bertanggungjawab menghasilkan Global Peace Index 2011 menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-19 daripada 153 negara sedunia yang berjaya mengekal suasana aman dan kestabilan politik. Malah Malaysia didapati jauh lebih baik daripada jiran-jiran di rantau Asia Tenggara, termasuk Singapura.Apa yang sebenarnya telah dicapai oleh Malaysia dalam tempoh 42 tahun itu ialah suatu kesepaduan sosial yang merupakan pra-syarat kepada perpaduan yang kita inginkan. Kesepaduan sosial inilah sebenarnya yang menjadi tiang seri kepada konsep equilibirium yang disebut oleh Najib, sebagai anak kunci masyarakat moderat Malaysia yang diperagakan beliau apabila menganjurkan gagasan Global Movement of the Moderates (GMM, atau Gerakan Global Kesederhanaan).Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, semenjak ditubuhkan pada Oktober 2007, telah membina suatu korpus ilmu dan maklumat mengenai Kesepaduan Sosial (KS), sebagai suatu model sosial, yang boleh menjadi suatu pakej pelengkap kepada gagasan GMM, anjuran Najib, dan boleh mengisinya secara konkrit.Pakej yang dimaksudkan ini mengandungi lima komponen penting dalam kerangka konsep KS yang bersifat umum iaitu konsep, kerangka analisis bersifat struktural-sejarah, penginstitusian dan bentuk

Lampiran Keratan Akhbar


Kesepaduan sosial prasyarat masyarakat moderat
SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN DAN ANIS YUSAL YUSOFF Sinar Harian 17 Januari 2012

SEMENJAK terjadinya rusuhan etnik 13 Mei 1969, Malaysia telah menjadikan perpaduan nasional sebagai matlamat akhir utama untuk dicapai, khususnya, melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancar pada tahun 1971. Apabila DEB tamat pada 1990 perpaduan yang diidamkan itu masih belum tercapai. Pada 1991 rakyat Malaysia diperkenalkan pula oleh Tun Mahathir Mohamed, Perdana Menteri ketika itu dengan Wawasan 2020 beliau yang berteraskan konsep Bangsa Malaysia, suatu bentuk perpaduan yang dijangkakan akan dicapai pada 2020. Sehingga 2009, tiada sebarang tanda-tanda jelas di mana perpaduan yang diharapkan itu akan dicapai. Maka diperkenalkan pula konsep 1Malaysia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merangsang masyarakat Malaysia ke arah perpaduan. baca selanjutnya Program Kesepaduan Sosial Negara

Kesepaduan sosial prasyarat masyarakat moderat


Home Keratan Akhbar Kesepaduan sosial prasyarat masyarakat moderat

Sinar Harian 17 Januari 2012

SEMENJAK terjadinya rusuhan etnik 13 Mei 1969, Malaysia telah menjadikan perpaduan nasional sebagai matlamat akhir utama untuk dicapai, khususnya, melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancar pada tahun 1971. Apabila DEB tamat pada 1990 perpaduan yang diidamkan itu masih belum tercapai. Pada 1991 rakyat Malaysia diperkenalkan pula oleh Tun Mahathir Mohamed, Perdana Menteri ketika itu dengan Wawasan 2020 beliau yang berteraskan konsep Bangsa Malaysia, suatu bentuk perpaduan yang dijangkakan akan dicapai pada 2020. Sehingga 2009, tiada sebarang tanda-tanda jelas di mana perpaduan yang diharapkan itu akan dicapai. Maka diperkenalkan pula konsep 1Malaysia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merangsang masyarakat Malaysia ke arah perpaduan. Sebenarnya dalam tempoh 42 tahun (1969-2011) lalu, biar pun perpaduan yang kita impikan sangat-sangat itu belum tercapai, namun kita telah mencapai sesuatu yang signifikan yang menjadikan Malaysia negara contoh kepada banyak negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Malah laporan yang dihasilkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan Antarabangsa yang berpangkalan di Sydney dan yang bertanggungjawab menghasilkan Global Peace Index 2011 menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-19 daripada 153 negara sedunia yang berjaya mengekal suasana aman dan kestabilan politik. Malah Malaysia didapati jauh lebih baik daripada jiran-jiran di rantau Asia Tenggara, termasuk Singapura. Apa yang sebenarnya telah dicapai oleh Malaysia dalam tempoh 42 tahun itu ialah suatu kesepaduan sosial yang merupakan pra-syarat kepada perpaduan yang kita inginkan. Kesepaduan sosial inilah sebenarnya yang menjadi tiang seri kepada konsep equilibirium yang disebut oleh Najib, sebagai anak kunci masyarakat moderat Malaysia yang diperagakan beliau apabila menganjurkan gagasan Global Movement of the Moderates (GMM, atau Gerakan Global Kesederhanaan). Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, semenjak ditubuhkan pada Oktober 2007, telah membina suatu korpus ilmu dan maklumat mengenai Kesepaduan Sosial (KS), sebagai suatu model sosial, yang boleh menjadi suatu pakej pelengkap kepada gagasan GMM, anjuran Najib, dan boleh mengisinya secara konkrit. Pakej yang dimaksudkan ini mengandungi LIMA komponen penting dalam kerangka konsep KS yang bersifat umum iaitu konsep, kerangka analisis bersifat struktural-sejarah, penginstitusian dan bentuk institusi-institusi perkongsian kuasa teras KS, dasar awam, pelaksanaan dan sistem penilaian mendalam dan alat-alat untuk memantau KS secara berterusan (R&D Sosial; Sistem Amaran Awal dan Indeks Ikatan Sosial). Pakej Kesepaduan Sosial (Padu) ini boleh dimanfaat sebagai alat untuk memulakan perundingan dan tolak ansur di meja bulat perundingan diantara pihak yang berbalah tanpa mana-mana pihak mengalami untung rugi. Dalam usaha Kita untuk memasyarakatkan ilmu, korpus ilmu yang dibina berteraskan KS ini telah dibentangkan di beberapa persidangan dalam dan luar negara, dan dibincangkan dalam

rancangan bual bicara TV dan radio. Ada beberapa pihak yang telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Kita untuk membawa pakej ini untuk diaplikasikan di luar negara, khususnya di Timur Tengah, yang kini berdepan dengan suatu krisis sosial amat gawat, justru itu memerlukan suatu penyelesaian aman. Salah sebuah syarikat yang mempunyai syarikat bersekutu antarabangsa, iaitu Digital Daya yang berpengkalan di Washington D.C, Dubai dan Kuala Lumpur iaitu E-MAM Kapitan Sdn Bhd telah menyatakan hasrat mereka untuk menggunakan pakej ini sebagai input penting dalam pembinaan Taman Intelektual yang mereka sedang usahakan bersama Muzium Negeri Pahang di Pekan. Melalui kerjasama penting ini, sebuah pusat global mengenai KS yang telah dicadangkan namanya sebagai Global Social Cohesion Center Malaysia, Pekan (GSCCMP) akan dibina dalam Taman Intelektual ini. Melalui pusat ini nanti kerja-kerja mendalami hasil kajian rintis pakej KS ini dapat diperkemaskan sebelum dieksport keluar negara. Sebenarnya inilah julung kalinya sebuah institusi penyelidikan bersifat sains sosial di Malaysia berjaya menampilkan sebuah model sosial iaitu PADU untuk diguna pakai oleh sesiapa saja yang berminat membina keamaanan dan kestabilan secara berterusan dalam sesebuah komuniti atau masyarakat. Dalam konteks domestik, PADU juga adalah suatu pakej yang mempunyai nilai tambah tinggi kepada mereka dalam sektor swasta, khususnya, terhadap mana-mana projek korporat yang melibatkan masyarakat, seperti projek pembangunan perumahan, hartanah, CSR, dan projek filontrofi. Ia boleh menjadi daya tarikan kepada pelanggan dan mempunyai potensi untuk meningkatkan keuntungan. Dalam sektor awam pula, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, malah GLC juga, boleh memanfaatkan PADU ini kearah menguntungkan masyarakat secara jangka panjang dan juga untuk meningkatkan keuntungan kepada GLC. Sumbangan UKM, melalui KITA dengan bantuan E-MAM ini diharapkan dapat membantu usaha murni Perdana Menteri dalam mengetengahkan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah beliau melalui gerakan global moderat yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini. Ini sebenarnya adalah hadiah Malaysia kepada dunia dan diharapkan kerjasama dengan E-MAM sebagai sebuah syarikat swasta yang prihatin dengan pembangunan masyarakat dan pembinaan negara-bangsa akan mencapai kejayaan yang diharapkan.

You might also like