You are on page 1of 6

Rahimah binti Amat Rosman(DB110943) Bab 7:Tema:Dari segrasi ke Integrasi Soalan 4:Jabatan Perpaduan Negara kurang bermaya dalam

usaha memupuk perpaduan Bincangkan. Pengenalan Semenjak terjadinya rusuhan etnik 13 Mei 1969, Malaysia telah menjadikan perpaduan nasional sebagai matlamat utama untuk dicapai, khususnya, melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang

dilancar pada tahun 1971. Apabila DEB tamat pada 1990 perpaduan yang diidamkan itu masih belum tercapai.Pada 1991 rakyat Malaysia diperkenalkan pula oleh Tun Mahathir Mohamed, Perdana Menteri ketika itu dengan Wawasan 2020 beliau yang berteraskan konsep Bangsa Malaysia, suatu bentuk perpaduan yang dijangkakan akan dicapai pada tahun 2020.Sehingga 2009, tiada sebarang tanda-tanda jelas di mana perpaduan yang diharapkan itu akan dicapai. Maka diperkenalkan pula konsep 1Malaysia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merangsang masyarakat Malaysia ke arah perpaduan. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara ini.Ianya diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri.Justeru itu Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN) diwujudkan sebagai platform bertujuan

membincangkan isu perpaduan dan integrasi nasional.Sementara itu ia bertindak sebagai penyelaras kepada agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab menasihat, melapor dan mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri tentang isu yang berkaitan dengan perpaduan.Jabatan ini akan merangka program pemetaan perpaduan untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran.Ia juga melaksanakan aktiviti berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang dicadangkan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum di sekolah bagi memupuk kesepaduan sosial.Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya juga termasuk dalam program dan aktiviti perpaduan.Strategi JPNIN 2005-2010 iaitu mengadakan Pelan Tindakan 2005-2010 seperti merancang dan membina strategi dalam memupuk integrasi dan kesepaduan sosial. Antara strategi yang digunakan yang pertama ialah strategi persefahaman politik iaitu berlandaskan peruntukan perlembagaan yang telah termaktub.Dengan itu langkah-langkah

keselamatan dan undang-undang untuk mengawal dan mencegah perkara yang menjejaskan hubungan kaum.Strategi kedua ialah strategi pendidikan .Dimana sistem pendidikan yang komprehansif dan efektif dibentuk sebagai satu platform untuk mewujudkan semangat patriotisme dan sayangkan negara ,mengeratkan perpaduan kaum dan mewujudkan kesedaran nasional.Pendidikan berteraskan bahasa ibunda Mandarin ,Tamil ,Iban dan Kadazan diteruskan diperingkat rendah dan menengah.Aktiviti pendidikan dan kokurikulum juga memfokuskan kepada penerapan sikap dan nilainilai murni,hormat menghormati yang menyumbang kepada pembinaan kesepaduan sosial.Strategi ketiga iaitu strategi kepercayaan agama dimana agama Islam adalah agama rasmi persekutuan yang

termaktub dalam perlembagaan ,namun rakyat Malaysia bebas menganut agama dan kepercayaan masing-masing.Strategi keempat iaitu strategi keseimbangan ekonomi dapat mengubahkan daripada ekonomi yang disegrasikan mengikut kaum kepada ekonomi yang melibatkan semua kaum.Matlamat dan penggemblengan untuk merapatkan jurang pendapatan dan menghapuskan kemiskinan seterusnya menaikkan taraf sosio ekonomi semua kaum.Strategi kelima iaitu strategi bahasa kebangsaan sebagai medium memupuk kesepaduan sosial seiring dengan yang termaktub dalam perlembagaan.Strategi keenam iaitu strategi kebudayaan dimana mewujudkan kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat Malaysia.Strategi ketujuh iaitu strategi integrasi wilayah yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.Untuk mengelakkan jarak yang jauh ,pihak kerajaan menambahbaik sistem radio,televisyen dan pengangkutan.Selain itu lawatan pucuk pimpinan kerajaan juga dilakukan lebih kerap bagi meningkatkan integrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat.Banyak lagi strategi yang digunakan antaranya seperti strategi pembangunan kawasan ,strategi media massa,strategi keselamatan strategi penggunaan tenaga manusia,strategi kesukanan,strategi perpaduan dan pertubuhan sukarela,strategi pemantauan isu-isu semasa ,strategi program dan aktiviti perpaduan ,strategi penyelidikan dan penerbitan iaitu kerajaan

memperbanyakkan penerbitan dan penyelidikan yang berkaitan dengan perpaduan dan hubungan kaum. Namun begitu strategi yang terlalu banyak tetapi lemah dan kurang efisyen boleh mengundang beberapa kesan buruk kepada negara .Kesan yang pertama ialah keharmonian negara terjejas.Apabila rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama,ini menyebabkan keamanan,integrasi antara wilayah dan kaum,hidup dalam harmoni ,keadilan,kerjasama dan dedikasi sesama rakyat tidak dapat dipupuk serta disempurnakan dengan jayanya.Segala strategi yang dirancang akan sia-sia tanpa usaha pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.Oleh itu Jabatan Perpaduan Negara perlu mengambil langkah proaktif supaya setiap matlamat dapat dicapai dengan semangat perpaduan. Kesan yang kedua ialah dapat dilihat masyarakat sekeliling tidak berasa bebas,maju, tenteram dengan keyakinan diri sendiri serta bangga dengan apa yang dicapai disebabkan tiada integrasi dan perpaduan di dalam negara.Rakyat merasa terkongkong kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah terhad.Ini menyebabkan perasaan tidak puas hati dan akhirnya mencetuskan pertelingkahan dalam etnik.Contohnya dari aspek ekonomi .Terjadinya rusuhan kaum iaitu peristiwa 13 Mei 1969 adalah akibat ketidakadilan dalam aktiviti ekonomi yang dipisahkan mengikut kaum.Sehubungan dengan itu Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah perpaduan untuk jangkamasa panjang. Kesan yang ketiga ialah pembangunan ekonomi yang tidak stabil.Menurut Joseph Stiglitz merupakan ketua ahli ekonomi bank dunia,kunci bagi keterusan Malaysia diperingkat dunia ialah hubungan etnik yang harmonis iaitu perpaduan rakyat dalam negara.Contohnya segala masalah ekonomi adalah masalah etnik.Maka sebarang penyelesaian masalah ekonomi mesti diambil kira dalam etnik dan

Jabatan Perpaduan Negara yang ditubuhkan tidak boleh berpeluk tubuh sahaja dimana programprogram yang dijalankan pastikan ianya berkesan bukan setakat melepaskan batuk ditangga. Kesan yang keempat ialah dari segi pendidikan.Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai misi untuk membangunkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia disamping mengembangkan potensi individu dan memenuhi aspirasi negara.Walaupun Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi sekolah-sekolah seperti aliran Cina dan Tamil boleh menggunakan bahasa ibunda masingmasing.Oleh kerana itu ketidaksamaan matlamat menyebabkan sukar perpaduan dan integrasi dapat diwujudkan.Disini pentingnya Jabatan Perpaduan Negara menggunakan semua kajian yang dijalankan untuk memberi pandangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia supaya dapat digunakan dalam menggubal kurikulum bagi menyemai semangat perpaduan dan cintakan negara dikalangan pelajar yang bakal memimpin negara di masa hadapan. Kesan yang kelima adalah masyarakat yang demokratik dan mengamalkan persefahaman yang matang tidak dapat dipupuk.Contohnya masyarakat yang demokratik ialah masyarakat yang boleh menerima pandangan ,berkongsi dan melaksanakan segala sesuatu yang berfaedah.Dewasa ini hal kesepakatan dikalangan rakyat semakin luntur dimana setiap etnik mahukan kuasa yang lebih untuk kaum masing-masing dan sukar berfikiran terbuka dalam menghayati erti perpaduan.Justeru itu program-program Jabatan Perpaduan Negara adalah penting diselaraskan dengan tindakan bagi mewujudkan perpaduan dimana rakyat dapat berkongsi sesuatu untuk manfaat bersama. Kesan yang keenam ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral ,tidak bertolak ansur,tidak beretika dan tidak kukuh nilai agama dan kejiwaannya.Apabila wujud masyarakat ini pergaduhan dan pertelingkahan dikalangan rakyat boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dapat dibendung ,ianya boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk.Masalah etnik sangat sensitif jika tidak ditangani dengan teliti.Langkahlangkah drastik daripada Jabatan Perpaduan Negara melalui Kementerian Dalam Negeri perlu diambil dengan segera. Kesan yang ketujuh ialah negara tidak dapat mengubah semua corak ekonomi dan kehidupan pertanian kepada perindustrian.Seperti yang kita tahu sebelum peristiwa 1969 ekonomi negara lebih dikuasai oleh golongan Cina berbanding oarang Melayu yang bekerja sebagai nelayan dan petani.Akibat tiada perpaduan ,transformasi ekonomi negara sukar dilakukan kerana melibatkan perubahan teknologi,ekonomi sosial dan kebudayaan .Hanya perpaduan yang dapat memudahkan proses ini kerana ia banyak melibatkan kedudukan sosial dan kebudayaan masyarakat.Maka Jabatan Perpaduan Negara seharusnya meneliti sosio budaya setiap etnik sebelum melaksanakan perubahan ekonomi disamping menyemai semangat perpaduan dalam masyarakat. Kesan yang kelapan ialah dalam aspek sosial iaitu tidak berlaku komunikasi antara rakyat jika tiada perpaduan.Contohnya ,sekiranya aspek sosial tidak wujud maka wujud kelompok-kelompok kecil dimana ia menunjukkan jurang diantara masyarakat.Jurang ini membawa simbol tiada perpaduan

dalam negara.Oleh itu Jabatan Perpaduan perlu memikirkan langkah-langkah untu merapatkan jurang antara rakyat khusus dalam bidang komunikasi masyarakat pelbagai etnik. Kesan yang kesembilan ialah berkaitan kestabilan politik.Seperti mana yang kita tahu sistem politik dalam negara berfungsi untuk mentadbir negara.Sebagai contoh,wujud parti-parti kecil dimana partiparti membawa gerakan atau wakil daripada etnik masing-masing untuk mempertahankan hak mereka.Akibat terlalu banyak parti menyebabkan pertelingkahan atau perang parti.Maka Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan untuk melakukan langkah-langkah konkrit untuk menstabilkan semula aktiviti politik dalam negara.Semakin lama masa yang diambil untuk menjalankan langkah konkrit tersebut semakin menjadi-jadi masalah politik dalam negara. Kesan yang kesepuluh ialah nilai materilisme yang melampau iaitu yang bermaksud nafsu mencari keuntungan yang maksimum sehingga sanggup menyeleweng,pecah amanah,menipu,mencuri dan membunuh untuk mencapai apa yang diinginkan.Oleh itu Jabatan Perpaduan Negara harus meneliti program yang sesuai untuk mengikis nilai materialisme ini. Sebenarnya dalam tempoh 42 tahun (1969-2011) lalu, biar pun perpaduan yang kita impikan sangatsangat itu belum tercapai, namun kita telah mencapai sesuatu yang signifikan yang menjadikan Malaysia negara contoh kepada banyak negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Malah laporan yang dihasilkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan Antarabangsa yang berpangkalan di Sydney dan yang bertanggungjawab menghasilkan Global Peace Index 2011 menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-19 daripada 153 negara sedunia yang berjaya mengekal suasana aman dan kestabilan politik. Malah Malaysia didapati jauh lebih baik daripada jiran-jiran di rantau Asia Tenggara, termasuk Singapura. Apa yang sebenarnya telah dicapai oleh Malaysia dalam tempoh 42 tahun itu ialah suatu kesepaduan sosial yang merupakan pra-syarat kepada perpaduan yang kita inginkan. Kesepaduan sosial inilah sebenarnya yang menjadi tiang seri kepada konsep equilibirium yang disebut oleh Najib, sebagai anak kunci masyarakat moderat Malaysia yang diperagakan beliau apabila menganjurkan gagasan Global Movement of the Moderates (GMM, atau Gerakan Global Kesederhanaan). Melalui usaha yang dilakukan oleh JPNIN bagi meneruskan kelangsungan tanggungjawabnya kepada negara,Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, semenjak ditubuhkan pada Oktober 2007, telah membina suatu korpus ilmu dan maklumat mengenai Kesepaduan Sosial (KS), sebagai suatu model sosial, yang boleh menjadi suatu pakej pelengkap kepada gagasan GMM, anjuran Najib, dan boleh mengisinya secara konkrit. Pakej yang dimaksudkan ini mengandungi lima komponen penting dalam kerangka konsep KS yang bersifat umum iaitu konsep, kerangka analisis bersifat struktural-sejarah, penginstitusian dan bentuk institusi-institusi perkongsian kuasa teras KS, dasar awam, pelaksanaan dan sistem penilaian mendalam dan alat-alat untuk memantau KS secara berterusan (R&D Sosial; Sistem Amaran Awal

dan Indeks Ikatan Sosial).Pakej Kesepaduan Sosial (PADU) ini boleh dimanfaat sebagai alat untuk memulakan perundingan dan tolak ansur di meja bulat perundingan diantara pihak yang berbalah tanpa mana-mana pihak mengalami untung rugi.Dalam usaha untuk memasyarakatkan ilmu, korpus ilmu yang dibina berteraskan KS ini telah dibentangkan di beberapa persidangan dalam dan luar negara, dan dibincangkan dalam rancangan bual bicara di televisyen dan radio. Ada beberapa pihak yang telah menyatakan minat untuk bekerjasama untuk membawa pakej ini untuk diaplikasikan di luar negara, khususnya di Timur Tengah, yang kini berdepan dengan suatu krisis sosial amat gawat, justeru itu memerlukan suatu penyelesaian aman. Salah sebuah syarikat yang mempunyai syarikat bersekutu antarabangsa, iaitu Digital Daya yang berpangkalan di Washington D.C, Dubai dan Kuala Lumpur iaitu E-MAM Kapitan Sdn Bhd telah menyatakan hasrat mereka untuk menggunakan pakej ini sebagai input penting dalam pembinaan Taman Intelektual yang mereka sedang usahakan bersama Muzium Negeri Pahang di

Pekan.Melalui kerjasama penting ini, sebuah pusat global mengenai KS yang telah dicadangkan namanya sebagai Global Social Cohesion Center Malaysia, Pekan (GSCCMP) akan dibina dalam Taman Intelektual ini. Melalui pusat ini nanti kerja-kerja mendalami hasil kajian rintis pakej KS ini dapat diperkemaskan sebelum dieksport keluar negara.Sebenarnya inilah julung kalinya sebuah institusi penyelidikan bersifat sains sosial di Malaysia berjaya menampilkan sebuah model sosial iaitu PADU untuk diguna pakai oleh sesiapa saja yang berminat membina keamanan dan kestabilan secara berterusan dalam sesebuah komuniti atau masyarakat.Dalam konteks domestik, PADU juga adalah suatu pakej yang mempunyai nilai tambah tinggi kepada mereka dalam sektor swasta, khususnya, terhadap mana-mana projek korporat yang melibatkan masyarakat, seperti projek pembangunan perumahan, hartanah dan projek filontrofi. Ia boleh menjadi daya tarikan kepada pelanggan dan mempunyai potensi untuk meningkatkan keuntungan.Dalam sektor awam pula, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, malah GLC juga, boleh memanfaatkan PADU ini kearah menguntungkan masyarakat secara jangka panjang dan juga untuk meningkatkan keuntungan kepada GLC. Kesimpulannya Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan perpaduan kaum di negara Malaysia yang tercinta ini.Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini disamping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa dimana kita hidup dalam sebuah komuniti.Oleh itu walaupun ada perbezaan ideologi politik ,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.

Rujukan: 1.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-perpaduanpenting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html 2.https://www.google.com/search?q=perpaduan+penting+untuk+kesejahteraan+negara&oq=per&aqs= chrome.1.69i59l2j69i57j0l3.6290j0j7&sourceid=chrome&espv=210&es_sm=93&ie=UTF-8 3.http://myschooltmgstaiping.wordpress.com/2012/04/26/langkah-langkah-untuk-mengukuhkanperpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia/