TAJUK 1 MEMAHAMI KECERGASAN FIZIKAL DAN SUAIAN FIZIKAL 1.

1 Pengenalan Tiada formula atau resipi istimewa untuk capai kesihatan yang optimum. Walau bagaimanapun, gabungan senaman yang kerap dan pemakanan yang seimbang mungkin formula capai kesihatan optimum yang terbaik yang diketahui pada masa ini. Kesihatan yang optimum penting bagi setiap individu, tidak kira atlit atau bukan atlit. Satu konsep semasa yang melibatkan kesihatan optimum adalah wellness atau kesejahteraan (Gambarajah 1.1). Wellness adalah keadaan kesihatan optimum dan seimbang yang melibatkan aspek fizikal, emosi, intelek, rohaniah, sosial dan persekitaran (Powers, Dodd & Nolan, 2006). Setiap individu perlu mempunyai tahap kesihatan yang mencukupi dalam enam aspek untuk capai wellness. Kekurangan dalam satu aspek kesihatan boleh menjejas kesihatan lain. Sebagai contoh, kesihatan emosi yang kurang baik boleh menjejas kesihatan fizikal dan sebaliknya.

Kecergasan Fizikal

Kesihatan Persekitaran

Kesihatan Rohaniah

WELLNESS

Kesihatan Emosi

Kesihatan Intelek

Kesihatan Sosial

Gambarajah 1.1. Konsep wellness.

Manual Suaian Fizikal oleh Kok Lian Yee

1

tetapi juga mempunyai kecergasan fizikal. of Health and Human Services. Dept.2 Kecergasan Fizikal Kesihatan fizikal tidak hanya membawa maksud seseorang individual bebas daripada penyakit. Ciri-ciri ini juga dikenali sebagai komponen-komponen kecergasan.  Daya tahan kardiorespiratori  Kekuatan otot  Daya tahan otot  Fleksibiliti/Kelenturan  Komposisi badan Komponen Kecergasan Berasaskan Lakuan Motor Merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan individu itu bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih berkesan       Kepantasan Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa tindakbalas Koordinasi Gambarajah 1. kegemukan dan lainlain.1. Menurut Corbin.2. Komponen kecergasan boleh dikumpulkan mengikut kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal yang berasaskan lakuan motor (rujuk gambarajah 1. Manual Suaian Fizikal oleh Kok Lian Yee 2 .S. kecergasan fizikal membawa maksud kebolehan badan berfungsi/bekerja dengan cekap. 1996).2). Lindsey dan Welk (2000). Komponen-komponen kecergasan fizikal. Kecergasan fizikal juga didefinisikan sebagai satu set ciri-ciri yang berkaitan dengan kebolehan melakukan aktiviti fizikal (U. dan masih mempunyai tenaga lebihan untuk melakukan aktiviti kesenggangan dan bertindak semasa kecemasan. KECERGASAN FIZIKAL Komponen Kecergasan Berasaskan Kesihatan Merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai melindungi individu dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung.

2009) Kekuatan otot (muscular strength) Daya tahan otot (muscular endurance) Fleksibiliti (flexibility) Komposisi tubuh badan (body composition) Kepantasan (speed. Kebolehan menggerakkan sebahagian atau seluruh badan dengan pantas (Bompa & Haff. of Health and Human Services. 2006). dan kebolehan otot menyerap dan menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga secara berterusan (Powers. Diwakili jumlah beratan yang dapat diatasi individu. quickness) Imbangan (balance) Ketangkasan (agility) Manual Suaian Fizikal oleh Kok Lian Yee 3 . Juga bermaksud kebolehan otot melakukan kerja tanpa lesu (Thygerson & Thygerson. Dodd & Noland. 1996). Kebolehan otot menghasilkan daya semasa melakukan aktiviti (Thygerson & Thygerson. 2009). Berkaitan dengan kebolehan jantung mengepam darah beroksigen ke dalam otot yang bekerja. Kebolehan otot menghasilkan daya berulangulang kali (Powers. Nisbah tisu lemak dan tanpa lemak dalam badan.S. Kebolehan melakukan satu siri pergerakan eksplosif dengan cepat dan pada arah berlainan (Bompa & Haff. Terdapat dua kategori fleksibiliti – dinamik dan statik. 2009). Kebolehan menggerakkan sendi melalui julat pergerakan yang maksimum (U. Jumlah patus lemak dalam badan yang tinggi menambah risiko terhadap beberapa penyakit. 2006). 2009) Imbangan statik adalah kebolehan berada dalam sesuatu posisi tanpa bergerak untuk masa yang lama manakala imbangan dinamik adalah kebolehan mengekalkan imbangan semasa bergerak. Dodd & Noland.Komponen-komponen berikut: Komponen Kecergasan Daya tahan kardiorespiratori (cardiorespiratory endurance) kecergasan Definisi boleh didefinisikan seperti Kebolehan sistem peredaran darah dan sistem respiratori untuk membekalkan bahan bakar (fuel) semasa aktiviti fizikal berterusan (Thygerson & Thygerson. Dept. 2009).

3 Mengapa Perlu Kecergasan Fizikal Peningkatan dalam kecergasan fizikal boleh dicapai melalui aktiviti fizikal yang kerap. Dalam perkataan lain. Contoh aktiviti fizikal selain daripada senaman adalah aktiviti seperti melakukan kerja rumah. berkebun. mengikut keperluan sukan (Bompa & Haff. kuasa dan daya tahan otot. menguatkan tulang dan otot. kekuatan. senaman adalah salah satu jenis aktiviti fizikal.uk). Aktiviti fizikal juga boleh bantu seseorang mengawal berat badan. seseorang dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti sakit jantung. 2009). dll. Masa tindak balas (reaction time) Koordinasi (coordination) 1. penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Kuasa adalah gabungan kekuatan maksimum dan kepantasan. Aktiviti fizikal (physical activity) merangkumi semua pergerakan badan yang dihasilkan otot yang menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga (Thygerson & Thygerson. atau lakukan senaman mengikut jadual latihan yang dirancang sendiri. 2009). Semua jenis aktiviti fizikal adalah penting bagi individu yang ingin hidup dengan sihat.co. Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap dapat bantu individu membina kecergasan fizikal.Kuasa (power) Kebolehan menghasilkan kontraksi otot maksimum dengan serta merta (Bompa & Haff. Aktiviti fizikal yang kerap dan bertenaga boleh menambah saiz otot (hipertrofi). Seseorang individu boleh pilih kehidupan yang lebih aktif dengan berjalan dan membuat kerja rumah sendiri. Kebolehan melakukan pergerakan (mudah dan kompleks) dengan tepat dan efisien. Melalui aktiviti fizikal yang kerap. Masa antara kemunculan stimulus atau rangsangan dengan tindak balas otot terhadap stimulus itu (www. Manakala senaman (exercise) adalah aktiviti fizikal yang dirancang. 2009). tersusun dan dilakukan berulang kali untuk membina atau mengekalkan komponen kecergasan. strok. Berikut adalah beberapa kelebihan mempunyai kecergasan fizikal: a.brianmac. serta mengurangkan tekanan mental dan stres. Manual Suaian Fizikal oleh Kok Lian Yee 4 . Aktiviti fizikal yang dilakukan dengan kerap akan bantu individu mencapai tahap kecergasan fizikal yang tinggi.

beberapa jenis kanser. ini tidak bererti kecergasan untuk kesihatan adalah rendah.). Mengurangkan kadar mortaliti (kematian) dan morbiditi (hidup bebas daripada penyakit). Aktiviti fizikal yang kerap mengurangkan risiko terhadap penyakit (sakit jantung. Jika latihan adalah untuk meningkatkan prestasi sukan. h. Senaman boleh menguatkan otot jantung dan meningkatkan kecekapan sistem vaskular (peredaran darah) menghantar darah beroksigen ke tisu yang digunakan. daya tahan otot dan fleksibiliti. Menurut President’s Council on Physical Fitness and Sports (U. Satu tahap kecergasan yang sederhana juga diperlukan untuk membantu individu yang bukan atlet mencapai tahap kesihatan yang memuaskan. diabetes. e. Atlet ini memerlukan kecergasan fizikal yang tinggi untuk memenuhi keperluan sukannya. naik-turn tangga dll. serta pencapaian komposisi tubuh badan yang optimum. d. semasa mula latihan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. 1. Senaman meningkatkan kecekapan fungsi paru-paru – tarikan nafas yang lebih dalam. dan menghasilkan prestasi yang optimum. aktiviti fizikal intensiti sederhana yang kerap akan membawa faedah kesihatan. Senaman membantu seseorang mengawal berat badan dan mengurangkan peratus lemak dalam badan. osteoporosis). Biasanya. Meningkatkan prestasi sukan. Oleh itu.4 Kecergasan Untuk Sukan Atau Kesihatan? Kecergasan untuk sukan melibatkan kebolehan seseorang mengatasi keperluan fizikal sesuatu sukan. Sebagai contoh. seorang pelari maraton boleh lari satu kilometer dalam masa tiga minit. kekuatan otot. Bila perbandingan dibuat antara kecergasan atlet maraton dengan seorang individu bukan atlet. latih untuk bersukan atau kedua-duanya. kenal pasti objektif anda – latih untuk kesihatan. didapati bahawa kecergasan untuk kesihatan perlu memenuhi keperluan tenaga bagi aktiviti harian seperti berjalan. f. c. g. Walau bagaimanpun. dan kekalkan kadar lakuan ini untuk lebih daripada dua jam. Latihan untuk kecergasan kesihatan melibatkan latihan untuk meningkatkan komponen daya tahan kardiovaskular. Senaman yang menggunakan otot-otot akan menambah koordinasi saraf-otot. intensiti sederhana tinggi kurang dapat dicapai melalui aktiviti fizikal seperti berjalan kaki ke kedai ataupun melakukan kerja rumah.A. pencapaian kecergasan untuk kesihatan juga memerlukan latihan senaman yang dirancang.b.S. kenal pasti komponen Manual Suaian Fizikal oleh Kok Lian Yee 5 . Oleh itu. tekanan darah tinggi.

Mengurangkan keletihan dan mempercepatkan pemulihan. Selain daripada itu. f. e. Di akhir 1970an. c. Meningkatkan kecergasan berlandaskan kesihatan. Sejarah suaian fizikal menunjukkan bahawa suaian fizikal telah mula pada 1970an di Amerika mengikut permulaan sukan profesional (bola keranjang. Suaian fizikal merupakan persediaan yang amat penting bagi atlit hari ini. atlet main sehingga mencapai kecergasan (play themselves into shape). 2001). peningkatan komponenkomponen kecergasan ini adalah melalui proses latihan yang dirancang. Meningkatkan kecergasan berlandaskan prestasi sukan. American football. Suaian fizikal bantu sistem-sistem dalam badan individu mengubah suai diri atau mencapai adaptasi supaya prestasi adalah lebih baik daripada sebelum latihan. baseball) apabila standard pertandingan meningkat. Ini diikuti dengan rancangan latihan untuk setiap komponen kecergasan yang diperlukan. Mengurangkan tahap keketerukan jika kecederaan berlaku. dan boleh menang pingat Olimpik jika mula latihan 6-8 bulan sebelum pertandingan (Foran. Meningkatkan kualiti pergerakan.6 Kelebihan Melakukan Suaian Fizikal Suaian fizikal boleh bantu individu meningkatkan prestasi semua komponen kecergasan. Manual Suaian Fizikal oleh Kok Lian Yee 6 . munculnya tugas jurulatih kekuatan dan suaian (strength and conditioning coach) bagi melatih kecergasan atlit. tidak menjalani latihan sepanjang tahun. individu bukan atlit yang ingin meningkatkan kecergasan fizikal umum juga boleh dapat bantuan instruktor kecergasan peribadi (personal trainer). Proses latihan komponen kecergasan supaya capai peningkatan prestasi dinamakan Suaian Fizikal (Physical Conditioning). Mengurangkan risiko berlakunya kecederaan. d.5 Apa Maksud Suaian Fizikal? Tidak kira jika latihan kecergasan yang dirancang adalah untuk kesihatan ataupun prestasi sukan. Antara kelebihan melakukan suaian fizikal adalah: a. 1. 1.kecergasan yang diperlukan untuk sukan tersebut. Sebelum zaman profesionalisme sukan. b.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful